Baru-baru ini saya membuat pembelian mesin pembersih cermin mata ultrasonik jenama Xiaomi EraClean di Shopee. Semuanya gara-gara saya tertarik dengan satu video di Youtube yang menunjukkan cara untuk membersihkan cermin mata menerusi kaedah ultrasonik. Nampak menarik, jadi saya belilah satu.
Beli di Shopee: Klik Sini
Saya mendapatkan alat pembersih ini dengan harga RM85.99 sahaja di Shopee. Tidaklah murah mana. Namun dek kerana terpengaruh dengan idealogi yang menyatakan ia mampu untuk membersihkan kotoran di kawasan yang sukar untuk dibersihkan, maka janggal jika tidak mencubanya.
Maklumlah dilemma buat orang seperti saya yang memakai cermin mata berbentuk aviator ini, kotoran diantara celahan cermin dan bingkai adalah satu masalah yang sukar untuk dielakkan. Bingkai dan cermin yang terlalu rapat dengan permukaan muka menjadikan kotoran lebih mudah terhasil.
Ini sudah pasti menyukarkan saya untuk membersihkannya. Dari dibiarkan terkumpul, lebih baik kita bersihkan dahulu sebelum terlambat.
Pembukaan kotak produk pembersih cermin mata
Model pembersih cermin mata yang saya beli ini adalah model Xiaomi Youpin EraClean. Buat pengetahuan anda semua terdapat dua model yang disediakan oleh mereka. Satu tanpa bateri (direct current) dan satu lagi dengan bateri. Memandangkan saya pun tiada keperluan untuk menggunakan pembersih mudah alih, jadi saya memilih model tanpa bateri.
Baiklah, tiba masa untuk kita unboxing. Cuba lihat apa yang ada di dalamnya.
Model ini hanya dilengkapi oleh butang “on” dan “off” sahaja dimana setiap pembersihan diset selama 3 minit. Jadi anda tidak boleh menukar tempoh perbersihan mengikut waktu yang diinginkan.
Cara membersihkan cermin mata menggunakan Eraclean
Sekarang tibalah masa untuk kita mencuba pula produk ini. Ada 4 langkah sahaja yang anda perlu buat.
- Letakkan sedikit cecair pencuci pinggan ke dalam Eraclean.
- Masukkan air sehingga ke paras maksimum Eraclean.
- Masukkan cermin mata.
- Tekan butang start.
Selepas anda menekan butang start, pembersihan akan dilakukan selama 3 minit. Bergantung kepada kotoran yang terdapat pada cermin mata anda, anda boleh sahaja melakukan cucian kali kedua. Jadi tunggu apa lagi, jom kita cuba produk ini.
Saya membuat perbersihan sebanyak 2 kali bagi melihat keberkesanan produk ini. Gambar di bawah pula adalah hasilnya.
Ulasan mengenai produk ini
Selepas saya mencuba produk ini, dapat saya simpulkan yang produk ini sememangkan membantu saya untuk membersihkan kotoran di celahan bingkat cermin mata saya.Tapi untuk kotoran di celahan gelas dan bingkai itu mungkin sedikit memakan masa dan tidak akan hilang untuk pembersihan kali pertama. Saya bersihkan cermin mata saya selama 2 minggu (seminggu sekali) barulah bersih sepenuhnya.
Saya rasa bagi pemakai cermin mata, mesin ini mungkin peranti yang perlu anda miliki dan simpan di rumah. Sambil-sambil kita bekerja pun kita boleh bersihkan cermin mata kita. Harga pun berpatutan.
Baca juga: kad Bigpay dan Pengalaman penggunaannya selama sebulan
Baca juga: Samsung Pay membenarkan pembayaran menggunakan jam tangan
Terima kasih kepada anda semua kerana sudi membaca. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan jika merasakan artikel ini berguna untuk semua.