Baru-baru ini telah tular di media sosial tentang pengeluaran produk terbaru Telekom Malaysia(TM) untuk tahun 2018 iaitu Unifi Mobile, sebuah perkhidmatan jalur lebar mudah alih LTE yang memberi pemfokusan kepada telekomunikasi digital.

Apa yang menarik tentang Unifi Mobile?

Apa yang menariknya tentang unifi Mobile ialah bagaimana penawaran pakej percubaan yang cukup lumayan untuk dilepaskan. Jika anda seorang pengguna tegar internet, inilah masa yang sesuai untuk mencuba.

Ini kerana pihak telekom Malaysia menerusi perkhidmatan terbaru mereka iaitu Unifi Mobile telah menawarkan kad sim yang dibekalkan dengan kuota data 20GB secara PERCUMA kepada setiap pelanggan baru. Lebih menariknya lagi bukan setakat satu, tapi setiap pelanggan yang berdaftar boleh mendapatkan sehingga 5 unit kad sim. Wow.

Ini bermakna bagi seorang pengguna akan dibenarkan untuk memiliki sehingga 100GB pakej data. Malahan setiap data yang dibekalkan itu akan dicarry forward jika tidak dihabiskan tanpa sebarang tarikh tamat tempoh asalkan akaun anda kekal aktif. Macam mana tu?

Sebelum ini kalau kita hendak menggunakan internet, kita akan beli data sebagai contohnya 1GB untuk 1 bulan. Selepas daripada tarikh tamat tempoh tersebut kita perlu membeli pakej data yang baru untuk mendapatkan perkhidmatan internet walaupun akaun masih lagi aktif. Dengan unifi Mobile, anda hanya perlu tambah nilai jika perlu. Sekali anda beli pakej data, sampai 3 bulan dia tahan.

Tawaran ini akan berlangsung sehingga 31 Mac 2018. Selepas daripada itu, anda perlu membeli kad sim ini dengan harga RM10 bagi setiap unit.

Bagaimana jika data yang dibekalkan sudah habis?

Anda boleh melanggan pakej add ons yang disediakan oleh pihak TM dengan tawaran harga yang tak adalah murah sangat, tapi memandangkan setiap kali transaksi mengaktifkan akaun unifi Mobile selama 90 hari, maka pakej harga ini mungkin boleh kita pertimbangkan.

Bagi saya yang menggunakan purata 50GB untuk 1 bulan memang tidak cukup, tapi untuk stok geli-geli anda yang bukan pengguna heavy duty dan lebih mementingkan tempoh pengaktifan, tawaran ini sudah cukup baik untuk anda. Kalau anda boleh guna pakej data 1GB untuk 3 bulan, memang saya salute habis. Anda ini boleh diumpamakan sebagai seorang mamat yang duduk melepak di kedai mamak  sehingga 5 jam dengan hanya ditemani segelas teh tarik. Memang penjimat.

Bagaimana cara untuk dapatkan Kad Sim Unifi Mobile ini?

Mudah sahaja. Prosesnya tidaklah sukar seperti yang dijangka. Tidak mengapa saya akan ajarkan kepada anda satu per satu. Mula-mula sekali, anda perlu mendaftar kad sim unifi mobile dahulu. Caranya adalah seperti berikut.

1.Muat turun aplikasi mobile@unifi

Pertama sekali anda perlu muat turun aplikasi daripada Telekom Malaysia iaitu aplikasi mobile@unifi di google playstore atau di apple appstore. Aplikasi inilah yang akan digunakan untuk proses pendaftaran dan mungkin juga menjadi tempat untuk anda menambah nilai kredit di akaun anda untuk tujuan pembelian data dan sebagainya. Pautan muat turun ada disediakan dibawah ini.

Google Playstore: Klik sini
Apple Appstore: Klik sini 

Usai muat turun, sila ikuti tutorial bagaimana cara untuk daftar unifi mobile. Caranya adalah seperti di bawah ini.

  1. Sila klik pada butang “I want to get a sim”.
  2. Baca aggrement (confirm korang tak baca) dan klik “I want to start now”.
  3. Masukkan maklumat peribadi anda.
  4. Pilih untuk kekalkan nombor lama atau bertukar pada nombor baru. Maksimum kad sim yang boleh didaftarkan adalah 5 unit.
  5. Kemudian pilih tempat untuk mengambil kad sim terbabit di TM Point berdekatan dengan anda. Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan pos, jumlah caj yang dikenakan ialah RM10.60.
  6. Selesai.

Selepas daripada itu, apa yang perlu anda buat adalah…

2. Tunggu pengesahan Kad Sim

Selepas selesai mendaftar, anda akan menerima email dan sms yang mengesahkan penerimaan kad sim yang ditempah. Selepas pengesahan tersebut, pihak TM akan memberikan tarikh yang membolehkan anda untuk mengambil kad sim tersebut di TM Point terdekat. Pengalaman saya pula, saya memohon kad sim terbabit pada 7 Februari 2018 dan diminta untuk mengambil kad sim berkenaan pada 21 Februari dan keatas.

3. Tuntut kad sim unifi Mobile di TM Point berdekatan anda

Memandangkan saya ini bukan manusia yang dengar cakap, hari yang sama juga saya ambil. Malas saya nak tunggu sampai 21 Februari. Oh ya, semasa saya memohon itu, saya sedang berada di TM Point pun. Hahaha. Mohon terus ambil.

Semasa proses tuntutan tersebut, anda perlu bawa bersama salinan photostat kad pengenalan dan kad pengenalan original. Jadi sebelum pergi tu, bolehlah siapkan dokumen yang diminta.

Proses untuk pengambilan kad sim ini juga sangat mudah dan pantas. Mungkin bergantung kepada waktu dan lokasi TM Point yang anda pergi. Selamat mencuba.

Baca juga: The International – Kejohanan Dota 2 Paling Epik Dalam Sejarah E-Sukan

Baca juga: Kata Inspirasi Daripada Tokok Dunia

Nota: Mohon cepat ye, kad sim percuma ini hanya dibekalkan sebanyak 1 juta unit sahaja sehingga 31 Mac 2018. Selepas daripada tarikh itu, anda perlu membayar RM10 untuk setiap kad sim.

Update: Difahamkan pihak Telekom Malaysia telah mengubah terma dan syarat dimana mereka menghadkan permohonan bagi setiap pelanggan terhad kepada 3 unit kad sim sahaja bersama 10GB data internet 4G bagi setiap satu.

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

12 Comments

  1. Muhammad Masridzi on

    Adakah saya boleh dapatkan sim kad Unifi lagi…sy nk beli tapi,ade kah masih ade terjual simnye

Leave A Reply

Exit mobile version