• Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook Twitter Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019

    Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

    24/08/2016
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

    28/03/2019

    Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

    17/01/2016

    7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021

    Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

    02/02/2021
Azmir Shah
kiplepay, kiple pay, kipple pay, ewallet malaysia, ewallet, e-wallet, e-wallet malaysia, edompet, e-domplet
Review

KiplePay: e-Wallet dari kaca mata pengguna celik IT

Azmir ShahBy Azmir Shah2 Comments6 Mins ReadUpdated:22/05/2019
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

E-wallet merupakan trend yang sedang berkembang di Malaysia. Usaha tanpa henti yang mahu membudayakan masyarakat tanpa tunai (cashless society) menjadikan e-wallet sebagai salah satu pilihan bagi pembayaran yang lebih pantas dan mudah. Terdapat banyak e-wallet yang terdapat di Malaysia, salah satunya ialah kiplePay.

Apa itu KiplePay?

KiplePay merupakan sebuah aplikasi e-wallet yang dihasilkan oleh KiplePay Sdn Bhd atau dahulunya dikenali sebagai Weboline Dot Com Sdn Bhd. Mereka merupakan penyedia perkhidmatan atas talian yang mengendalikan urusan transaksi e-kewangan seperti payment gateway dan e-wallet yang kemudiannya dikenali sebagai KiplePay.

Bersama tagline #cashlessMadeEasy, mereka membantu pengguna, peniaga, penyedia perkhidmatan mahupun kerajaan untuk melaksanakan transaksi atas talian menerusi laman web, aplikasi mudah alih mahupun VR dan mesin vendor. Urusan akan jadi lebih mudah dengan KiplePay.

Muat turun di Playstore: Klik sini
Muat turun di appstore: Klik sini

Pengalaman menggunakan KiplePay

Saya sendiri mempunyai pengalaman menggunakan KiplePay sejak ianya mula diperkenalkan di Universiti Utara Malaysia (UUM). Projek asal mereka dilakukan menerusi projek pelaksanaan pembayaran tanpa tunai secara berperingkat di kafetaria di sekitar UUM sebelum dikuatkuasakan secara sepenuhnya di VMall, iaitu pusat membeli belah yang terletak di tengah-tengah UUM.

Sebagai seorang pelajar di UUM, kami diberi pendedahan awal tentang kempen cashless campus yang ingin dilaksanakan oleh pihak universiti. Bagi memberi suntingan dana untuk menyokong pelaksanaan ekosistem tanpa tunai, UUM telah melakukan penambahbaikan sistem pembayaran zakat dimana wang yang diberikan kepada pelajar akan diberikan secara langsung menerusi akaun KiplePay.

Di Kuala Lumpur pula, terdapat beberapa perniagaan yang menerima pembayaran menerusi KiplePay. Diantaranya ialah Mr.DIY, Tesco dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

senarai e-wallet tesco, ewallet tesco, teco, pembayaran tesco
Senarai e-wallet yang diterima di Tesco
ewallet tesco, tesco e-wallet, pembayaran ewallet di tesco, ewallet reader
E-wallet Reader yang disediakan di kaunter pembayaran Tesco

Ini merupakan scanner yang terdapat Tesco. Anda boleh membuat pembayaran barangan maksimum RM200 menggunakan e-walletĀ  dalam satu resit. Antara e-wallet yang diterima Tesco ialah Touch N go e-wallet, Boost, Vcash, Mcash, GoodCredit dan KiplePay.

Pandangan pertama mengenai aplikasi

kiplepay, kiplepay mobile apps, aplikasi kiplepay ewallet kiplepay
Antaramuka KiplePay yang ringkas

Saya antara jutaan insan yang menyokong membudayakan pembayaran tanpa tunai dalam masyarakat di Malaysia. Lebih-lebih lagi saya aktif menggunakan Bitcoin dan altcoin menjadikan saya lebih celik IT berbanding orang lain. Kebetulan pula kaedah pembayaran lebih kurang sama, gunakan QR code juga.

Daripada pengalaman UI/UX saya menggunakan aplikasi ini, bagi saya ianya sangat ringkas dan mudah. Ianya senang difahami dan urusan pendaftaran juga berlangsung dengan pantas.

Bagi saya KiplePay menepati kehendak yang saya mahukan jika ekosistem cashless society berjaya diwujudkan di Malaysia. Anda boleh mempunyai dompet yang mempunyai duit didalamnya, anda boleh masuk dan keluarkan duit, anda boleh memberi dan menerima, disamping anda boleh membeli dengannya.

Semuanya menerusi teknologi QR code yang boleh diimbas penggunakan peranti yang lain.

Baca juga tentang Boost e-wallet: Klik sini

Pandangan seorang yang celik IT

kiplepay, kiplepay malaysia, kiplepay mobile apps, aplikasi kiplepay, ewallet, e-wallet, e-wallet malaysia
paparan aplikasi KiplePay

Apabila membicarakan lebih lanjut mengenai aplikasi mudah alih mereka, banyak yang boleh saya komen daripada segi kepenggunaan, fungsi dan teknologi. Saya boleh bahagikan kepada 2 bahagian. Yang pertama ialah kelebihan dan yang kedua adalah kekurangan. Saya mulakan dengan kelebihan dahulu.

Kelebihan KiplePay

  1. Pantas

    Setiap kali saya melakukan pembelian, setiap urusan dijalankan dengan pantas. Waktu QR code dibuka, waktu transaksi. Not bad.

  2. Kemudahan asas yang diiperlukan

    KiplePay tidaklah dipenuhi dengan fungsi yang pelbagai, akan tetapi ia mempunyai kemudahan asas yang diperlukan. Antaranya fungsi pembayaran bill dan juga tambah nilai telefon bimbit.

  3. Ketersediaan aplikasi

    Saya perasan sepanjang saya menggunakan aplikasi ini, saya tidak mempunyai masalah major seperti kegagalan transaksi. Jadi tak adalah malu beratur depan kaunter tanpa tunai akan tetapi aplikasi gagal berfungsi sewaktu pembayaran.

  4. Rasa selamat

    Ada beza sebenarnya rasa selamat dengan confirm selamat. Saya tak ada rasa ragu-ragu mengunakan aplikasi ini diatas faktor ralat(error) yang kurang disamping tanpa rekod gagal melakukan transaksi. Saya rasa selamat menggunakannya. Cuma apabila membabitkan teknikal keselamatan, saya tak boleh komen sampailah ia teruji.

Kekurangan KiplePay

  1. Update secara paksa

    Saya perasan trend ewallet sekarang ini yang suka memaksa pengguna untuk mengemaskini aplikasi sebelum ia dapat digunakan. Bagi saya itu merupakan pengalaman yang menyakitkan. Seharusnya fungsi ini dapat dijadikan pillihan. Bagi peringatan boleh, jangan paksa.

  2. Kurang cashback

    Selain daripada diskaun, rakyat Malaysia juga sebenarnya sukakan cashback. Cashback ini adalah inisiatif yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan kepada pengguna jika melakukan transaksi dan kebiasaannya diberikan dalam bentuk tunai. Buat masa ini saya tak pernah dapat apa-apa imbuhan dalam bentuk cashback. Sepatutnya saya patut tulis tiada cashback. Ummm, itulah.

  3. Ciri keselamatan yang boleh dipertingkatkan

    Walaupun saya rasa selamat menggunakan aplikasi, ini tidak bermakna aplikasi ini kekal selamat. Keperluan asas keselamatan sudah dipenuhi seperti password dan pengaktifan pengimbas cap jari. Namun reputasi KiplePay Sdn Bhd masih lagi diragui didalam melindungi data dan wang pengguna. Alangkan CIMB yang punya besar pun digodam, itu pun boleh dapat anugerah bank digital terbaik Malaysia 2018. Selagi data ini berpusat, risiko digodam itu tetap ada.

    Jadi kalau boleh dimasa akan datang, minta dimasukkan lagi beberapa fungsi keselamatan seperti 2 factor authentication (2fa), fungsi kecemasan jika telefon bimbit dicuri atau hilang dan banyak lagi.

  4. Perlu pergiatkan promosi dan pengaruh

    Bagi pendapatĀ  saya menyasarkan campus sebagai lokasi stategik penggunaan ewallet kiplepay merupakan strategi yang bijak. Namun KiplePay terlampau lambat mengembangkan pengaruhnya, Itu belum masuk lagi perbandingan Unique selling point (USP) KiplePay dan pesaing untuk pasaran luar. Saya yang tinggal di Kuala Lumpur pun jarang nampakĀ  simbol KiplePay, di luar bandar lagilah.

daftar kiplepay, cara mendaftar kiplepay, cara-cara kiplepay
Cara mendaftar Kiplepay

Kesimpulan

Bagi pendapat saya bukan semua orang mahukan semua e-wallet yang serabut, berat dan tidak terurus walaupun diberikan tawaran yang pelbagai (tapi kalau cashback ok. haha), sebaliknya ada sebahagian daripada pengguna juga mahukan sebuah aplikasi yang ringkas dengan fungsi yang mereka guna.

Kebetulan pula KiplePay ada kriteria itu. Mereka pantas, ringkas dan berguna. Saya sendiri senang untuk menggunakannya. Saya lebih memilih untuk menggunakan e-wallet berbanding online banking dan kad debit kerana bagi saya 1 minit itu terlampau lambat. Saya mahu lebih pantas.

Masalah dengan KiplePay ini pula strategi pemasaran terlampau lambat, Ketika ini Boost menguasai bandar Kuala Lumpur. Tak ada pula dengar ada penyedia perkhidmatan yang menyasarkan penduduk luar bandar. Bukankah itu satu peluang?

Jadi saya harap ada perubahan yang saya harapkan untuk KiplePay. Jika anda pernah menggunakan KiplePay, mungkin anda boleh kongsikan sedikit pengalaman pengenainya.

cara guna kiplepay cashless made easy kekurangan kiplepay kelebihan kiplepay kiple pay malaysia kiple pay review kiplepay kiplepay e-wallet kiplepay information kiplepay logo kiplepay malaysia kiplepay merchant kiplepay sdn bhd kiplepay top up mengenai kiplepay pembayaran tanpa tunai review of kiplepay webcash
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleTrip bajet ke Hatyai 3H2M dengan hanya berbekalkan RM300
Next Article 7 sebab mengapa Boost e-wallet menjadi pilihan warga Kuala Lumpur
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

Ulasan modem wifi guna kad sim dengan internet unlimited

Ini ulasan mesin pembersih cermin mata ultrasonik Xiaomi EraClean

Penyelesaian isu domain .xyz tidak boleh diakses

2 Comments

  1. NURSABRINA NAZIHAH BINTI NORAZIZUDDIN on 11/12/2020 1:38 AM

    Terima kasih saudara atas perkongsian. Saya juga merupakan seorang pengguna kiplePay di UUM memandangkan saya salah seorang penerima zakat melalui aplikasi tersebut. Saya bersetuju dengan pandangan saudara berkenaan kiplePay.

    Reply
    • Azmir Shah on 13/12/2020 1:20 AM

      Terima kasih juga saudari kerana sudi membaca posting ini.

      Reply

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Sosial Media
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Telegram
Artikel Terbaru
Review

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

By Azmir Shah11/02/2023
Review

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

By Azmir Shah26/10/2022
Tutorial

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

By Azmir Shah17/10/2022
Review

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

By Azmir Shah10/10/2022
Makanan

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

By Azmir Shah01/03/2022
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

11/02/2023

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

26/10/2022

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

17/10/2022

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

10/10/2022
© 2023 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version