• Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook Twitter Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019

    Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

    24/08/2016
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

    28/03/2019

    Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

    17/01/2016

    7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021

    Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

    02/02/2021

    Cara daftar SSM online untuk perniagaan Enterprise

    22/01/2021
Azmir Shah
7 nasihat, kmy kmo, luca sickta, siti nurhaliza, lagu irama malaysia, irama melayu, nasihat siti
Hiburan

Mesej disebalik 7 Nasihat, karya terbaru Siti Nurhaliza, Kmy Kimo & Luca Sickta

Azmir ShahBy Azmir ShahNo Comments5 Mins ReadUpdated:22/02/2020
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Siti Nurhaliza bersama kumpulan duo Hip hop yang sedang meningkat naik iaitu Kmy Kimo dan Luca Sickta telah menerbit karya terbaru yang bertajuk 7 nasihat, sebuah lagu irama Malaysia fusion yang diberi nafas baru dengan sentuhan rap.

Lagu ini dimuat naik di channel Youtube rasmi Dato Siti Nurhaliza tepat pada jam 12 tengah malam, 20 Februari 2020 selepas para peminat dihidangkan dengan sedutan lagu 7 nasihat di instagram dan twitter satu hari sebelumnya. Lagu yang sarat dengan elemen kemelayuan ini mengidangkan lengok-lengok irama yang enak disamping penulisan lirik yang baik.

Sudah pasti kredit harus diberikan kepada Kmy Kimo dan Luca Sickta, bakat muda yang terus konsisten dalam memperjuangkan muzik rap dengan elemen kemelayuan ini. Selepas kobularasi bersama sifu M.Nasir menerusi lagu Zuhud, kini mereka muncul bersama 7 Nasihat. Saya pasti tahun 2020 bakal menjadi tahun yang gemilang buat mereka berdua.

Berbalik kepada lagu 7 Nasihat, ada mesej yang cuba disampaikan kepada pendengar. Jika diteliti bait-bait lirik yang dihidangkan,  penuh dengan kata-kata nasihat.

Lirik Video 7 Nasihat

Liriknya dihiasi dengan kata-kata kiasan yang melambangkan kesantunan melayu dalam menegur. Satu budaya yang makin kian pupus ditelan zaman. Suntikan ritma dan puisi benar-benar menyedapkan lagi lagu ini untuk dijadikan sebagai halwa telinga.

Maksud lirik 7 nasihat

Siti nurhaliza, 7 nasihat, irama melayu, penyanyi top malaysia

Terdapat beberapa perenggan di lagu 7 nasihat menggunakan bahasa kiasan yang mungkin sukar untuk difahami oleh orang luar. Siti Nurhaliza sendiri ada menerangkan serba sedikit tentang petikan lirik yang cuba disampaikan menerusi lagu ni. Antaranya ialah:

Anak Pipit jangan tak dihirau
Gusar Esok ke sarang si rimau
Anak Didik harusnya dirisau
Gusar Esok engkau yang dipisau

Petikan lirik ini mengisahkan tentang bagaimana didikan terhadap anak-anak antara suatu yang perlu diambil berat Jagalah dengan sehabis baik, jangan dibiarkan mereka tidak pantau bimbang anak-anak menjerumuskan dirinya ke jalan yang memudaratkan. Esok lusa ibu bapa dijadikan lawan.

Dulu tunggu waktu balik,
Dulu diam sekarang celik,
Dulu tahu waktu balik,
Dulu diam sekarang cerdik.

Frasa ini menceritakan tentang bagaimana cabaran ibu bapa pada masa kini untuk mengasuh anak-anak. Anak-anak kini yang lebih pintar dan berani untuk mengajukan pendapat.

Tak Endah yang sekarang
Cakap Jangan sebarang
Elok Awal dilarang
Untuk Kau jadi orang

Melentur buluh biar dari rebungnya. Jadi tegurlah dari awal fasa asuhan anak-anak sejak dari mereka muda untuk memastikan insan yang dewasa nanti adalah insan yang menjaga tingkah lakunya. Malahan dalam lirik turut menggunakan elemen pujangga nusantara yang memberi perlambangan dalam lirik.

Anak Pipit + Harimau + Tanah + Buluh, Rebung + Dunia + Senja + hati + urat besi = jadi orang.

Berpadanan dengan tajuk, terdapat 7 nasihat yang cuba dibawakan oleh penulis kepada mereka yang mendengarnya. Nasihat itu disenaraikan pada bahagian Kmy Kimo dan Luca Sickta. Apakah nasihat yang dimaksudkan? Berikut antara 7 nasihat yang diberikan untuk kesedaran kita semua agar kita terus menerus menjadi seorang dewasa yang berakhlak.

kmy kmo, luca sickta, 7 nasihat, rap moden, rap melayu

1. Nak berjaya perlu merendah diri

Jika anda inginkan kejayaan dalam kehidupan, maka perasaan sombong dan berbangga diri perlu dijauhkan. Sentiasa merendah diri dalam mencari jalan kehidupan. Andai satu hari nanti berasa buntu, jangan khuatir.

Pastikan diri ini meringankan mulut untuk bertanya. Sentiasa belajar untuk menjadi yang terbaik. Bersusah-susah dahulu tidak mengapa. Insyaallah kesusahan yang akan kita tempuhi ini lambat laun bakal dinikmati hasilnya.

2. Dahulukan hormat.

Nasihat sentiasa relevan untuk semua walaupun anda seorang ketua dan berpengaruh. Mendengar nasihat membantu untuk jaga diri anda sampai la ke tua. Antara nasihat yang diberikan adalah berkenaan dengan hormat.

Sentiasa berusaha untuk punyai keterbukaan dalam berbeza pendapat dan sentiasa menghormati antara satu sama lain walaupun orang itu lebih muda daripada kita.

3. Jaga lidah dan tulisan.

Elakkan daripada menimbulkan kontroversi secara terus menerus di alam maya. Berlagak pandai tanpa menjaga lidah dan tulisan sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif jika menimbulkan persengketaan dikalangan kita. Ini bukan sahaja membawa kesan yang kepada si penerima, sebaliknya juga pada dirinya sendiri.

Dahulu apabila lidah berbicara, hati pasti terluka. Kini tindak berdepan tanpa berjumpa, tapi asalkan mata nampak segala hal yang tidak kena dek hati, maka keyboard warrior akan mula beraksi.

4. Jangan lupa diri.

Semua perlu peka tentang nasihat yang diperturunkan oleh orang tua. Bagaimana  kita membentuk keterampilan yang lebih baik berdasarkan kepada budi bahasa yang diperturunkan. Namun apakan daya, disaat masyarakat Malaysia mengejar kehidupan yang lebih moden, orang sudah mula melupakan budi bahasa itu sendiri.

Kelakuan tersebut seumpama orang yang keras kepala yang tidak mendengar nasihat pewaris nasihat, akan hanyut mereka dengan akibat yang terhasil daripada kedegilan mereka. Jadi dengarlah nasihat orang. Jangan pernah lupa diri.

5. Bersihkan hati.

Jangan mudah terkesan dengan kata-kata orang sekeliling. Benda yang paling penting adalah dengan melihat diri sendiri terlebih dahulu dan berusaha untuk memperbaiki dan jadi lebih baik.

Jangan pernah dengki, jangan pernah berniat jahat kepada mereka yang lain. Apa guna punyai kehidupan yang baik tapi terjerus kepada persengketaan sia-sia. Oleh itu bertaubat dan tinggalkan semua. Bersihkan hati dengan melupakan kisah lalu. Move on.

6. Berbaik budi sesama kita.

Sentiasa beringat didalam hati, usaha dan kerja keras bukan satu hal yang boleh dibawa main. Ianya satu pengorbanan yang tiada galang ganti dan akan kekal abadi. Jadi jika ada orang yang berbuat baik dan berjasa dengan kita, balaslah jasa mereka dengan budi.

7. Ingat pesan yang tua.

Sebagai seorang yang naif dan sentiasa belajar, ingatlah pesanan orang yang tua. Mereka sentiasa mahukan yang terbaik buat diri kita.

Mesej yang cuba disampaikan 7 nasihat

Terdapat mesej yang cuba disampaikan oleh Siti Nurhaliza, Kmy Kimo dan Luca Sickta dalam lagu kiasan ini. Antara katanya adalah seperti berikut:

Nak jadi orang, 7 nasihat ini bawa peluang, nak jadi manusia 7 nasihat bawa kenal dunia.

Melihat kepada dunia yang semakin kurang nilai yang diwarisi, maka nasihat ini keluarkan agar kita saling beringat. Pantau anak-anak, pantau dalam menyampai, hormati yang lain, jaga diri, terus berbudi.

Baca juga: Drama Band berdrama di pentas AJL ke 34
Baca juga: 7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

Apa respon anda tentang lagu 7 nasihat ini? Kongsikan keterujaan anda diruangan komen.

7 nasihat 7 Nasihat - Dato' Sri Siti Nurhaliza 7 nasihat ctdk7 nasihat youtube 7 nasihat lirik 7 nasihat mp3 7 nasihat siti irama malaysia duet irama malaysia lagu irama malaysia siti nurhaliza irama malaysia song kmy kmo Kmy Kmo & Luca Sickta lirik 7 nasihat luca sickta maksud lagu 7 nasihat maksud lirik 7 nasihat rap dalam bahasa melayu rap lagu melayu rap melayu deep rap melayu lyrics rap melayu rap melayu 2020 rap melayu terbaik single terbaru siti nurhaliza siti nurhaliza siti nurhaliza lagu
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleBeza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod
Next Article Ballet Crypto membenarkan anda menyimpan Bitcoin secara offline
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Drama Band berdrama di pentas AJL ke 34

Pasangan Perhubungan Jarak Jauh Ini Disatukan Didalam Gambar

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Sosial Media
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Telegram
Artikel Terbaru
Makanan

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

By Azmir Shah01/03/2022
Pengaturcaraan

LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

By Azmir Shah22/02/2022
Pengaturcaraan

Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

By Azmir Shah15/02/2022
Tutorial

Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

By Azmir Shah08/02/2022
Makanan

Asal usul Bintang Michelin yang menjadi idaman restoran

By Azmir Shah01/02/2022
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

01/03/2022

LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

22/02/2022

Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

15/02/2022

Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

08/02/2022
© 2022 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version