Close Menu
  • Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook X (Twitter) Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

    02/05/2023

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Jangan fokus kepada matlamat dan kongsikannya dengan sesiapa

    28/03/2019

    Kenapa perlu terima diri kita seadanya sebelum berubah?

    17/01/2016

    7 Perbezaan M40 dan T20 Yang Anda perlu Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara tukar kad Maybank expired secara online

    21/04/2023

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021
Azmir Shah
rumah p ramlee, rumah p ramlee penang, rumah p ramlee di pulau pinang, rumah p ramlee penang, rumah p ramlee penang entrance fee, rumah p. ramlee
Percutian

Lawatan ke Rumah P. Ramlee di Pulau Pinang

Azmir ShahBy Azmir ShahNo Comments4 Mins Read
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Jika anda bersiar-siar di Pulau Pinang dan mahu memenuhkan aktiviti percutian anda, saya kira Rumah P. Ramlee antara salah satu destinasi yang harus anda kunjungi. Sekurangnya anda dapat mengenali dengan lebih dekat tentang sejarah hidup seniman yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ini.

Latar belakang rumah P. Ramlee

P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang. Beliau dikenali sebagai pelakon, pengarah filem, pemuzik dan komposer yang mencipta kegemilangan bukan sahaja di Malaysia, sebaliknya turut di Brunei, Indonesia, Hong Kong dan Jepun.

Rumah P. Ramlee ini pula adalah sisa peninggalan sejarah yang mengambarkan tentang tempat kelahiran bintang terkenal ini suatu ketika dahulu. Dibina sekitar tahun 1926, teratak ini didirikan oleh ayahanda beliau Teuku Nyah Puteh Teuku Karim bersama bapa saudaranya Rejab Hussain.

Ini adalah tempat seniman ini berteduh sebelum beliau mengikut bapanya untuk berpindah di kuaters kakitangan Majlis Pembandaran Pulau Pinang di Kampung Jawa. Walaupun tidak tinggal disini lagi, P. Ramlee sering menziarahi nenekanda beliau yang mendiami rumah ini selepas mereka.

Menurut catatan sejarah, rumah ini pernah diperbaiki beberapa kali sekitar pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan kali keduanya pada tahun 1948 oleh Rejab Hussain. Walaupun baik pulih dilakukan, bapa saudaranya itu tidak sedikit pun mengubah rekaan asal rumah ini.

Kini, rumah ini dipelihara oleh Arkib Negara Malaysia dan diwartakan sejak 13 Disember 1991 sebagai salah satu destinasi pelancongan menarik di Pulau mutiara. 

Suasana di rumah kelahiran dan galeri P. Ramlee

pintu masuk rumah p ramlee, rumah p. ramlee, rumah p ramlee, rumah kelahiran dan galeri p ramlee,
Bergambar di pintu masuk

Perkarangan rumah kelahiran dan galeri P. Ramlee ini dibagikan kepada 3 kawasan untuk dilawati. Yang pertama sudah semestinya rumah P. Ramlee yang menjadi kawasan tumpuan kami, keduanya galeri dan ketiga auditorium.

Memandangkan auditorium tutup disebab tiada acara yang berlangsung pada hari kejadian, maka kami ambil kesempatan ini untuk melawat ruangan galeri dan rumah P. Ramlee sahaja.

Ruangan galeri

Galeri ini bertempat bersebelahan sahaja dengan rumah P. Ramlee. Galeri yang diuruskan oleh Arkib Negara Malaysia ini mempamerkan pelbagai barangan, maklumat dan gambar-gambar yang berkaitan dengan seniman ini.

Ini termasuklah poster-poster, karikator dan majalah berkaitan beliau, gambar-gambar, barangan peribadi, sejarah hidup dari kecil sehinggalah akhir hayatnya.

galeri p ramlee, galeri p. ramlee, arkib negara malaysia, anm, galeri p ramlee penang,
Pintu masuk ke galeri
galeri p ramlee, galeri p ramlee pulau pinang
Sempat bergambar dengan motor Vespa
poster p ramlee, pameran p ramlee, p.ramlee, p. ramlee, filem lakonan p ramlee
Poster filem lakonan beliau
p.ramlee ketika kecil, p ramlee ketika kecil, p. ramlee ketika kecil, sekolah inggeris francis light
Gambar di era persekolahan
di mana kan ku cari ganti, nota muzik, nota muzik di mana kan ku cari ganti,
Nota musik lagu “Di mana kan ku cari ganti”
kotak filem, kotak filem galeri
Kotak filem
karikator p ramlee, karikatur p ramlee
Majalah dan karikatur berkaitan P. Ramlee
p ramlee dan saloma, gambar p ramlee dan saloma
Gambar P. Ramlee dan Saloma
pameran sejarah, sejarah seniman agung, seniman tanah air
Sejarah awal penglibatan karier

Rumah P. Ramlee

Selesai pusing-pusing melihat sejarah kehidupan seniman tanah air kita di galeri, seterusnya kami melawat pula rumah tempat kelahiran beliau. Rumah P. Ramlee ini terletak bersebelahan sahaja dengan galeri. Bak kata orang, sekangkang kera sahaja.

rumah p.ramlee, rumah p ramlee, rumah p. ramlee, rumah p ramlee penang, rumah p. ramlee penang
Di pintu masuk rumah P. Ramlee
sisi rumah penang
Pandangan daripada sisi
Ruangan dapur kayu
Gambar beliau di ruang tamu
Bergambar di tingkap
Bergambar beramai-ramai di hadapan rumah

Soalan Lazim

Berapa bayaran yang dikenakan di Rumah P. Ramlee?

Tiada bayaran yang dikenakan. Ianya percuma.

Bagaimana dengan waktu operasi?

Isnin – Tutup
Selasa – 9:00AM-5:30PM
Jumaat – 9:00AM-12:00PM / 3:00PM – 5:30PM

Dimanakah letaknya rumah P. Ramlee ini?

Lot 2180, Jalan P. Ramlee,
10450, Pulau Pinang.

Kesimpulan

Selesai sudah lawatan kami ke galeri dan rumah P. Ramlee melihat susur sejarah seniman terulung itu daripada zaman kanak-kanak sehingga ke zaman kegemilangan beliau. Semuanya disusun cantik di galeri oleh pihak Arkib Negara Malaysia untuk tatapan umum. 

Bercerita tentang rumah P. Ramlee pula, saya ada juga melihat gambar lama rumah tersebut di internet. Sejujurnya saya tidak menyangka rekaan rumah pameran ini masih lagi sama keasliannya.

Baca juga: Lawatan bersejarah ke Muzium Diraja dan Tugu Negara

Susunan barangan yang baik juga menerujakan saya kerana saya bukan sahaja belajar tentang kehidupan seniman ini, sebaliknya budaya dan kehidupan masyarakat satu ketika dahulu. Kehidupan dizaman guna dapur kayu dan berumah kecil.

Akhir kata, buat mereka yang sedang bercuti di Pulau Pinang dan menyukai edutourism, jangan lupa singgah sebentar di rumah P. Ramlee. Masa yang anda perlukan tidak lama pun.

alamat rumah p.ramlee arkib negara malaysia galeri p ramlee gambar rumah p ramlee harga tiket rumah p ramlee penang latar belakang rumah p.ramlee p ramlee p. ramlee rumah p ramlee rumah p ramlee di pulau pinang rumah p ramlee penang rumah p. ramlee rumah p.ramlee sejarah rumah p ramlee
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleBersalutkan teknologi moden dan pantas, Kami kini berwajah baru
Next Article Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • X (Twitter)
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

Bercuti di Universal Studio Singapore (USS) – Bahagian 3

Hadiri acara penting di Singapura – Bahagian 2

Pengalaman melancong ke Singapura – Bahagian 1

Lawatan bersejarah ke Muzium Diraja dan Tugu Negara

Trip bajet ke Hatyai 3H2M dengan hanya berbekalkan RM300

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Media Sosial
  • Facebook
  • Twitter
Artikel Terbaru
Percutian

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

By Azmir Shah24/09/2023
Teknologi

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

By Azmir Shah02/05/2023
Tutorial

Cara tukar kad Maybank expired secara online

By Azmir Shah21/04/2023
Hiburan

Lagu raya moden yang berpotensi menjadi malar segar

By Azmir Shah19/04/2023
Percutian

Bercuti di Universal Studio Singapore (USS) – Bahagian 3

By Azmir Shah07/04/2023
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

24/09/2023

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

02/05/2023

Lirik Tak ingin usai – Keisya Levronka

01/05/2023

Cara tukar kad Maybank expired secara online

21/04/2023
© 2025 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version