Andai kata kamu punyai seorang datuk yang sudah meninggal dunia dan meninggalkan sebuah bangsal lama yang penuh dengan pelbagai peralatan baru dan usang, apa yang kamu bakal buat? Sudah pasti kamu akan “membersihkan” bangsal tersebut dengan cara menyimpan, menjual mahupun membuang segala isi yang terdapat didalam bangsal tersebut. Berbeza pula dengan pemuda ini, beliau membuat sesuatu yang bermakna kepada keluarga beliau dengan cara yang kreatif dan gila. Kemungkinan besar juga menyusahkan.

Artis berbakat yang bernama Lee John Philips adalah pemuda yang dimaksudkan. Philips telah memulakan satu projek gila yang diberi nama ” The Shed Project ” dimana beliau perlu melukis hampir 100 000 barangan yang terdapat didalam bangsal mendiang datuknya yang telah meninggal dunia kira-kira 20 tahun dahulu. Kesemua lukisan itu akan didokumentasi dan bakal dikatalogkan sebaik sahaja ia siap. Philips berpendapat projek ini kemungkinan memakan masa kira-kira 5 tahun dan proses katalog ini merangkumi alatan-alatan biasa sehingga ke paku dan bolt.

Disaat ini, projek ini sudah hampir 5% siap dimana beliau berjaya mengkatalogkan kira-kira 4000 barangan yang terdiri daripada pelbagai jenis alatan. Katanya lagi, katalog barangan tersebut akan diserahkan kepada nenek beliau sebagai tanda kenang-kenangan.

“But neither she nor the pantry itself will not last forever. I want to keep it for his family” – kata Philips

Antara katalog yang berjaya dilukis oleh Philips adalah seperti berikut:

Perkakasan yang perlu dilukis
Antara barangan yang sudah dikatelog
Ruangan kerja
Disudut bangsal
Barangan kecil
Lukisan perkakasan
Gambar Suis yang terdapat di bangsal
Lukisan paip
Sudut kerja

Baca juga: Gadis Itali Ini Menghasilkan Karya Seni Daripada Kopi

The shed project adalah satu tugas yang sukar untuk melukis 100 000 barangan di sebuah bangsal yang kecil. Namun begitu jika kita punyai minat, itu bukan satu halangan untuk menyiapkannya. Lebih-lebih lagi Philips sendiri merupakan seorang artis yang berpengalaman, jadi melukis itu bukan sesuatu yang sukar bagi dirinya.

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

2 Comments

Leave A Reply

Exit mobile version