Close Menu
  • Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook X (Twitter) Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

    02/05/2023

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Jangan fokus kepada matlamat dan kongsikannya dengan sesiapa

    28/03/2019

    Kenapa perlu terima diri kita seadanya sebelum berubah?

    17/01/2016

    7 Perbezaan M40 dan T20 Yang Anda perlu Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara tukar kad Maybank expired secara online

    21/04/2023

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021
Azmir Shah
azmirshah.com,azmirshahdotcom
Personal

Setelah lama menyepi, Semangat baru kini datang dengan lebih garang

Azmir ShahBy Azmir Shah5 Comments7 Mins Read
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Setelah sekian lama tidak menulis, alhamdulillah pada hari ini saya dapat juga kembalikan semangat yang sedia ada untuk menggagahkan diri untuk menulis entri pertama di tahun 2017. Saya kirakan entri terakhir yang ditulis oleh saya adalah pada 24 ogos 2016 iaitu entri terjemahan yang bertajuk Pemuda ini meramalkan teknologi dan masa hadapan, yang diinspirasikan daripada penulisan Udo Gollub yang berasal daripada Jerman dan ianya juga penulisan yang saya tulis kira-kira 5 bulan lalu.

Mengapa saya berhenti sebentar menulis?

Pasal asalnya saya memang sudah tidak bersemangat untuk menulis pada masa itu. Jika anda perhatikan tempoh selingan antara entri Pemuda ini meramalkan teknologi dan masa hadapan dan entri 20 Fakta menarik mengenai Apple yang anda tidak tahu ialah selama 7 bulan. Lama tu. Bukannya apa, saya rasa menyampah dengan apa yang berlaku kepada diri saya dimana entri yang ditulis dan dikongsikan didalam blog ini dicopy dan paste secara berleluasa oleh individu-individu yang kekeringan idea.

Antara mereka yang paling menyakitkan hati adalah laman portal MyNewsHub yang copy dan paste entri didalam blog ini daripada awal sampailah ke entri terbaru blog ini. Dalam erti kata lain, mereka rembat hampir keseluruhan pengisian dalam blog ini yang ditulis saya dan mereka masukkan kedalam website mereka dengan mengubah tajuk dan gambar sahaja. Kalau anda kena macam mana pula?

* baru-baru ini saya sengaja cari entri lama saya didalam laman web mereka, nampaknya kebanyakannya mereka melakukan pengubahsuaian semula dengan memotong ayat-ayat saya dan melakukan paraphrasing.

plagiat

Disebelah kiri blog azmirshah.com, di sebelah kanan mynewshub.cc

Cerita mengapa perkara seperti ini berlaku?

Saya pada asalnya melihat kepada perkongsian rakan saya (yang bekerja di mynewshub) di kumpulan whatsapp mengenai satu penjawatan kosong yang beliau tawarkan iaitu menjadi seorang wartawan kepada syarikat terbabit. Memandangkan syarikat itu memang cukup dikenali dengan reputasi buruk sebagai ejen copy paste, saya berpendapat bahawa pengambilan wartawan menerusi jawatan kosong itu mungkin salah satu transformasi syarikat terbabit untuk bergerak lebih profesional. Memandangkan pada ketika itu saya sudah bekerja, jadi saya lebih berminat untuk bekerja secara sambilan sahaja, jadi saya bertanyakan kepada dirinya untuk menjadi penyedia kandungan sambilan (satu jawatan lain yang tidak ditawarkan) dengan mengajukan blog ini sebagai portfolio saya.

Silap percaturan kerana minta kerja dengan penyangak kandungan digital, sebelum saya ditawarkan kerja, kandungan entri di blog saya habis dirembatnya tanpa belas kasihan. Saya perhatikan dari hari ke hari mereka teruskan kegiatan melakukan kegiatan keji itu sehingga saya buat beberapa langkah pencegahan. Seperti biasanya juga, langkah pencegahan saya sebenarnya memang mampu untuk mencegah orang biasa, tetapi bukannya penyangak yang dah biasa buat kerja mencuri ini. Maka entri saya terus dicuri.Saya tau rakan saya yang bekerja di syarikat tersebut turut mengetahui mengenai hal ini dan mungkin juga turut terlibat sama didalam aktiviti copy dan paste ini. Kita anggap dia kawan tapi dia buat kita seperti itu kan.

Yang lebih menyakitkan hati, ada juga website lain yang copy kandungan entri daripada mynewshub dan tuliskan di laman web dan blog mereka bersama dengan initial mynewshub. Yang jenis acah-acah baik seperti website era.fm bagilah kredit kepada mynewshub padahal bukan dia yang tulis pun. Maka berlakulah scenario dimana penulisan saya itu dicopy serata dunia tanpa mengetahui penulis sebenarnya.

Disebabkan menyampah dengan keadaan ini, saya rasa baik saya berehat dahulu dari menulis. Sebab saya tahu laman blog ini sedang diperhati oleh penyangak ini. Ini baru 1, belum termasuk lagi mereka-mereka yang copy secara terus daripada blog ini seperti perayaankaumindia.blospot.my, seindahnurain2015.blogspot.my, kedahnews.com dan banyak lagi.

Kini saya sudah kembali

Kini saya sudah kembali untuk membawa pendekatan yang lebih berbeza. Saya cuba tulis ikut suka saya. Mengenai apa yang saya tulis juga ikut suka saya. Antara sebab mengapa saya tulis penulisan fakta menarik sebenarnya untuk menghiburkan hati saya dengan ilmu baru dan dimasa yang sama menyampaikan pada mereka yang lain. Tetapi disebabkan oleh peristiwa menghiburkan hati jadi menyakitkan hati, maka malaslah saya hendak menulis benda-benda seperti itu lagi.

Dimasa sekarang, saya akan berkongsikan sesuatu berdasarkan kepada pengalaman diri saya sahaja. Ianya bukan berdasarkan kepada kisah peribadi, tetapi sebaliknya perkongsian ilmu berdasarkan kepada pengalaman diri. Itu sahaja.

Perubahan yang dilakukan untuk 2017

Memandangkan saya sudah lama tidak mengemaskini blog ini, maka adalah beberapa bahagian daripada segi teknikal yang saya ubah untuk memastikan blog ini kekal releven pada masa kini dan akan datang. Kalau boleh biarlah sampai kita mencapai TN50, satu wawasan baru yang digembar gemburkan oleh Y.A.B Perdana Menteri kesayangan rakyat Malaysia.

code

Antara perubahan yang dilakukan oleh saya terhadap blog ini ialah:

Mengemaskini Versi WordPress

Dimana orang lain sudah mengemaskini versi wordpress yang terbaru, saya masih lagi menggunakan versi wordpress 4.4. Jauh ketinggalan berbanding dengan versi yang terkini. Kesan kepada permasalahan ini, saya menerima banyak komen spam. Malahan yang lebih teruk, saya menerima posting spam yang menyebabkan saya menerima lambakan benda yang tidak diperlukan didalam blog. Ini kalau blog terkenal mesti sudah lama kena godam. Jadi saya kemaskini kepada versi yang terkini buat masa sekarang iaitu versi 4.7.1.

Kemaskini Theme

Buat masa ini theme yang saya gunakan ini mempunyai masalah dengan kemaskini wordpress yang terbaru. Jadi saya melakukan kemaskini theme untuk memastikan pelawat dapat berkunjung ke blog ini dengan keadaan yang lebih baik dan selesa. Saya tau kebanyakan blog di luar sana sangat membosankan. Warna putih, tak ada gaya. Disebabkan itulah saya menggunakan theme yang sangat istimewa ini. Warnanya gelap. Apa yang saya harapkan mudah-mudahan theme ini membuat anda berasa selesa. Sebab saya ini sangat menitikberatkan adab dalam melayan tetamu. Anda kan tetamu saya.

Penyediaan kandungan

Memandangkan saya nak berubah tema dari segi penyediaan kandungan, saya rasa pasti ada diantara anda yang setia dan ada diantara anda yang beralih ke blog lain. Terpulanglah. Namun apa yang mampu saya cakapkan, beri saya peluang untuk menyediakan kandungan berkualiti sehingga pertengahan tahun 2017, jika anda merasakan kandungan sangat hambar, tidak mengapa saya faham.

Dimasa ini, saya masih lagi sedang meneliti tentang kandungan jenis apa yang saya cuba bawakan untuk tahun 2017. Kebetulan saya ini berada didalam bidang teknologi maklumat, saya fikir jika serba sedikit saya kongsikan serba sedikit ilmu didalam dunia pengaturcaraan akan menjadi sesuatu yang baik. Tetapi itu semua bergantung kepada keadaan kerana banyak perkara yang saya perhatikan dari segi perkembangan blog, impak terhadap SEO dan juga pembaca.

Pengesahan keberkesanan Google AMP

Buat masa ini saya masih lagi didalam tempoh pemerhatian tentang keberkesanan Google AMP terhadap blog saya. Apa itu Google AMP? Google AMP adalah satu implimintasi baru yang dibawakan google untuk memberikan pengalaman layaran laman web yang lebih baik untuk pengguna telefon bimbit. Kiranya jika anda melayari blog ini menggunakan pelayar di telefon bimbit, anda akan membaca kandungan blog ini dengan lebih pantas.

Search Engine Optimisation (SEO)

Pada kali ini, saya cuba memberi focus kepada SEO blog. Manakan tidaknya, saya cuba untuk menfokuskan kepada manusia didalam penyediaan kandungan dengan cara memberikan tajuk yang menarik (tetapi tidak mesra seo) dan kandungan yang menarik (tetapi kena rembat), dan ianya kurang berjaya. Apakah puncanya? Puncanya ialah konsistensi kerana menulis dengan gaya ini sememangnya memerlukan konsistensi. Dimasa sekarang saya tidak mampu memberi entri secara konsisten dek kerana kondisi saya yang agak sibuk didunia sebenar. Jadi saya merasakan adalah lebih baik saya focus kepada seo, penulisan sekali tetapi memberi manfaat selamanya kpada si pencari.

Itulah serba sedikit perkongsian yang saya bawakan sebagai mukadimah kepada permulaan yang baik pada tahun 2017. Saya harap saya akan lebih bersemangat untuk menulis, anda akan lebih bersemangat untuk membaca, dan kita akan nikmati manfaatnya secara bersama.

Nota: Biasa kawan-kawan saya kalau baca penulisan saya yang panjang berjela ini, mereka kata mereka malas baca. Jadi mereka minta saya lukis. Haha

2017 semangat semangat baru
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticlePemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan
Next Article Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • X (Twitter)
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Bersalutkan teknologi moden dan pantas, Kami kini berwajah baru

Assalamualaikum Dunia

5 Comments

  1. Syahril Hafiz on 21/01/2017 10:17 PM

    Teruskan menulis je bro. Copy paste di dah lama wujud. Memang tak kan berhenti. haha nak harapkan kredit memang payah la ?

    So kita fokus pada penulisan konten yang berkualiti, mesti ada pengikut tersendiri. SEO baik.. AMP baik..boom! 1st page konfirm.

    Tulis je.. banyak fakta info best bro kongsi. Dan kalau nak tulis panjang2 main spacing enter banyak sikit…sedap sikit nak membaca…hehe

    Reply
    • Azmir Shah on 21/01/2017 10:34 PM

      Ye la, tapi ni copy hampir keseluruhan blog. dahsyat tak dahsyat la.

      Hahahaha. Amboi sempat tegur.
      Insyaallah, dimasa akan datang banyakkan spacing.

      Reply
      • Syahril Hafiz on 24/01/2017 6:19 PM

        Besarnya gravatar aku view kot laptop. hahaha
        kantoi la bdk skema 😛

        Aku pun malas blogwalking sangat sekarang, yang kenal je tinggal komen
        yang lain tu. Baca je.. sekarang percentage orang baca web melalui mobile banyak
        so fokus optimize pada mobile je lah.

        Komen payah la nak dapat kalau komen kot mobile ni 😀

        Reply
  2. zik on 21/01/2017 10:10 PM

    maknya penulisan bro memang ada lain dari yang lain.. boleh viralkan nih pasal copy paste tuh..haha..

    Reply
    • Azmir Shah on 21/01/2017 10:32 PM

      Amboi siap viral. Haha

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Media Sosial
  • Facebook
  • Twitter
Artikel Terbaru
Percutian

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

By Azmir Shah24/09/2023
Teknologi

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

By Azmir Shah02/05/2023
Tutorial

Cara tukar kad Maybank expired secara online

By Azmir Shah21/04/2023
Hiburan

Lagu raya moden yang berpotensi menjadi malar segar

By Azmir Shah19/04/2023
Percutian

Bercuti di Universal Studio Singapore (USS) – Bahagian 3

By Azmir Shah07/04/2023
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

24/09/2023

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

02/05/2023

Lirik Tak ingin usai – Keisya Levronka

01/05/2023

Cara tukar kad Maybank expired secara online

21/04/2023
© 2025 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version