• Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook Twitter Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019

    Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

    24/08/2016
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

    28/03/2019

    Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

    17/01/2016

    7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021

    Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

    02/02/2021
Azmir Shah
kejohanan dota 2, the international Malaysia, ti7, ti, the international, the international 2017, dota 2, dota2, dota 2 championship,
Dota 2

The International Dota 2- Kejohanan Paling Epik Dalam Sejarah E-Sukan

Azmir ShahBy Azmir Shah1 Comment11 Mins ReadUpdated:26/12/2020
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Bagi mereka yang tidak mengetahui tentang The International ini, The International atau lebih dikenali sebagai TI merupakan satu kejohanan Dota 2 yang menghimpunkan pasukan dari seluruh dunia bagi merebut Aegis of Champions, simbolik perisai kemenangan buat pasukan yang terbaik.

Kejohanan ini muncul dan bertambah meriah dek kerana kegilaan ramai peminat yang memainkan permainkan Dota 2. Apa itu Dota 2?

Dota 2 merupakan satu permainan video atas talian yang bergenrekan MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) yang mempunyai pengaruhnya di serata dunia. Ianya dihoskan oleh  Valve Corporation, sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk menghasilkan  dan mempopularkan permainan Dota 2 menerusi penganjuran Dota Pro Circuit (DPC). DPC merupakan gabungan 11 pertandingan major series, 16 minor series dan TI.

Sejarah The International Dota 2

The International merupakan satu fenomena baru yang menjadi peneraju kepada perkembangan e-sukan yang semakin meningkat naik di seantero dunia. Jika dahulu TI bermula sebagai pertandingan kecil-kecilan, kini mereka mampu berbangga kerana kejayaan TI menjadi salah sebuah kejohanan yang berprofil tinggi dengan tawaran hadiah yang cukup lumayan.

dota 2, the international, the international dota 2, sejarah dota 2, sejarah the international,

Tidak sah menjadi seorang peminat setia Dota 2 jika tidak mengikuti sejarah awal The International. Maka berikut dihidangkan kepada anda serba sedikit sejarah The International, kejohanan e-sukan yang terbaik didalam sejarah.

The International 1

Jika anda seorang peminat setia Natus Vincere (NaVi), sebuah pasukan yang kejap ada kejap tak ada, sejarah awal penubuhan TI ini ada berkaitan dengan mereka. Buat pengetahuan anda semua, Kejohanan The International pertama dianjurkan oleh Valve pada tahun 2011 di  Gamescom, sebuah festival permainan video yang berlangsung di Cologne, Jerman. Pada ketika itu, tujuan penganjuran TI sekadar untuk memperkenalkan Dota 2 kepada masyarakat antarabangsa yang menghadiri festival gamescom menerusi penganjuran kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah USD1.6 Juta bersamaan RM6.8 Juta.

Natus Vincere, navi, gambar TI 1

Kejohanan melibatkan 16 pasukan menerima penyertaan pasukan seperti Natus Vincere (NaVi), Invictus Gaming, Mineski, TyLoo dan EHome. Pasukan ini dikira sebagai legend juga sebab masih mampu bertahan sehingga ke hari ini. Pada ketika ini pusingan kumpulan dan playoff diperkenalkan dimana selepas pusingan kumpulan, pasukan yang layak perlu bertaruh dan kemudiannya dibahagikan kepada lower dan upper bracket. Format ini masih lagi digunakan sehingga sekarang.

Pada ketika itu, Natus Vincere menjadi juara untuk kejohanan edisi sulung TI dengan bintang yang dikenali ramai iaitu Dendi, ArtStyle, Puppey, Xboct, LightOfHeaven dan McDeee. Perlawanan akhir tersebut melibatkan NaVi menentang pasukan EHome daripada China dan mereka berjaya menang dengan keputusan 3-1. Kalau tiba-tiba anda teringin untuk menonton kembali perlawanan akhir terbabit, anda boleh pergi ke pautan ini. (Klik)

The International 2

Selepas penganjuran The International yang pertama di Cologne, Valve telah melakukan sedikit rombakan dengan menukar lokasi kejohanan di Benaroya Hall, Seattle, Amerika Syarikat bersempena dengan “Penny Arcade Expo”. Budaya pertandingan yang baru mula diperkenalkan apabila pasukan yang bertanding akan ditempatkan di glass booth di pentas utama ketika perlawanan berlangsung.

Juara bertahan ketika itu iaitu Natus Vincere dibedal teruk pasukan daripada China iaitu Invictus Gaming dengan kemenangan 3-1. Pada kejohanan tersebut ada memperlihatkan kemunculan pasukan daripada Malaysia, Orange Esport yang menduduki tangga ke 8 untuk kemunculan pertamanya.

Penggunaan Glass Booth Di pentas utama

The International 3

Bagi peminat Dota 2, The International 3 merupakan kejohanan terbaik diantara 6 edisi kerana mempamerkan aksi final yang menakjubkan diantara 2 pasukan. Ini berikutan pertembungan diantara bekas juara Natus Vincere dan Alliance yang berlangsung sengit di pentas final sehingga menyebabkan penonton sendiri berasa tidak senang duduk untuk melihatnya.

Malahan tidak keterlaluan untuk kita katakan perlawanan diantara Alliance dan Navi ini antara aksi yang terbaik sepanjang zaman. Pada ketika itu, Gustav “s4” Magnusson telah menggunakan puck untuk melakukan aksi yang digelarkan “million dollar dream coil”. Aksi tersebut telah membantu pasukan Alliance untuk menundukkan pasukan Navi dengan kemenangan tipis 3-2.

Aksi kemenangan Alliance

Mengungkap perjalanan juara bertahan yang beraksi cemerlang pada edisi sebelumnya, dilihat Invictus Gaming gagal meneruskan rentak kemenangan TI2 selepas tersungkur di pusingan lower bracket. Menerusi perlawanan terakhir di pusingan tersebut, IG menerima tamparan hebat daripada pasukan Tongfu (China) yang berjaya melakukan comeback untuk memenangi perlawanan penentuan dengan keputusan 2-1.

Pada edisi tersebut telah memperlihatkan pasukan daripada Malaysia,  Orange eSport berjaya memberi saingan kepada pasukan lain dengan menduduki tempat ketiga keseluruhan.

The International 4

Jika The International 3 edisi paling epik dan menyeronokkan, The International 4 pula digelarkan sebagai kejohanan paling hambar pernah diadakan. Ada pelbagai rungutan yang telah diberikan oleh para peminat. Diantaranya ialah perlawanan pentas final itu sendiri yang memperlihatkan 2 pasukan daripada China iaitu  Newbee menentang Vici Gaming.

Selain daripada itu, pertukaran meta baru untuk Dota 2 juga menjadikan setiap permainan yang disajikan berdurasi lebih pendek berbanding biasa disamping penjadualan perlawanan yang kurang sesuai. Seperti biasa kebosanan juga melanda disebabkan mereka ini juga sering menggunakan hero yang sama.

The International 5

The International 5 menyaksikan 16 pasukan elit yang bertanding bersama rekod hadiah yang terus mencanak berbanding edisi sebelumnya. Pada tahun 2014, USD10.93 juta atau bersamaan RM46.82 juta berjaya dikumpulkan oleh pihak penganjur. Pada tahun 2015, jumlah tersebut meningkat hampir 2 kali ganda dimana ia mencecah hampir USD18 juta atau RM77.1 juta. Jumlah wang kemenangan tersebut telah diberikan kepada para peserta yang menyertai TI berdasarkan peratusan layak berdasarkan kedudukan yang mereka perolehi.

Dalam erti kata lain kesemua pasukan yang bertanding di TI tidak pulang dengan tangan kosong apabila hadiah bagi tempat pertama dan ke enam belas disediakan kepada para peserta dengan jumlah minimum sekitar USD54,554 atau RM233,684. Top 6 pula akan membawa pulang pulang lebih daripada USD 1 juta.

Perkara yang jadi tular ketika TI5 berlangsung pula ialah bagaimana aksi final yang gempak berjaya ditunjukkan oleh pasukan Evil Geniuses apabila mereka membenam lawan daripada China dengan satu gerakan unik yang dikepalai oleh universe yang menggunakan earthshaker. Gerakan itu digelarkan sebagai “$6,000,000 echo slam dunk”, merujuk bagaimana ia membantu pasukan EG untuk membawa pulang USD6 juta.

Video aksi $6,00,000 echo slam dunk

The International 6

Bercerita pula tentang kejohanan edisi ke enam, The International 6 ini dipenuhi dengan kejutan menerusi persembahan dan juga hadiah kemenangan. Pada kejohanan tersebut, Valve berjaya mengumpulkan Prize Pool yang melebihi angka USD20 juta. Ini menjadikan kejohanan ini antara paling lumayan dalam sejarah sukan elektronik.

Selain daripada itu, TI6 juga mencatatkan rekod hero yang paling banyak digunakan iaitu sebanyak 105 hero dimana Chaos Knight antara hero yang menjadi kegemaran Digital Chaos didalam peringkat kumpulan tanpa sekalipun dipilih oleh pasukan lain. Selain itu, Necrophos pula menjadi hero yang menjadi kegemaran pasukan bertanding untuk dipilih terutama pasukan LGD Gaming. Antara hero yang tak laku ketika TI6 adalah Bloodseeker, Jakiro, Leshrac, Lina dan Treant Protector.

Cerita tidak best pula, kebanyakan pasukan pilihan yang bertanding gagal menyerlah pada edisi kali ini dimana mereka berhempas pulas untuk mara ke pusing akhir menerusi kumpulan lower bracket. Sebagai contohnya Secret, OG, Alliance, Newbee, Team Liquid dan bekas juara TI, Natus Vincere. Pasukan underdog seperti Digital Chaos dan Wing Gaming menjadi pemutus harapan pasukan besar untuk bergelar juara.

The International 7

Di TI7, bekas juara TI4 iaitu pasukan Newbee berjaya membuat kemunculan semula dengan beraksi cemerlang sepanjang pertandingan. Mereka berjaya mengharungi cabaran menerusi perlawanan upper bracket dengan mengalahkan Evil Geniuses (EG), Invictus Gaming (IG) dan LGD.Forever Young. Namun disaat selangkah bergelar juara, malaon mana datang menghalang niat mereka. Team Liquid yang mengembara menerusi laluan lower bracket telah memberi cabaran yang hebat di pentas akhir. Mereka mengalahkan pasukan Newbee dengan kemenangan 3-0.

Fakta menarik mengenai Team Liquid. Di edisi TI7, pasukan ini mencipta mencipta rekod sebagai pemegang rekod kill tertinggi dengan jumlah 441 kills. Malahan disaat kebanyakan pasukan memilih Night Stalker sebagai hero kegemaran dan modal kemenangan, MinD_ControL berjaya counter hero terbabit dengan menggunakan Natural’s Prophet dan ini sekaligus menyumbang kepada kejayaan Team Liquid untuk selamat di lower bracket.

Tahukah anda TI7 berjaya mencipta rekod baru didalam kutipan wang kemenangan yang berjaya mengumpul USD 24,727 ,671. Ini merupakan rekod hadiah tertinggi yang pernah diberikan kepada para peserta.

The International 8

og, og dota 2, og the international, notail, jerax, ana, ceb, topson, malaysia
Lineup OG untuk kejohanan The International 2018

TI 7 bukan sahaja menceritakan tentang kekecewaan pasukan OG yang tersingkir di lower bracket pusingan ketiga, sebaliknya turut menjadi titik perpisahan diantara 2 founder pasukan OG iaitu Notail dan juga Fly. Kekecewaan mereka diatas kegagalan OG disamping  keluarnya Fly selaku ketua pasukan OG hampir-hampir menguburkan pasukan itu buat selamanya. Walhal mereka bersama-sama cuba membina pasukan yang ditubuhkan berdasarkan prinsip persahabatan (friendship).

Namun berkat kesabaran Notail membentuk pasukan yang baru disamping mengambil alih peranan sebagai ketua benar-benar memberi impak bukan sahaja kepada pasukan, sebaliknya turut kepada peminat Dota 2 khasnya. Prinsip persahabatan masih dipegang oleh pasukan.

Kesannya, tahun 2018 adalah tahun yang gemilang buat OG apabila mereka berjaya bergelar juara The International 8 buat julung kalinya. Walaupun jalan yang mereka lalui cukup berliku dimana pasukan OG tidak layak untuk dijemput secara terus menerusi sistem rating Dota Pro Circuit (DPC), mereka tetap tidak berputus asa bersaing bersama bintang baru mereka bersaing di pusingan kelayakan Zon Eropah. Ceb/7ckngMad yang juga jurulatih OG ketika itu terpaksa turun padang menjadi sebahagian daripada pasukan dalam posisi offlane selepas dipujuk oleh Notail.

Diketika ini Ceb bersama dua orang nobody ketika itu iaitu Ana (comeback selepas kena titik ketika TI 7) dan Topson berjaya membantu OG untuk memenangi The International dengan jumlah prize pool tertinggi iaitu USD 25.532,177. Jumlah prize pool tersebut berjaya memecahkan rekod TI edisi sebelumnya. Bukan itu sahaja, mereka juga berjaya mengejutkan komuniti dota apabila menyanggah kepercayaan tahyul komuniti tentang bagaimana tahun genap kejohanan TI Dota 2 adalah milik pasukan daripada China (berdasarkan rekod sebelumnya).

Pasukan OG menewaskan pasukan daripada China iaitu PSG.LGD dengan kemenangan tipis 3-2 di pentas final Rogers Arena. Ana bersama hero signaturenya iaitu Phantom Lancer, Spectre and Ember Spirit benar-benar membantu pasukan OG di pentas final dan layak digelar MVP untuk kejohanan edisi ini. Bukan itu sahaja, antara perkara yang sangat dipuji tentang Ana adalah kemahiran Buyback nya pada masa tepat dalam membantu pasukan. Tak percaya tengok video dibawah.

Perlawanan pusingan ke 4 TI 8

Video ini adalah logik Ana membantu pasukannya untuk memenangi pusingan ke 4 pentas final menentang PSG.LGD. Pusingan ini sangat kritikal dimana perlawanan berlangsung selama 65 minit 21 saat. Setiap kesilapan bakal membawa padah kerana PSG.LGD mendominasi perlawanan. Namun itu tidak mematahkan semangat Ana walaupun beliau melakukan kesilapan ketika farming. Cuba lihat apa yang beliau buat. Sangat hebat.

The International 9

Pendapat peribadi saya, TI 9 adalah kejohanan terbaik yang saya pernah tonton. Saya percaya, peminat Dota 2 yang menyaksikan perlawanan ini bakal mempunyai persepsi yang sama dengan saya. Mengapa?

Pertama kejohanan ini pertama kali dilangsungkan di Asia iaitu di Shanghai, China. Walaupun pasukan daripada China seperti Vici Gaming, PSG.LGD, Keen gaming dan Royal Never Give Up mendapat sokongan yang padu daripada rakyatnya, mereka tidak dapat menyerlah disana. Lebih-lebih lagi terdapat pasukan seperti Team Liquid yang kerap menjadikan lower bracket sebagai laluan mereka untuk ke pentas akhir.

Keduanya adalah ini merupakan kejohanan pertama yang dimenangi oleh penyandang juara edisi sebelumnya iaitu pasukan OG. Persembahan mantap mereka membenam Team Liquid 3-0 benar-benar menunjukkan kepada penonton bagaimana OG ini layak digelar Lagenda. Bukan sekadar menjadi pasukan pertama yang menjuarai The International sebanyak 2 kali, sebaliknya turut menjuarai kejohanan dengan kemenangan bersih tanpa kalah.

Lebih mencuri tumpuan seperti tahun sebelumnya adalah Ana. Beliau menjadikan IO sebagai hero ikonik carry yang berkaliber. Anda bayangkan saya ketika itu memikirkan yang hero ini hanya hero throw Ana ketika perlawanan selesa menentang Ninja in Pyjamas di peringkat kumpulan. Namun ternyata saya silap.  Rupanya IO carry bawa ke final digandingkan oleh Windranger yang dimainkan oleh Topson. Kombinasi mereka berdua benar-benar meletup.

https://youtu.be/0glmjlIxYIU

Gandingan Ana dan Topson ketika menentang NiP

Kemeletupan mereka ini jugalah menyebabkan pasukan juara bertahan Team Liquid bermain seolah-olah seperti tak ada tangan. Kuroky punya taktikal tidak dapat menandingi gabungan idea Notail dan Ceb dalam drafting hero. Terciduk mereka di pentas akhir.

The International 9 juga menyaksikan Prize Pool TI terus meningkat dimana pada edisi kali ini, dimana mereka berjaya mengumpulkan USD34,330,068 atau persamaan RM 146,194,594.58. Kayalah mereka ini walapun menduduki tangga ke 16.

Ulasan selepas sembilan edisi kejohanan

Sedar atau tidak, 9 edisi The International telah berlangsung semenjak daripada tahun 2011 sehingga 2019 dan ianya menjadi salah satu faktor penyumbang kepada industri e-sukan itu sendiri dalam melebarkan empayar dan pengaruh sehingga wujudnya industri baru yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Buat pengetahuan anda semua, terdapat 8 pasukan yang pernah mengondol gelaran juara untuk kesemua edisi daripada TI1 sehingga TI8. Mereka ialah Natus Vincere, Invictus Gaming, Alliance, Newbee, Evil Geniuses, Wing Gaming, Team Liquid dan OG. Berikut disediakan senarai pemenang The International daripada penganjuran edisi yang pertama sehingga yang ke enam mengikut tahun.

Natus Vincere, Invictus Gaming, Alliance, Newbee, Evil Geniuses, Wings Gaming, dota 2, juara, juara ti, the international, juara the international dota 2, juara the international 1, juara the international 2, juara the international 3, juara the international 4, juara the international 5, juara the international 6,
Senarai Juara The International Dota 2

Apabila kita memperkatakan tentang Dota 2, maka kemahiran untuk menggunakan 119 hero bukanlah faktor utama yang menjadi penyumbang kepada kejayaan sesuatu pasukan. Sebaliknya semangat berpasukan, strategi, dan kosistensi turut menjadi faktor penyumbang yang melengkapkan sesebuah pasukan.

Baca juga :5 Fakta mengenai menarik The International Dota 2

Permasalahan pasukan yang paling ketara? Pihak lawan sentiasa belajar daripada kesilapan. Jadi para pemain perlu sentiasa belajar dan memperbaiki kesilapan. Ini kerana jika anda statik, memungkinan besar anda bakal ditinggalkan oleh pemain berbakat yang lain. Sebab itulah didalam Dota 2, jika hari ini kamu menjuarai The International, esok lusa mungkin kamu akan menduduki tangga tercorot didalam kejohanan yang lain. Tuah juga memainkan peranan.

Baiklah, selesai serba sedikit cerita mengenai sejarah The International. Selepas ini saya akan tulis pula mengenai fakta menarik mengenai kejohanan ini. Jangan lupa nantikan.

Nota: Entri ini merupakan entri yang telah dikemaskini. Saya telah mengemaskini entri ini pada 23 Julai 2020.

5 fakta tentang the international 5 fakta unik the international Aegis of Champions Aegis of Champions shield for Dota 2 alliance dota 2 defense of the acients – online game dota 2 dota 2 aegis dota 2 aegis of champions dota 2 hero dota 2 international dota 2 international 2016 dota 2 international 2017 dota 2 prize pool dota 2 the international dota 2 ti dota 2- online game dota malaysia dota the international e-sukan echo slam dunk esports esukan fakta dota 2 fakta tentang the international fakta the international Info Lengkap Tentang DOTA 2 international 2016 kejohanan dota kejohanan dota 2 mengenai dota 2 mengenai ti mengenai ti dota 2 natus vincere orange esport perisai Aegis of Champions perkembangan e-sukan pertandingan dota pertandingan dota 2 prize –topic sejarah dota 2 sejarah e-sukan sejarah game dota 2 sejarah the international sejarah the international dota 2 sejarah ti dota 2 senarai juara the international sukan elektronik team –topic tentang dota 2 Tentang Nge-Dota 2 the international - dota 2 the international 2011 the international 2012 the international 2013 the international 2014 the international 2015 the international 2016 the international 2017 the international 2018 the international 7 ti 2 ti 3 ti 4 ti 5 ti 6 ti 7 ti 8 ti1 ti7 valve valve corporation
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleBagaimana Cara aktifkan Nombor Hotlink Yang Sudah Expired
Next Article Cara Membuat Localhost Dengan Menggunakan XAMPP
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Dota Plus Overwolf: Perisian yang menganalisis permainan Dota 2 anda

5 Fakta Menarik Mengenai The International Dota 2

1 Comment

  1. Pingback: Unifi Mobile: Cara Untuk Mendapatkan Kad Sim Percuma Daripada TM

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Sosial Media
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Telegram
Artikel Terbaru
Review

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

By Azmir Shah11/02/2023
Review

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

By Azmir Shah26/10/2022
Tutorial

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

By Azmir Shah17/10/2022
Review

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

By Azmir Shah10/10/2022
Makanan

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

By Azmir Shah01/03/2022
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

11/02/2023

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

26/10/2022

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

17/10/2022

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

10/10/2022
© 2023 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version