Nama Azmir Shah. Seorang pemuda yang optimis, berimpian tinggi, serta berdedikasi. Sentiasa percaya kepada kepada perancangan strategi untuk mengatur kehidupan sendiri. Seorang yang suka memerhati dan mencipta teori. Kemudiannya membukti teori berdasarkan hipotesis.

Memiliki kelulusan didalam bidang pengaturcaraan di institusi tempatan dengan beberapa portfolio sebelum beralih arah ke bidang pengurusan perniagaan di sebuah syarikat IT yang berpangkalan di Cyberjaya. Seorang yang berpengalaman didalam dunia blogging kerana pernah menjadi blogger yang suam-suam kuku dari tahun 2008 sebelum berhenti pada tahun 2012 kerana menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar yang terlalu sibuk menjalani kehidupan seharian.

Kini ditahun 2015 saya cuba untuk membangunkan kembali projek personal untuk diri sendiri iaitu sebuah blog yang menghimpunkan maklumat-maklumat yang bermanfaat untuk diri sendiri dan mungkin juga orang lain. Blog ini akan memuatkan entri yang berkisahkan isu semasa, nota pengaturcaraan, idea dan beberapa topik lagi.

Selepas 3 tahun bersara daripada dunia penulisan blog, apakah perkara yang mendorong saya untuk menulis kembali? Antara sebab yang ketara adalah:

  1. Memperbaiki kemahiran menulis
    Walau aktiviti penulisan kertas kerja dan penulisan emel serta surat-surat giat dijalankan di pejabat, saya mendapati kualiti penulisan saya agak menurun sejak kebelakangan ini. Oleh itu perlu saya perlu mengambil langkah yang drastik bagi memperbaiki permasalahan ini dengan cara memperbanyakkan lagi aktiviti menulis. Latihan yang banyak mampu mencipta kesempurnaan yang saya inginkan.
  2. Sebagai buku nota
    Saya adalah seorang yang amat gemar membaca. Oleh kerana saya seorang melayu, maka saya seorang yang pelupa. Oleh itu saya perlu menulis kembali apa yang saya saya baca di blog, surat khabar, majalah, papan tanda dan sebagainya langkah berjaga-jaga andaikata terlupa. Selain itu blog ini juga boleh dijadikan medium untuk saya berkongsikan pendapat dan pengalaman sendiri. Mudah-mudahan dijadikan pedoman oleh masyarakat diluar sana.
  3. Bahan ilmiah buat masyarakat yang sakit
    Diketika ini masyarakat lebih percaya kepada khabar angin, benci tanpa sebab dan membudayakan troll di peringkat global. Kesannya kita melahirkan masyarakat yang kurang bijak dan kurang sihat yang sudah tentu memberi impak yang buruk kepada negara. Anggap sahaja ini sekadar tanggungjawab sosial.

Jika anda membaca ruangan tentang saya ini sehingga habis, ini bermakna anda sedang memerhatikan saya “stalk saya” diatas sebab-sebab tertentu. Terima kasih kerana sudi membaca. Jika anda berminat untuk berurusan dengan saya, anda boleh menghubungi saya di halaman Hubungi Saya atau berhubung terus di emel

azmirshah1@gmail.com

Segala pertanyaan dan urusan akan dilayan oleh admin yang berpengalaman.

Sekian

Azmir Shah
Pengasas
AzmirShah.Com

LEAVE A COMMENT

Cari