Di hari kedua ini, saya perlu beri tumpuan kepada acara penting perkahwinan sahabat saya bersama pasangannya. Jadi cerita trip percutian kami di Singapura akan bersambung selepas tamat majlisnya disebelah petang. Hehehe.

Kalau korang nak baca, boleh teruskan membaca. Jika tidak berminat, boleh scroll dan baca selepas perenggan yang ditandakan dengan warna merah.

Di sebelah pagi, kami buat persiapan rapi untuk menghadiri acara perkahwinan sahabat kami. Sahabat yang kami kenali ketika berada di Indonesia. ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) antara penghubung yang mewujudkan ukhwah dikalangan rakan negara ASEAN.

Acara perkahwinan ini juga telah dimasukkan dalam kalendar planner dari awal lagi. Maklumlah, sahabat saya ni dah pesan sejak setahun yang lepas yang berbunyi lebih kurang macam ni, “aku nak kawin tahun depan bulan 12 ni, korang semua wajib datang”.

Dah pesan macam tu, tak kan tak datang pula kan. Haha. Baik sambung cerita.

Pintu masuk gereja

Wedding Mass ini berlangsung di Cathedral of The Good Shepherd, salah satu gereja roman katolik yang tertua di Singapura. Kedudukannya terletak di Queen St, tidak jauh dari lokasi hotel kami menginap. Perjalanan pun ambil masa 10 minit sahaja berjalan kaki.

Sampai sahaja di sana, kedatangan kami disambut mesra oleh keluarga lelaki. Majlis agak meriah dengan kehadiran sanak saudara daripada kedua mempelai.

Ini juga pengalaman kali pertama saya menghadiri majlis perkahwinan bukan Islam, jadi dapat dilihat kegembiraan mereka apabila disatukan. Tahniah!

Pasangan mempelai disatukan

Selepas hampir 2 jam majlis berlangsung dan masing-masing sudah berjanji setia untuk hidup bersama, maka sahlah mereka sebagai suami isteri. Majlis sebelah pagi diakhiri dengan sesi bergambar bersama pasangan pengantin.

Seterusnya pula adalah majlis resepsi yang akan dilangsungkan di Marina Bay Sands di sebelah tengah hari. Cantik sangatlah tu. Boleh kita terus bersiar-siar selepas majlis selesai nanti. Hahaha

*Anda boleh ke Marina Bay Sands dengan menaiki MRT ke stesen Bayfront.

Gambar kenangan bersama kawan baru di majlis resepsi

Saya kongsikan sedikit sahaja gambar memandangkan majlis ini pun majlis tertutup. Sekadar kenang-kenangan.

Mula Baca bahagian ini

Dipendekkan cerita, selesailah majlis resepsi sahabat kami ini.

Buat pengetahuan anda semua, ada beberapa lokasi yang menarik sekitar kawasan berdekatan dengan majlis. antaranya adalah Skypark Observation Deck, ArtScience Muzium, Cloud Forest, Merlion, Flower Dome, dan banyak lagi.

Memandangkan majlis tamat pada lewat petang, maka pelan asal untuk membuat eksplorasi di kawasan setempat tidak kesampaian. Jadi saya singgah mana yang sempat sahaja.

Lokasi pertama yang saya kunjungi adalah kawasan riadah sekitar Marina Bay Sands. Tengok-tengok apa yang anda. Sambil-sambil tu singgah ke Apple Marina Bay Sands sebab nampak cantik je tempat tu.

Perkarangan kawasan riadah
Apple Marina Bay Sands
Melawat sekitar Garden by the bay
Sambil-sambil

Selepas singgah berjalan, saya terfikir untuk singgah ke Super Tree untuk melihat apa yang ada di sana. Cuma sayangnya saya pergi semasa Krismas, jadi bahagian bawah Super Tree yang sepatutnya percuma tu ditutup dan dibuat acara.

Memandangkan dah singgah sana, saya naik sahajalah OCBC Super Tree Skywalk. Bayaran yang dikenakan adalah SGD10 (RM32.95. Jika anda singgah Super Tree dan melihat pemandangan kawasan sekitar daripada atas, maka ini adalah tempatnya.

Pemandangan Supertree daripada bawah
Suasana OCBC Skywalk
Pemandangan malam Marina Bay Sands

Kalau korang nak menunggu, kebiasaannya jam 7.30 malam akan ada persembahan cahaya di sekitarnya. Saya pula malas nak menunggu sebab penat. Jadi nikmati sahaja pemandangan di Skywalk ini.

Lebih kurang 20 minit saya berada di Skywalk merehatkan diri sambil melihat gelagat orang sekeliling, saya rasa dah sampai masanya untuk makan malam pula.

Ada juga terfikir beberapa pilihan makanan di kawasan sekitar macam Satay by the bay, tapi kami ingat nak makan di Restoran Zam Zam sahajalah.

Restoran Zam Zam terletak North Bridge road yang terletak di Kampung Glam. Katanya kedai makan ini agak popular dalam penyediaan makanan halal india muslim. Restoran ni macam mamak versi Singapura la.

Menu yang saya cuba pula adalah nasi beriani daging dengan murtabak daging.

Menu di Restoran Zam Zam
Pekena nasi beriani

Nasi Beriani daging berharga SGD9 (RM29.65) dan murtabak daging pula adalah SGD10 (SGD32.95). Teh Ais pula dalam SGD2.50 (RM8.23). Makanan sedap dan berbaloi. Cuma direstoran ini perlu bayar tunai. Kalau gunakan kad, kena caj pula.

Selesai makan, kami pun pulang ke hotel untuk berehat selepas seharian berada di luar. Kumpul kekuatan untuk meneruskan hari ketiga pada keesokan harinya. Seterusnya pengalaman kami di USS pula.

Jika anda tertinggal siri pertama, boleh klik di bawah ini.

Siri Singapura
Pengalaman melancong ke Singapura – Bahagian 1
Hadir acara penting di Singapura – Bahagian 2
Bercuti di Universal Studio Singapore (USS) – Bahagian 3

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Leave A Reply

Exit mobile version