Jika anda bersiar-siar di Pulau Pinang dan mahu memenuhkan aktiviti percutian anda, saya kira Rumah P. Ramlee antara salah satu destinasi yang harus anda kunjungi. Sekurangnya anda dapat mengenali dengan lebih dekat tentang sejarah hidup seniman yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ini.

Latar belakang rumah P. Ramlee

P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang. Beliau dikenali sebagai pelakon, pengarah filem, pemuzik dan komposer yang mencipta kegemilangan bukan sahaja di Malaysia, sebaliknya turut di Brunei, Indonesia, Hong Kong dan Jepun.

Rumah P. Ramlee ini pula adalah sisa peninggalan sejarah yang mengambarkan tentang tempat kelahiran bintang terkenal ini suatu ketika dahulu. Dibina sekitar tahun 1926, teratak ini didirikan oleh ayahanda beliau Teuku Nyah Puteh Teuku Karim bersama bapa saudaranya Rejab Hussain.

Ini adalah tempat seniman ini berteduh sebelum beliau mengikut bapanya untuk berpindah di kuaters kakitangan Majlis Pembandaran Pulau Pinang di Kampung Jawa. Walaupun tidak tinggal disini lagi, P. Ramlee sering menziarahi nenekanda beliau yang mendiami rumah ini selepas mereka.

Menurut catatan sejarah, rumah ini pernah diperbaiki beberapa kali sekitar pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan kali keduanya pada tahun 1948 oleh Rejab Hussain. Walaupun baik pulih dilakukan, bapa saudaranya itu tidak sedikit pun mengubah rekaan asal rumah ini.

Kini, rumah ini dipelihara oleh Arkib Negara Malaysia dan diwartakan sejak 13 Disember 1991 sebagai salah satu destinasi pelancongan menarik di Pulau mutiara. 

Suasana di rumah kelahiran dan galeri P. Ramlee

Bergambar di pintu masuk

Perkarangan rumah kelahiran dan galeri P. Ramlee ini dibagikan kepada 3 kawasan untuk dilawati. Yang pertama sudah semestinya rumah P. Ramlee yang menjadi kawasan tumpuan kami, keduanya galeri dan ketiga auditorium.

Memandangkan auditorium tutup disebab tiada acara yang berlangsung pada hari kejadian, maka kami ambil kesempatan ini untuk melawat ruangan galeri dan rumah P. Ramlee sahaja.

Ruangan galeri

Galeri ini bertempat bersebelahan sahaja dengan rumah P. Ramlee. Galeri yang diuruskan oleh Arkib Negara Malaysia ini mempamerkan pelbagai barangan, maklumat dan gambar-gambar yang berkaitan dengan seniman ini.

Ini termasuklah poster-poster, karikator dan majalah berkaitan beliau, gambar-gambar, barangan peribadi, sejarah hidup dari kecil sehinggalah akhir hayatnya.

Pintu masuk ke galeri
Sempat bergambar dengan motor Vespa
Poster filem lakonan beliau
Gambar di era persekolahan
Nota musik lagu “Di mana kan ku cari ganti”
Kotak filem
Majalah dan karikatur berkaitan P. Ramlee
Gambar P. Ramlee dan Saloma
Sejarah awal penglibatan karier

Rumah P. Ramlee

Selesai pusing-pusing melihat sejarah kehidupan seniman tanah air kita di galeri, seterusnya kami melawat pula rumah tempat kelahiran beliau. Rumah P. Ramlee ini terletak bersebelahan sahaja dengan galeri. Bak kata orang, sekangkang kera sahaja.

Di pintu masuk rumah P. Ramlee
Pandangan daripada sisi
Ruangan dapur kayu
Gambar beliau di ruang tamu
Bergambar di tingkap
Bergambar beramai-ramai di hadapan rumah

Soalan Lazim

Berapa bayaran yang dikenakan di Rumah P. Ramlee?

Tiada bayaran yang dikenakan. Ianya percuma.

Bagaimana dengan waktu operasi?

Isnin – Tutup
Selasa – 9:00AM-5:30PM
Jumaat – 9:00AM-12:00PM / 3:00PM – 5:30PM

Dimanakah letaknya rumah P. Ramlee ini?

Lot 2180, Jalan P. Ramlee,
10450, Pulau Pinang.

Kesimpulan

Selesai sudah lawatan kami ke galeri dan rumah P. Ramlee melihat susur sejarah seniman terulung itu daripada zaman kanak-kanak sehingga ke zaman kegemilangan beliau. Semuanya disusun cantik di galeri oleh pihak Arkib Negara Malaysia untuk tatapan umum. 

Bercerita tentang rumah P. Ramlee pula, saya ada juga melihat gambar lama rumah tersebut di internet. Sejujurnya saya tidak menyangka rekaan rumah pameran ini masih lagi sama keasliannya.

Baca juga: Lawatan bersejarah ke Muzium Diraja dan Tugu Negara

Susunan barangan yang baik juga menerujakan saya kerana saya bukan sahaja belajar tentang kehidupan seniman ini, sebaliknya budaya dan kehidupan masyarakat satu ketika dahulu. Kehidupan dizaman guna dapur kayu dan berumah kecil.

Akhir kata, buat mereka yang sedang bercuti di Pulau Pinang dan menyukai edutourism, jangan lupa singgah sebentar di rumah P. Ramlee. Masa yang anda perlukan tidak lama pun.

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Leave A Reply

Exit mobile version