• Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook Twitter Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019

    Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

    24/08/2016
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

    28/03/2019

    Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

    17/01/2016

    7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021

    Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

    02/02/2021
Azmir Shah
refund di lazada, refund duit di lazada, xiaomi redmi 3s, redmi 3s, lazada
Review

Pengalaman Membeli Dan Refund Di Lazada Malaysia

Azmir ShahBy Azmir Shah30 Comments7 Mins Read
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Pada masa kini pembelian barangan secara atas talian bukan lagi sesuatu yang asing dikalangan kita semua. Jika dahulu masyarakat Malaysia agak paranoid untuk melakukan traksaksi e-commence apabila kita sering dimomokkan dengan berita kes penipuan barangan  yang bertukar menjadi batu lesung, kini kejadian seperti itu sudah jarang didengar. Ini kerana terdapat puluhan penyedia perkhidmatan pembelian atas talian di Malaysia seperti Lazada, Lelong, Shopee yang berusaha memikat pelanggan berpotensi supaya  memberi keyakinan dan kepercayaan kepada pihak mereka untuk berbelanja. Memandangkan saya sendiri baru-baru ini mempunyai sedikit pengalaman berurusan dengan Lazada, adalah baiknya jika saya berkongsi dengan anda semua  pengalaman saya membeli dan refund di Lazada Malaysia.

Ini bukanlah pengalaman pertama saya berbelanja di lazada. Sebelum itu saya pernah membeli barangan seperti mouse pad Fnatic 2016 (seperti didalam gambar) dan acrylic headphone stand yang digunakan sebagai aksesori gaming set saya. Seperti biasa, segala proses penghantaran mengikut jadual dan sampai tepat pada masanya. Cumanya berbeza pada kali ini, saya membeli sesuatu yang besar nilainya (bagi saya) secara atas talian iaitu sebuah telefon bimbit yang lebih berisiko.

Pelbagai aspek yang perlu diambil bagi memastikan pembelian pada kali ini berbaloi dan bertepatan dengan bajet yang dikeluarkan. Antaranya saya mahukan sebuah peranti yang mempunyai spesifikasi yang tinggi dan dimasa yang sama ianya berada di dalam lingkungan harga mampu milik. Memandangkan peranti jenama Xiaomi sahaja yang menepati apa yang saya mahukan, maka saya memilih peranti kelas pertengahan Xiaomi Redmi 3s sebagai penganti Samsung Galaxy S4 yang telah tamat hayatnya.

Antara spesifikasi yang saya mahukan adalah Xiaomi Redmi 3s ini berwarna emas dengan spesifikasi 32G ruangan storage dan 3G ram, harga yang saya mampu dapat adalah sekitar RM630 ke RM730 dimana harga pasaran yang dikeluarkan oleh Xiaomi Malaysia ketika itu adalah sekitar RM699. Walaupun chipsetnya cuma Snapdragon 430, bagi saya itu sudah memandai.

lazada, lazada redmi 3s, xiaomi redmi 3s
Pembelian awal di lazada

Seperti biasa apabila saya melakukan servey dan nampak tawaran menarik yang kena dengan bajet, saya tidak akan terus beli. Sebaliknya saya akan memerhati sahaja senarai jualan model terbabit selama beberapa hari bagi membuat pembelian yang berbaloi.

Antara aspek yang saya lihat adalah harga, komen pembeli dan kemudiannya reputasi penjual. Selepas beberapa hari melakukan servey, saya tertarik dengan satu penjual yang menjual dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM599 untuk Redmi 3s import set.

Bagi saya itu sudah cukup murah jika hendak dibandingkan dengan servey saya hari pertama sekitar RM630. Jadi tanpa berlenggah, saya terus membuat pembayaran untuk mendapatkan peranti terbabit kerana bimbang nanti kehabisan stok pula. Kebetulan pula stok yang ada cuma tinggal 2 buah sahaja.

Penyesalan bermula

Episod penyesalan saya bermula sebaik sahaja saya selesai membuat pembayaran menerusi Maybank2u. Kebiasannya apabila pelanggan selesai membuat pembayaran menerusi payment gateway yang telah disediakan, kami akan diberi pilihan untuk kembali semula ke paparan utama laman web Lazada. Entah bagaimana saya boleh pula terlihat paparan senarai jualan Xiaomi Redmi 3s di Lazada dan saya dapati ada penjual yang menjual dengan harga yang lebih murah berbanding dengan apa yang saya bayar tadi.

Dengan spesifikasi yang sama, saya boleh dapatkan peranti tersebut dengan harga sekitar RM598 (murah RM1) disamping tempoh penghantarannya juga adalah lebih singkat berbanding peranti yang saya beli dari luar negara itu tadi kerana peranti yang dijual ini merupakan set Malaysia (MY). Lebih menyakitkan hati, penjual tersebut adalah Lazada sendiri. Macam manalah saya boleh tak perasan dengan iklan yang telah dikeluarkan oleh Lazada sebelum ini.

Tanpa berfikir panjang saya terus membaca Q&A yang telah disediakan diruangan Customer Care untuk memastikan saya dapat membatalkan transaksi saya yang pertama itu tadi dan gunakan duit tersebut untuk membuat transaksi kedua. Maklumlah, saya merasakan tawaran terbaru yang saya dapat ini kelihatannya lebih menguntungkan berbanding dengan sebelumnya. Selesai membaca dan memahami situasi, perkara yang saya lakukan adalah:

1.Menghubungi khidmat Pelanggan Lazada

lazada, website lazada, refund di lazada
Anda boleh menghubungi Lazada menerusi ruangan Live Chat

Bagi memperbetulkan keadaan, saya menghubungi pihak Lazada menerusi Live Chat yang telah disediakan di ruangn khidmat pelanggan. Seperti biasa saya perlu memberikan butiran peribadi bagi memudahkan urusan. Disebabkan urusan saya pada kali ini adalah untuk membuat pembatalan transaksi, saya perlu menyatakan alasan kepada pihak Lazada mengapa saya ingin membatalkan transaksi tersebut.

Lazada tidak mempunyai sebarang masalah untuk membuat pembatalan transaksi dan memulangkan  semula / refund duit yang telah dibayar. Cuma tempoh pulangan itu tidak boleh dilakukan secara serta merta dan saya cuma dijanjikan untuk menerima refund tersebut dalam tempoh 1-3 hari waktu bekerja. Ini bermakna saya tidak boleh membeli peranti yang saya inginkan itu pada hari yang sama kerana duit yang ada itu masih lagi berada di dalam status menunggu. Nak atau tak nak, saya terpaksa tunggu.

Alhamdulillah, pembatalan itu telah berjaya dibuat dan saya akan menerima email yang menyatakan pemulangan wang/refund kini di dalam proses. Selain daripada itu, email tersebut juga ada merekodkan perbualan diantara saya dan staff Lazada untuk dijadikan rujukan dimasa akan datang.

2. Pengesahan Akaun Bank

refund lazada, pengesahan akaun bank, refund di lazada
Email untuk menghantar maklumat akaun bank

Selepas saya menerima email pertama mengenai status pembatalan pesanan dan proses pemulangan / refund duit, saya menerima email yang kedua (seperti didalam gambar) yang meminta saya untuk menghantar maklumat akaun bank yang bakal digunakan untuk proses pemulangan terbabit.

Maklumat ini perlu diisi didalam tempoh masa 24 jam untuk melancarkan proses pemulangan. Jika tidak, wang tersebut akan ditukarkan kepada kredit stor secara automatik dan sudah semestinya saya perlu membuat pembelian WAJIB dimasa akan datang untuk menebus kredit stor tersebut. Disebabkan saya tidak mahu mempunyai sebarang masalah, maka saya pun menghantar maklumat akaun yang diinginkan beberapa minit selepas email diterima.

Selepas selesai saya mengisi maklumat yang diinginkan oleh pihak Lazada, apa yang saya perlu buat hanyalah:

3. Tunggu wang dipulangkan

lazada refund, refund duit di lazada, refund di lazada
Mesej paparan selepas selesai urusan

Segala urusan yang melibatkan pihak saya sudah selesai dan apa yang perlu saya buat hanyalah sekadar tunggu maklumbalas daripada pihak lazada yang mereka sudah pun kreditkan wang tersebut di dalam akaun saya.

Perkara yang saya amat suka tentang lazada adalah mereka sangat effisyen. Buat pengetahuan anda semua, pembelian ini dibuat pada 14 Februari 2017 dimana permohonan pembatalan pesanan juga dibuat pada hari yang sama. Selepas saya melalui 2 proses seperti mana diatas, saya menerima pemulangan wang saya pada 15 Februari 2017 dan notis pemberitahuan pada 16 Februari 2017 menerusi email. Lazada hanya mengambil kira-kira 1 hari sahaja untuk memulangkan wang saya.

Pantas dan cekap. Itulah perkataan yang mampu mengambarkan tentang bagaimana saya berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh Lazada kerana ini kali pertama saya memohon proses pemulangan / refund wang yang telah dibayar.

Disatu bahagian yang lain pula

Proses refund satu hal, dimasa yang sama saya tetapkan juga membeli telefon bimbit yang ditawarkan oleh Lazada dengan harga RM598 pada hari yang sama walaupun saya masih lagi tidak menerima wang refund. Bukan apa, saya takut terlepas peluang untuk memiliki peranti yang cukup murah itu dibawah harga pasaran.

Saya tidak pasti sama ada ianya adalah kesilapan ataupun taktik perniagaan, pada hari tersebut Lazada menawarkan kepada saya Xiaomi Redmi 3s 16G dengan harga RM599 berbanding dengan Xiaomi redmi 3s 32G dengan harga RM598. Pelik atau tidak bagaimana 16G lagi mahal berbanding 32G?

Saya tidak mahu berfikir panjang. Itu mereka punya hal. Yang saya tahu, saya dapat apa yang saya mahu. Selesai sahaja saya membuat pembatalan transaksi pertama, saya terus membuat pembelian Xiaomi redmi 3s ini dengan harga RM598.

Tahukah anda yang pembelian telefon bimbit ini dibuat pada 14 Februari 2017 dan saya mendapat barangan yang  saya beli ini pada keesokan harinya iaitu pada 15 Februari 2017. Seperti mana Lazada yang kita kenal, proses penghantaran sangat  effisyen dimana mereka mengambil masa 1 hari sahaja untuk menghantar bungkusan ke UUM walaupun lokasinya di hujung Malaysia.

Pada hari tersebut, telefon bimbit saya dapat, refund pun saya dapat. Jadi di dalam entri ini saya sertakan sekali gambar telefon bimbit  yang telah dibeli.

xiaomi, xiaomi redmi 3s, xiaomi malaysia, lazada
Paparan depan
xiaomi redmi 3s
Paparan belakang dan MIUI 7

Ini sahaja perkongsian yang saya dapat buat tentang pengalaman saya membeli dan refund di Lazada Malaysia. Pengalaman setiap orang tidak sama dan inilah pengalaman yang saya rasai. Walaupun perkhidmatan yang diberikan adalah baik, jangan lupa kita sebagai pengguna seharusnya sentiasa berhati-hati kerana ruang ketirisan sentiasa ada dimana-mana.

Mari kongsikan pengalaman anda membeli belah atas talian diruangan komen. Mana tau kita boleh berkongsikan pengalaman bersama. =)

Baca juga : Apa itu Cinemagraph?
Baca juga : Gadis Itali Ini Menghasilkan Karya Seni Daripada Kopi

cara refund di lazada cara refund di lazada malaysia lazada lazada malaysia lazada malaysia complaint lazada malaysia customer service lazada malaysia penipu lazada refund lazada refund malaysia live chat lazada mengalaman membeli di lazada mudahnya proses refund lazada Pengalaman Beli Barang di Lazada pengalaman di lazada malaysia pengalaman refund lazada proses refund lazada tentang lazada penipu
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticlePanduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna
Next Article Bagaimana Cara aktifkan Nombor Hotlink Yang Sudah Expired
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

Ulasan modem wifi guna kad sim dengan internet unlimited

Ini ulasan mesin pembersih cermin mata ultrasonik Xiaomi EraClean

Penyelesaian isu domain .xyz tidak boleh diakses

30 Comments

  1. karmila on 18/08/2022 10:21 PM

    Assalamualaikum sebenarnya saya nak beli telefon di sebuah kedai di lazada
    yang buat saya berfikiran adalah kedai tu x banyak org yang beli
    tapi bila saya tengok komen ramai berpuas hati dengan khidmatnya
    yang jadi buat saya dilema adalah barang mereka beli tidak besar nilainya dan saya nak beli ini adalah sebuah fon
    kerana saya nak beli sebab harga dia terpaling murah contoh kedai jual dalam RM 1300 dia jual dalam RM1100 gitu

    Reply
    • karmila on 18/08/2022 10:21 PM

      tertinggal soalan
      apa pandangan tentang ini tuan

      Reply
    • Azmir Shah on 04/09/2022 11:58 AM

      Waalaikumsalam. Selepas membaca tentang ciri-ciri kedai yang dinyatakan, saya sudah nampak ciri-ciri redflag. Saya cadangkan jika pihak cik tidak yakin, elok kiranya membeli di Shopee. Sekurangnya duit cik dipegang oleh pihak Shopee sehingga barangan diterima.

      Reply
  2. Dizi yarna binti muhamad on 04/03/2022 3:27 PM

    Belum lg products tu di buka.

    Reply
  3. Amirul Alip on 07/03/2021 7:04 PM

    Nak tanya.. mcm mna proses refund kalau item tu da proceed ke ruangan “to received” ?? pastu seller cakap nak tukar item tu ngn item lain n keep that as a gift.. once da receive baru dia refund balik.. mcm risky jaa.. better refund balik kan even phone case pon.. sbb once da received lazada x leh wat apa da ..kan??

    Reply
  4. Ammar on 12/11/2019 10:27 PM

    Assalamualaikum, saya ada beli sebuah peranti telefon menggunakan kaedah e wallet. Saya ada cancel di sebabkan seller mengambil masa lama untuk poskan baranv tersebut. Soalan saya, boleh ke saya withdraw balik duit saya tu memandangkan saya gunakan kaedah topup e wallet dan tidak menggunakan online banking?

    Reply
    • Azmir Shah on 12/11/2019 11:17 PM

      Sepatutnya tak ada isu. Lazada akan pulangkan balik menerusi lazada ewallet.

      Reply
  5. Dayang on 18/07/2019 7:32 PM

    Assalamualaikum. Encik saya nak Tanya . Jumaat lepas saya ada order sepasang kasut dengan Satu seller di Lazada. Lepas itu dia chat saya beritahu yg kasut tu sudah sold out. Then dia suruh saya cancel order dia akan refund duit Saya. Tapi saya ad pngalaman dulu pernah cancel tapi duit refund Tak dapat . Apa yang saya patut buat?

    Reply
    • Azmir Shah on 19/07/2019 3:29 PM

      Waalaikumsalam. Saya punyai pengalaman sebelum dimana barangan dibeli sudah kehabisan stok. Kemudiannya penjual tersebut batalkan pembelian saya diatas faktor tersebut dan refund diberikan dalam bentuk lazada wallet. Jadi saya tak perlu cancel apa2 transaksi untuk isu tersebut. Seeloknya Dayang hubungi khidmat pelanggan Lazada untuk khidmat nasihat.

      Reply
  6. ZAKARIA ABDULLAH on 16/04/2019 9:49 AM

    as salam.. sy ada membeli barang dari lazada iaitu stroller baby, tapi malangnya barang yang sampai adalah rantai seperti tasbih. apa yang perlu saya buat..? mohon bantuan. terima kasih.

    Reply
    • Azmir Shah on 16/04/2019 12:14 PM

      Perkara pertama yang en perlu buat ialah dengan pergi ke customer service Lazada –> Customer Service <-- dan berbual dengan khidmat pelanggan mereka dengan klik pada "chat with lazada". Daripada pengalaman saya, mereka sangat membantu daripada yang menolong sehingga orang yang follow up kes saya. Diaorang boleh juga dihubungi di talian 03-8601-1888

      Reply
  7. Nor on 06/06/2018 9:27 PM

    Saya nak tanya. Saya refund barang and diorg kembalikan duit saya melalui lazzada wallet. Lpasth saya withdraw lah nk masukkan dalam bank saya. Malam keesokan tu saya cek lazada wallet dan dia tulis request saya untuk withdraw duit tu dh berjaya. Tapi bila saya cek baki akaun saya tetap sama. Macam mana ni

    Reply
    • Azmir Shah on 06/06/2018 10:40 PM

      Kebiasaannya tempoh masa yang diambil Lazada untuk withdraw adalah 1-3 hari waktu bekerja. Selepas daripada waktu itu jika anda masih lagi tidak menerima bayaran, barulah anda hubungi mereka di sini – > Lazada Contact Number.

      Reply
  8. Christina on 10/03/2018 3:10 PM

    Hi, anyone here has experience the Samsung Galaxy S9 Preorder?
    We did preorder by paid Deposit RM300, after that several days later lazada sent voucher to fulfill the payment, but when we proceed, the voucher invalid, so we can’t do the payment. Call Lazada 4 times already, also sent email but until now no solution. Since they said if not do the payment until 12 Mac our deposit will gone.
    Anyone experience this also? Any solution?
    Thank you

    Reply
  9. Nancy on 07/03/2018 10:14 AM

    Gambar tunjuk handbag,bila sampai purse.Lazada ni kadang menipu cust juga ye..minta tolong stop la jual dgn cara mcm ni.ramai cust dah kena dgn item ini bkn sya seorg je.

    Reply
  10. Nor Hezrina Mohd Harryzam on 04/03/2018 5:59 PM

    Sy nk tnya. Sy ada beli brg kt lazada. Lpas 2 mggu sy check order sy, status order cancelled. Sy ada trma email tu dan telah pon reply. Tpi dah sebulan sy masih belum dpt refund.

    Reply
  11. pie on 11/02/2018 5:24 PM

    paling awal 5 hari ke baru dapat duit balik?

    Reply
  12. saifulnazmi4547 on 02/01/2018 4:05 PM

    salam… haritu i beli headfon dkt lazada tp bunyi x kluar… rasanya seller pakai baling stok je kot… nasib baik bini ckp blh return kat lazada sbb hampir2 dh nk buang!! bini suruh select postco je, blh drop off brg dkt farmasi caring gombak (ada byk lg tmpt lain)… dlm 3-4 hari lazada contact cakap dah dpt headfon rosak tu dan akan proses refund… hepi giler la blh return, ingat kena tipu… link postco kat sini: https://postco.com.my/lazada-returns?locale=ms-MY

    Reply
  13. Rahmat on 30/12/2017 1:43 PM

    bos boleh dibantu nak aktipkan semula no phone kami

    Reply
  14. Putri on 28/11/2017 10:41 PM

    saya nak tanya betul ke lazada web skrg berbhaya ?? kata orang.. lazada ada kena hack bener ka? saya jadi agak ragu2 nak beli di lazada web kali pertama nak beli

    Reply
  15. Mezza on 06/10/2017 6:36 PM

    Saya ade return barang seblum barang smpi…sya xde isi ape2 borang utk return di lazada..pas tu saya ade terima email dri lazada mengatakan duit dh refund…mcm mna nak buat ye..sbb xpenah kena mcm ni

    Reply
    • Azmir Shah on 09/12/2017 2:44 AM

      Mezza sepatutnya berhubung terus dengan customer service lazada. Mereka akan bantu Mezza untuk mendapatkan kembali refund anda.

      Reply
  16. Asnijam on 19/09/2017 4:03 PM

    Kalau sy punya mcm mana nak tau erk..pihak lazada dh refund tapi die xde mntak acc details.just ckp kt email dh ada refund complete..mcm mana nak ambik duit balik?mcm mana nak tau kredit stor tu?mohon ws sya 0149944453..tq .. urgent

    Reply
    • Azmir Shah on 26/09/2017 11:49 PM

      Dibahagian 2 ada ditunjukkan email yang meminta pelanggan untuk memberi bank details jika inginkan refund dibuat menerusi perpindahan wang. Saya rasa en/cik tak isi borang tu. sebab itu En/cik dapat refund dalam bentuk kredit stor.

      Elok kiranya berhubung terus dengan khidmat pelanggan lazada.

      Reply
  17. Rose Face Serum Zeeta on 20/08/2017 12:34 AM

    Ikut pengalaman saya, kalau silap tu datang dari pihak Lazada, mereka memang tak ada masalah nak bai refund. Tapi ni kali pertama dengar mintak refund sebab nak beli barang yang sama dari seller lain 🙂

    Reply
    • Azmir Shah on 09/12/2017 2:41 AM

      Daripada mereka rugi kehilangan pelanggan, baik mereka layan saya kan. hehe

      Reply
  18. Mama pipie on 31/07/2017 11:01 PM

    Mama membeli Xiaomi note mama Dari Lazada juga. Alhamdulillah ok. Cuma Ada beberapa Kali juga refund dgn Lazada tapi ambil masa sikit utk dpt balik duit tu

    Reply
    • Azmir Shah on 02/08/2017 10:57 PM

      Mujur saya tidak punyai masalah untuk refund. Ambil masa 1 hari sahaja. Setiap orang mungkin pengalaman lain2.

      Reply
  19. IKHWANMUJAHID on 07/07/2017 8:13 PM

    KECEWE, SAYA SUDAH BALAS EMAIL TERSEBUT SEBELUM 24JAM, TAPI KATE TIDAK BALAS DAN DIKEMVALIKAN DALAM BENTUK BAUCAR. URUSAN SUDAH RUMIT

    Reply
    • Azmir Shah on 02/08/2017 10:56 PM

      Yap, betul. Kalau refund dipulangkan kembali dalam bentuk baucer. Agak melecehkan.

      Reply

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Sosial Media
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Telegram
Artikel Terbaru
Review

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

By Azmir Shah11/02/2023
Review

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

By Azmir Shah26/10/2022
Tutorial

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

By Azmir Shah17/10/2022
Review

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

By Azmir Shah10/10/2022
Makanan

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

By Azmir Shah01/03/2022
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

11/02/2023

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

26/10/2022

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

17/10/2022

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

10/10/2022
© 2023 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version