• Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook Twitter Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019

    Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

    24/08/2016
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

    28/03/2019

    Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

    17/01/2016

    7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021

    Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

    02/02/2021
Azmir Shah
muzium istana negara parking,melawat muzium diraja, sejarah muzium diraja negara,muzium diraja, istana negara lama, istana negara malaysia, istana negara jalan istana,
Percutian

Lawatan bersejarah ke Muzium Diraja dan Tugu Negara

Azmir ShahBy Azmir ShahNo Comments9 Mins ReadUpdated:15/02/2021
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Muzium Diraja merupakan istana negara malaysia lama yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kediaman buat Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong dan Permaisuri Agong sejak mula kita merdeka (1957) sehingga 2011 sebelum mereka berpindah ke Istana Negara yang baru terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Istana ini kemudiannya ditukarkan kepada Muzium sejak 1 Februari 2013 bagi membolehkan rakyat jelata dan pelancong untuk menikmati sendiri keindahan warisan istana yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kawasan larangan buat kita semua.

Latar Belakang Muzium Diraja

Istana Negara lama ini sebenarnya telah dibina sejak dari tahun 1928 lagi yang pada ketika itu kediaman ini dimiliki oleh jutawan cina yang bernama Chan Wing. Rumah agam ini dibina oleh salah sebuah firma seni bina daripada Singapura yang bernama Swan dan MacLaren dengan bermotifkan rekaan Paladin gaya mewah.

Rumah agam ini antara rumah agam yang terbesar di Tanah Melayu satu ketika dahulu. Lebih-lebih lagi ia ditempatkan di tanah seluas 11.34 hektar menjadikan ia satu kawasan ekslusif yang melambangkan kekayaan dan kemewahan si pemilih.

Semasa pendudukan Jepun di tanah melayu sekitar tahun 1942, rumah agam ini telah dijadikan kediaman rasmi pegawai tentera Jepun sebelum ianya dirampas dan diambil alih pemilikannya oleh British Military Administration (BMA) untuk kegunaan Tentera Udara Diraja selepas perang dua kedua (WW2) berakhir.

Kemudiannya pada tahun 1950, rumah agam ini dijadikan sebagai istana sementara Sultan Selangor sehingga  Februari 1957 sebelum ianya dibeli oleh Kerajaan Persekutuan dan dijadikan Istana Negara sebagai kediaman rasmi buat Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong.

Istana ini juga telah melalui beberapa fasa pengubahsuaian secara besar-besaran terutama sekitar tahun 1980-an apabila Balairung Seri Utama dibangunkan untuk upacara rasmi negara. Ianya diduduki oleh Yang dipertuan Agong Pertama sehinggalah yang ketiga belas.

Lawatan ke Muzium Diraja

Saya sebenarnya sudah lama berniat untuk melawat ke Muzium Diraja ini. Cuma hajat itu tidak kesampaian dek kerana kesibukan dan dimasa yang sama ketakutan rakan-rakan yang lain dengan perkataan “muzium” menyebabkan hasrat itu sering tertangguh.

Alhamdulillah baru-baru ini berkesempatan juga saya ke sana untuk melihat sendiri kediaman DYMM Yang Dipertuan Agong yang selama ini berpenghuni dan dijaga rapi, kini sudah terbuka buat semua.

Bayaran masuk ke Muzium

tempat percutian di kuala lumpur, cuti-cuti malaysia,harga tiket muzium diraja, bayaran masuk muzium negara, bayaran masuk muzium diraja,
Kadar bayaran masuk ke Muzium Diraja

Bayaran masuk ke Muzium Diraja ini bagi saya cukup berpatutan. Bagi warganegara Malaysia anda akan dikenakan caj RM5 dan RM10 bagi bukan warganegara. Memandangkan saya pergi semasa hari bekerja (bercuti panjang), maka tidaklah ramai orang berkunjung kesini melain pelancong yang teruja untuk melihat sendiri kazanah negara ini.

Selesai membuat pembayaran, maka secara rasminya saya memasuki perkarangan Istana Negara yang pertama buat kali pertama dan pertama tama. Hahaha.

Bergambar di laluan masuk Muzium Diraja

Terdapat 2 tempat yang anda akan kunjungi sebaik sahaja masuk di perkarangan istana. Pertama ialah ruangan dalam istana dimana anda akan lawati ruangan seperti ruang menyambut tetamu, ruangan kerja dan beradu manakala satu lagi tempat adalah dewan pameran (yang juga balairong seri) dan bilik mesyuarat Raja-Raja Melayu.

Galeri Muzium Diraja

Perkara pertama yang saya lakukan sebaik sahaja saya memasuki perkarangan istana adalah dengan mengunjungi ruangan utama muzium iaitu Istana itu sendiri. Ketika masuki muzium ini, setiap pengunjung diingatkan untuk tidak menangkap gambar (dilarang) dan perlu menanggalkan kasut sebelum masuk keruangan muzium. Antara ruangan yang saya kunjungi ialah:

  1. Pejabat
  2. Panggung Wayang
  3. Bilik Menunggu
  4. Bilik Bacaan
  5. Ruangan makan
  6. Ruangan Istirehat
  7. Dewan Menghadap
  8. Kamar Mandi
  9. Ruangan beradu
  10. Klinik gigi

Memandangkan saya tak ada gambar nak ditunjukkan, maka saya berceritalah serba sedikit tentang suasana didalam istana.

Kebanyakan daripada perabot dan bilik-bilik yang ada didalam istana terbabit kelihatan lama namun dalam keadaan terurus. Sesetengahnya pula kelihatan agak baru. Anda dapat lihat mana sebahagian ruangan dalam istana mempunyai rekaan yang klasik dan selebihnya kelihatan agak moden. Namun timbul pula masalah lain iaitu konsistensi.

Itulah antara soalan yang saya ajukan kepada petugas disitu mengenai konsistensi rekaan dan gubahan dalaman istana. Saya bertanya padanya, kenapa gubahan bilik tidak konsisten? Ada yang lama, ada yang baru. Ada yang kelihatan klasik, ada yang kelihatan lebih moden. Walaupun majoriti ruangan istana bertemakan inggeris, saya tetap rasa terganggu sebab saya berasa tidak konsisten itu menyakitkan mata.

Jadi beliau menjawab kebiasaannya setiap Yang Dipertuan Agong dan keluarga biasanya akan melakukan sedikit sahaja pengubahsuaian mengikut keselesaan mereka dan meninggalkan bahagian yang lain dalam keadaan asal.

Sebagai contohnya bagaimana salah sebuah bilik tidur didalam istana ditukarkan kepada bilik bacaan oleh Permaisuri Aishah, isteri kepada Yang Dipertuan Agong ke 11 iaitu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Jadi semua ini mengikut citarasa setiap penghuni barunya pada setiap 5 tahun sekali. Barulah saya faham.

Perasaan saya ketika lawatan

Sepanjang tempoh lawatan tersebut, saya bertembung dengan beberapa orang mat saleh ketika berada didalam istana. Saya rasa sedikit kecewa. Kenapa saya berasa begitu? Mudah sahaja.

Jika anda melancong keluar negara, saya yakin anda pasti ingin mempelajari dan menghayati budaya tempatan. Jika anda berasa begitu, begitu juga saya. Namun saya agak sedikit kecewa apabila melawat istana ini, tiada satu pun hal yang menunjukkan seni bina atau gubahan istana yang menunjukkan budaya atau motif melayu.

Kebanyakannya lebih kepada rekaan interior gaya inggeris. Ini termasuklah interior gaya inggeris lama sehingga ke gaya inggeris moden. Kalau beginilah gayanya, kat negara mat saleh ni pun banyak. Tak payah nak tengok di Malaysia.

Namun tidak mengapalah, saya ubati dengan pandangan citarasa yang berbeza. Mungkin tiada siapa sangka istana yang begitu indah ini bakal dijadikan muzium. Jadi tidak mengapalah. Kita teruskan dengan lawatan kita.

Lawatan ke Balairong Seri

pameran raja kita, raja kita, yang dipertuan agong, istana negara, balairong seri, muzium diraja, istana negara
Risalah yang diterima daripada pihak pengurusan

Balairong Seri ini hanya bersebelahan sahaja dengan Galeri Istana Negara. Inilah tempat yang satu ketika dahulu menjadi tempat berlangsungnya upacara rasmi negara. Suasananya sangat eksklusif dan cantik. Nampak gahnya.

Lawatan ke Balairong Seri ini bagi saya cukup berbaloi. Sekurangnya saya boleh lihat warisan negara menerusi pameran didalam ini. Kebetulan pula ketika lawatan saya ke sini, “Pameran Raja Kita” sedang berlangsung dimana pameran koleksi peribadi Yang Dipertuan Agong dipamerkan sempena pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Jadi memang seronok.

Singgahsana,
Selfie berlatar belakang Singahsana
keris kerajaan, keris, keris warisan negara, keris yang dipertuan agong
Pameran keris kerajaan
koleksi peribadi YDA, koleksi peribadi sultan pahang, sultan pahang, balairong seri, istana negara, muzium diraja
Koleksi Peribadi KDYMM SPB YDPA
agong, pakaian yang dipertuan agong, pakaian pertabalan yang dipertuan agong
Pakaian istiadat pertabalan
cogan daun kopi, sejarah kesultanan negeri pahang, negeri pahang
Cogan Daun Kopi
koleksi peribadi permaisuri agong, tenun pahang
Koleksi Peribadi KDYMM SPB RPA

Terdapat beberapa seksyen yang dibahagikan buat tatapan pengunjung. Menerusi ruangan pameran ini,anda boleh melihat sendiri biografi fan koleksi peribadi Yang dipertuan Agong dan Permaisuri Agong, mengenal sejarah kesultanan negeri Pahang berserta salahsilah keluarga, pakaian istiadat pertabalan, alat kebesaran diraja dan pengenalan dan sejarah pemerintahan beraja di Malaysia. Ini termasuklah surat ucapan tahniah Raja-Raja Melayu kepada Queen Elizabeth II.

Selain daripada itu, anda juga dapat melihat sendiri dokumen surat sumpah jawatan Yang Dipertuan Agong disamping contoh kertas undi dalam memahami bagaimana pengundian Yang Dipertuan Agong dalam kalangan Raja-Raja Melayu dilakukan.

Jemputlah datang. Pameran ini akan berlangsung sehingga 5 November 2019 sempena pameran Raja Kita.

Bilik Mesyuarat Raja-Raja

kertas undi majlis raja-raja, majlis raja-raja, bilik mesyuarat raja-raja, raja melayu, undian yang dipertuan agong
Kertas undian pemilihan dan pelantikan YDPA

Saya sempat juga melawat bilik mesyuarat yang selama ini ditutup untuk umum kini dibuka untuk semua untuk tatapan orang ramai. Bilik ini kebiasaannya menjadi tempat berkumpulnya raja-raja melayu bagi memilih dan melantik Yang Dipertuan Agong yang baru bagi setiap lima tahun sekali. Didalam ini terdapat peti undi dan juga tempayan yang diperbuat daripada tembaga.

Saya difahamkan yang setiap raja-raja melayu akan bermesyuarat dan mengeluarkan undi bagi memilih Yang Dipertuan Agong dan Timbalannya pada tahun tersebut. Undi tersebut dibuang didalam kotak undi yang disediakan. Kemudiaannya undian tersebut akan dikira dihadapan semua ahli mesyuarat sebelum dibakar didalam tempayan khas yang disediakan. Jadi selepas keluar daripada pemilih ini, rahsia akan tetap kekal rahsia.

Selesai lawatan di Muzium Diraja

pintu muzium diraja, pintu istana negara, istana negara lama, istana lama, muzium diraja, istana negara malaysia
Pintu masuk Muzium Diraja

Selesai sudah lawatan kami di Muzium Diraja. Sekurangnya dapat juga kami menunaikan hajat yang tertangguh (asyik nak datang Muzium Diraja tapi tidak kesampaian) disamping menghabiskan masa terluang melakukan edutourism dinegara sendiri. Percutian singkat kami tidak terhenti disini sahaja. Destinasi seterusnya ialah Tugu Negara.

Tugu Negara

Selaluinya saya mendengar cerita mengenai Tugu Negara daripada buku-buku sejarah ketika menuntut di bangku sekolah. Bagaimana Tunku Abdul Rahman mengambil aspirasi daripada monumen Tugu Peringatan Perang United States Marine Corps(USMC) di Virginia, Amerika Syarikat dan membawa idea itu di negara kita pada tahun 1963 (tahun didirikan).  Ini sebagai memperingatan kepada perjuangan para perajurit kita yang berjuang untuk keamanan dan kemerdekaan negara.

Difahamkan proses pembuatan ini dilakukan di luar negara oleh Felix De Weldon, seorang pengukir Austria yang menghasilkan ukiran ini daripada gangsa. Ukiran ini memaparkan sekumpulan askar seramai 7 orang yang kelihatan sedang berjuang mempertahankan negara. Monumen ini berketinggian setinggi 15 meter dengan kos pembuatannya sebanyak RM2.5juta (kos ketika 1963).

Suasana di Tugu Negara

Suasana Tugu Negara sangat sunyi dan tenang. Pengunjung datang dan pergi. Kebanyakan daripada mereka menghabiskan masa sekitar 5-10 minit sahaja untuk mengambil gambar. Jadi jika anda seorang yang suka bergambar, kehadiran mereka bukanlah merupakan satu masalah yang besar. Anda boleh bergambar sepuasnya sambil menghayati keindahan ukiran tugu peringatan.

Berikut merupakan sedutan gambar ringkas ketika saya berada disana.

gambar tugu peringatan negara, tugu negara, lawatan ke tugu negara, kepentingan tugu negara,
Menghayati signifikan ukiran 7 prajurit bersama bendera Malaysia
tugu negara, tugu negara diwaktu petang, malaysia national monument
Pemandangan dilewat petang
Gaya, mutu, keunggulan
tugu negara, tugu peringatan, to our glorious dead,
Tugu peringatan buat mereka yang gugur di medan perang

Kesimpulan

Diketika keterujaan masyarakat untuk membuat lawatan ke luar negara bagi meninjau budaya negara orang, pelancong yang datang ke Malaysia juga mempunyai keinginan yang sama untuk mempelajari budaya Malaysia. Sistem beraja yang diamalkan di Malaysia ini merupakan sistem turun menurun yang menjadikan Malaysia unik di mata dunia disamping kemegahan Malaysia menuntut kemerdekaan menerusi meja rundingan menjadi ia sesuatu yang seharusnya dibanggakan.

Jika berkelapangan, anda boleh membawa diri anda bersama keluarga atau kawan-kawan untuk melihat sendiri warisan sejarah kita. Lawatan yang memakan modal yang cukup minimum ini mampu membantu kita memahami sendiri sejarah secara bersama.

Baca juga: Trip bajet ke Hatyai 3H2M dengan hanya berbekalkan RM300

Terima kasih kerana sudi membaca artikel tentang lawatan saya ke Muzium Diraja dan Tugu Negara ini. Jika ada kesempatan, saya akan ulas kawasan pelancongan tempatan yang lain pula. Kita sama-sama pergiatkan edutourism di kalangan masyarat Malaysia.

bayaran masuk muzium negara fungsi muzium diraja gambar muzium diraja gambar tugu negara harga tiket muzium diraja how to go to istana negara institut diraja istana negara istana negara entrance fee istana negara gov my index istana negara lama istana negara malaysia jabatan muzium malaysia latar belakang muzium diraja latar belakang pengasas kfc lawatan ke tugu negara melawat muzium diraja model tugu negara muzium diraja muzium diraja lrt national palace royal museum kuala lumpur pameran raja kita patung tugu negara perajurit tugu negara permaisuri agong royal museum sejarah tugu negara tugu negara tugu negara sebagai karya seni visit royal museum waktu operasi muzium diraja yang dipertuan agong
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleLogo Proton dari tahun 1983 sehingga sekarang
Next Article Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Lawatan ke Rumah P. Ramlee di Pulau Pinang

Trip bajet ke Hatyai 3H2M dengan hanya berbekalkan RM300

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Sosial Media
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Telegram
Artikel Terbaru
Review

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

By Azmir Shah11/02/2023
Review

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

By Azmir Shah26/10/2022
Tutorial

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

By Azmir Shah17/10/2022
Review

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

By Azmir Shah10/10/2022
Makanan

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

By Azmir Shah01/03/2022
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

11/02/2023

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

26/10/2022

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

17/10/2022

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

10/10/2022
© 2023 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version