Seorang lelaki telah melakukan satu eksperimen yang memerlukan beliau menguji kebolehan katak mengawal suhu badan mengikut kepada perubahan suhu persekitaran. Oleh itu, beberapa perkakasan eksperimen telah disediakan bagi menjayakan eksperimen ini. Antaranya adalah seekor katak, periuk, dapur dan juga air.

Bagi memulakan eksperimen ini, perkara pertama yang perlu dibuat adalah dengan menyediakan dapur dan letakkan periuk berisi air di atasnya. Kemudian letakkan seekor katak hidup dalam periuk tersebut dan panaskan air.

Seterusnya, kita akan dapat lihat suhu air yang dipanaskan mula meningkat sedikit demi sedikit. Menariknya katak tersebut cuba menyelaraskan suhu badannya mengikut keadaan persekitarannya dan berusaha membuat dirinya berasa selesa.

Walau bagaimana pun, keadaan itu tidak kekal lama. Lama-kelamaan kelakuan katak itu mula berubah kerana suhu air di dalam periuk mula mencapai takat didih dan katak tersebut seperti tidak dapat menyesuaikan diri lagi. Pada ketika itu katak memutuskan untuk melompat keluar daripada periuk tersebut.

Dengan penuh usaha dan tekad, katak tersebut cuba untuk melompat daripada periuk yang mengandungi air yang hampir mendidih itu. Namun usahanya gagal kerana katak itu tadi telah kehilangan semua kekuatan yang dimilikinya ketika menyesuaikan diri dengan suhu air yang semakin meningkat.Akhirnya setelah lama berusaha, katak tersebut mati jua didalam periuk yang mendidih.

Berdasarkan kepada kisah yang dikongsikan ini, apakah faktor penyebab yang menjadi punca katak itu mati??

Saya yakin anda pasti menyalahkan air mendidih tersebut sebagai punca kepada kematian katak tersebut. Betul tak?

Jika anda menjawab ya, maka pertimbangan semula jawapan anda itu. Tahukah anda penyebab utama katak itu mati bukanlah disebabkan oleh air yang mendidih, sebaliknya punca utama kematian katak tersebut adalah disebabkan oleh ketidakupayaan untuk memutuskan bila masa yang sesuai untuk melompat keluar.

– – –

Baca juga : “The Shed Project” sememangnya satu projek yang gila

Baca juga : Benarkah ramalan Filem “Back to the future” pada tahun 2015

Kisah katak ini sama seperti kisah kita semua yang terlalu leka hidup didalam zon selesa. Kita sentiasa berusaha untuk berada didalam zon yang selesa walaupun kita sendiri sedar zon selesa ini tidak mampu bertahan lama dan ianya mampu menjerat diri kita semula.

Oleh itu marilah kita sama-sama berubah dan bertindak untuk sesuatu yang lebih baik. Atau kita mungkin bakal jadi seperti katak itu nanti.

Marilah kita memutuskan bila untuk melompat!

Marilah kita melompat sementara kita masih mempunyai kekuatan.

Marilah kita sama-sama keluar daripada zon selesa.

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

1 Comment

Leave A Reply

Exit mobile version