Drama Band telah mempamerkan aksi yang cukup bertenaga di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 34 menerusi pencalonan lagu Drama. Walaupun vokalis mereka didakwa kehilangan suara seminggu sebelum AJL, itu tidak sedikitpun melemahan persembahan mereka. Bertenaganya mereka di pentas akhir walau bagaimanapun menimbulkan perdebatan dikalangan penonton di Axiata Arena dan netizen dek kerana kontroversi jalan cerita persembahan yang cukup berani.
Apa sebenarnya yang berlaku?
Seperti mana yang kita sedia maklum, lagu Lagu “Drama” dendangan kumpulan ini pernah dilanda kecaman apabila dikatakan muzik video mereka ini menganjing isu yang melanda industri tanah akhir. Cakap-cakap telah berbunyi sejak pelancaran single Drama mereka di youtube 15 Februari 2019 apabila ramai yang terasa apabila mereka diajukkan didalam klip video lagu tersebut. Manakan tidaknya, rakan artis juga tidak terlepas daripada dikenakan Drama Band.
Walaupun pernah dikatakan menangguk air yang keruh diatas isu yang tular, Drama Band menggunakan pentas AJL kali ini untuk menganjing to the next level dengan membawakan kontroversi yang lebih dahsyat. Ini menjadikan mereka terpalit dengan isu yang cukup menyentuh sensitiviti masyakat.
Apakah yang cuba dibawakan Drama Band?
Jika anda amati lirik lagu itu sendiri, mereka bercerita tentang individu yang nampak cantik dimata orang, baik, suci namun sebenarnya orang yang lidah bercabang dan bermuka-muka. Mereka ini antara kelompok manusia yang suka berbohong sehingga sanggup membuat drama. Banyak isu padu yang dibawakan oleh Drama Band dalam tempoh kurang 5 minit. Penonton pula perlu menafsirkan sendiri persembahan daripada mereka dan menangkap sendiri apa yang cuba dibawakan oleh mereka.
Bagaimana idea diterjemahkan menerusi persembahan?
Aepul Roza, vokalis kumpulan Drama Band tampil di pentas AJL dengan nampakan seperti Ryuk, salah satu watak utama dalam siri animasi Death Note.
Mereka yang berbaju putih pula digambarkan sebagai netizen. Signifikan mengapa berbaju putih adalah lambang kepada sucinya netizen daripada sebarang dosa. Jadi ikut suka hati mereka sahaja untuk berkata apa sahaja di balik papan kekunci. Jika anda perhatikan betul-betul gelagat mereka yang berbaju putih, setiap kali ada watak parodi berjalan di atas karpet merah, pasti mereka mengejek, mengajuk dan mentertawakan individu terbabit.
Itulah gambaran kepada gelagat anda semua. Ya betul, anda pun kena troll.
Kontroversi pertama yang dibawakan oleh mereka adalah tentang isu yang melanda bekas Juara Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Hanesya Hanee. Kontroversi tersebut berlaku selepas tersebarkan video yang memaparkan beliau bersama rakannya disebuah kelab malam berhibur sambil memegang gelas minuman keras. Ini menjadikan beliau mencipta sejarah sebagai juara Dewi Remaja tersingkat yang pernah ditabalkan iaitu selama 72 jam sahaja sebelum gelaran itu ditarik balik.
Menerusi laluan karpet merah, babak ini memaparkan seorang wanita yang berjalan dengan lagak model berserta dengan selempang yang tertulis “Dewi Drama”. Sekali imbas sudah dapat diteka siapa yang dimaksudkannya.
Walaupun Haqiem Rusli antara finalis pentas Anugerah Juara Lagu ke 34, beliau juga tidak terlepas daripada ditroll oleh Drama Band. Suatu ketika dahulu Haqiem Rusli pernah membangkitkan kemarahan netizen termasuk rakan seperjuangannya Ernie Zakri diatas penipuan beliau berkenaan masalah depresi yang dihadapi dirinya.
Selepas beberapa ketika barulah diketahui yang masalah depresi itu adalah sekadar gimik perancangan single terbaru beliau yang berjudul “Selamat tinggal sayang”.
Kes Pencetus Ummah (PU) Abu antara individu yang pernah membangkitkan kemarahan netizen pada suatu ketika dahulu. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah isu berkenaan dengan penceraian PU Abu dengan isterinya Ain Afini ketika isterinya sedang sarat mengandung. Semuanya gara-gara kemelut yang melanda dirinya akibat ingin menunaikan hasrat hati untuk memperisterikan seorang janda bernama Hana Azraa.
Adegan ini mengajuk situasi tersebut dengan mempamerkan seorang lelaki ditemani perempuan mengandung dan seorang perempuan lain. Kelihatannya dia sangat bersyukur dengan apa yang ada sebelum menghalau perempuan mengandung untuk pergi daripada hidupnya.
Walaupun kes Dai Farhan agak baru, beliau juga tidak terlepas dengan isu sensasi pernikahan bersama isteri barunya ketika menunaikan umrah. Bangga dengan 18 orang wanita yang pernah melamarkan, isteri terbarunya itu adalah wanita ke 19 yang berjaya membuka pintu hatinya untuk berkahwin lagi.
Hebat berblazer dan bersongkok, lakonan ini melakonkan semula aksi Dai Farhan dengan lagak berpistol dua atau tanduk.
Seterusnya adalah penampilan ajukan bekas Perdana Menteri Malaysia bersama isterinya sebagai momokan terakhir persembahan. Kelihatan gelagat lelaki berbadan gempak melakonkan watak sebagai Dato Seri Najib Razak lengkap bersuit dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang begitu bangga dengan koleksi beg tangannya.
Kebetulan pula kontroversi ini melibatkan tentang skandal 1 Malaysia Development Berhad disamping rampasan barangan peribadi mereka yang memperlihatkan koleksi beg tangan yang mewah dan bermutu tinggi.
Video persembahan Drama Band di AJL ke 34
Jika anda ingin melihat sendiri persembahan yang dibawakan oleh Drama Band, anda boleh menonton video persembahan mereka dibawah ini.
Difahamkan yang TV3 telah pun memuat naik video persembahan mereka di Youtube, namun telah dipadamkan beberapa minit kemudian. Mungkin bimbang dengan kontroversi yang melanda.
Baca juga: 7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman
Baca juga: Apa itu Cinemagraph?
Apa kata anda?
Ternyata ini adalah percubaan berani mati yang dibawakan Drama Band secara live dikaca televisyen. Apa kata anda dengan persembahan mereka? Adakah mesej yang cuba dibawakan oleh mereka cukup jelas. Kongsikan pandangan anda diruangan komen dibawah.
2 Comments
What a great write up bro, I like this kind of content. Very laid back and informative as well. Keep up a good work
Thank you.