Adakah kad Bigpay anda hampir expired dan anda sendiri tidak mengetahui bagaimana cara untuk untuk menukarkan kad Bigpay yang baru? Bagaimana nak renew? Kena bayar ke?
Jika itulah persoalan yang timbul di benak fikiran anda, tidak usahlah dirisau kerana menukarkan kad yang akan tamat tempoh tidaklah sesukar mana. Bagaimana?
Bigpay akan hantar notifikasi
Bigpay menerusi aplikasinya membantu anda untuk menukarkan kad Bigpay yang akan tamat tempoh dengan cara memberi notifikasi terus ke telefon bimbit anda. Menerusi notifikasi ini, anda akan diberitahu tentang cara-cara untuk menukarkan kad anda dengan mudah,
Tiada yang susah jika anda hanya perlu membuat pengesahan alamat sahaja bagi tujuan penghantaran terus ke rumah anda. Pengantaran juga dilakukan secara percuma. Jadi anda tidak perlu bayar untuk mendapatkan kad baru Bigpay.
Aplikasi Bigpay juga akan mula membuat pemberitahuan kira-kira 4 bulan sebelum tarikh kad anda tamat tempoh. Emel juga dihantar kepada anda untuk peringatan.
Kenapa saya suka Bigpay?
Sejak tahun 2019 lagi saya sangat suka menggunakan Bigpay sebagai salah satu kad pra-bayar yang membantu saya untuk membuat pembelian ataupun urusan berkaitan dengan kadar tukaran wang asing mahupun pembelian dalam negara.
Tidak kiralah ia melibatkan perkhidmatan berkaitan IT, pembelian barang-barang mahupun pelancongan. Saya rasa lebih selamat apabila tidak terlalu terikat dengan kad kredit dan kad debit di laman web yang tidak pasti tahap keselamatan datanya.
Baca juga: kad Bigpay dan Pengalaman penggunaannya selama sebulan
Setelah 3 tahun memakainya, banyak kemajuan dan perubahan yang telah dibuat untuk memantapkan perkhidmatan mereka. Antaranya penggunaan QR kod Duitnow, insuran, pinjaman dan banyak lagi. Kini tiba masa untuk bertukar kad pula.
Pengalaman menukarkan kad Bigpay
Menukar kad yang baru tidaklah sesukar mana. Sebaik sahaja saya membuat pengesahan alamat untuk tujuan penghantaran kad, kad terbaru anda akan dihantar dalam tempoh masa 7 hari. Ini adalah contoh kad yang saya dapat.
Jika anda membuat perbandingan antara kad baru dan lama, saya dapati Bigpay telah menukar penyedia perkhidmatan daripada Mastercard kepada Visa. Bagi saya itu bukan isu yang besar. Lagipun Visa lebih meluas penggunaannya berbanding Mastercard.
Namun yang sedikit mengecewakan saya adalah rekaan terbaru kad yang bagi saya agak buruk berbanding kad lama mereka. Di kad lama, warnanya lebih menarik, nombor kad juga dicetak dengan cetakan timbul dan lebih bergaya berbanding kad baru yang nampak seperti tidak serius.
Tapi bahagian biru belakang kad tu boleh la cantik juga.
Jika anda masih lagi belum mendaftar sebagai pengguna kad Bigpay, jangan lupa untuk mendaftar dan gunakan kod promo “EQ0F5WURAG” untuk mendapatkan RM10 secara percuma.
Baca juga: Cara membeli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas
Kesimpulan
Itu sahaja perkongsian pengalaman saya menukarkan kad bigpay yang baru. Tanpa proses yang menyukarkan, pandai mereka memudahkan urusan kita sebagai pengguna bagi mengantikan kad Bigpay expired.
Maklumlah sekarang ini kan banyak persaingan, lebih-lebih lagi Wise pun dah mula masuk Malaysia selain daripada MAE itu sendiri. Kalau banyak sangat prosesnya, mau kita cabut ke penyedia perkhidmatan lain.
Cuma itulah, saya dah pernah minta kepada pihak Bigpay untuk menyokong Samsung Pay sejak 2019 lagi. Ini dah tahun bila masih tidak menyokong lagi. Lama lagi ke?