Pada beberapa hari lepas, saya ada menziarahi rumah jiran tetangga yang baru sahaja kehilangan ayahanda mereka akibat sakit tua. Pemergiannya itu sangat mengejutkan dan disedari sendiri oleh isterinya. Suka atau tidak ahli keluarga perlu berlapang dada untuk meredhai pemergian seorang ketua keluarga. Maka solat jenazah harus dikerjakan.
Panduan Solat Jenazah
Oleh itu, pada entri kali ini, saya akan menyediakan kepada anda semua lafaz niat dan tertib solat jenazah yang betul supaya ianya dapat membantu para pembaca untuk melakukannya kerana ianya tersangat mudah untuk dilakukan.
Tatacara yang saya berikan ini disertakan dengan panduan mengerjakan solat jenazah dengan doa yang ringkas dan doa yang lebih panjang beserta panduan bacaan didalam tulisan jawi, rumi beserta dengan makna setiap bacaan.
Mudah-mudahan panduan ini sedikit sebanyak membantu anda semua untuk mengerjakan solat jenazah untuk orang tua anda mahupun saudara islam anda yang lain.
Tuntutan Solat Jenazah
Apabila membincangkan dengan lebih mendalam tentang solat jenazah, perkara pertama yang perlu kita fahami adalah mengenai solat itu sendiri. Secara umumnya ia berbeza dengan solat yang lain kerana tidak terdapat ruku dan sujud.
Solat jenazah dilakukan dengan berdiri bersama dengan 4 kali takbir dan ianya boleh dikerjakan pada bila-bila masa dan tidak makruh mengerjakan pada waktu-waktu yang ditegahkan melakukan solat.
Ini kerana solat jenazah merupakan solat yang mempunyai sebab. Namun hukumnya adalah makruh sekira kita melambat-lambatkan solat tersebut sehingga sampai pada waktu-waktu yang ditegah.
Rukun dan hukum solat jenazah
1. Niat pada takbiratul ihram
2. Berdiri ketika melakukan solat bagi yang berkemampuan
3. Mengangkat 4 kali Takbir termasuk takbiratulihram
4. Membaca Surah Al- Fatihah selepas takbir pertama
5. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w selepas takbir kedua
6. Membaca doa untuk jenazah selepas takbir ketiga
7. Memberi Salam Yang Pertama sesudah takbir keempat
Hukum solat jenazah adalah fardu kifayah iaitu kewajipan sebahagian anggota masyarakat Islam di sesuatu kawasan. Jika terdapat seorang wakil yang melakukan solat jenazah, maka gugurlah kewajipan pada yang lain.
Kedudukan Jenazah dan Imam
Sebelum melakukan solat jenazah, jenazah perlu diletakkan diletakkan didepan iman melintang ke kiblat. Jika jenazah ramai, kedudukannya adalah seperti berikut:
- Jenazah Lelaki Dewasa
- Jenazah kanak-kanak lelaki
- Jenazah perempuan dewasa
- Jenazah kanak-kanak perempuan.
Itu merupakan turutan kedudukan jenazah jika jenazah yang hendak disolatkan ramai dan kedudukan jenazah ini boleh diletakkan secara berbaris atau beberapa baris.
Mengikut kepada kesepakatan Imam-imam mazhab adalah sunat hukumnya untuk solat jenazah yang ramai secara serentak dan lebih afdhal sekiranya disolatkan secara berasingan dan didahulukan dengan jenazah yang paling dimulia sewaktu hidup.
Bagi kedudukan imam pula:
Jenazah Lelaki
- Kepala jenazah lelaki terletak di sebelah kiri imam.
- Imam berdiri disebelah kepala atau dada jenazah.
Jenazah perempuan
- Kepala jenazah perempuan terletak di sebelah kanan imam.
- Imam berdiri dibahagian pinggang jenazah.
Kedudukan ini bertepatan seperti mana yang telah disebutkan oleh Imam Ibnu Hajar Rahimahullahu Ta‘ala dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj.
Mengenai saf solatnya pula, disunatkan membentuk 3 saf yang mempunyai sekurangnya 2 orang untuk setiap saf.
Cara mengerjakan solat Jenazah
Cara mengerjakan solat jenazah cukup mudah. Ianya dimulai dengan berdiri tegak bertentangan dengan jenazah. Kemudiannya mulakan solat anda dengan:
1. Lafaz Niat dan takbir pertama
Setiap daripada jemaah yang mengikuti solat jenazah WAJIB berniat untuk melakukannya kerana Allah Taala. Lafaz niat solat jenazah lelaki dan perempuan adalah seperti berikut.
Setiap solat yang dilakukan tanpa niat adalah tidak sah solatnya termasuk ketika melakukan solat jenazah. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w.
Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya setiap amal itu tergantung niatnya. Setiap orang mendapatkan sesuai niatnya.” (Sumber).
Selepas lafaz niat, kemudian bertakbirlah dengan takbiratul ihram yang pertama disertai dengan niat di hati.
Takbiratul Ihram yang pertama.
2. Membaca Surah Al Fatihah
Selepas takbiratul ihram yang pertama, hendaklah dibaca surah Al-Fatihah dari awal sehingga selesai.
Walaupun surah Al Fatihah merupakan surah lazim dan saya pasti para pembaca blog ini sudah menghafalnya, saya tetap sertakan sekali untuk rujukan pihak Tuan/Puan beserta dengan bacaan didalam tulisan rumi. Makna surah Al-Fatihah turut disertakan sekali.
Bacaan surah Al fatihah didalam solat jenazah tidak perlu diawali dengan bacaan iftitah dan bacaan surah pendek selepas fatihah seperti kebiasaannya.
Selepas selesai membaca Surah Al-Fatihah, angkat takbiratul ihram yang kedua “Allahu Akhbar”.
3. Membaca Selawat
Selepas takbiratul ihram yang kedua, anda dikehendaki untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Anda boleh membaca selawat ringkas atau selawat ibrahimiyah.
Selawat adalah seperti berikut.
Didalam gambar ini, saya ada melabelkan dengan warna. Anda boleh membaca selawat ringkas dengan membaca ayat yang berwarna pink / merah jambu itu sahaja.
Lebih afdhal kalau anda membaca keseluruhan selawat yang dikenali sebagai selawat ibrahimiyah, bacaan yang dibaca ketika tahiyat akhir.
Selepas selesai membaca selawat, angkat takbiratul ihram yang ketiga “Allahu Akhbar”
4. Membaca doa untuk jenazah
Selepas mengangkat takbiratul ihram yang ketiga, anda dikehendaki untuk membacakan doa untuk jenazah. Ini merupakan bahagian yang paling penting kerana inilah tujuan mengapakan kita solatkan jenazah iaitu kita ingin mendoakan jenazah.
Doa ringkas adalah seperti berikut.
Didalam doa ringkas ini, saya ada melabelkan 2 warna iaitu warna ungu yang merujuk kepada jenazah lelaki dan warna jingga merujuk kepada jenazah perempuan (dalam kurungan).
Bacalah ikut kesesuaian jantina jenazah. Ini adalah doa versi ringkas, jika anda mahukan doa yang lebih panjang, sila rujuk gambar di bawah ini.
Doa ini merupakan doa yang sama dengan doa ringkas yang diberikan kepada anda. Cuma ini merupakan doa yang lebih panjang dan lengkap.
Saya masih lagi menggunakan tanda warna yang sama untuk membezakan diantara jenazah lelaki dan perempuan iaitu warna ungu dan jingga.
Selepas selesai membaca doa ini, seterusnya angkat takhbiratul ihram yang keempat “Allahu Akhbar”.
5. Tambahan Doa untuk Jenazah
Selepas takbir keempat, anda dibolehkan untuk diam sejenak dan terus memberi salam.
Tetapi perlu kita ingat, tujuan kita solat ini adalah untuk mendoakan si mati, maka adalah lebih elok untuk lanjutkan berdoa untuk si mati selepas takbir keempat ini.
Saya ada menyediakan doa ringkas dan doa penuh. Doanya adalah seperti berikut.
Bacaan doa boleh diringkaskan dengan bacaan doa untuk ayat yang berwarna merah jambu sahaja dan ianya memadai. Walau bagaimanapun untuk lebih afdhal, anda boleh baca keseluruhan doa dari awal sehingga akhir.
6. Memberi Salam
7. Bacaan selepas salam
Sesudah salam, anda boleh membaca surah-surah lazim atau mendoakan si mati.
Kesimpulannya
Itu merupakan serba sedikit ilmu yang mampu dikongsikan mengenai tatacara atau panduan yang lengkap untuk solat jenazah. Penjelasan telah diberikan dari segi tuntutan, kedudukan jenazah dan imam, rukun solat dan cara melaksanakannya.
Setiap bacaan juga telah diberikan dengan bantuan dari segi tulisan rumi dan maknanya sekali. Mudah-mudahan perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada diri saya dan anda semua.
11 Comments
Masya Allah. Amat bermanfaat coretan ini. Tabarakallah
Assalamualaikum tuan.. Mohon dapatkan tambahan ilmu lagi dengan memasukkan proses seterusnya sehingga talkin habis. Semoga bermanfaat buat kita semua. Amiiin.
Waalaikumsalam. Insyallah saya akan cuba masukkan.
Jazakallahu Khairan Kathira
Alhamdulillah..sangat bermanfaat..senang dan mudah nak belajar..
TERIMA KASIH..
Alhamdulillah, saya rasa lega entri ini dapat memudahkan Tuan. Insyallah jika saya berkelapangan saya akan berkongsi panduan solat sunat yang lain pula.
Terima Kasih..Moga Allah merahmati anda..
trima kasih , banyak membantu, semoga Allah melimpahkan berkat dan kebaikkan yang berpanjangan buat saudara, amin.
Panduan solat Jenazah ini sangat bermanfaat bagi semua yang ingin membuat persediaan bagi mempelajari cara untuk melaksanakan solat Jenazah. Terima kasih kepada penulis di atas Usaha
yang sangat mulia ini. Semoga Allah s. w. t memberikan ganjaran pahala kepada penulis. Insha’allah.. Aamiin..
nice piece azmir… keep it up… look forward to reading more reminders like this.
terima kasih diatas panduan solat jenazah ini.. boleh refresh balik.. ilmu dah lama tinggal.