Secara semula jadinya kebanyakan daripada kita memang tidak suka kepada perubahan. Perubahan boleh jadi sesuatu yang menakutkan kepada mereka yang terlalu lama berada didalam zon selesa. Katanya, terima diri kita seadanya.
Malah ada diantara kita yang berpendapat yang mereka tidak perlu berubah kerana itu bukannya diri mereka yang sebenar dan berpendapat itu bukanlah satu tindakan yang sepatutnya.
Selesa di zon selesa?
Setiap daripada kita yang terlalu lama berada didalam zon yang selesa kerap mempunyai tabiat untuk melakukan pekerjaan yang sama. Apabila kita keluar daripada rutin harian kita, perasaan tidak selesa dan pelik akan mula timbul didalam diri.
Perasan itu seperti anda menulis menggunakan tangan kiri sedangkan anda biasa menulis dengan menggunakan tangan kanan. Maka secara automatiknya anda akan mempunyai keinginan untuk mengulangi tabiat yang lama.
Perlukah berubah didalam kehidupan?
Ya betul. Berubah hanya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan adalah perlu. Ini kerana anda sendiri perlu menyesuaikan diri anda dengan keadaan sekeliling yang berbeza-beza bagi setiap individu.
Malahan Charles Darwin juga berkata.
Ini bukan mengenai spesis yang paling kuat yang akan hidup, bukan juga yang paling bijak, sebaliknya buat mereka yang responsif kepada perubahan – Charles Darwin
Keperluan Sebelum Berubah?
Ia sama sahaja seperti kita yang ingin mengguna GPS atau Google Map. Pertama anda perlu mengenai pasti dimana anda berada (merujuk kepada siapa diri kita), kemudian kita menetapkan kemana yang kita ingin tuju (apa yang kita hendak jadi).
Apabila kita bersikap realistik terhadap diri sendiri dan menerima siapa diri kita yang sekarang, maka sudah semestinya kita sudah bersedia untuk berubah.
Bermatlamat Selepas Berubah?
Sekarang anda sendiri sudah menerima siapa diri anda yang sebenar, apa yang anda perlu buat selepas ini adalah dengan membayangkan apa yang anda ingin jadi. Apa yang anda ingin ubah dan apa yang perlu anda lakukan.
Sekarang cuba bayangkan tentang apa yang anda ingin jadi, kemudian bayangkan anda adalah seorang yang mencapai matlamat tersebut dan berjaya mengubah diri anda seperti yang anda mahukan.Seronok bukan?
Jangan memandang rendah dengan kemampuan otak anda untuk bermain dengan imaginasi kerana ia mampu mendorong diri anda untuk mengubah mentaliti.
Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi terhadap pemain bola keranjang, didapati imaginasi mampu memberi kesan kepada otak.
Berdasarkan kajian tersebut, pakar psikologi menjalankan kajian terhadap 3 kumpulan pemain bola keranjang.
- Kumpulan 1 telah diberitahu untuk tidak berbuat apa-apa.
- Kumpulan 2 telah diberitahu untuk membayangkan diri mereka berjaya menjaringkan bola dari jauh.
- Kumpulan 3 telah diberitahu untuk berlatih menjaringkan bola dari jauh.
Kumpulan 1 tidak menunjukkan sebarang peningkatan. (Memang sudah jelas sangat)
Walaupun kumpulan 2 sekadar membayang yang mereka menjaringkan bola yang disediakan berbanding kumpulan 3 yang diberitahu untuk berlatih, ternyata 2 kumpulan ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding dengan kumpulan pertama.
Nampak? Dengan membayangkan sekalipun anda boleh mendapatkan keputusan yang sama. Mahupun hampir sama. Bayangkan juga itu adalah “diri anda yang baru”.
Terima Diri kita Seadanya
Oleh itu, jadi mula bertindak seperti “diri anda yang baru” supaya anda boleh berubah dan menjadi seperti yang anda inginkan. Secara asasnya, anda mengubah tabiat lama anda dengan tabiat baru. Kemudian terima diri kita seadanya.
Baca juga: Jangan kongsikan matlamat kepada sesiapa
Jika anda melakukan semua perkara yang anda rasakan betul dan anda mula melakukan perubahan, kami pasti ramai orang yang berada disekeliling anda akan perasan dengan perubahan anda itu. Jika anda mendapat kata-kata yang negatif mengenai perubahan itu, relax je.