• Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook Twitter Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019

    Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

    24/08/2016
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

    28/03/2019

    Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

    17/01/2016

    7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021

    Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

    02/02/2021
Azmir Shah
kisah penjual tempe, tempeh, jual tempe, penjual tempe
Viral

Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

Azmir ShahBy Azmir Shah2 Comments6 Mins Read
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

DOA ialah pengharapan seseorang untuk mendapatkan kebaikan daripada Allah s.w.t dengan memohon secara langsung kepada-Nya. Setiap individu ada mempunyai keperluan dan keinginan masing-masing sama ada secara positif atau negatif, kerana mereka terpaksa menghadapi pelbagai ragam hidup, yang berupa cabaran, halangan, dugaan dan lain-lain. Justeru mereka berdoa kepada Allah s.w.t memohon limpah perkenan dan rahmat-Nya supaya hajat mereka terkabul.

Kita disyariatkan berdoa untuk kebaikan diri, keluarga, sahabat, sesama Islam hatta kepada bukan Islam sekalipun supaya mereka diberi taufik dan hidayah oleh Allah s.w.t. Namun adakalanya kita menganggap setiap kali kita berdoa, doa itu mesti dimakbulkan kerana kita meminta terus kepada tuhan. Walhal Allah itu telah mengaturkan segala-galanya untuk kita.

Kebetulan pula kisah ini ada dikongsikan didalam whatsapp, maka kami kongsikan entri ini di azmirshah.com kerana kami percaya kemungkinan besar ada kebaikan dan pengajaran yang boleh diambil daripada kisah penjual tempe ini.

– – –

KISAH PENJUAL TEMPE

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari…

Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.

Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.

Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Nya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, “Ya Allah, aku memohon kepada Mu agar kacang soya ini menjadi tempe… Aamiin”

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya.

Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagi Mu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soya ku ini kepada tempe, Aamiin”

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempe nya masih tetap begitu !!!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walau bagaimana pun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.

Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar ke semua tempenya akan masak.Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat ke dua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doa ku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buat ku, jadikanlah tempe ini. Aamiin”.

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi.

Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!!! Dia berasa amat sedih lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.

Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis.

Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya.

Walau pun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempe ku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.

Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Aamiin”.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi!

Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis ke semua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa.

Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

– – –

Pengajaran/Moral kepada kisah ini

Pertama:

Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:

Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta.
Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga :

Tiada yang mustahil bagi Allah.

Keempat :

Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga sembahyang 5 waktu, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.

Jom baca : Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

Mudah-mudahan, perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

cerita ibu penjual tempe doa untuk tempe doa untuk tempe setengah jadi ibu penjual tempe Ibu Penjual Tempe Setengah Jadi jual tempe Kisah Ibu Pedagang Tempe kisah ibu penjual tempe kisah penjual tempe kisah seorang ibu penjual tempe seorang wanita tempe food tempeh
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleArtis Ini Berjalan Sepanjang Hari Di Siberia Hanya Untuk Menghasilkan Mural Naga
Next Article 7 Perkara Yang Menghalang Diri Daripada Mencapai Matlamat Hidup
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

2 Comments

  1. raihanah on 17/12/2015 3:06 PM

    sentiasa jujur kunci kejayaan

    Reply
  2. titan on 11/12/2015 3:58 AM

    aduh.

    lama gila tak makan tempe.

    rindu plak tempe goreng mak aku.

    Reply

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Sosial Media
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Telegram
Artikel Terbaru
Review

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

By Azmir Shah11/02/2023
Review

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

By Azmir Shah26/10/2022
Tutorial

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

By Azmir Shah17/10/2022
Review

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

By Azmir Shah10/10/2022
Makanan

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

By Azmir Shah01/03/2022
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

11/02/2023

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

26/10/2022

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

17/10/2022

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

10/10/2022
© 2023 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version