Eran Croitoru adalah seorang animator dan dimasa yang sama seorang fotografer yang sangat berbakat. Beliau merupakan pemilik kepada laman web animated photography yang memberi penfokusan kepada teknik manipulasi gambar menerusi sentuhan perisian animasi yang menjadi kepakarannya agar gambar kelihatan lebih hidup dan realistik.

Beliau berpendirian gambar yang diambil oleh dirinya perlu menarik dengan  sentuhan kesan edit yang paling minima. Oleh itu, penyediaan set pengambaran yang dinginkan perlu dibuat dengan teliti menggunakan peralatan yang sebenar.

Antara peralatan yang biasa digunakan bagi menjayakan sesi pengambaran adalah kadboard dan gam gajah dimana peralatan tersebut digunakan untuk penyediaan tempat pengambaran dan pemegunan objek di tempat yang sepatutnya.

Contoh yang dapat dilihat daripada karya beliau adalah gambar “Peperangan 2 puak” yang menggunakan pencungkil gigi (toothpick) sebagai alatan bantuan yang mengekalkan kedudukan strawberri sebagai objek yang terbang.

Beliau juga mengatakan tugasan beliau menjadi semakin sukar apabila objek yang digunakan sangat kecil kerana ia menyukarkan diri untuk menyembunyikan alatan bantuan terbabit untuk tidak dilihat oleh kamera.

Video di sebalik tabir pembikinan gambar manipulasi

Beberapa peraturan telah ditetapkan bagi memastikan setiap gambar beliau mempunyai konsep yang konsisten. Antara peraturan yang ditetapkan oleh dirinya adalah sekadar menambah tangan dan kaki kepada objek jika didapati ia perlu ketika proses suntingan.

Perisian yang digunakan untuk menjalankan tugasan tersebut adalah perisian Lightwave yang menjadi alat bantuan beliau ketika melakukan tugasan sebagai animator. Perisian tersebut membenarkan beliau untuk mereka model tangan dan kaki objek mengikut keadaan pencahayaan tertentu bersama tetapan kamera yang dikehendaki supaya gambar projek kelihatan asli.

Difahamkan kebanyakan idea karya diilhamkan daripada filem-filem.

Berikut adalah hasil kerja beliau.

Mari Bergambar
Terbang Bebas
Silap Mata
Tempat Kejadian
Raksasa Tukul Menyerang
Orang Ketiga
Berhenti!!! Jangan Lari
Perperangan 2 Puak
Catur

Gambar manipulasi yang dihasilkan oleh Eran Croitoru ini sangat mengagumkan. Disamping teknik yang mengagumkan, setiap kepingan gambar juga seolah-olah mempunyai 1001 satu cerita.

Baca juga: Apa itu Cinemagraph?

Adakah anda mempunyai nama-nama jurugambar lain yang mempunyai genre minat yang sama dengan Eran? Kongsikan pendapat anda diruangan komen.

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

2 Comments

  1. ada rasanya… tapi aku dah lupa. tahun lepas ada masuk majalah tiga.. yang star wars lego kalau tak silap… huhu

Leave A Reply

Exit mobile version