Perkara yang menarik tentang teknologi yang berada disekeliling kita adalah ianya bergerak pantas dan menelusuri di setiap industri. Jika diteliti dengan lebih mendalam, teknologi merupakan satu keperluan yang membantu manusia menjalani kehidupan seharian. Tanpa kita sedari kemajuan teknologi sedikit sebanyak membunuh industri sedia ada dan dimasa yang masa yang sama ia mengubah lanskap dunia sekaligus mencorak masa hadapan.
Itulah antara perkara yang disedari oleh Udo Gollub, founder kepada 17 Minute Language yang berasal daripada Jerman. Beliau menyedari tentang perubahan teknologi dan menjangkakan beberapa perkara yang bakal berlaku dimasa akan datang. Antara perkara yang beliau sedari adalah:
Kamera
Pada tahun 1998, Kodak mempunyai 170,000 pekerja dan menjual 85% daripada semua kertas foto di seluruh dunia. Dalam tempoh masa hanya beberapa tahun, model perniagaan mereka hilang dan mereka menjadi muflis. Apa yang berlaku kepada Kodak akan berlaku pada kebanyakan industri dalam tempoh 10 tahun akan datang dan kebanyakan orang tidak dapat melihatnya.
Adakah anda fikir jika anda berada pada tahun 1998, anda dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku dalam tempoh masa 3 tahun yang kita tidak lagi menggunakan kertas filem?
Perisian (Software)
Perisian kini bakal meluaskan pengaruhnya didalam industri tradisional dalam tempoh 5-10 tahun lagi. Jika anda perasan, UBER hanyalah satu perisian, mereka tidak mempunyai apa-apa kereta, dan kini syarikat teksi terbesar di dunia. Airbnb pula merupakan syarikat sewaan tempat tinggal terbesar di dunia, yang menariknya mereka tidak memiliki apa-apa hartanah.
Kepintaran Buatan (Artificial Inteligence)
Kepintaran Buatan: Komputer menjadi lebih baik dalam memahami dunia. Pada tahun ini, komputer menewaskan pemain GO terbaik di dunia (permainan tradisional yang popular di China, Korea dan Jepun), 10 tahun lebih awal daripada jangkaan.
Di Amerika Syarikat, peguam muda sudah tidak mendapat pekerjaan disebabkan oleh IBM Watson (perisian Artificial Inteligence), anda boleh mendapatkan nasihat undang-undang (asas) dalam masa beberapa saat, dengan 90% ketepatan berbanding dengan 70% ketepatan apabila dilakukan oleh manusia. Teknologi Watson telah membantu jururawat mendiagnosis kanser, 4 kali lebih tepat daripada jururawat manusia. Facebook pula kini mempunyai perisian pengecaman corak yang boleh mengenali wajah yang lebih baik daripada manusia.
Malahan terdapat sebuah aplikasi yang dipanggil “moodies” yang boleh memberitahu anda mood diri anda yang sekarang. Sehingga tahun 2020 akan ada aplikasi yang boleh memberitahu yang anda sedang berbohong hanya melalui ekspresi muka anda sahaja. Bayangkan manfaat yang kita bakal dapat jika kita gunakan ketika perdebatan politik yang secara tidak langsung dapat menunjukkan ahli politik yang bercakap benar atau tidak.
Ada pendapat yang mengatakan pada tahun 2030, dijangka komputer akan menjadi lebih bijak daripada manusia.
Kereta
Pada tahun 2018 kereta pandu sendiri yang pertama akan muncul untuk orang ramai atas jalan raya. Sekitar tahun 2020, industri automatif akan mula terganggu. Anda tidak mahu memiliki kereta lagi. Anda akan memanggil kereta melalui telefon, ia akan muncul di lokasi anda dan membawa anda ke destinasi yang diinginkan. Anda tidak perlu untuk memandu sendiri, anda hanya membayar untuk jarak perjalanan dan secara tidak langsung anda boleh menjadi produktif semasa dalam perjalanan.
Anak-anak kita tidak perlukan lesen memandu dan mereka tidak akan memiliki kereta. Ia akan mengubah suasana persekitaran bandar apabila berlaku pengurangan lebih 90-95% kereta di atas jalan raya. Berita baiknya, kita dapat mengubah mengubah kawasan meletak kereta menjadi tamann yang sudah tentunya lebih hijau. Tahukah anda 1.2 juta orang mati setiap tahun dalam kemalangan kereta di seluruh dunia bersamaan dengan satu kemalangan bagi setiap 100,000 km. Dengan teknologi pemanduan auto, satu kemalangan berlaku dalam 10 juta km. Ini dapat menyelamatkan satu juta nyawa setiap tahun.
Kebanyakan syarikat kereta akan muflis. syarikat-syarikat kereta Traditional cuba pendekatan evolusi dan hanya membina kereta yang lebih baik, manakala syarikat-syarikat berteknologi (Tesla, Apple, Google) akan melakukan pendekatan revolusi dengan fokus membina sebuah komputer beroda. Saya bercakap dengan banyak jurutera dari Volkswagen dan Audi; mereka benar-benar takutkan Tesla.
Kereta elektrik akan menjadi pilihan utama bermula tahun 2020. Bandar akan kurang bising kerana semua kereta akan berjalan menggunakan elektrik. Elektrik akan menjadi sangat murah dan bersih. Teknologi solar pula semakin berkembang pesat. Tahun lepas, lebih banyak tenaga solar telah dipasang di seluruh dunia berbanding fosil. Harga produk solar akan jatuh begitu banyak hingga menjadikan syarikat arang batu muflis pada tahun 2025.
Dengan elektrik yang murah, air juga murah akan turut menjadi murah. Rawatan air kini hanya memerlukan 2kWh per meter padu. Bayangkan apa yang boleh dilakukan jika sesiapa sahaja boleh mendapat bekalan air bersih sebanyak yang dia mahu, hampir tanpa sebarang kos.
Kesihatan
Akan ada syarikat-syarikat yang akan membina peranti perubatan (dipanggil “Tricorder” dari Star Trek) melalui telefon anda, yang mengambil imbasan retina anda, sampel darah anda dan anda bernafas ke dalamnya. Ia kemudian akan menganalisis 54 biomarkers yang akan mengenal pasti hampir kesemua penyakit. Ia akan menjadi murah, jadi dalam beberapa tahun semua orang di planet ini akan mempunyai akses kepada perubatan bertaraf dunia, hampir secara percuma.
Percetakan 3D
Harga pencetak 3D semakin murah, turun dari USD18,000 kepada USD400 dalam tempoh 10 tahun. Dalam masa yang sama, ia menjadi 100 kali lebih cepat. Semua syarikat kasut utama telah mencuba kasut percetakan 3D. Bahagian kapal terbang dicetak terus di lapangan terbang. Stesen angkasa kini mempunyai pencetak 3D yang mampu memberikan penjimatan ruang untuk penyimpanan alat ganti.
Pada akhir tahun ini, telefon pintar baru akan mempunyai kemudahan imbasan 3D. Anda kemudiannya boleh mengambil gambar 3D kaki anda dan mencetak kasut yang sempurna terus di rumah. Di China, mereka sudah boleh mencetak 3D sebuah bangunan pejabat 6 tingkat lengkap. Pada 2027, 10% daripada segala barangan yang kita hasilkan adalah dari cetakan 3D.
Peluang Perniagaan
Jika anda memikirkan niche perniagaan baru, tanya diri anda: “Pada 3-5 tahun lagi, adakah produk atau perkhidmatan itu masih diperlukan?” dan jika jawapannya ya, bagaimana anda boleh merealisasikan perniagaan anda itu dengan lebih cepat? Jika ia tidak berfungsi dengan telefon anda, lupakan idea perniagaan anda itu. Ini kerana apa-apa idea yang direka untuk berjaya dalam abad ke-20 ini telah ditakdirkan gagal pada abad ke-21.
Pekerjaan
70-80% daripada pekerjaan akan hilang dalam tempoh 20 tahun akan datang. Akan ada banyak pekerjaan baru, cuma kita tidak dapat memastikan sama ada pekerjaan ini akan cukup untuk orang ramai.
Pertanian
Akan ada robot dengan kos USD100 sebagai petani pada masa hadapan. Petani di negara-negara dunia ke-3 kemudian boleh menjadi pengurus di ladang mereka dan bukannya bekerja sepanjang hari di ladang seperti mana kebiasaan.
Pada masa ini, 30% daripada semua permukaan pertanian digunakan untuk lembu. Bayangkan jika kita tidak memerlukan ruang itu lagi. Terdapat beberapa syarikat permulaan (startup) yang akan membawa protein serangga ke pasaran. Ia mengandungi lebih protein berbanding daging. Ia akan dilabelkan sebagai “sumber protein alternatif” (kerana kebanyakan orang masih menolak idea makan serangga).
Panjang umur
Buat masa ini, purata kenaikan jangka hayat manusia adalah 3 bulan bagi setiap tahun. Empat tahun lalu, jangka hayat purata kebanyakan manusia ialah 79 tahun, kini ia 80 tahun. Pada tahun 2036, angka itu akan mencapai tahap yang tinggi. Oleh itu, kita semua boleh hidup untuk jangka masa yang lama, mungkin melebihi 100 tahun.
Pendidikan
telefon pintar paling murah sudah pada USD10 di Afrika dan Asia. Sehingga tahun 2020, 70% daripada semua manusia akan memiliki telefon pintar. Ini bermakna, semua orang mempunyai akses yang sama kepada pendidikan bertaraf dunia. Kini anak-anak boleh melakukan pembelajaran dalam talian menerusi mana-mana portal pendidikan.
Baca juga Koleksi kata inspirasi daripada tokoh dunia 1
Artikel asal ini telah oleh Udo Gollub dan dikongsikan menerusi laman facebook beliau. Penulisan ini kemudiannya diolah semula oleh Azmir Shah dan ditulis didalam Bahasa Melayu.
1 Comment
Pingback: Setelah lama menyepi, Semangat baru kini datang dengan lebih garang