• Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook Twitter Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019

    Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

    24/08/2016
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

    28/03/2019

    Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

    17/01/2016

    7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021

    Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

    02/02/2021
Azmir Shah
kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc, kentucky fried chicken
Santai

7 Fakta Menarik Mengenai Pengasas Kentucky Fried Chicken

Azmir ShahBy Azmir Shah9 Comments5 Mins ReadUpdated:18/12/2021
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Siapa yang tidak mengenali Kolonel Harland David Sanders, seorang ahli perniagaan daripada Amerika yang mengasaskan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken ( lebih dikenali sebagai KFC ) dan kemudiannya menjadi duta dan simbol kepada syarikat berkenaan.

Jika anda tidak mengenali beliau, beliau merupakan seorang lelaki tua yang berjanggut dan berbaju putih serta berkaca mata yang sering dipertontonkan oleh KFC di khalayak ramai. Itulah Kolonel Sanders.

Sejarah hidup kolonel Sanders, beliau dilahirkan pada 9 September 1890 di Henryville, Indiana, Amerika Syarikat.Pada usia 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia manakala ibunya tidak mampu bekerja lagi sehingga beliau terpaksa menjaga adik lelakinya yang baru berumur 3 tahun.

Jika kita menceritakan tentang kolonel Sandlers, pasti anda semua mengetahui mengenai kegagalan beliau menawarkan resepi ayam gorengnya ke restoran-restoran. Beliau pernah ditolak sehingga 1009 kali oleh individu dan pemilik restoran ketika menawarkan resepi ayam goreng KFC kepada mereka.

Tetapi untuk artikel ini, bukan itu yang pihak kami akan ceritakan. Sebaliknya kami akan membawakan 7 fakta menarik mengenai pengasas Kentucky Fried Chicken ini yang mungkin anda tidak tahu.

1. Kolonel Sanders bukan seorang kolonel tentera

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc, kentucky fried chicken, logo kfc, logo kentucky fried chicken
Logo yang menampilkan wajah Kolonel Sanders

Kolonel Sanders sememangnya seorang kolonel, tetapi beliau tidak memperolehi pangkat kolonel itu ketika berkhidmat dalam tentera. Sebaliknya beliau memperolehi jawatan tersebut daripada Gabenor Lawrence Wetherby, wakil kerajaan negeri Kentucky yang membawa gelaran Kolonel Kentucky kepada dirinya.

Penghormatan ini diberikan kepada individu  yang berkhidmat kepada masyarakat, negeri atau negara. Tiada kewajipan yang perlu dilaksanakan ketika memegang gelaran ini dan tiada gaji yang diterima sepanjang menggunakan gelaran ini.

Antara individu yang yang pernah menerima gelaran Kolonel Kentucky ialah Muhammad Ali, Betty White, George Clooney, Ashley Judd, Johnny Depp, WKU’s Kenny Perry and Elvis Presley.

2. Kehidupannya penuh dengan kegagalan

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc, cerita pengasas kfc, nama pengasas kfc
Kisah hidup beliau

Apabila Sanders baru berusia 6 tahun, bapanya pulang dari kerja dalam keadaan demam dan meninggal dunia pada hari yang sama. Ibu Sanders berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak disukai oleh Sanders dan terpaksa meninggalkan sekolah ketika berada di gred 7 untuk melepaskan diri daripada keluarganya.

Sebagai seorang dewasa pula, beliau pernah melakukan pelbagai pekerjaan termasuk sebagai askar, bomba dan jurujual insurans. Beliau berkahwin, kemudian ditinggalkan isteri selepas beliau ditangkap menipu disamping sering bertukar pekerjaan.

Kemudiannya beliau mendapat ijazah didalam undang-undang, namun begitu beliau sekali lagi dipecat kerana terlibat didalam pergaduhan di tempat kerja dengan pelanggan sendiri.

3. Beliau menjual ayam goreng di stesen minyak

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc
Penjualan di stesen minyak

Sanders telah bekerja sebagai jurujual di Kentucky untuk syarikat tayar Michelin, dan hilang kerja pada tahun 1924 apabila Michelin menutup kilang mereka di New Jersey.

Memandangkan beliau ketika itu mempunyai kabel dengan Pengurus Besar Standard Oil of Kentucky, jadi pengurus tersebut menawarkannya peluang untuk beliau berniaga di Stesen minyak di Nicolasville, KY.

Selepas stesen minyak ini ditutup pada tahun 1930 akibat masalah kewangan, Sanders telah diberikan peluang untuk berniaga di stesen minyak di North Corbin, KY pula. Sewanya percuma. Disini Sanders mula menerima cabaran apabila beliau telah menjual ayam goreng di sebuah negara yang gemarkan ham dan steak pada waktu itu.

4. Beliau menjual perniagaan dengan harga $ 2 juta

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc
Perniagaan yang dijual

Pada tahun 1964, Sanders telah menjadi salah seorang individu yang berjaya didalam mengendalikan francais perniagaan ayam goreng beliau. Walau bagaimanapun, akibat tekanan kerja yang berlebihan, beliau merasakan beliau tidak mampu untuk mengendalikan lagi perniagaan tersebut.

Oleh sebab itu, beliau menjual perniagaan Kentucky Fried Chicken ini dengan harga $ 2 juta dan memperolehi gaji tahunan sebanyak $ 40,000 daripada sekumpulan pelabur.

5. Kolonel Sanders mengutuk restorannya sendiri

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc, Kentucky fried chicken, mash potato
Hidangan yang terdapat di KFC

Setelah perniagaan Kentucky Fried Chicken dijual, pemilik baru KFC masih lagi menggunakan imej korporat yang sedia ada dengan mengangkat kolonel Sanders sebagai duta syarikat tersebut. Beliau melakukan penjelajahan ke seluruh negeri di Amerika untuk merasai sendiri ayam goreng yang dihasilkan oleh KFC di restoran yang berbeza.

Jika beliau tidak suka dengan apa yang beliau lihat atau makan, beliau akan memberitahu staf terbabit dengan menggunakan kata-kata kesat dan sumpah seranah. Sanders sendiri sememangnya terkenal dengan mulutnya yang lancang.

Beliau juga pernah mengatakan kepada salah satu restoran yang dikunjungi , “Ini adalah ayam goreng yang paling teruk yang pernah saya lihat,” dan memanggil kuah yang dirasainya sebagai, “sludge.”

6. Beliau membuka restoran seumpama KFC

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc
Claudia Sanders Dinner House

Disebabkan perasaan yang tidak berpuas hati dengan kualiti makanan yang dihasilkan oleh KFC selepas francais itu dijual, Sanders memutuskan untuk membuka restoran yang bakal bersaing dengan KFC menerusi produk yang sama yang dikenali sebagai “The Colonel’s Lady” .

Kemudian KFC menyaman Sanders diatas pembukaan restoran tersebut dan mereka memenangi kes ini dengan pampasan $ 1 juta dolar. Selepas kes terbabit, Sanders menjual restoran tersebut kepada pemilik baru. Restoran itu sehingga kini masih wujud di Shelbyville, KY, tetapi ianya lebih dikenali sebagai “Claudia Sanders Dinner House“.

7. Beliau meninggal dunia ketika berusia 90 tahun

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc, kentucky fried chicken, fakta menarik tentang kentucky fried chicken, fakta kfc
Kolonel Harland David Sanders

Pada bulan Jun 1980, Sanders telah disahkan menghidap leukemia dan meninggal dunia pada tahun yang sama di sebuah Hospital Yahudi di Loiusville, KY kerana menghidap radang paru-paru. Sehingga kematiannya, Sanders masih membuat penampilan klasiknya yang mengenakan suit putih dan janggut putih.

Baca juga: 7 Fakta menarik mengenai Google

Kesimpulan

Baiklah, itulah serba sedikit perkongsian fakta menarik tentang kolonel Sanders. Diharapkan fakta menarik mengenai pengasas KFC ini mampu menarik minat anda untuk lebih mengenali tentang siapa sebenarnya Kolonel Sanders. Jom makan KFC?

biodata pengasas kfc cerita pengasas kfc Fakta Menarik Mengenai Pengasas Kentucy Fried Chicken kentucky friend chicken kentucy fried chicken kisah menarik mengenai pengasas kfc Kolonel Harland David Sanders kolonel sanders KOLONEL SANDERS-PENGASAS KFC nama pengasas kfc Pengasas Kentucy Fried Chicken pengasas kfc sejarah hidup kolonel sanders sejarah kfc Sejarah KFC Kentucky Fried Chicken sejarah pengasas kfc Siapa Colonel Harland Sanders siapa pengasas kfc
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous Article7 Cabaran Yang Perlu Dihadapi Untuk Tinggal Di Marikh
Next Article Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

7 Perkara Tidak Berguna Yang Anda Selalu Buat

Ibu Ini Menukarkan Dunia Tidur Anaknya Kepada Sesuatu Yang Luar Biasa

7 Perkara Menarik Mengenai Hari Deepavali

9 Comments

  1. wan on 26/11/2015 9:57 AM

    memang menarik fakta ni….tq tuan info yang sangat bermakna…

    Reply
  2. Encik Kelakar on 04/11/2015 3:15 PM

    Jarangla makan k ep cie nih…. apepun ada cerita yang pasal dia pergi ke restoran kemuka idea pasal resepi rahsia dia tuh… huhu

    Reply
    • Azmir Shah on 04/11/2015 3:43 PM

      Yap betul, ada cerita disebalik tu. Cuma dalam entri ini sengaja tak diceritakan. hehe

      Reply
  3. Noriza Rahman on 03/11/2015 8:10 AM

    KFC memang dari generasi dulu-dulu sampai sekarang..sangat bertahan perniagaan ni..

    Reply
    • Azmir Shah on 03/11/2015 1:37 PM

      Strategi perniagaan kena betul, 100 tahun sekali pun pasti mampu bertahan. hehe

      Reply
  4. Nik Azidah on 30/10/2015 10:01 PM

    Saya la salah sorang peminat tegar kfc hehe….

    Reply
    • Azmir Shah on 30/10/2015 10:07 PM

      Ramai juga yang suka dengan kfc ni ye. Hehe

      Reply
  5. Asyraf on 30/10/2015 3:44 AM

    Banyak fakta menarik. Setiap minggu wajib beli ayam kfc, snake plate.

    Reply
    • Azmir Shah on 30/10/2015 6:46 PM

      Wah, nampaknya memang betul-betul peminat KFC. hehe

      Reply

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Sosial Media
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Telegram
Artikel Terbaru
Review

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

By Azmir Shah11/02/2023
Review

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

By Azmir Shah26/10/2022
Tutorial

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

By Azmir Shah17/10/2022
Review

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

By Azmir Shah10/10/2022
Makanan

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

By Azmir Shah01/03/2022
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

11/02/2023

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

26/10/2022

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

17/10/2022

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

10/10/2022
© 2023 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version