Keadaan tubuh badan yang berasid mengundang kepada risiko kanser. Ahli biokimia daripada Jerman iaitu Otto Heinrich Warburg, salah satu daripada ahli-ahli biologi sel terkemuka abad kedua puluh ini, mendapati bahawa punca kanser adalah akibat terlalu banyak kandungan asid dalam badan yang merujuk kepada PH yang berada dibawah paras 7 sehingga membawa kepada keadaan badan yang “berasid”.
Warburg sendiri telah menjalankan ujikaji terhadap kadar metabolisme tumor dan pernafasan sel-sel dan mendapati bahawa sel-sel kanser boleh mengekalkan dan hidup di dalam pH yang lebih rendah, serendah 6.0.
Beliau percaya bahawa terdapat hubungan secara langsung di antara pH dan oksigen. PH yang lebih tinggi iaitu keadaan yang beralkali mengandungi kepekatan yang lebih tinggi molekul oksigen, manakala pH yang lebih rendah iaitu keadaan berasid merujuk kepekatan molekul oksigen yang lebih rendah.
Tahukah anda oksigen yang sama diperlukan untuk mengekalkan sel-sel sihat. Hasil daripada kajian tersebut, pada tahun 1931 beliau telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam dunia Perubatan untuk penemuan yang amat besar ini.
Dalam karyanya The Metabolisme Tumor, Warburg telah menunjukkan bahawa semua jenis kanser dicirikan oleh dua keadaan: asidosis dan hipoksia (kekurangan oksigen). Kekurangan oksigen dan asidosis adalah dua belah syiling yang sama: di mana anda mempunyai satu, anda mempunyai yang lain “.
“Tisu penyakit kanser adalah berasid, manakala tisu yang sihat adalah alkali. Air berpecah kepada H + dan OH-ion, jika terdapat lebihan H +, ia adalah berasid; jika terdapat lebihan ion OH-, maka ia adalah alkali. “
Jadi, kunci kepada pencegahan kanser mengekalkan tahap PH alkali!
Walaubagaimanapun, dengan gaya hidup dan gaya pemakanan masyarakat moden ini, diet yang diamalkan adalah diet yang mengalakkan penciptaan asid yang berlebihan sehingga menyebabkan kadar PH semula jadi badan yang bersifat alkali bertukar kepada berasid.
Tahukah anda kepentingan mengekalkan tubuh badan dengan keadaan yang beralkali? Tahap PH alkali boleh mencegah diri daripada penyakit seperti kanser, osteoporosis, penyakit kardiovaskular, kencing manis, dan refluks asid.
Makan makanan yang diproses seperti gula halus, bijirin halus, GM, dan makanan yang tidak sihat yang lain, boleh membawa kepada tahap pH yang kita tidak mahukan sekaligus mengundang kepada kesihatan yang tidak baik secara keseluruhannya.
kebanyakan keadaan tubuh yang mengganggu manusia hari ini berpunca dari tahap pH yang terlalu berasid. Insiden parasit, bakteria dan virus semuanya dikaitkan dengan tahap PH yang berasid. Dr.Warburg menyatakan dengan jelas bahawa punca kanser adalah kekurangan oksigen, yang mewujudkan keadaan berasid di dalam tubuh manusia.
2 Comments
memang kena lebih berhati-hati bab kanser nih.
itulah zaman sekarang makanan dah banyak yang pelik2 tuh… tak pasti kandungan asid dia berapa ph… lagi2 hari tuh ada orang makan dua pinggan sekali.. lagi banyak asid tuh.. isk2 sapa agaknya ya??