Bagi pemula yang mula berjinak dengan mata wang kripto, mencari platform jual beli yang bersesuaian adalah sesuatu yang memeningkan. Adakah pembelian Bitcoin boleh dibuat menerusi perbankan atas talian? Bagaimana dengan kredibilitinya? Memandangkan saya faham perasaan menjadi seorang pemula, jadi saya kongsikan 5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia yang mungkin bersesuaian dengan anda.
Apakah kriteria platform yang disenaraikan?
Antara kriteria yang saya tetapkan adalah pertama sekali ianya mestilah mesra pemula (beginner). Kebolehan untuk melakukan jual beli dalam Ringgit Malaysia adalah mesti. Jika anda ingin membuat pengeluaran wang ke akaun tempatan (withdraw) selepas menjual Bitcoin, seharusnya senarai platform ini boleh melakukannya tanpa sebarang masalah.
Kriteria yang kedua pula adalah setiap platform yang saya cadangkan ini mestilah platform yang saya pernah gunakan. Saya tidak mahulah mencadangkan sesuatu yang asing dan tidak pernah digunakan. Jadi apa yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan pemilihan platform ini benar-benar membantu saya dalam urusan jual beli mata wang kripto.
Platform jual beli Bitcoin di Malaysia
Jadi berikut saya kongsikan platform terbaik yang saya pernah gunakan untuk berjual beli Bitcoin di Malaysia. Kebanyakannya mudah digunakan dan diuruskan dengan baik oleh pihak penyedia perkhidmatan. Antaranya ialah:
1. Luno
Tidak perlu diperkenalkan lagi, Luno antara dompet mata wang kripto yang cukup popular di Malaysia dan disenaraikan antara 3 platform tukaran mata wang kripto yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Ditubuhkan sejak 2013, Luno telah menyediakan perkhidmatan kepada hampir 6 juta pengguna di 40 buah negara diserata dunia dengan jumlah transaksi hampir 17 billion USD.
Buat masa ini, Luno hanya menyediakan 3 jenis mata wang kripto yang boleh dijual beli di Malaysia. Antaranya ialah Bitcoin (BTC), Etherium (ETH) dan XRP. Sesuai untuk pemula, pengalaman penggunaan aplikasi ini sangat ringkas dan mudah difahami. Ia juga diintegrasikan dengan FPX yang memudahkan anda untuk membeli mata wang kripto secara perbankan atas talian. Jika anda ingin menjual Bitcoin, wang juga akan dimasukkan terus pada akaun bank yang anda daftarkan.
Bercerita tentang pengalaman, saya mula menggunakan Luno sejak daripada Ogos 2017 lagi. Ketika itu gelombang pertama mata wang kripto mula memuncak di Malaysia dan saya kerap menggunakan Luno untuk jual beli mata kripto sebelum berdagang di platform lain. Maklumlah ketika itu urusan pembelian BTC agak sedikit sukar kerana isu regulasi. Jadi sempat la merasa zaman sebelum, semasa dan selepas Luno diban. Ulasan keseluruhan, saya berpuas hati ketika menggunakan Luno. Mudah dan ringkas.
Daftar akaun Luno: Klik sini
2. Localbitcoins
Platform kedua yang saya sering gunakan untuk urusan jual beli Bitcoin di Malaysia adalah Localbitcoins. Beroperasi sejak dari tahun 2012, platform yang berpangkalan di Finland ini kian mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana modul operandi mereka yang memudahkan urusan jual beli Bitcoin menggunakan Ringgit Malaysia.
Satu hal yang cukup penting, Localbitcoins bukanlah sebuah platform tukaran mata wang kripto seperti Luno. Sebaliknya Localbitcoins merupakan platform Peer to Peer (P2P) yang membenarkan anda untuk berjual beli dengan pengguna lain. Jadi apabila berurusan dengan manusia ini, risiko untuk ditipu itu tetap ada. Jadi anda sendiri perlu mengambil sikap berjaga-jaga untuk memilih dengan siapa yang anda ingin berurusan. Sila periksa rekod transaksi, reputasi dan juga maklumbalas pengguna lain sebelum menjalankan urusan. Tidak susah pun.
Saya mula menggunakan Localbitcoin sejak dari September 2017 dan buat masa ini saya tidak pernah ditipu oleh sesiapa. Syukurlah kerana Localbitcoins menyediakan fungsi escrow, iaitu mereka akan menjadi orang tengah memegang BTC yang dijual (float) kepada si polan sementara transaksi belum selesai. Ini menjadikan pembeli dan penjual berasa selamat dan mengurangkan risiko penipuan.
Urusan membeli dan menjual Bitcoin juga sangat pantas. Disebabkan oleh sesetengah penjual dan pembeli mengejar rating dan cuba meningkatkan reputasi, jadi mereka cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda. Sebab itu saya sukakan Localbitcoins.
Daftar akaun Localbitcoins: Klik sini
3. Binance P2P
Binance asalnya ialah sebuah platform perdagangan mata wang kripto yang cukup terkenal. Pada tahun 2020 sahaja mereka mempunyai traksaksi harian bernilai USD3.88 billion, 184 token dan 591 pasangan dagangan yang menjadikan mereka salah satu kuasa besar yang berpengaruh dalam dunia perdagangan mata wang kripto. Binance P2P pula adalah salah satu produk Binance yang diwujudkan pada penghujung tahun 2018.
Binance P2P berperanan hampir sama seperti Localbitcoins dimana ianya adalah platform komuniti Peer to Peer (P2P) yang menjadi orang tengah aktiviti jual beli mata wang kripto diantara anda dan individu lain. Istimewanya Binance P2P, ianya tidak hanya terhad kepada BTC. Sebaliknya ia juga menyokong 6 jenis mata wang kripto yang lain seperti Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Binance Coin (BNB), Binance USD (BUSD), Dai Coin (DAI) dan Tether (USDT). Anda boleh menjalankan urusan dengan mudah menggunakan Ringgit Malaysia.
Saya mula menggunakan Binance sejak daripada tahun 2018 dan menggunakan Binance P2P pada tahun 2021. Antara perkara yang saya suka dengan Binance P2P ini adalah ia diintegrasikan bersama platform perdagangan Binance. Jadi selepas membeli mata wang kripto, saya boleh terus berdagang disana tanpa punyai sebarang masalah. Nak tunaikan wang juga mudah. Apa yang saya perlu buat adalah dengan memindahkan semula wang tersebut ke Binance P2P untuk dijual. Tanpa sebarang caj.
Lebih menarik fungsi wajib seperti escrow, kaedah pembayaran yang pelbagai dan transaksi yang pantas turut ada. Malahan lebih baik, mereka mengintegrasikan produk mereka ini dengan ekosistem Binance. Inilah salah satu sebab mengapa saya memilih Binance P2P.
Daftar akaun Binance P2P: Klik sini
4. Huobi Global
Saya mula menggunakan Houbi ini sejak daripada tahun 2018 namun tidaklah terlalu kerap kerana pada ketika itu kecintaan saya pada Bittrex sangat tinggi. Kebanyakan coin yang didagangkan disana juga adalah coin yang kegemaran saya.
Namun sejak Binance diharamkan di Malaysia, Huobi selaku salah satu crypto exchange popular dunia mula menjadi pilihan para pelabur di Malaysia. Sudah semestinya kewujudan fungsi P2P menjadi faktor utama kenapa ia menjadi pilihan alternatif kepada kita semua.
Di Huobi, ia menawarkan 8 jenis coin untuk menjualan dan pembelian secara Peer to Peer (P2P). Antaranya ialah Bitcoin (BTC), Tether (USDT), Ethereum (ETH), Huobi Token (HT), EOS (EOS), HUSD (HUSD), Ripple (XRP) dan Litecoin (LTC) dan menyokong Ringgit Malaysia. lebih menarik, terdapat 916 pasangan dagangan dengan hampir 349 jenis coin disediakan di platform ini.
Daftar akaun Huobi Global: Klik sini
5. Kucoin
Salah satu daripada alternatif selepas Binance diharamkan di Malaysia adalah Kucoin. Jumlah dagangan hampir 91,947BTC setiap hari dengan jumlah pasangan sebanyak 915 dan 468 jenis coin, Kucoin adalah platform yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Lebih-lebih lagi ia menjadi salah satu exchange yang tidak pernah digodam setakat ini kerana ciri keselamatannya yang terbaik. Ia diakui juga oleh Forbes pada tahun 2021.
Penggunaannya juga cukup mudah dan mempunyai paparan antaramuka yang hampir sama dengan Binance. Jangan terkejut jika saya katakan exchange ini semakin memperkukuhkan kedudukan dengan kewujudan sistem rantaian mereka sendiri yang diberi nama Kucoin Community Chain (KCC) yang mungkin menjadi pesaing Binance Smart Chain (BSC).
Diketika ini, Kucoin menerima Ringgit Malaysia bagi pembelian menerusi kaedah P2P. Ada 5 jenis coin yang menyokong pembelian dan penjualan menerusi P2P di Kucoin. Antaranya ialah Tether (USDT), Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Kucoin Token (KCS) dan USD Coin (USDC).
Daftar Kucoin: Klik sini
Platform mana yang anda perlu pilih?
Itu terpulang kepada pemahaman anda tentang dunia kripto. Jika anda rasakan anda terlalu baru, mungkin boleh mulakan dengan Luno. Jika anda sudah mahir, anda boleh mendaftar di kelima-lima platform ini. Saya sudah susun platform diatas mengikut tahap kesukaran penggunaan (sebenarnya tidaklah susah mana). Ikutlah keselesaan anda.
Jika anda tanya pendapat peribadi saya pula (saya bukan penasihat kewangan ye, ini pendapat peribadi), saya suka gunakan Binance P2P. Ini kerana bagi saya Luno terlampau asas dan tidak sesuai dengan penggunaan saya. Localbitcoins pula hanya menyokong BTC (tetapi saya tetap menggunakannya). Disebabkan saya sering berdagang, maka saya lebih gemar menggunakan Binance P2P kerana diintegrasikan dengan ekosistem Binance.
Disebabkan oleh integrasi tersebut, ia memudahkan saya untuk memindah wang ke platform dagangan lain seperti Bittrex, Mercatox dan sebagainya. Kita pun sedia maklum kadar caj transaksi rangkaian pun begitu mahal, jadi tukaran mata wang kripto yang mengenakan caj yang murah sangat penting untuk memaksimumkan keuntungan. Buat apa bayar caj sampai 4-8 dollar sedangkan boleh dapat semurah 1 ringgit. Begitulah ceritanya.
Namun saya juga faham tentang isu kerisauan para pembaca saya yang tidak dapat mendaftar di Binance kerana isu Binance diharam di Malaysia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menyebabkan mereka tidak dapat membeli BNB. Bagi saya mudah sahaja. Daftar dahulu di Huobi atau Kucoin. Anda kena belajar berdagang dahulu barulah pergi ke isu lebih sukar.
Jika anda sudah mahir, anda akan merasakan isu pengharaman ini sebenarnya isu yang kecil. Ada seribu satu cara bagaimana cara untuk menangani masalah ini.
Baca juga: Cara jual Bitcoin di LocalBitcoins, sebuah platform P2P
Baca juga: Ballet Crypto membenarkan anda menyimpan Bitcoin secara offline
Baiklah tutup khalam. Diharapkan artikel ini mampu membantu anda dalam memberikan kefahaman lebih lanjut tentang platform untuk berjual beli Bitcoin. Jika anda punyai sebarang pertanyaan, jangan lupa ajukan diruangan komen. Mana tau anda boleh memberi idea untuk artikel selanjutnya.
Amaran: Suka saya ingatkan kepada pembaca saya, Localbitcoins dan Binance P2P adalah platform Peer to Peer (P2P) dimana anda sebenarnya menjalankan transaksi dengan pengguna lain dan mereka (Localbitcoins dan Binance) sekadar menjadi orang tengah sahaja. Walaupun mereka mengambil langkah keselamatan, risiko penipuan tetap anda. Jadi sila berhati-hati. Pastikan anda memahami urusan transaksi sebelum berurusan dan sentiasa selidik dengan siapa anda berurusan. Jika tidak pasti, gunakan Luno.
8 Comments
Assalam tuan, moga tuan dlm keadaan sihat walafiat…
dr pembacaan ini, sy fahamkan bhw 5 platform ini adalah seperti bank2 yg kita gunakan sekarang utk keluar-masuk duit kita,.cuma jenis duit tg disimpan dlm platform ini adalah berbentuk krypto..mcm tu kah?
contoh,kalau platform yg digunakan ini diban di malaysia, bermaksud wang dlm akaun akan beku(xboleh keluar-masuk)?
boleh berlaku ke situasi dimana platform tersebut boleh diban dan di unban berulangkali..?
sekian..terima kasih
Waalaikumsalam Tuan Afiq,
Saya rasa samakan platform ini dengan bank adalah istilah yang kurang tepat. Kebanyakan daripada senarai ini adalah tempat untuk berdagang, tapi ada satu fungsi khas yang disediakan oleh CEX ini dikenali sebagai P2P (peer to peer) dimana mereka menjadi orang tengah untuk Tuan berjual beli dengan pengguna lain (tidak terpakai dengan Luno yang lebih berfungsi sebagai dompet).
Dalam senarai ini ada platform yang diban di Malaysia iaitu Binance dan dimasa akan datang Huobi. Duit tidak dibekukan, ia masih ada. Cuma tidak boleh diakses. Jadi anda boleh guna kaedah lain seperti menukar IP kepada IP google untuk akses laman web atau guna VPN untuk akses fund anda. Fund anda tidak hilang pun, cuma tidak boleh diakses.
Saya mempunyai koin walet btc saya tidak mengerti bagai mana cara saya untuk menjual nya dan Wang kan saya mohon dibantu terima kasih
Tuan mahu menjual BTC tetapi tidak tahu caranya? Boleh guna Luno yang mesra beginner atau P2P.
Tq untuk info, saya hanya menggunakan LUNO setakat ini…ada tertarik juga dengan iklan Huobi
Jika tiada keperluan untuk membeli coin yang lain, cukup sahaja untuk menggunakan Luno. Bila dah bersedia untuk trade coin yang lebih pelbagai, barulah mencuba Huobi.
Zaman sekarang orang dah tak guna remitano ke?
Biasa geng-geng lama yang guna Remitano sebab leceh sikit nak kena pakai VPN. Kalau beginner yang celik IT, sepatutnya tak ada masalah.