Kompilasi Gambar Manipulasi Yang Mengagumkan
Eran Croitoru adalah seorang animator dan dimasa yang sama seorang fotografer yang sangat berbakat. Beliau merupakan pemilik kepada laman web animated photography yang memberi penfokusan kepada teknik manipulasi gambar menerusi sentuhan perisian animasi yang menjadi kepakarannya agar gambar kelihatan lebih hidup dan realistik.
Beliau berpendirian gambar yang diambil oleh dirinya perlu menarik dengan sentuhan kesan edit yang paling minima. Oleh itu, penyediaan set pengambaran yang dinginkan perlu dibuat dengan teliti menggunakan peralatan yang sebenar. Antara peralatan yang biasa digunakan bagi menjayakan sesi pengambaran adalah kadboard dan gam gajah dimana peralatan tersebut digunakan untuk penyediaan tempat pengambaran dan pemegunan objek di tempat yang sepatutnya.
Contoh yang dapat dilihat daripada karya beliau adalah gambar “Peperangan 2 puak” yang menggunakan pencungkil gigi (toothpick) sebagai alatan bantuan yang mengekalkan kedudukan strawberri sebagai objek yang terbang. Beliau juga mengatakan tugasan beliau menjadi semakin sukar apabila objek yang digunakan sangat kecil kerana ia menyukarkan diri untuk menyembunyikan alatan bantuan terbabit untuk tidak dilihat oleh kamera.
Video di sebalik tabir pembikinan gambar manipulasi
Beberapa peraturan telah ditetapkan bagi memastikan setiap gambar beliau mempunyai konsep yang konsisten. Antara peraturan yang ditetapkan oleh dirinya adalah sekadar menambah tangan dan kaki kepada objek jika didapati ia perlu ketika proses suntingan. Perisian yang digunakan untuk menjalankan tugasan tersebut adalah perisian Lightwave yang menjadi alat bantuan beliau ketika melakukan tugasan sebagai animator. Perisian tersebut membenarkan beliau untuk mereka model tangan dan kaki objek mengikut keadaan pencahayaan tertentu bersama tetapan kamera yang dikehendaki supaya gambar projek kelihatan asli.
Difahamkan kebanyakan idea karya diilhamkan daripada filem-filem.
Berikut adalah hasil kerja beliau.

Mari Bergambar

Terbang Bebas

Silap Mata

Tempat Kejadian

Raksasa Tukul Menyerang

Orang Ketiga

Berhenti!!! Jangan Lari

Perperangan 2 Puak

Catur
Karya yang dihasilkan oleh Eran Croitoru ini sangat mengagumkan. Adakah anda mempunyai nama-nama fotografer lain yang mempunyai genre minat yang sama dengan Eran? Kongsikan diruangan komen.
- Animated-Photography
- Eran Croitoru
- ErAn Croitoru | 3DErAn | CG Artist/Photographer
- eran croitoru cupcake
- eran croitoru facebook
- eran croitoru photography
- gambar manipulasi
- koleksi manipulasi foto
- manipulasi foto
- manipulasi gambar
- manipulasi gambar dengan photoshop
- manipulasi photo dengan photoshop
- manipulate photos
- manipulate photos in photoshop
- manipulate photos online
- manipulate pictures
zik
ada rasanya… tapi aku dah lupa. tahun lepas ada masuk majalah tiga.. yang star wars lego kalau tak silap… huhu
Azmir Shah
Sayangnya lupa. Kalau ingat mungkin boleh stalk artis tu.