7 Fakta Menarik Mengenai Pengasas Kentucy Fried Chicken

Siapa yang tidak mengenali Kolonel Harland David Sanders, seorang ahli perniagaan daripada Amerika yang mengasaskan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken ( lebih dikenali sebagai KFC ) dan kemudiannya menjadi duta dan simbol kepada syarikat berkenaan. Jika anda tidak mengenali beliau, beliau merupakan seorang lelaki tua yang berjanggut dan berbaju putih serta berkaca mata yang sering dipertontonkan oleh KFC di khalayak ramai. Itulah Kolonel Sanders.

Sejarah hidup kolonel Sanders, beliau dilahirkan pada 9 September 1890 di Henryville, Indiana, Amerika Syarikat.Pada usia 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia manakala ibunya tidak mampu bekerja lagi sehingga beliau terpaksa menjaga adik lelakinya yang baru berumur 3 tahun.

Jika kita menceritakan tentang kolonel Sandlers, pasti anda semua mengetahui mengenai kegagalan beliau menawarkan resepi ayam gorengnya ke restoran-restoran. Beliau pernah ditolak sehingga 1009 kali oleh individu dan pemilik restoran ketika menawarkan resepi ayam goreng KFC kepada mereka. Tetapi untuk entri kali ini bukan itu yang pihak kami akan ceritakan, sebaliknya kami akan membawakan 7 fakta menarik mengenai pengasas kentucy fried chicken  ini yang mungkin anda tidak tahu.

 

1. Kolonel Sanders bukan seorang kolonel tentera

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc
Logo yang menampilkan wajah Kolonel Sanders

Kolonel Sanders sememangnya seorang kolonel, tetapi beliau tidak memperolehi pangkat kolonel itu ketika berkhidmat didalam tentera. Sebaliknya beliau memperolehi jawatan tersebut daripada Gabenor Lawrence Wetherby, wakil kerajaan negeri Kentucy yang membawa gelaran Kolonel Kentucy kepada dirinya. Penghormatan ini diberikan kepada individu  yang berkhidmat kepada masyarakat, negeri atau negara. Tiada kewajipan yang perlu dilaksanakan ketika memegang gelaran ini dan tiada gaji yang diterima sepanjang menggunakan gelaran ini. Antara individu yang yang pernah menerima gelaran Kolonel Kentucy ialah Muhammad Ali, Betty White, George Clooney, Ashley Judd, Johnny Depp, WKU’s Kenny Perry and Elvis Presley.

 

2. Kehidupannya penuh dengan kegagalan

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc
Kisah hidup beliau

Apabila Sanders baru berusia 6 tahun, bapanya pulang dari kerja dalam keadaan demam dan meninggal dunia pada hari yang sama. Ibu Sanders berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak disukai oleh Sanders dan terpaksa meninggalkan sekolah ketika berada di gred 7 untuk melepaskan diri daripada keluarganya. Sebagai seorang dewasa pula, beliau pernah melakukan pelbagai pekerjaan termasuk sebagai askar, bomba dan jurujual insurans. Beliau berkahwin, kemudian ditinggalkan isteri selepas beliau ditangkap didapati menipu disamping sering bertukar pekerjaan. Kemudiannya beliau mendapat ijazah didalam undang-undang, namun begitu beliau sekali lagi dipecat kerana terlibat didalam pergaduhan di tempat kerja dengan pelanggan sendiri.

 

3. Beliau menjual ayam goreng di stesen minyak

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc
Penjualan di stesen minyak

Sanders telah bekerja sebagai jurujual di Kentucky untuk syarikat tayar Michelin, dan hilang kerja pada tahun 1924 apabila Michelin menutup kilang mereka di New Jersey. Melalui hubungan ini, Pengurus Besar Standard Oil of Kentucky menawarkannya peluang untuk menjalankan perniagaan beliau sendiri di Nicolasville, KY. Selepas stesen minyak ini ditutup pada tahun 1930 akibat masalah kewangan. Kemudian Sanders telah diberikan ruangan di stesen minyak di North Corbin, KY. Sewanya percuma. Disini Sanders menjual ayam goreng di sebuah negara yang gemarkan ham dan steak pada waktu itu dan ianya adalah sesuatu yang janggal.

 

4. Beliau menjual perniagaan dengan harga $ 2 juta

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc
Perniagaan yang dijual

Pada tahun 1964, Sanders telah menjadi salah seorang individu yang berjaya didalam mengendalikan francais perniagaan ayam goreng beliau. Walau bagaimanapun, akibat tekanan kerja yang berlebihan, beliau merasakan beliau tidak mampu untuk mengendalikan lagi perniagaan tersebut. Oleh sebab itu, beliau menjual perniagaan KFC ini dengan harga $ 2 juta dan memperolehi gaji tahunan sebanyak $ 40,000 kepada sekumpulan pelabur.

 

5. Kolonel Sanders mengutuk restorannya sendiri

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc
Hidangan yang terdapat di KFC

Setelah perniagaan KFC dijual, pemilik baru KFC masih lagi menggunakan imej korporat yang sedia ada dengan mengangkat kolonel Sanders sebagai duta syarikat tersebut dimana beliau melakukan penjelajahan ke seluruh negeri di Amerika untuk merasai sendiri ayam goreng yang dihasilkan oleh KFC di restoran yang berbeza. Jika beliau tidak suka dengan apa yang beliau lihat atau makan, beliau akan memberitahu staf terbabit dengan menggunakan kata-kata kesat dan sumpah seranah. Sanders sendiri sememangnya terkenal dengan mulutnya yang lancang. Beliau juga pernah mengatakan kepada salah satu restoran yang dikunjungi , “Ini adalah ayam goreng yang paling teruk yang pernah saya lihat,” dan memanggil kuah yang dirasainya sebagai, “sludge.”

 

6. Beliau membuka restoran seumpama KFC

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc
Claudia Sanders Dinner House

Disebabkan perasaan yang tidak berpuas hati dengan kualiti makanan yang dihasilkan oleh KFC selepas francais itu dijual, Sanders memutuskan untuk membuka restoran yang bakal bersaing dengan KFC menerusi produk yang sama yang dikenali sebagai “The Colonel’s Lady” . Kemudian KFC menyaman Sanders diatas pembukaan restoran tersebut dan mereka memenangi kes ini dengan pampasan $ 1 juta dolar. Selepas kes terbabit, Sanders menjual restoran tersebut kepada pemilik baru. Restoran itu sehingga kini masih wujud di Shelbyville, KY, tetapi ianya lebih dikenali sebagai “Claudia Sanders Dinner House”.

 

7. Beliau meninggal dunia ketika berusia 90 tahun

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc
Kolonel Harland David Sanders

Pada bulan Jun 1980, Sanders telah disahkan menghidap leukemia dan meninggal dunia pada tahun yang sama di sebuah Hospital Yahudi di Loiusville, KY kerana menghidap radang paru-paru. Sehingga kematiannya, Sanders masih membuat penampilan klasiknya yang mengenakan suit putih dan janggut putih.

Diharapkan fakta menarik mengenai pengasas KFC ini mampu menarik minat anda untuk lebih mengenali tentang siapa sebenarnya Kolonel Sanders. Jom makan KFC?