Bagi mereka yang tidak mengetahui tentang The International ini, The International atau lebih dikenali sebagai TI merupakan satu kejohanan Dota 2 yang menghimpunkan pasukan dari seluruh dunia bagi merebut Aegis of Champions, simbolik perisai kemenangan buat pasukan yang terbaik.
Kejohanan ini muncul dan bertambah meriah dek kerana kegilaan ramai peminat yang memainkan permainkan Dota 2. Apa itu Dota 2?
Dota 2 merupakan satu permainan video atas talian yang bergenrekan MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) yang mempunyai pengaruhnya di serata dunia. Ianya dihoskan oleh Valve Corporation, sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk menghasilkan dan mempopularkan permainan Dota 2 menerusi penganjuran Dota Pro Circuit (DPC). DPC merupakan gabungan 11 pertandingan major series, 16 minor series dan TI.
Sejarah The International Dota 2
The International merupakan satu fenomena baru yang menjadi peneraju kepada perkembangan e-sukan yang semakin meningkat naik di seantero dunia. Jika dahulu TI bermula sebagai pertandingan kecil-kecilan, kini mereka mampu berbangga kerana kejayaan TI menjadi salah sebuah kejohanan yang berprofil tinggi dengan tawaran hadiah yang cukup lumayan.
Tidak sah menjadi seorang peminat setia Dota 2 jika tidak mengikuti sejarah awal The International. Maka berikut dihidangkan kepada anda serba sedikit sejarah The International, kejohanan e-sukan yang terbaik didalam sejarah.
The International 1
Jika anda seorang peminat setia Natus Vincere (NaVi), sebuah pasukan yang kejap ada kejap tak ada, sejarah awal penubuhan TI ini ada berkaitan dengan mereka. Buat pengetahuan anda semua, Kejohanan The International pertama dianjurkan oleh Valve pada tahun 2011 di Gamescom, sebuah festival permainan video yang berlangsung di Cologne, Jerman. Pada ketika itu, tujuan penganjuran TI sekadar untuk memperkenalkan Dota 2 kepada masyarakat antarabangsa yang menghadiri festival gamescom menerusi penganjuran kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah USD1.6 Juta bersamaan RM6.8 Juta.
Kejohanan melibatkan 16 pasukan menerima penyertaan pasukan seperti Natus Vincere (NaVi), Invictus Gaming, Mineski, TyLoo dan EHome. Pasukan ini dikira sebagai legend juga sebab masih mampu bertahan sehingga ke hari ini. Pada ketika ini pusingan kumpulan dan playoff diperkenalkan dimana selepas pusingan kumpulan, pasukan yang layak perlu bertaruh dan kemudiannya dibahagikan kepada lower dan upper bracket. Format ini masih lagi digunakan sehingga sekarang.
Pada ketika itu, Natus Vincere menjadi juara untuk kejohanan edisi sulung TI dengan bintang yang dikenali ramai iaitu Dendi, ArtStyle, Puppey, Xboct, LightOfHeaven dan McDeee. Perlawanan akhir tersebut melibatkan NaVi menentang pasukan EHome daripada China dan mereka berjaya menang dengan keputusan 3-1. Kalau tiba-tiba anda teringin untuk menonton kembali perlawanan akhir terbabit, anda boleh pergi ke pautan ini. (Klik)
The International 2
Selepas penganjuran The International yang pertama di Cologne, Valve telah melakukan sedikit rombakan dengan menukar lokasi kejohanan di Benaroya Hall, Seattle, Amerika Syarikat bersempena dengan “Penny Arcade Expo”. Budaya pertandingan yang baru mula diperkenalkan apabila pasukan yang bertanding akan ditempatkan di glass booth di pentas utama ketika perlawanan berlangsung.
Juara bertahan ketika itu iaitu Natus Vincere dibedal teruk pasukan daripada China iaitu Invictus Gaming dengan kemenangan 3-1. Pada kejohanan tersebut ada memperlihatkan kemunculan pasukan daripada Malaysia, Orange Esport yang menduduki tangga ke 8 untuk kemunculan pertamanya.
The International 3
Bagi peminat Dota 2, The International 3 merupakan kejohanan terbaik diantara 6 edisi kerana mempamerkan aksi final yang menakjubkan diantara 2 pasukan. Ini berikutan pertembungan diantara bekas juara Natus Vincere dan Alliance yang berlangsung sengit di pentas final sehingga menyebabkan penonton sendiri berasa tidak senang duduk untuk melihatnya.
Malahan tidak keterlaluan untuk kita katakan perlawanan diantara Alliance dan Navi ini antara aksi yang terbaik sepanjang zaman. Pada ketika itu, Gustav “s4” Magnusson telah menggunakan puck untuk melakukan aksi yang digelarkan “million dollar dream coil”. Aksi tersebut telah membantu pasukan Alliance untuk menundukkan pasukan Navi dengan kemenangan tipis 3-2.
Aksi kemenangan Alliance
Mengungkap perjalanan juara bertahan yang beraksi cemerlang pada edisi sebelumnya, dilihat Invictus Gaming gagal meneruskan rentak kemenangan TI2 selepas tersungkur di pusingan lower bracket. Menerusi perlawanan terakhir di pusingan tersebut, IG menerima tamparan hebat daripada pasukan Tongfu (China) yang berjaya melakukan comeback untuk memenangi perlawanan penentuan dengan keputusan 2-1.
Pada edisi tersebut telah memperlihatkan pasukan daripada Malaysia, Orange eSport berjaya memberi saingan kepada pasukan lain dengan menduduki tempat ketiga keseluruhan.
The International 4
Jika The International 3 edisi paling epik dan menyeronokkan, The International 4 pula digelarkan sebagai kejohanan paling hambar pernah diadakan. Ada pelbagai rungutan yang telah diberikan oleh para peminat. Diantaranya ialah perlawanan pentas final itu sendiri yang memperlihatkan 2 pasukan daripada China iaitu Newbee menentang Vici Gaming.
Selain daripada itu, pertukaran meta baru untuk Dota 2 juga menjadikan setiap permainan yang disajikan berdurasi lebih pendek berbanding biasa disamping penjadualan perlawanan yang kurang sesuai. Seperti biasa kebosanan juga melanda disebabkan mereka ini juga sering menggunakan hero yang sama.
The International 5
The International 5 menyaksikan 16 pasukan elit yang bertanding bersama rekod hadiah yang terus mencanak berbanding edisi sebelumnya. Pada tahun 2014, USD10.93 juta atau bersamaan RM46.82 juta berjaya dikumpulkan oleh pihak penganjur. Pada tahun 2015, jumlah tersebut meningkat hampir 2 kali ganda dimana ia mencecah hampir USD18 juta atau RM77.1 juta. Jumlah wang kemenangan tersebut telah diberikan kepada para peserta yang menyertai TI berdasarkan peratusan layak berdasarkan kedudukan yang mereka perolehi.
Dalam erti kata lain kesemua pasukan yang bertanding di TI tidak pulang dengan tangan kosong apabila hadiah bagi tempat pertama dan ke enam belas disediakan kepada para peserta dengan jumlah minimum sekitar USD54,554 atau RM233,684. Top 6 pula akan membawa pulang pulang lebih daripada USD 1 juta.
Perkara yang jadi tular ketika TI5 berlangsung pula ialah bagaimana aksi final yang gempak berjaya ditunjukkan oleh pasukan Evil Geniuses apabila mereka membenam lawan daripada China dengan satu gerakan unik yang dikepalai oleh universe yang menggunakan earthshaker. Gerakan itu digelarkan sebagai “$6,000,000 echo slam dunk”, merujuk bagaimana ia membantu pasukan EG untuk membawa pulang USD6 juta.
Video aksi $6,00,000 echo slam dunk
The International 6
Bercerita pula tentang kejohanan edisi ke enam, The International 6 ini dipenuhi dengan kejutan menerusi persembahan dan juga hadiah kemenangan. Pada kejohanan tersebut, Valve berjaya mengumpulkan Prize Pool yang melebihi angka USD20 juta. Ini menjadikan kejohanan ini antara paling lumayan dalam sejarah sukan elektronik.
Selain daripada itu, TI6 juga mencatatkan rekod hero yang paling banyak digunakan iaitu sebanyak 105 hero dimana Chaos Knight antara hero yang menjadi kegemaran Digital Chaos didalam peringkat kumpulan tanpa sekalipun dipilih oleh pasukan lain. Selain itu, Necrophos pula menjadi hero yang menjadi kegemaran pasukan bertanding untuk dipilih terutama pasukan LGD Gaming. Antara hero yang tak laku ketika TI6 adalah Bloodseeker, Jakiro, Leshrac, Lina dan Treant Protector.
Cerita tidak best pula, kebanyakan pasukan pilihan yang bertanding gagal menyerlah pada edisi kali ini dimana mereka berhempas pulas untuk mara ke pusing akhir menerusi kumpulan lower bracket. Sebagai contohnya Secret, OG, Alliance, Newbee, Team Liquid dan bekas juara TI, Natus Vincere. Pasukan underdog seperti Digital Chaos dan Wing Gaming menjadi pemutus harapan pasukan besar untuk bergelar juara.
The International 7
Di TI7, bekas juara TI4 iaitu pasukan Newbee berjaya membuat kemunculan semula dengan beraksi cemerlang sepanjang pertandingan. Mereka berjaya mengharungi cabaran menerusi perlawanan upper bracket dengan mengalahkan Evil Geniuses (EG), Invictus Gaming (IG) dan LGD.Forever Young. Namun disaat selangkah bergelar juara, malaon mana datang menghalang niat mereka. Team Liquid yang mengembara menerusi laluan lower bracket telah memberi cabaran yang hebat di pentas akhir. Mereka mengalahkan pasukan Newbee dengan kemenangan 3-0.
Fakta menarik mengenai Team Liquid. Di edisi TI7, pasukan ini mencipta mencipta rekod sebagai pemegang rekod kill tertinggi dengan jumlah 441 kills. Malahan disaat kebanyakan pasukan memilih Night Stalker sebagai hero kegemaran dan modal kemenangan, MinD_ControL berjaya counter hero terbabit dengan menggunakan Natural’s Prophet dan ini sekaligus menyumbang kepada kejayaan Team Liquid untuk selamat di lower bracket.
Tahukah anda TI7 berjaya mencipta rekod baru didalam kutipan wang kemenangan yang berjaya mengumpul USD 24,727 ,671. Ini merupakan rekod hadiah tertinggi yang pernah diberikan kepada para peserta.
The International 8
TI 7 bukan sahaja menceritakan tentang kekecewaan pasukan OG yang tersingkir di lower bracket pusingan ketiga, sebaliknya turut menjadi titik perpisahan diantara 2 founder pasukan OG iaitu Notail dan juga Fly. Kekecewaan mereka diatas kegagalan OG disamping keluarnya Fly selaku ketua pasukan OG hampir-hampir menguburkan pasukan itu buat selamanya. Walhal mereka bersama-sama cuba membina pasukan yang ditubuhkan berdasarkan prinsip persahabatan (friendship).
Namun berkat kesabaran Notail membentuk pasukan yang baru disamping mengambil alih peranan sebagai ketua benar-benar memberi impak bukan sahaja kepada pasukan, sebaliknya turut kepada peminat Dota 2 khasnya. Prinsip persahabatan masih dipegang oleh pasukan.
Kesannya, tahun 2018 adalah tahun yang gemilang buat OG apabila mereka berjaya bergelar juara The International 8 buat julung kalinya. Walaupun jalan yang mereka lalui cukup berliku dimana pasukan OG tidak layak untuk dijemput secara terus menerusi sistem rating Dota Pro Circuit (DPC), mereka tetap tidak berputus asa bersaing bersama bintang baru mereka bersaing di pusingan kelayakan Zon Eropah. Ceb/7ckngMad yang juga jurulatih OG ketika itu terpaksa turun padang menjadi sebahagian daripada pasukan dalam posisi offlane selepas dipujuk oleh Notail.
Diketika ini Ceb bersama dua orang nobody ketika itu iaitu Ana (comeback selepas kena titik ketika TI 7) dan Topson berjaya membantu OG untuk memenangi The International dengan jumlah prize pool tertinggi iaitu USD 25.532,177. Jumlah prize pool tersebut berjaya memecahkan rekod TI edisi sebelumnya. Bukan itu sahaja, mereka juga berjaya mengejutkan komuniti dota apabila menyanggah kepercayaan tahyul komuniti tentang bagaimana tahun genap kejohanan TI Dota 2 adalah milik pasukan daripada China (berdasarkan rekod sebelumnya).
Pasukan OG menewaskan pasukan daripada China iaitu PSG.LGD dengan kemenangan tipis 3-2 di pentas final Rogers Arena. Ana bersama hero signaturenya iaitu Phantom Lancer, Spectre and Ember Spirit benar-benar membantu pasukan OG di pentas final dan layak digelar MVP untuk kejohanan edisi ini. Bukan itu sahaja, antara perkara yang sangat dipuji tentang Ana adalah kemahiran Buyback nya pada masa tepat dalam membantu pasukan. Tak percaya tengok video dibawah.
Perlawanan pusingan ke 4 TI 8
Video ini adalah logik Ana membantu pasukannya untuk memenangi pusingan ke 4 pentas final menentang PSG.LGD. Pusingan ini sangat kritikal dimana perlawanan berlangsung selama 65 minit 21 saat. Setiap kesilapan bakal membawa padah kerana PSG.LGD mendominasi perlawanan. Namun itu tidak mematahkan semangat Ana walaupun beliau melakukan kesilapan ketika farming. Cuba lihat apa yang beliau buat. Sangat hebat.
The International 9
Pendapat peribadi saya, TI 9 adalah kejohanan terbaik yang saya pernah tonton. Saya percaya, peminat Dota 2 yang menyaksikan perlawanan ini bakal mempunyai persepsi yang sama dengan saya. Mengapa?
Pertama kejohanan ini pertama kali dilangsungkan di Asia iaitu di Shanghai, China. Walaupun pasukan daripada China seperti Vici Gaming, PSG.LGD, Keen gaming dan Royal Never Give Up mendapat sokongan yang padu daripada rakyatnya, mereka tidak dapat menyerlah disana. Lebih-lebih lagi terdapat pasukan seperti Team Liquid yang kerap menjadikan lower bracket sebagai laluan mereka untuk ke pentas akhir.
Keduanya adalah ini merupakan kejohanan pertama yang dimenangi oleh penyandang juara edisi sebelumnya iaitu pasukan OG. Persembahan mantap mereka membenam Team Liquid 3-0 benar-benar menunjukkan kepada penonton bagaimana OG ini layak digelar Lagenda. Bukan sekadar menjadi pasukan pertama yang menjuarai The International sebanyak 2 kali, sebaliknya turut menjuarai kejohanan dengan kemenangan bersih tanpa kalah.
Lebih mencuri tumpuan seperti tahun sebelumnya adalah Ana. Beliau menjadikan IO sebagai hero ikonik carry yang berkaliber. Anda bayangkan saya ketika itu memikirkan yang hero ini hanya hero throw Ana ketika perlawanan selesa menentang Ninja in Pyjamas di peringkat kumpulan. Namun ternyata saya silap. Rupanya IO carry bawa ke final digandingkan oleh Windranger yang dimainkan oleh Topson. Kombinasi mereka berdua benar-benar meletup.
https://youtu.be/0glmjlIxYIU
Gandingan Ana dan Topson ketika menentang NiP
Kemeletupan mereka ini jugalah menyebabkan pasukan juara bertahan Team Liquid bermain seolah-olah seperti tak ada tangan. Kuroky punya taktikal tidak dapat menandingi gabungan idea Notail dan Ceb dalam drafting hero. Terciduk mereka di pentas akhir.
The International 9 juga menyaksikan Prize Pool TI terus meningkat dimana pada edisi kali ini, dimana mereka berjaya mengumpulkan USD34,330,068 atau persamaan RM 146,194,594.58. Kayalah mereka ini walapun menduduki tangga ke 16.
Ulasan selepas sembilan edisi kejohanan
Sedar atau tidak, 9 edisi The International telah berlangsung semenjak daripada tahun 2011 sehingga 2019 dan ianya menjadi salah satu faktor penyumbang kepada industri e-sukan itu sendiri dalam melebarkan empayar dan pengaruh sehingga wujudnya industri baru yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Buat pengetahuan anda semua, terdapat 8 pasukan yang pernah mengondol gelaran juara untuk kesemua edisi daripada TI1 sehingga TI8. Mereka ialah Natus Vincere, Invictus Gaming, Alliance, Newbee, Evil Geniuses, Wing Gaming, Team Liquid dan OG. Berikut disediakan senarai pemenang The International daripada penganjuran edisi yang pertama sehingga yang ke enam mengikut tahun.
Apabila kita memperkatakan tentang Dota 2, maka kemahiran untuk menggunakan 119 hero bukanlah faktor utama yang menjadi penyumbang kepada kejayaan sesuatu pasukan. Sebaliknya semangat berpasukan, strategi, dan kosistensi turut menjadi faktor penyumbang yang melengkapkan sesebuah pasukan.
Baca juga :5 Fakta mengenai menarik The International Dota 2
Permasalahan pasukan yang paling ketara? Pihak lawan sentiasa belajar daripada kesilapan. Jadi para pemain perlu sentiasa belajar dan memperbaiki kesilapan. Ini kerana jika anda statik, memungkinan besar anda bakal ditinggalkan oleh pemain berbakat yang lain. Sebab itulah didalam Dota 2, jika hari ini kamu menjuarai The International, esok lusa mungkin kamu akan menduduki tangga tercorot didalam kejohanan yang lain. Tuah juga memainkan peranan.
Baiklah, selesai serba sedikit cerita mengenai sejarah The International. Selepas ini saya akan tulis pula mengenai fakta menarik mengenai kejohanan ini. Jangan lupa nantikan.
Nota: Entri ini merupakan entri yang telah dikemaskini. Saya telah mengemaskini entri ini pada 23 Julai 2020.
1 Comment
Pingback: Unifi Mobile: Cara Untuk Mendapatkan Kad Sim Percuma Daripada TM