Mata Wang Kripto

Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

on
10/06/2021

Saya sering diajukan pertanyaan tentang bagaimanakah cara untuk seseorang menjual mata wang kripto di Binance P2P? Mudah atau tidak untuk menukarkan coin pilihan kita ke Ringgit Malaysia(RM)?

Pertanyaan ini kebiasaannya datang daripada mereka yang baru berkecimpung dalam dunia cryptocurrency hasil pengaruh rakan-rakan dan trend. Seperti pucuk dicita ulam mendatang, sambil-sambil belajar melabur mereka teruntung pula.

Disebabkan ingin menikmati keuntungan yang dikecapi hasil daripada simpanan dan pelaburan mereka di Binance, maka mereka keluarkan sedikit pecahan daripada portfolio untuk dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka. Sekurangnya dapat juga merasa manisnya pelaburan.

Disitulah saya peranan membantu mereka untuk lebih memahami fungsi P2P di Binance kerana ia cukup mudah untuk dilakukan. Kurang 5 minit, transaksi dapat diselesaikan. Apapun semuanya bergantung dengan siapa anda berurusan dan waktu urusan.

Jadi bagaimana cara menjual?

Jika anda mencari artikel ini, saya pasti anda juga punyai masalah yang sama. Jangan risau saya tidak akan biarkan anda terkapai-kapai mencari pemahaman yang diperlukan. Saya akan ajar secara terperinci tentang penggunaan P2P di Binance. Ianya juga sesuai untuk pemula (Beginner).

Sebelum kita bermula, ada beberapa maklumat yang perlu disediakan oleh anda. Antaranya ialah:

  1. Akaun Binance
    Pastikan anda punyai akaun Binance. Jika anda masih belum mendaftar, sila mendaftar menerusi pautan berikut. (Klik sini)
  2.  Akaun Bank
    Anda memerlukan akaun bank untuk menerima hasil jualan mata wang kripto anda dalam Ringgit Malaysia (RM).
  3. Mata wang kripto
    Pastikan akaun Binance anda memiliki wang kripto di akaun P2P. Jika wang tersebut terletak di Spot, sila pindahkan ke akaun P2P.

Baiklah, itu hal asas yang anda perlu diketahui dan sediakan sebelum melakukan transaksi di Binance P2P. Seterusnya kita terus ke bahagian tutorial.

Tutorial menjual mata wang kripto di Binance P2P

Ini adalah tutorial bagaimana cara untuk anda menjual mata wang kripto anda kepada pengguna lain menggunakan platform P2P di Binance dan menukarkannya kepada Ringgit Malaysia (RM).

1. Pilih jenis mata wang kripto yang hendak dijual

Binance mempunyai mata wang kripto yang pelbagai

Binance menyediakan hampir 150 jenis coin yang boleh didagangkan di platform mereka. Namun begitu di platform P2P, mereka hanya menyediakan 5 jenis mata wang kripto sahaja yang boleh dijual. Antaranya ialah Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Binance Coin (BNB), Tether (USDT) dan Dai Coin (DAI).

Jika anda memiliki portfolio selain daripada itu, lebih elok kiranya anda menukarkannya dahulu kepada salah satu jenis mata wang kripto ini. Sebagai contohnya anda memiliki Solana (SOL), sila tukarkan SOL anda kepada USDT.

Pastikan juga anda membuat perbandingan harga antara 5 jenis mata wang kripto ini. Ada diantaranya mempunyai exchange rate yang lebih murah berbanding yang lain.

2. Pindahkah portfolio daripada akaun Spot ke P2P

Jangan berasa pelik jika anda tidak dapat menjual mata wang kripto anda kerana ia jumlah yang dipaparkan di akaun P2P anda adalah kosong. Salah satu faktornya ialah wang yang dimiliki anda masih lagi bertempat di akaun Spot. Jadi bagaimana hendak selesaikan masalah ini?

internal transfer binance, binance p2p, jual kripto di binance, ringgit malaysia rm, usdt to myr, binance malaysia

Pindahkan wang daripada akaun Fiat and Spot kepada akaun P2P

Apa yang anda perlu buat adalah pindahkan portfolio sedia ada daripada akaun Spot ke akaun P2P. Pindahan boleh buat menerusi fungsi “Transfer” yang terdapat pada overview dashboard atau P2P dashboard.

P2P Dashboard: Klik sini

Selain daripada itu, anda juga boleh mengikut flow berikut. Overview > P2P > Transfer dan pindahkah mata wang kripto anda daripada “Fiat and Spot” kepada “P2P”.

3. Set akaun bank anda

Seterusnya anda perlu set dahulu akaun bank yang ingin digunakan terutama bagi mereka yang ingin menerima wang ringgit menerusi kaedah pindahan wang. Anda boleh menambah akaun bank anda di Profil > youremail@gmail.com > Payment > P2P > Add a payment method. Caranya seperti berikut:

tutorial guna binance p2p, cara guna binance

Daftarkan akaun bank anda di Binance

Isikan maklumat berkaitan

Maklumat telah berjaya diisi

Payment Dashboard: Klik sini

Masukkan nama penuh, nombor akaun, jenis bank dan branch (pilihan). Kemudian klik “Save”. Selesai mendaftar akaun Bank anda, anda kini boleh menerima pembayaran menerusi pindahan bank.

4. Pilih pembeli yang mempunyai reputasi di P2P

Anda sudah selesai membuat tetapan asas. Seterusnya adalah fasa menjual mata wang kripto pilihan anda. Jadi pergi dulu ke laman P2P yang memaparkan senarai pembeli.

senarai pembeli p2p, menjual di p2p binance, binance malaysia, binance bahasa melayu

Anda dapat lihat senarai pembeli kripto. Sila pilih satu.

Pastikan anda menekan butang sell dan memilih USDT untuk dijual. Masukkan juga jumlah yang anda ingin tukar daripada USDT ke MYR dan tekan butang “Search”. Senarai yang dikemaskini akan memaparkan pembeli yang sanggup membeli jumlah yang anda inginkan mengikut limit yang mereka tetapkan.

Terdapat ratusan profil yang tersenarai di halaman hadapan P2P. Anda boleh pilih individu yang memenuhi kriteria yang anda mahukan.

Sentiasa peka dengan harga semasa, masa, terma dan syarat serta jumlah wang yang ditukar

Jika anda sudah memilih, paparan seperti diatas akan keluar di skrin anda. Sila pilih kriteria pembeli mengikut keselesaan anda. Sebagai contohnya price rate, payment time limit dan terma dan syarat. Bagi saya limit masa 30 minit adalah sesuatu yang boleh diterima. Namun apabila saya memerlukan wang dalam kadar yang segera, saya lebih selesa dengan pembeli yang mempunyai limit masa 15 minit.

Masukkan juga jumlah USDT yang ingin dijual dan pilih kaedah pembayaran ke akaun pilihan. Sebagai contoh dalam gambar ini saya menjual USDT1069.09 untuk RM4653.79. Jika anda bersetuju dengan rate yang diberikan, maka kini tibalah masa untuk menunggu pembeli terbabit untuk membuat pindahan wang ke akaun anda.

5. Tunggu pembeli memasukkan wang anda

Diketika ini, anda perlu menunggu mereka memasukkan wang ke akaun bank anda

Ini adalah fasa yang mendebarkan (sebenarnya tak ada apa pun) dimana anda menunggu wang ringgit anda dimasukkan ke dalam akaun bank. Kebiasaannya proses memakan masa kurang 5 minit. Apapun ia tetap bergantung kepada situasi dan waktu.

Elakkan kalau boleh membuat transaksi pada waktu yang janggal. Sebagai contohnya pada tengah malam atau 4 pagi. Isunya bukan pada scam atau tidak, tetapi wang anda akan dimasukkan lambat. Maklumlah waktu tidur orang. Yang korang kacau orang tidur buat apa.

Anda akan diberitahu apabila pembeli memasukkan RM pada akaun Bank anda. Kebiasaannya ada notis yang menyatakan si polan telah “Marked as paid” di ruangan chat.

AMARAN, pastikan anda tidak RELEASE kripto sehingga anda mengesahkan sendiri wang telah dimasukkan pada akaun bank anda. Periksa secara manual ya pada laman web penyedia perkhidmatan bank masing-masing.

6. Lepaskan mata wang kripto anda

Jika anda mendapati wang telah dipindahkan ke akaun bank anda, lepaskan pembayaran USDT

Selepas anda mendapat notifikasi yang menyatakan pembeli telah “marked as paid” dan jumlah wang dimasukkan sama seperti jumlah perjanjian, maka anda bolehlah melepaskan mata wang kripto anda kepada pembeli. Caranya cukup mudah, klik sahaja pada butang “Confirm Release” masukkan beberapa kod yang anda boleh dapat daripada email, sms dan Google Authenticator. Selesai urusan.

binance p2p, binance malaysia, sell usdt

Tranksaksi diantara anda dan pembeli sudah selesai

Maka selesailah urusan diantara anda dan juga pembeli. Win-win situation.

Selepas membaca penerangan ini anda masih kurang faham, saya ada menyediakan video yang disediakan oleh MOHD HAUDLI tentang bagaimana cara untuk menjual mata wang kripto di Binance P2P.

Kesimpulan

Saya harapkan penerangan ini cukup ringkas untuk memudahkan anda memahami bagaimana cara untuk menggunakan platform P2P. Jangan risau, lama-lama anda akan terbiasa. Platform Binance sangat mesra pengguna. Itu jaminan yang saya cukup pasti.

Baca juga: 3 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula
Baca juga: Cara jual Bitcoin di LocalBitcoins, sebuah platform P2P

Baiklah. Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa tinggalkan sebarang komen jika anda punyai sebarang persoalan.

TAGS
RELATED POSTS

LEAVE A COMMENT

Cari Sesuatu?