Sesetengah daripada kita pasti punyai pengalaman perhubungan jarak jauh dimana pasangan yang disayangi tinggal jauh beribu batu daripada tanah air. Tetapi tidak mengapa, dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada ini sedikit sebanyak membantu pasangan berasa lebih dekat.

Banyak pilihan perhubungan yang boleh didapati diluar sana. Diantaranya ialah dengan berhubung menerusi panggilan telefon mahupun pesanan mesej. Selain daripada itu, anda juga boleh berhubung menerusi panggilan video atas talian skype mahupun menerusi media sosial. Kami di azmirshah.com percaya, walau apapun usaha yang dilakukan, ini adalah demi memastikan perhubungan anda dan pasangan kekal berpanjangan.

Bagaimana pula jika anda mengikuti jejak langkah sepasang kekasih Korea ini yang menghasilkan gambar kreatif untuk dijadikan kenangan bersama. Ini juga adalah salah satu inisiatif yang boleh dibuat untuk merapatkan lagi hubungan anda dengan si dia.

Shin Li Art baru-baru ini telah mewujudkan satu projek khas yang cuba menyatukan dua insan yang berada di 2 tempat berbeza didalam satu gambar yang sama. Projek ini cuba menyatukan dua insan yang berada di Seoul dan New York dengan cara menyelaraskan kedudukan gambar menerusi titik penyatu.

Walaupun perbezaan masa 14-jam, Danbi Shin yang kini berpangkalan di New York, dan Seok Li, yang berpangkalan di Seoul, menjaga perhubungan jarak jauh mereka dengan mengambil gambar secara serentak semasa panggilan video dan mewujudkan kolaj. Projek ini dipanggil “Half & Half” dimana menerusi projek ini, pasangan ini akan mencari persamaan dan cuba untuk membuat penyatuan gambar terbabit walaupun mereka ditempat yang berbeza dengan gaya hidup yang berlainan. Menarik bukan?

Berikut pula adalah contoh gambar yang disatukan mereka.

Termenung
Wajah
Lihatlah
Pasu bunga
Bangunan
7 Eleven
Papan tanda
Garpu dan pisau
Aiskrim

Adakah anda sudah mula untuk memasang anggan-angan untuk mempamerkan memori dan kenangan perhubungan jarak jauh anda dalam satu gambar? Jika ia, mungkin ini merupakan salah satu idea yang diperlukan oleh anda untuk mula menjadi pasangan perhubungan jarak jauh yang sweet.

Jom baca : Apa itu Cinemagraph?

Jom baca : Gadis Itali Ini Menghasilkan Karya Seni Daripada Kopi

Jom baca : Kompilasi Gambar Manipulasi Yang Mengagumkan

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

4 Comments

Leave A Reply

Exit mobile version