Jika anda seorang pemain Dota 2 tegar, menganalisis permainan memerlukan pengetahuan dan kemahiran teknikal yang cukup tinggi. Bagaimana otak anda memproses maklumat yang terhad berdasarkan trend semasa dan sejarah pihak lawan menjadikan kemahiran untuk draft game sangat sukar untuk dibentuk dalam tempoh masa yang singkat. Namun tidak perlu gusar. Dota Plus Overwolf sedikit sebanyak mampu untuk mengurangkan beban anda untuk menganalis permainan Dota 2 anda.

Apa itu Dota Plus Overwolf

Dota Plus Overwolf adalah sebuah aplikasi statistik masa nyata (real time state app) dan drafting untuk membantu anda untuk bermain dengan lebih baik. Ia mengintegrasikan permainan anda dengan perkhidmatan popular seperti Dota Buff dengan mempamerkan statistik untuk semua pemain (ingame) yang terlibat termasuklah sejarah pemain, hero yang dipilih dan sebagainya secara overlay pada skrin. Ini bermaksud ia dipaparkan diatas skrin permainan anda sendiri tanpa memerlukan anda untuk keluar daripada permainan anda.

Kelebihan Dota Plus Overwolf

Kelebihan yang paling nyata adalah bagaiman aplikasi ini mampu memberikan pengalaman yang terbaik kepada diri anda dalam membuat keputusan teknikal. Ini termasuklah kepada cadangan hero apa yang perlu diban berdasarkan kepada rekod pemain. Selain daripada itu ia menunjukkan hero counterpick. Kelebihan yang lain adalah seperti berikut:

  1. Statistik pemain dan hero ( Termasuk jumlah perlawanan yang dimainkan, MMR, Winrate, XPM dan GPM).
  2. Info lane dan role pemain.
  3. Pautan pada laman web DotaBuff.
  4. Cadangan hero yang perlu diban.
  5. Matchup kalkulator
  6. Komposisi pasukan.

Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menganalisis perlawanan dan mengetahui kekuatan dan kelemahan pihak lawan. Satu kelebihan sebelum memulakan permainan. Kalau tidak menang juga tak tahulah kan.

Dota Plus Overwolf vs Dota Plus Valve

Dota Plus Overwolf dan Dota Plus Valve mempunyai fungsi utama yang hampir sama namun masing-masing mempunyai pro dan kontra yang tersendiri. Sudah semestinya aplikasi daripada Valve mempunyai kelebihan yang lebih berbanding aplikasi daripada Overwolf memandangkan aplikasi mereka ini adalah servis langganan yang berbayar.

Bagi pengguna Dota Plus Overwolf ini pula, ini adalah aplikasi 3rd party yang dibina oleh pengaturcara yang juga seorang gamer yang tidak memerlukan anda untuk membayar sesen pun. Apa yang mereka buat sekadar meletakkan iklan disisi maklumat permainan yang tidak sedikit pun mengganggu konsentrasi anda. Maklumat-maklumat penting masih lagi boleh diakses dan fungsi-fungsi utama semasa drafting dan selepas permainan masih lagi dibekalkan kepada anda.

Bagaimana cara untuk download Dota Plus Overwolf

Laman web rasmi Dota Plus Overwolf

Perkara pertama sekali adalah anda perlu ke laman web Overwolf untuk memuat turun aplikasi desktop Dota Plus Overwolf.  Pautan saya lampirkan sekali diruangan bawah:

Laman muat turun aplikasi Overwolf: Klik sini

Laman web ini cukup ringkas. Ianya sekadar memaparkan sedikit penerangan tentang bagaimana aplikasi ini berfungsi serta review daripada pengguna. Butang muat turun atau download turun disertakan diruang utama. Kemudian tekan sahaja next ketika proses pemasangan.

Sila pilih bahasa anda
Pilih lokasi fail disimpan
Penerangan tentang polisi privasi
Muat turun tetapan
Aplikasi berjaya dipasang

Sebaik sahaja aplikasi berjaya dipasang, akan keluar paparan desktop seperti gambar dibawah ini. Anda tidak perlu risau. Anda boleh klik pada butang disediakan untuk maklumat lanjut atau tutup terus tetingkap ini. Tiada apa yang penting untuk anda lepaskan.

Paparan tetingkap Dota Plus Overwolf

Anda boleh tutup tetingkap ini kerana aplikasi Dota Plus Overwolf ini telahpun diintegrasikan bersama aplikasi rasmi Dota 2 anda. Apa yang anda perlu buat sekarang adalah dengan membuka permainan Dota 2 dan mula untuk “find game”. Tak payah nak buka aplikasi bagai.

Ketika anda berada didalam Dota 2, anda boleh klik pada kombinasi butang alt + ~ untuk hide dan show tetingkap Dota Plus Overwolf ini. Anda boleh pergi ke laman web rasmi Dota Plus Overwolf untuk maklumat lanjut.

Laman web rasmi Overwolf: Klik sini

Paparan analisis yang anda dapat?

Berikut pula merupakan paparan gambar analisis yang anda akan dapat sebelum permainan bermula.

Boleh kenalpasti “smuff” atau “spammer” hero
Anda dapat maklumat lengkap jika semua akaun “public”

Pengalaman menggunakannya selama seminggu

Saya dimaklumkan yang aplikasi ini turut digunakan oleh admiralbulldog atau turut dikenali sebagai Henrik Ahnberg, salah seorang daripada bekas pemain Dota 2 professional yang pernah membantu Alliance untuk memenangi The International 3 pada tahun 2013.  Pemain ini kerap menggunakan aplikasi ini pada channel Twitch beliau.

Memandangkan yang pro pun turut menggunakan aplikasi ini, saya yang noob juga sepatutnya boleh sahaja menggunakan aplikasi ini bagi memperbaiki corak permainan saya. Jadi ini merupakan ulasan saya selepas seminggu menggunakannya.

  1. Lag untuk penggunaan kali pertama

    Jika anda pertama kali bermain Dota 2 selepas dihidupkan PC daripada shutdown, anda akan merasa pengalaman lag yang bukan kepalang. Agak menjengkelkan juga pengalaman seperti ini dan sedikit meluat dengan paparan yang tidak boleh ditutup. Namun begitu, selepas game kali kedua dan ketiga, dengan kombinasi butang alt+ ~sepatutnya tidak menimbulkan masalah lagi.

  2. Tidak menganalisis akaun private

    Memiliki himpunan pihak lawan yang tidak meletakkan tetapan akaun mereka secara umum sedikit menyukarkan anda untuk merancang strategi dek kerana aplikasi ini tidak boleh membaca akaun yang private.

  3. Tindak balas agak lambat

    Buat masa ini saya masih lagi tidak dapat untuk menggunakan kemudahan fungsi cadangan ban hero oleh Dota Plus kerana aplikasi ini gagal berfungsi tepat pada masanya. Selepas 10 saat proses ban, barulah tetingkap keluar bersama cadangan. Agak lambatlah juga.

Ternyata walaupun ia tidak berbayar, ia tetap berfungsi mengikut ketetapan yang dimahukan oleh setiap pemain Dota 2. Sekurangnya komposisi pemain, cadangan drafting, statistik dalam permainan ditunjukkan secara overlayer tanpa perlu ke perisian lain. Ini sedikit sebanyak membantu saya mahupun anda dalam membuat keputusan.

Selain itu ia memudahkan anda untuk memantau perincian tentang jumlah MMR (Matchmaking rating) yang ditolak selepas permainan. Maklumlah sistem rating Dota 2 juga sudah berubah. Saya sendiri jika bermain sebagai offlaner dan menang, MMR core saya akan naik hampir 30 MMR dan 20MMR jika bermain dengan parti.

Lihat bagaimana Dota Plus Overwolf berfungsi

Baca juga: The International – Kejohanan Dota 2 Paling Epik Dalam Sejarah E-Sukan

Baca juga: 5 Fakta Menarik Mengenai The International Dota 2

Jadi itu sahaja perkongsian saya mengenai aplikasi percuma ini. Saya harap artikel kali ini membantu anda dalam mencari peralatan terbaik yang mampu menyumbang kepada peningkatan prestasi permainan. Jika anda mempunyai pengalaman menggunakannya, jangan lupa kongsikan pengalaman anda diruangan komen. Saya ingin membacanya.

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Leave A Reply

Exit mobile version