Tidak lengkap Hari Raya Aidilfitri tanpa ditemani oleh lagu raya itu sendiri. Jika kita biasa menikmati dendangan lagu-lagu lama yang kerap dimainkan di corong radio, tanpa disangka terdapat juga lagu raya moden yang menyerlahkan keunikannya yang tersendiri.
Lagu-lagu ini saya kira berjaya memenuhi selera masyarakat kini yang mahukan kelainan dan pembaharuan. Kekuatan melodi dan lirik lagu raya lama tidak dapat disangkal lagi, namun dimasa yang sama kita meraikan irama generasi baru.
Dalam artikel ini, saya cuba kongsikan kepada anda 8 lagu raya moden yang dicipta daripada tahun 2010 dan keatas yang saya kira sebagai lagu generasi baru yang mungkin sedap untuk dijadikan halwa telinga.
Berikut adalah senarai lagu raya moden pilihan saya.
1. Kristal – Bondaku yang jauh dimata (2010)
Komposer: Lan Laga
Lirik: Lagos
Jika anda sukakan lagu sedih, saya kira lagu ini dapat memenuhi citarasa anda. Ia ada vibe klasik, dimasa yang sama punyai lirik yang menyentuh hati. Berkisahkan tentang perasaan seorang anak muda yang rindu untuk menyambut raya bersama ibundanya. Lagu genre pop rock yang disusun kemas untuk Aidilfitri.
2. Bunface – Anugerah Syawal (2013)
Komposer: Sam
Lirik: Sam
Saya ingat lagi semasa lagu ini dimainkan di TV3 pada tahun 2013, ianya kedengaran agak segar. Boleh dikatanya melodinya bukan kebiasaan lagu raya pada masa itu. Kelainan yang cuba dibawakan Bunkface diterima secara positif oleh masyarakat sehingga menjadi kegemaran kebanyakan daripada kita.
3. iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris – Hari Raya (2013)
Komposer: Patrick Anohada
Lirik: Patrick Anohada
Lagu ini sangat meletup pada tahun 2013, antara lagu Patrick Anohada yang menjadi siulan anak muda sehingga ke hari ini. Mungkin sebab suara kebanyakan penyanyi yang mendendangkan lagu ini kedengaran manis terutama Neeta.
4. Sepahtu – Raya Sedondon (2015)
Komposer: Datuk M.Nasir
Lirik: Jep, Shuib, Rahim, Ilya Buang
Bagi saya, lagu “Raya Sedondon” ini adalah lagu raya yang menghiburkan daripada segi melodi dan penulisan lirik yang berbentuk santai. Bila dengar, terasa kelakar. Dimasa yang sama terasa juga suasana raya itu. Itulah penangan generasi baru pelawak pengganti Senario yang juga dulu cukup terkenal dengan lagu raya nyanyian mereka.
5. Floor 88 – Kemaafan di Hari Raya (2018)
Komposer: Zai Hamzah (Achoi Floor88)
Lirik: Zai Hamzah (Achoi Floor88)
Floor88 sememangnya terkenal sebagai kumpulan pop rock yang sentiasa menghasilkan lagu yang sedap untuk dijadikan halwa telinga. Kebiasaannya elemen storytelling memang menjadi pilihan Floor 88 untuk menyampaikan lagu. Lagu “Kemaafan di Hari Raya” ini seperti biasa dihasilkan oleh Achoi, komposer dan ahli tetap Floor 88. Antara lagu raya lain yang terkenal dihasilkan Floor 88 adalah “Tak Dapat Raya“.
6. Iman Troye – Pejam Celik Hari Raya (2021)
Komposer: Ezra Kong & A.Ramlee
Lirik: Ezra Kong & A.Ramlee
Lagu ini tidak perlu diperkenalkan lagi. PKP dan Tiktok benar-benar mengangkat lagu ini ke tahap tertinggi sehingga menerima hampir 20 juta tontonan di Youtube. Lagu yang agak ringkas namun memikat, ini antara senarai lagu moden yang dianggap berjaya dan menjadi senandung golongan milenia.
7. Ernie Zakri – Zapin Lebaran (2022)
Komposer: Ernie Zakri & Yuka Kharisma
Lirik: Ernie Zakri & Yuka Kharisma
Jika anda peminat lagu irama Malaysia, ini adalah buah tangan daripada Ernie Zakri. Irama zapin yang kuat dengan elemen melayunya. Muziknya, sopannya, manis, semuanya lengkap. Walaupun mengekalkan elemen tradisi, namun vibe moden tetap dirasai. Sedap juga didengar.
8. Hael Husaini & DOLLA – Suara Lebaran Kita (2022)
Kesimpulan
Senarai lagu boleh didapati menerusi pautan berikut:
Koleksi lagu raya moden Spotify: Klik Sini
Ada lagi lagu lain yang menjadi kegemaran anda? Kongsikan di ruangan komen lagu raya yang mana yang menjadi pilihan hati anda. Mana tau saya boleh masukkan ke dalam senarai.