Close Menu
  • Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook X (Twitter) Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

    02/05/2023

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Jangan fokus kepada matlamat dan kongsikannya dengan sesiapa

    28/03/2019

    Kenapa perlu terima diri kita seadanya sebelum berubah?

    17/01/2016

    7 Perbezaan M40 dan T20 Yang Anda perlu Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara tukar kad Maybank expired secara online

    21/04/2023

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021
Azmir Shah
Mata Wang Kripto

Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

Azmir ShahBy Azmir ShahNo Comments8 Mins ReadUpdated:24/05/2023
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Saya sering diajukan pertanyaan tentang bagaimanakah cara untuk seseorang menjual mata wang kripto di Binance P2P? Mudah atau tidak untuk menukarkan coin pilihan kita ke Ringgit Malaysia(RM)?

Pertanyaan ini kebiasaannya datang daripada mereka yang baru berkecimpung dalam dunia cryptocurrency hasil pengaruh rakan-rakan dan trend. Seperti pucuk dicita ulam mendatang, sambil-sambil belajar melabur mereka teruntung pula.

Disebabkan ingin menikmati keuntungan yang dikecapi hasil daripada simpanan dan pelaburan mereka di Binance, maka mereka keluarkan sedikit pecahan daripada portfolio untuk dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka. Sekurangnya dapat juga merasa manisnya pelaburan.

Disitulah saya peranan membantu mereka untuk lebih memahami fungsi P2P di Binance kerana ia cukup mudah untuk dilakukan. Kurang 5 minit, transaksi dapat diselesaikan. Apapun semuanya bergantung dengan siapa anda berurusan dan waktu urusan.

Jadi bagaimana cara menjual?

Jika anda mencari artikel ini, saya pasti anda juga punyai masalah yang sama. Jangan risau saya tidak akan biarkan anda terkapai-kapai mencari pemahaman yang diperlukan. Saya akan ajar secara terperinci tentang penggunaan P2P di Binance. Ianya juga sesuai untuk pemula (Beginner).

Sebelum kita bermula, ada beberapa maklumat yang perlu disediakan oleh anda. Antaranya ialah:

  1. Akaun Binance
    Pastikan anda punyai akaun Binance. Jika anda masih belum mendaftar, sila mendaftar menerusi pautan berikut. (Klik sini)
  2.  Akaun Bank
    Anda memerlukan akaun bank untuk menerima hasil jualan mata wang kripto anda dalam Ringgit Malaysia (RM).
  3. Mata wang kripto
    Pastikan akaun Binance anda memiliki wang kripto di akaun P2P. Jika wang tersebut terletak di Spot, sila pindahkan ke akaun P2P.

Baiklah, itu hal asas yang anda perlu diketahui dan sediakan sebelum melakukan transaksi di Binance P2P. Seterusnya kita terus ke bahagian tutorial.

Tutorial menjual mata wang kripto di Binance P2P

Ini adalah tutorial bagaimana cara untuk anda menjual mata wang kripto anda kepada pengguna lain menggunakan platform P2P di Binance dan menukarkannya kepada Ringgit Malaysia (RM).

1. Pilih jenis mata wang kripto yang hendak dijual

Binance mempunyai mata wang kripto yang pelbagai

Binance menyediakan hampir 150 jenis coin yang boleh didagangkan di platform mereka. Namun begitu di platform P2P, mereka hanya menyediakan 5 jenis mata wang kripto sahaja yang boleh dijual. Antaranya ialah Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Binance Coin (BNB), Tether (USDT) dan Dai Coin (DAI).

Jika anda memiliki portfolio selain daripada itu, lebih elok kiranya anda menukarkannya dahulu kepada salah satu jenis mata wang kripto ini. Sebagai contohnya anda memiliki Solana (SOL), sila tukarkan SOL anda kepada USDT.

Pastikan juga anda membuat perbandingan harga antara 5 jenis mata wang kripto ini. Ada diantaranya mempunyai exchange rate yang lebih murah berbanding yang lain.

2. Pindahkah portfolio daripada akaun Spot ke Funding

Jangan berasa pelik jika anda tidak dapat menjual mata wang kripto anda kerana ia jumlah yang dipaparkan di akaun P2P anda adalah kosong. Salah satu faktornya ialah wang yang dimiliki anda masih lagi bertempat di akaun Spot. Jadi bagaimana hendak selesaikan masalah ini?

internal transfer binance, binance p2p, jual kripto di binance, ringgit malaysia rm, usdt to myr, binance malaysia
Pindahkan wang daripada akaun Fiat and Spot kepada akaun P2P

Apa yang anda perlu buat adalah pindahkan portfolio sedia ada daripada akaun Spot ke akaun Funding. Pindahan boleh buat menerusi fungsi “Transfer” yang terdapat pada overview dashboard atau Funding Dashboard.

Funding Dashboard: Klik sini

Selain daripada itu, anda juga boleh mengikut flow berikut. Overview > Funding > Transfer dan pindahkah mata wang kripto anda daripada “Fiat and Spot” kepada “Funding”.

3. Set akaun bank anda

Seterusnya anda perlu set dahulu akaun bank yang ingin digunakan terutama bagi mereka yang ingin menerima wang ringgit menerusi kaedah pindahan wang. Anda boleh menambah akaun bank anda di Profil > Dashboard > Payment > P2P > Add a payment method. Caranya seperti berikut:

tutorial guna binance p2p, cara guna binance
Daftarkan akaun bank anda di Binance

Isikan maklumat berkaitan

Maklumat telah berjaya diisi

Payment Dashboard: Klik sini

Masukkan nama penuh, nombor akaun, jenis bank dan branch (pilihan). Kemudian klik “Save”. Selesai mendaftar akaun Bank anda, anda kini boleh menerima pembayaran menerusi pindahan bank.

4. Pilih pembeli yang mempunyai reputasi di P2P

Anda sudah selesai membuat tetapan asas. Seterusnya adalah fasa menjual mata wang kripto pilihan anda. Jadi pergi dulu ke laman P2P yang memaparkan senarai pembeli.

senarai pembeli p2p, menjual di p2p binance, binance malaysia, binance bahasa melayu
Anda dapat lihat senarai pembeli kripto. Sila pilih satu.

Pastikan anda menekan butang sell dan memilih USDT untuk dijual. Masukkan juga jumlah yang anda ingin tukar daripada USDT ke RON dan tekan butang “Search”. Senarai yang dikemaskini akan memaparkan pembeli yang sanggup membeli jumlah yang anda inginkan mengikut limit yang mereka tetapkan.

Diketika ini, Binance tidak lagi menyediakan perkhidmatan penukaran sebarang mata wang kripto kepada Ringgit Malaysia (MYR). Sila gunakan matawang Papua New Guinean Kina (PGK) dan pilih seller Malaysia untuk berurus niaga.

Azmir Shah

Terdapat ratusan profil yang tersenarai di halaman hadapan P2P. Anda boleh pilih individu yang memenuhi kriteria yang anda mahukan. Pastikan anda membaca description dahulu sebelum membuat pembayaran. 

Kebiasaannya buyer atau seller ada menyatakan dalam penerangan yang mereka hanya menerima Ringgit Malaysia sahaja untuk urusniaga. Tertera juga beberapa kata kunci seperti “Malaysian only” atau “Orang Malaysia sahaja”. 

Sentiasa peka dengan harga semasa, masa, terma dan syarat serta jumlah wang yang ditukar

Jika anda sudah memilih, paparan seperti diatas akan keluar di skrin anda. Sila pilih kriteria pembeli mengikut keselesaan anda. Sebagai contohnya price rate, payment time limit dan terma dan syarat.

Bagi saya limit masa 30 minit adalah sesuatu yang boleh diterima. Namun apabila saya memerlukan wang dalam kadar yang segera, saya lebih selesa dengan pembeli yang mempunyai limit masa 15 minit.

Masukkan juga jumlah USDT yang ingin dijual dan pilih kaedah pembayaran ke akaun pilihan. Sebagai contoh dalam gambar ini saya menjual USDT1069.09 untuk RM4653.79. Jika anda bersetuju dengan rate yang diberikan, maka kini tibalah masa untuk menunggu pembeli terbabit untuk membuat pindahan wang ke akaun anda.

5. Tunggu pembeli memasukkan wang anda

Diketika ini, anda perlu menunggu mereka memasukkan wang ke akaun bank anda

Ini adalah fasa yang mendebarkan (sebenarnya tak ada apa pun) dimana anda menunggu wang ringgit anda dimasukkan ke dalam akaun bank. Kebiasaannya proses memakan masa kurang 5 minit. Apapun ia tetap bergantung kepada situasi dan waktu.

Elakkan kalau boleh membuat transaksi pada waktu yang janggal. Sebagai contohnya pada tengah malam atau 4 pagi. Isunya bukan pada scam atau tidak, tetapi wang anda akan dimasukkan lambat. Maklumlah waktu tidur orang. Yang korang kacau orang tidur buat apa.

Anda akan diberitahu apabila pembeli memasukkan RM pada akaun Bank anda. Kebiasaannya ada notis yang menyatakan si polan telah “Marked as paid” di ruangan chat.

AMARAN, pastikan anda tidak RELEASE kripto sehingga anda mengesahkan sendiri wang telah dimasukkan pada akaun bank anda. Periksa secara manual ya pada laman web penyedia perkhidmatan bank masing-masing.

6. Lepaskan mata wang kripto anda

Jika anda mendapati wang telah dipindahkan ke akaun bank anda, lepaskan pembayaran USDT

Selepas anda mendapat notifikasi yang menyatakan pembeli telah “marked as paid” dan jumlah wang dimasukkan sama seperti jumlah perjanjian, maka anda bolehlah melepaskan mata wang kripto anda kepada pembeli. Caranya cukup mudah, klik sahaja pada butang “Confirm Release” masukkan beberapa kod yang anda boleh dapat daripada email, sms dan Google Authenticator. Selesai urusan.

binance p2p, binance malaysia, sell usdt
Tranksaksi diantara anda dan pembeli sudah selesai

Maka selesailah urusan diantara anda dan juga pembeli. Win-win situation.

Selepas membaca penerangan ini anda masih kurang faham, saya ada menyediakan video yang disediakan oleh MOHD HAUDLI tentang bagaimana cara untuk menjual mata wang kripto di Binance P2P.

Kesimpulan

Saya harapkan penerangan ini cukup ringkas untuk memudahkan anda memahami bagaimana cara untuk menggunakan platform P2P. Jangan risau, lama-lama anda akan terbiasa. Platform Binance sangat mesra pengguna. Itu jaminan yang saya cukup pasti.

Baca juga: 5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula
Baca juga: Cara jual Bitcoin di LocalBitcoins, sebuah platform P2P

Baiklah. Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa tinggalkan sebarang komen jika anda punyai sebarang persoalan.

Soalan Lazim

Adakah Binance P2P masih lagi boleh diakses oleh pengguna Malaysia?

Selain daripada pengguna Unifi, ya boleh. Buat masa ini pengguna sedia ada masih lagi boleh mengakses Binance P2P tanpa VPN.

Bagaimana cara untuk menukarkan mata wang kripto kepada Ringgit Malaysia?

Diketika ini Binance P2P tidak menyokong pembayaran secara terus menggunakan Ringgit Malaysia (MYR). Namun saya ada mengajar dalam artikel ini sedikit trick yang membenarkan pengguna menggunakan P2P tanpa sebarang masalah.

Bagaimana ingin berurusan dengan seller atau buyer yang lambat dan tidak responsif?

Masalah ini sering berlaku jika anda melakukan P2P di mana-mana platform. Cara paling mudah ialah jika anda ingin membeli mata wang kripto, sila whatsapp seller terlebih dahulu.

binance p2p binance p2p buy binance p2p malaysia cara jual crypto jual bnb binance jual btc binance jual coin di binance jual coin di binance p2p jual crypto binance jual eth binance jual mata wang kripto jual mata wang krpto di binance jual usdt binance p2p binance p2p binance malaysia
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous Article4 laman web yang memberi inspirasi UIUX
Next Article Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • X (Twitter)
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Cara beli token di Pancakeswap

11 tip trade kripto untuk golongan pemula

5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

Cara jual Bitcoin di LocalBitcoins, sebuah platform P2P

Ballet Crypto membenarkan anda menyimpan Bitcoin secara offline

Apa Itu Mata Wang Kripto dan Bagaimana Ia Berfungsi

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Media Sosial
  • Facebook
  • Twitter
Artikel Terbaru
Percutian

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

By Azmir Shah24/09/2023
Teknologi

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

By Azmir Shah02/05/2023
Tutorial

Cara tukar kad Maybank expired secara online

By Azmir Shah21/04/2023
Hiburan

Lagu raya moden yang berpotensi menjadi malar segar

By Azmir Shah19/04/2023
Percutian

Bercuti di Universal Studio Singapore (USS) – Bahagian 3

By Azmir Shah07/04/2023
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

24/09/2023

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

02/05/2023

Lirik Tak ingin usai – Keisya Levronka

01/05/2023

Cara tukar kad Maybank expired secara online

21/04/2023
© 2025 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version