buka akaun perniagaan di maybank - Azmir Shah

Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer
Baru-baru ini saya buka akaun perniagaan Maybank bagi projek terbaru saya. Seperti mana anda, sebenarnya saya berteka-teki hendak buka akaun di bank mana? Maklumlah banyak faktor yang difikirkan sebelum membuat pilihan.

Antaranya kemudahan untuk kita berurusan, populariti dikalangan pelanggan dan keperluan introducer. Kalau boleh saya nak kurangkan masa berurusan di bank. Lebih-lebih lagi di musim Covid-19 yang memerlukan saya untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Berapakah deposit yang diperlukan untuk membuka akaun semasa di bank?

Saya pasti persoalan ini akan bermain di benak fikiran anda. Berapakah agaknya jumlah deposit yang diperlukan untuk membuka akaun akaun? Baiklah, saya akan terangkan.

Buat pengetahuan anda, deposit yang diperlukan bagi membuka akaun semasa adalah berbeza mengikut bank yang dimohon. Ada sesetengah daripadanya memerlukan bakal pelanggan mereka untuk mendapatkan introducer bagi membuka akaun semasa. Ada diantaranya pula tidak.

Berapa jumlah deposit yang perlu disediakan dan bank mana yang memerlukan pelanggannya untuk menyediakan introducer?

Ini adalah senarai 11 bank tempatan berserta jumlah deposit dan keperluan sama ada memerlukan introducer atau tidak bagi membuka akaun semasa di bank mereka. Pastikan sebelum memohon, anda telah mendaftarkan perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi melancarkan urusan.

Siapa itu Introducer?

Introducer adalah pencadang yang mencadangkan anda untuk membuka akaun di bank berkenaan. Kebiasaannya anda memerlukan cop perniagaan yang menunjukkan nama perniagaan dan nombor pendaftaran SSM introducer. Syarat-syarat introducer bagi setiap bank adalah berbeza. Walau bagaimanapun bagi Maybank, seorang introducer wajib ada akaun perniagaan Maybank yang aktif dan berusia sekurangnya 2 tahun.

Ada cara lebih baik untuk mendaftar dengan Maybank?

Sudah semestinya ada. Seperti mana yang saya janjikan, saya akan ajarkan kepada anda cara untuk buka akaun semasa di Maybank tanpa perlu bayar deposit yang tinggi dan tanpa perlu introducer. Saya pun faham keperluan perniagaan terutama kepada peniaga kecil-kecilan, syarat itu sesuatu yang menyusahkan. Jadi berikut disediakan cara untuk membuka akaun semasa di Maybank.

Bagaimana cara buka akaun perniagaan Maybank tanpa introducer?

Apa yang anda perlu buat adalah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian (online) dengan Maybank2u. Terdapat 2 pilihan akaun untuk dipilih sama ada akaun konvensional ataupun akaun patuh syariah. Maklumat adalah seperti berikut:

SME First Account

– Akaun konvensional
– Menawarkan fleksibiliti terunggul
– Minimum deposit: RM1000
– Dilindungi PIDM sehingga RM250,000

SME First Account-i

– Akaun patuh syariah
– Berdasarkan prinsip Qard (Pinjaman)
– Bank akan buat pembayaran Hibah kepada pendeposit
– Minimum deposit: RM1000
– Dilindungi PIDM sehingga RM250,000.

Jadi sudahkah anda bersedia untuk membuka akaun perniagaan anda?

1. Daftar perniagaan di Maybank2u

Pertama sekali anda perlu melawat antaramuka Deposit account for business di Maybank2u terlebih dahulu. Menerusi paparan yang disediakan, anda dapat lihat senarai produk yang ditawarkan oleh Maybank termasuklah dua jenis akaun yang dicadangkan oleh saya. Paparan tersebut boleh dilayari menerusi pautan dibawah ini.

Daftar akaun Maybank for business: Klik sini

Pop-up cadangan akan keluar bagi meminta anda untuk mengisikan maklumat asas cadangan seperti jumlah jualan, jumlah pekerja, jenis akaun yang dimahukan, jenis perniagaan dan kawasan pendaftaran. Jika anda mengisi pop-up tersebut, saya fikir lebih mudah untuk anda memilih akaun yang bertepatan dengan kehendak anda. Dalam kes saya, saya memilih akaun SME First Account-i.

Jadi anda boleh terus mengisi maklumat syarikat seperti yang dimahukan.

Saya memohon SME First Account-i di Maybank2u

Sila masukkan butiran seperti nama syarikat, no pendaftaran syarikat, status bumiputera dan no kad pengenalan.

Masukkan maklumat perniagaan anda

Masukkan maklumat pemilik perniagaan

Masukan cawangan Maybank yang anda ingin berurusan

Pengesahan dan pengisytiharan maklumat

Pengesahan maklumat yang dimasukkan

Bagi pendaftaran nombor perniagaan, SSM menyediakan 2 jenis format nombor iaitu nombor baru 12 digit dan nombor perniagaan versi lama (campuran huruf dan nombor dalam kurungan). Pastikan anda memasukkan nombor perniagaan versi lama ketika menghantar permohonan ini.

Contohnya:

Nama: Ahmad Albab Enterprise
Nombor pendaftaran: 202001014456 (MA024256-W)

Sistem Maybank tidak dapat mengesan maklumat syarikat anda jika anda mendaftar dengan nombor perniagaan versi baru 12 digit itu. Permohonan anda juga tidak akan dihantar kerana anda menerima maklumbalas error. Antara contohnya adalah:

“We are sorry, we are unable to proceed with your application. Reject code [0c09]”

atau

“System error. Reject code [0c99]”.

Jadi tukarkan dulu nombor perniagaan ke nombor versi lama untuk menghantar permohonan bagi mengelakkan reject code [0c99] dan [0c09] keluar.

2. Notifikasi daripada pihak Maybank

Selepas anda selesai mendaftar, anda akan mendapat sms dan email daripada pihak Maybank. Pastikan anda menyimpan sms yang mengandungi kod akses yang akan digunakan untuk perbankan atas talian (online banking) dan emel yang mengandungi no akaun dan nombor rujukan. Seterusnya anda perlu pergi ke Maybank pilihan anda untuk melengkapkan pendaftaran.

3. Pergi ke cawangan Maybank pilihan anda

Gambar ketika berurusan di maybank Muar

Seterusnya anda pergi ke Maybank pilihan anda untuk melengkapkan pendaftaran. Pastikan sebelum ke sana, anda menyediakan beberapa dokumen sokongan untuk diserah kepada pihak Bank. Antaranya adalah seperti berikut:

Kad pengenalan anda

Perakuan pendaftaran (Sijil SSM)

SSM Form A

SSM Business Info

Deposit RM1,000 (jangan tunai)

Anda juga perlu pergi ke Bank dalam tempoh masa 10 hari daripada hari pendaftaran secara atas talian dibuat. Cawangan Maybank yang anda pergi pula adalah cawangan yang dipilih oleh anda sendiri semasa proses pendaftaran atas talian dibuat. Pastikan anda membuat janji temu.

Perlukah anda membuat janji temu ketika PKP?

Ya perlu. Anda perlu membuat janji temu dengan pihak Maybank jika ingin datang ketika PKP dikuatkuasakan. Ini kerana Maybank menyediakan SOP yang sangat ketat ketika tempoh operasi seperti pengurangan kakitangan bertugas dalam satu masa, jumlah pelawat di bank dihadkan disamping masa berurusan dipendekkan. Jadi anda perlu membuat janji temu terlebih dahulu.

Bagaimanakah cara untuk menetapkan janji temu?

Caranya adalah anda perlu ke laman web Maybank2u dan klik pada butang burger di sebelah kanan atas. Disitu, sila pilih “Make an EZYQ Appointment” daripada menu yang terpapar. Jika anda tidak jumpa, boleh klik di pautan dibawah:

Janji temu menerusi Maybank2u: Klik sini

Janji temu hanya boleh dibuat lewat sehari. Jadi anda perlu bijak untuk merancang janji temu dan saya sangat galakkan melakukan janji temu pada waktu pagi.

Tip lain yang anda mungkin terlepas?

Ada beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk anda membuka akaun di Maybank. Sedikit sebanyak, ia membantu anda untuk menjalankan urusan dengan lebih pantas kerana percayalah nak buka akaun memang lama. Kita tidak mahu buang masa sesiapa termasuk diri sendiri. Jadi persediaan harus dibuat.

Berikut merupakan tip yang mungkin anda boleh ikut.

Pastikan pemilihan cawangan bank adalah berdasarkan alamat SSM anda. Jika alamat perniagaan beroperasi anda sangat jauh daripada pemilihan cawangan bank, risiko untuk permohonan anda ditolak agak tinggi. Sebagai contohnya alamat SSM terletak di Kuala Lumpur, bank yang didaftarkan terletak di Melaka.

Pastikan juga selepas mendaftar menerusi Maybank2u, anda menghadirkan diri dalam tempoh 10 hari tempoh pengaktifan akaun. Jika gagal untuk datang ke cawangan yang dipilih, anda tidak boleh lagi mendaftar secara atas talian dan perlu daftar di bank. (kata khidmat pelanggan Maybank).

Anda tidak perlu menyediakan deposit RM1,000 secara tunai. Pastikan duit itu ada dalam akaun bank anda.

Sangat digalakkan untuk anda memiliki akaun Maybank dan berkemampuan untuk transfer duit secara QRPay. Jika anda tidak punyai akaun Maybank tetapi akaun bank lain, pastikan bank tersebut mempunyai kemampuan untuk memindahkan wang secara atas talian menggunakan QRCode duitNow (QRCode berwarna merah).

Sila pastikan anda meninggalkan sedikit ruangan dalam telefon bimbit anda untuk muat turun  aplikasi “QRPayBiz”. Deposit RM1,000 akan dimasukkan menerusi aplikasi tersebut dihadapan pegawai perkhidmatan ketika di bank nanti. Jangan jadi seperti saya, “storage penuh”.

Bolehlah buka akaun perniagaan Maybank sekarang

Diharapkan artikel ini membantu anda untuk buka akaun perniagaan Maybank. Maklumlah bukan semua orang tau tentang cara mudah berurusan dengan mereka. Kebetulan pula saya punyai pengalaman, maka saya kongsikan kepada anda dengan harapan artikel ini membantu anda untuk membuka akaun semasa di Maybank.

Baca juga: Cara daftar SSM online untuk perniagaan Enterprise

Selepas ini, bolehlah anda mendaftar dengan segera tanpa perlu risaukan introducer untuk membuka akaun semasa. Saya sertakan sekali pautan diatas jika anda masih belum mendaftar SSM lagi. Selamat mencuba.

Soalan lazim

Apakah dokumen yang diperlukan untuk buka akaun semasa Maybank?
Apa yang anda perlu sediakan adalah kad pengenalan, perakuan perniagaan (sijil SSM), SSM borang A, SSM maklumat perniagaan dan deposit.

Berapakah jumlah deposit yang diperlu?
Bagi membuka akaun semasa untuk perniagaan anda, anda perlu menyediakan deposit sebanyak RM1,000. Deposit tidak perlu tunai, pindahan wang menerusi QR Pay juga boleh.

The post Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer appeared first on Azmir Shah.