Phone Hilang? Ini Tip Mudah Mengesan Peranti Anda
Phone hilang? Jika anda pernah kehilangan handphone disebabkan oleh kecuaian atau kecurian, maka anda mungkin senasib dengan saya. Phone saya telah tercicir daripada poket saya disebabkan oleh kecuaian saya sendiri ketika menunggang motosikal. Pakailah lagi seluar pendek, habis jatuh di atas jalan tar dan diambil orang. Mujur saya boleh trace balik lokasi telefon bimbit saya.
Memandangkan saya sendiri telah mengalami perkara yang sebenar, maka pada hari ini saya akan memberi sedikit tutorial kepada pengguna android bagaimana cara untuk mengesan telefon bimbit anda yang mungkin tercicir atau dicuri orang. Berikut merupakan langkah yang pertama.
1. MUAT TURUN APLIKASI PENGESAN
Jika anda kehilangan telefon bimbit dan ingin mengesannya, perkara pertama yang anda perlu buat ialah memuat turun aplikasi “Google Find my device” yang dibangun oleh Google LLC di Google Playstore. Saya pun buat benda yang sama, saya pinjam telefon bimbit housemate saya untuk mengesan lokasi telefon bimbit saya. Maklumlah peranti saya sendiri tercicir. Haha.
Buat pengetahuan semua, phone saya yang telah tercicir itu telah diambil orang. Saya tahu selepas 3 kali call ke nombor saya dan ada individu yang mengangkatnya. Perbicaraan dengan saya agak singkat, suaranya juga kurang jelas. Barangkali beliau menjawab panggilan saya ketika menunggang motosikal. Dari lengoknya kelihatan mahu memberi kerjasama memulangkan phone saya.
Tapi sebagai jaminan saya terpaksa mengambil alternatif lain juga sementara menunggu maklumbalas daripada beliau. Ini bagi memastikan telefon bimbit saya selamat. Jadi anda diminta untuk muat turun la dulu.
Pautan: Google Find My Device
Ini paparan muka depan aplikasi
Selesai muat turun, gambar di atas ini merupakan paparan muka depan aplikasi. Kebiasaannya jika anda pemilik telefon bimbit yang anda gunakan, anda tidak perlu log masuk as guest, continue sahaja. Akan tetapi disebabkan anda kehilangan telefon bimbit anda, maka anda perlu “sign in as guest” untuk mulakan misi pencarian telefon bimbit tersebut. jadi sila sign in.

Masukkan email anda
Sila masukkan email dan password diruangan yang disediakan. Selepas tekan submit, aplikasi ini akan meminta permission daripada anda untuk mengakses peranti yang digunakan. Ini bagi memastikan mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengakses GPS yang digunakan sekarang. Pastikan anda menekan setuju. Sebaik sahaja anda menekan setuju, maka anda akan dapat page seperti dibawah ini.

Lokasi phone hilang

Fungsi utama dalam aplikasi find my device
Ini antara muka aplikasi find my device yang boleh digunakan untuk mencari telefon bimbit anda menggunakan GPS. Antara perkara yang dipaparkan ialah lokasi, jenis phone, keadaan bateri, penyedia perkhidmatan dan bantuan lain. Berikut pula merupakan perincian yang mungkin serba sedikit membantu anda.
PERINCIAN PENGGUNAAN
Ikon berwarna hijau
Icon berwarna hijau itu menunjukkan dimana lokasi telefon bimbit anda. Jika ia bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain, ini bermakna telefon bimbit anda telah diambil orang lain.
Ikon berwarna biru
Ikon ini menunjuk dimana lokasi anda berada.
Google Map
Jika anda ingin mengejar atau ingin mengikuti jejak telefon bimbit ini menggunakan GPS, maka anda boleh klik di ikon google map untuk memulakan urusan pencarian.
Jenis telefon bimbit
Adakalanya satu email didaftarkan untuk lebih daripada satu peranti. Jadi mereka menyediakan perincian maklumat mengenai phone yang disyaki dicuri untuk rujukan anda.
Play Sound
Jangan bunyikan butang “play sound” ini ketika telefon bimbit anda jauh daripada anda kerana bimbang mereka dapat mengesan yang anda sebenarnya sedang menjejaki mereka. Maka saya bimbang anda akan kehilangan jejak kerana telefon bimbit akan dimatikan.
Secure Device
Anda boleh lock telefon bimbit anda disertai dengan mesej sekali kepada mereka supaya dapat bantu untuk mendapatkan kembali peranti tersebut. Lock ini hanya sekadar memberi bantuan keselamatan tambahan kepada maklumat anda. Incase tak dapat maklum balas, fungsi ini sedikit sebanyak membantu.
Erase Device
Jejak sudah, lock sudah, harapan sudah tiada, maka fungsi ini sangat penting untuk dilakukan iaitu reset telefon bimbit anda agar maklumat-maklumat penting seperti gambar, no telefon, ewallet, dan maklumat peribadi lain terhapus sama sekali.
Selepas memahami segala fungsi yang disediakan oleh Find My Device, anda bolehlah memulakan langkah menjejak telefon bimbit anda yang hilang itu menggunakan google map. Sila pastikan keselamatan anda terjaga. Jika anda seorang perempuan, pastikan ada lelaki yang menemaninya. Kalau si pengambil telefon bimbit anda tidak memberi kerjasama pula, tindakan alternatif perlu diambil. Kena bijak la. Sebab saya percaya polis tidak akan melayan kes kecurian seperti ini.
Terdapat 2 peringatan yang saya ingin berikan kepada anda. Ianya berkenaan kelemahan aplikasi ini,
KELEMAHAN FIND MY DEVICE
Kelemahan aplikasi ini sekadar persediaan untuk anda menjadi lebih kreatif untuk mendapatkan telefon bimbit anda. Nanti tak ada la buat kesilapan menuduh jika berada di tempat yang ramai orang. Antara kelemahan aplikasi ini ialah:
Kurang Accurate
Saya pun tak faham kenapa aplikasi ini adakalanya tidak accurate di saat cemas walaupun anda pakai peranti flagship iaitu kelas tertinggi bagi sesuatu jenama. Walhal jika anda menggunakan Google Map atau Waze, elok je gunanya. Tapi kalau nak mengesan telefon bimbit yang hilang, kurang tepat. Macam pengalaman saya, kedudukan peranti saya lari lebih kurang 100 meter. Tapi masih lagi berada didalam radius tersebut.
Keluar notification pemberitahuan
Saya tak kisah pun tentang notification ini keluar untuk memberitahu kepada saya tentang lokasi telefon saya. Cuma bagitau la pada saya. Yang bagitau pada phone yang hilang tu buat apa. Ini dah la telefon bimbit kita hilang dan dimiliki oleh stranger, dia siap keluar notification “Find My Device located this device” kat telefon yang hilang seolah-olah memberitahu kepada si tukang jumpa atau tukang curi ini untuk tahu bahawa telefon bimbit ini sedang ditrace. Apa kejadahnya benda tu.
Baik itu sahaja kelemahan buat masa ini.
CARA CARI PHONE YANG DITUTUP?
Diketika ini, tiada cara yang boleh dibuat jika data telefon yang offline atau telefon itu sendiri ditutup. Ini kerana Google tidak dapat mengesan telefon bimbit yang tidak mahu dirinya dikesan.
Namun begitu ada beberapa trick yang sempat saya terokai untuk mencari jejak pergerakan telefon bimbit anda ketika dicuri atau hilang dan dibawakan ke tempat yang selamat. Ianya ialah dengan menggunakan Google Map. Bagaimana tu?
Pertama sekali anda perlu pergi ke laman web Google Maps untuk menjejak phone hilang tersebut.

Klik pada ruangan menu
Jika anda tidak pasti bagaimana cara untuk mengakses pautan tersebut, berikut disediakan pautan ke Google Map.
Google map: Klik sini
Anda boleh buka melalui browser di laptop mahupun telefon bimbit lain. Gunakan email anda sendiri bagi memulakan proses carian kerana hanya anda seorang sahaja yang boleh melihat hasil carian tersebut.

Klik pada menu your timeline
Selesai klik butang menu, sila pilih “Your timeline” untuk memulakan proses menjejak.

Masukkan tarikh telefon bimbit anda hilang
Jika anda perasan terdapat banyak titik-titik merah didalam peta tersebut. Itu adalah tanda yang menunjukkan lokasi yang anda pernah kunjungi atau lebih tepat telefon bimbit anda. Seperti mana saya katakan sebelum ini, tiada jaminan untuk menjumpai. Tetapi ini adalah salah satu daripada usaha menjejak.
Diruangan atas sebelah kiri, sila masukkan tarikh telefon bimbit anda hilang. Selesai masukkan tarikh, peta ini akan dikemaskini secara automatik.

Hasil carian yang disediakan
Berikut merupakan hasil carian pergerakan telefon bimbit anda. Jika telefon bimbit anda dicuri atau diambil orang, anda akan dapat kesan pergerakan telefon bimbit anda sebelum internet dimatikan. Disebelah atas itu merupakan tarikh phone hilang, disebelah kiri dan kanan pula adalah lokasi pergerakan berserta waktu pergerakan sekali.
KEADAAN PHONE YANG HILANG
Berikut pula keadaan phone saya yang hilang. Alhamdulillah bro tu memulangkan semula phone saya ini. Cuma saya perlu ambil sendiri phone ini daripadanya kerana dia terpaksa membuka kedai untuk sarapan pagi. Jadi nak tak nak saya kena jumpa juga.
Ini keadaan phone saya selepas dijumpai.
Bahagian depan phone ini retak akibat jatuh di atas jalan tar. Mujurlah tempered glass ini tebal. Jadi yang retak itu tempered glass, bukannya screen.
Belakang pula calar teruk. Memang mengurangkan terus value handphone ini. Tapi tidak mengapalah, yang paling penting adalah isi dalam ini. Saya simpan ewallet didalam ini. Kebetulan pula saya tak setkan password secara individu bagi setiap aplikasi ini. Ewallet seperti Boost dan kiplepay saya boleh recover lagi, ewallet bitcoin memang harapan la. Saya pakai cold wallet dalam tu. Handphone hilang, duit pun hilang.
Jadi itu sahaja perkongsian saya pada hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
Baca juga: 7 Fakta mengenai Google yang anda tidak tahu
Baca juga: 7 Fakta menarik mengenai pengasas KFC
Kemaskini artikel: 7 September 2019
- cara mengesan phone hilang
- cari handphone guna gps
- cari peranti saya
- cari telefon anda
- cari telefon hilang guna google
- cari telefon hilang guna gps
- cari telefon hilang menggunakan email
- cari telefon saya
- handphone hilang
- hp hilang
- jejak lokasi telefon hilang
- kesan handphone yang dicuri
- melacak hp yang hilang
- mengesan nombor telefon melalui gps
- phone hilang
- telefon hilang
encikhafiz.my
terima kasih bro atas info yang berguna ini. teruskan menulis.
Azmir Shah
Terima kasih kerana selalu datang dan rasakan ia berguna.
Awankenit
Mcm mana nk detect klau phone tu off?
Azmir Shah
Kalau phone tu off, kita cuma boleh detect last seen dimana hp itu berada sahaja sebelum ia dipadamkan. Tapi sebaik sahaja hp itu dihidupkan selepas dipadamkan dan menerima capaian internet, update lokasi terkini akan berlaku.
Saridah rosman
Kalau kita dah jumpa hp tu, mcmna nak unlock supaya dpt guna semula?
Azmir Shah
Ada banyak cara. Salah satu daripadanya adalah factory reset a.k.a hard reset. Boleh tengok Google untuk rujukan.
Dahlia
Assalamualaikum…sy ingin bertya, jika mahu cari handfone hilang melalui find my device…mesti hp dlm keadaan on ke? Adakah jika off…maka kita tiada peluang untuk mencarinya? Sbb bila sy gunakan apps tersebut n emnunggu, dia tulis can’t find the device
Twrima kasih encik
Azmir Shah
Waalaikumsalam Dahlia. Ye betul. Telefon bimbit tu perlu berada dalam keadaan on. Kalau nak monitor aktiviti telefon bimbit tu, mungkin Dahlia buat perkara yg tricky sikit. Harap semasa hp Dahlia hilang GPS masih on.
First pergi google guna browser. Kemudian login pada google map dan pada menu pergi pada ruangan timeline. Disitu Dahlia pilih hari telefon bimbit tu hilang. Akan ada keluar history yang menunjukkan dimana telefon bimbit tu berada untuk kali terakhir.
Mudah-mudahan info ini membantu.
syaff
klau fon kita tak lock & org yg ambik tu dah reset fon kita mcm fon baru , masih bole kesan?
Azmir Shah
Tak boleh.
Cik emi
Hihi… Pasal notification tentang find my device kt telefon yg hilang tu saya mmg setuju sgt. Tentu2 la org yg amik tu tahu yg kita tgh trace fon kita kan… 😁 Baru2 ni pun fon mak sy hilang n dpt trace cuma xtau no rumah si pengambik tu je. Lorong, taman semua ada. Hmm ingt nk buat report polis tp bila baca info en. ni rasa mcm xjd pulak… Myb kena jd penyiasat dulu. G kt lorong tu pastu stay dlm kete tgk mcm mana..
Rina
Dlm tempoh brp lama boleh kita kesan dimana telefon kita berada.?
Kalau si pencuri dah off kan hp..dan kita dah buat sekatan imei hpon,masih boleh trace lagi ke dimana telefon tu?
Saya dah cuba buat ikut steps yg tuan bg..tapi tak boleh. Boleh ke tuan bantu saya. Telefon hilang 3hb10 620pm
Dayana
assalamualaikum, tuan. macam mana pulak nak track android phone anpa menggunakan google dashboard atau find device? sebabnya bila nk login, mesti dia nk verify guna code yg email nk hantar dkat fon. bantu saya. urgent ni. handphone tercicir tengah jalan. pastu ada bangla mana ntah kutip. tolongg, saya buntu dah ni
Azmir Shah
Waalaikumsalam. Verify vode yg email nak hantar menerusi phone? Maksud dayana verification code tu dihantar menerusi email kan? Then tulis je la forgot password dan minta hantar pada email backup iaitu email pendua. Kalau pakai google authentication pula, install je kat new phone.
Zura
Nak tanye…adakah cara untuk saya membunyikan telefon yg salah letak…dan terakhir dlm keadaan yg mati…kerana bateri habis… Kali terakhir MMG dlm rumah…tp rumah mertua…ini adalah telefon anak yg berumur 12 tahun… Kali terakhir sebelum hobinya habis bateri…adiknya yg kecil yg berusia 4tahun tu ygg guna…dan disebabkan telefon tu hilang/terselit dimana² dlm rumah mertua…amatlah susah untuk saya mencari…hermmm….Xkan saya nk geledah rumah mertua saya…. Segan lah saya…kalau rumah saya…abis semua saya selongkar…dh lebih seminggu dh cari di tempat² yg hotspot dia main dan berlegar² Mase tu…tp x jumpe…xtau la di mana anak saya yg bongsu tu selitkan…ade ke ape² cara untuk saya mengesan dgn tepat atau dgn cara membunyikan nya….dan saya telah cuba mencari pakai Google map seperti yg di ajar tu…klik pd butang kiri dan klik your timeline…itu untuk timeline HP saya…tp bagaimana pula untuk mengesan timeline telefon bimbit anak saya ni….boleh bantu kat mane nk set untuk mengesan telefon anak saya tu…??? Harap dpt bantu segera…sudah penat saya mencari info tentang mengesan peranti yg mati dan salah letak ni….terima kasih kerana sudi baca masalah saya ini… Wish u all the best…n have a good day
hassan
Bagaimana kalau simkad telah ditukar, boleh tak kita mengesanya
Azmir Shah
Selagi email masih sama, telefon bimbit anda yang hilang masih lagi boleh dikesan.
Zack
Assalamualaikum tuan. Terima kasih atas perkongsian tuan. Pada 20/12/2019, sy telah kehilangan hp akibat kecuaian sendiri dimana hp tersebut telah tertinggal di dalam toilet pam minyak. Selepas sy sedar hp tertinggal di toilet lebih kurang dlm 10min br tersedar, sy ke pam minyak dan bertanya di kaunter jika ade org pulangkan.namun hampa.sy call hp kot yg terambil pick up calling sy.pun hampa.Sy cuba kaedah yg tuan tunjuk.mula nya sy fedup juga kerana hp sy gps xon. Tp sy guna kaedah secure device dan taip message…Tolong Pulangkan.Repot Polis telah sy buat.(padahal repot polis acah jew) . Play sound pun sy gunakan.Selang 5min…sy cuba call hp yg hilang. Pertama kali br ade org pick up. Pekerja kaunter pam minyak yg jawab dan maklum ade org htr.sy pun segera ke pam minyak tersebut.alhamdulilah.hp dlm keadaan baik.situasi yg berlaku lebih kurang sejam.posting tuan amat berguna utk sy dan ianya berjaya membuatkan yg terambil terkejut dgn message tersebut. Terima kasih tuan.syukur pd Allah.
Azmir Shah
waalaikumsalam Zack,
Alhamdulillah syukur. Saya pasti Zack pun tak keruan bila handphone hilang. Itulah yang saya rasa bila hp saya juga hilang. Sebab itu bila saya dapat balik hp saya, saya tuliskan semula pengalaman saya tu supaya boleh dijadikan rujukan orang lain. Alhamdulillah tulisan ini sedikit sebanyak membantu Zack untuk mendapatkan handphone tu balik. Lepas ini jaga elok-elok ye.
ayie
bagaimana mengesan i phone baru di beli…telah hilang ..
AsPika
Hendphon bapak saya hilang baru sebentar tadi…. 😭 Harap-harap perisian ini berjaya!
Azmir Shah
Insyallah jika kena dengan caranya. Mudah-mudahan dipermudahkan untuk mendapatkan phone yang hilang itu.
Farah
Assalamualaikum.. Dah 4 hari fon kita hilang.. Dari 16/1/2020.. Fon oppo A9 2020.. Dpt trace fon tu.. Area kt rumah kita je.. Dah g tp xde bukti y org kt dlm rumah tu ambik.. Jd kita pulang dgn tangan kosong.. Dah lock semua.. Harap terbuka la pintu hati dye nk hantar blik.. Fon pon da mati agaknya..
Azmir Shah
Waalaikumsalam.
Tak ada masalah. Cuba track telefon tu secara berperingkat. Selagi mereka tak buat hard reset, masih lagi ada harapan.
Zulaikha
Ad sesape boleh bantu tak hp sya tadi baru je kene ragut org …
izzaty
saya dah cuba bnyk kali tpi tk jadi
Azmir Shah
Ikut satu persatu panduan yang saya berikan?
Nina
Salam…
Kalau kita terlupa emel n pasword.. macam mane nak detect fon hilang erk..?
Wan
As salam encik..saya guna tip encik untuk trace telefon saya yg hilng..Alhamdulillah rezeki saya jumpa semula..tel tertinggal di kedai barang jepun.bila p cari 1 kedai rupanya tertinggal atas rak yg sama color dengan tel saya. Moga encik dimurahkan rezeki yg melimpah ruah asbab share tip ni.terima kasih encik.
Azmir Shah
Waaalaikumsalam.
Suka saya dengar tip saya ini dapat membantu Wan untuk mendapatkan kembali handphone yang hilang. Terima kasih atas doa juga.Lepas ni jaga phone tu baik-baik ya.
naziemah
saya dah gunakan apps ni..fone saya rase tak kne curi ..dalam maps dekt rumah tapii tak tahu kat mne..nk nngis rase…
Azmir Shah
Bawa bersabar Naziemah. Cuba ingat balik mana tempat mula-mula letak. Mungkin boleh jumpa memandangkan phone tu ada dirumah.
siti
assalamualaikum.. en azmir,
blh sy tahu mcm mana nak trace hp baru hilang…hp tu still dlm kotak lagi.
Azmir Shah
Waalaikumsalam cik Siti.
Hp yang masih dalam kotak tidak boleh dikesan.
ain
macam mana nk tau kt mana handphone kte tu hilang ? sbb 4 org pakai akaun google saya .. jadi saya x dpt nk detect phone yg sye punya tu hilang kt mne .. 😭
Azmir Shah
Tak ada masalah pun 4 orang pakai akaun yang sama. Cuma trace sahaja pergerakan lokasi phone yang hilang guna cara yang saya ajar tu. CUma makan masa sedikit la untuk kesan pergerakan phone sebab perlu asingkan mana yang betul mana yang bukan.
Syahira
Assalamualaikum Tuan, fon saya baru je hilang petang tadi. Puas cari. Bila kol, voicemail. Saya dah cuba step ni. Tapi bila tekan je your timeline. Yg dia tulis “ni activity today” mcm mana saya nak dettect ya fon saya. Klau tuan free boleh hubungi nmbi baru saya tak 016-3252944 saya sngt2 perlukan bantuan dari tuan. Trime ksih.
Richard Jibin
Saya dah try tapi mungkin hp saya yang hilang tu dah di reset atau belum on…. So saya tak dapt kesan kedudukannya… Boleh bagi tahu mcm mana cara nya nak kesan balik
Azmir Shah
Kalau dah direset, kita hanya boleh kesan jejak terakhir sahaja menggunakan Google Map. Saya dah nyatakan cara-cara kesan perjalanan telefon bimbit anda yang hilang tu.
Christina
Kalau kita terlupa pswrd email mcm mane yaa
Apitpit
Kalau phome tu dlm keadaan blm guna lepastu tercicir acaner nak trace?ada phone cust ni kira dh mcm baru dlm tu tercicir dh smggu lebih…tkde cara kena ganti la jawabnya
Azmir Shah
Kalau macam tu memang tak boleh trace. Maaf.
Siti noorbaya
Whatapos sy saja yg ada dlm phone tu.enail sy dah tukar ke phone baru tapi email yg sana
jack
fon sy hilang smlm.last seen kul 1250 pm.tp dkt timeline. dari kul 1317 till 2345 still ada dlm timeline.lagi satu kalu fon tu di ON kan balik.so terus boleh track smula ke? btul ke oppo f9 kalau dah boleh hack masuk.automatik reset factory smula? tq in advance.
Azmir Shah
Kalau dia on GPS insyaallah boleh trace balik location. Saya dah lama tak buat factory setting, jadi saya tak sure dengan rules peranti skg. Tapi masa dulu tak yah susah2 nak log masuk, buat factory setting terus boleh guna.
Ika
Saya dh cuba. Tapi phone tu kata cant be reached. Maksudnya?
Azmir Shah
Maksudnya peranti Ika dipadamkan, GPS tidak dibuka atau mobile data tiada.
Suhaini binti muhamad
Macam Mana sy nak dapat tahu siapa yang ambik hp sy