Close Menu
  • Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook X (Twitter) Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

    02/05/2023

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Jangan fokus kepada matlamat dan kongsikannya dengan sesiapa

    28/03/2019

    Kenapa perlu terima diri kita seadanya sebelum berubah?

    17/01/2016

    7 Perbezaan M40 dan T20 Yang Anda perlu Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara tukar kad Maybank expired secara online

    21/04/2023

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021
Azmir Shah
nasihat berdagang, cara trade kripto, how to trade crypto, cryptocurrency, kripto malaysia, cara trade crypto, cara beli kripto
Mata Wang Kripto

11 tip trade kripto untuk golongan pemula

Azmir ShahBy Azmir Shah12 Comments10 Mins ReadUpdated:21/04/2023
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Saya seringkali diajukan dengan pertanyaan tentang apa tip trade kripto untuk golongan pemula (newbie) yang kosong tentang dunia perdagangan mata wang digital ini. Rata-rata diantara mereka tidak tahu dimanakah rujukan yang perlu dibuat dan bagaimana untuk bermula.

Sebenarnya ada banyak sahaja platform pembacaan yang berada di luar sana. Antaranya Cointelegraph dan CoinDesk untuk platform bahasa inggeris manakala coin.my dan mycryptoversity bagi platform bahasa melayu. Ini antara tempat rujukan yang sangat sesuai untuk anda mula belajar berdagang (trade). Kuncinya adalah rajin membaca.

Tapi saya faham, apabila ada kita nak belajar berdagang, adakalanya kita mahukan pengetahuan dengan kadar yang segera sampai terlupa ada hal-hal penting yang kita perlu ketahui dahulu sebelum mula berdagang. Tiada kata yang mampu saya ungkapkan selain daripada nasihat agar anda tidak terjerumus ke lembah kerugian.

Jadi menerusi artikel ini, saya sediakan 11 tip trade kripto untuk golongan pemula agar anda mendapat gambaran awal tentang dunia kripto ini. Tip ini bukan tutorial, sebaliknya nasihat kepada anda tentang persediaan awal perdagangan. Harap ia dapat membantu.

1. Sentiasa melabur sejumlah wang yang anda sanggup rugi

cara trade crpto, ringgit malaysia, nasihat kewangan, trade di malaysia, mata wang kripto
Uruskan kewangan dengan bijak

Ini adalah tip yang biasa orang berikan kepada mereka-mereka yang baru nak melabur dalam apa juga instrumen pelaburan. Baik saham, forex atau mata wang kripto, laburkan sejumlah wang yang anda tidak kisah untuk rugi. Jangan gunakan tabung kecemasan, duit perkahwinan, duit makan atau apa-apa sahaja wang yang anda tidak sanggup kehilangannya.

Pelaburan adalah dunia dimana untung dan rugi itu satu perkara biasa. Jika semua nak untung, tang mana pula ruginya? Disebabkan itulah ciri-ciri ayat scam yang biasa orang gunakan untuk memasuki sesuatu skim pelaburan adalah “confirm untung”.

Antara sebab kenapa saya letakkan poin ini ditangga nombor 1 adalah saya benar-benar serius dengan nasihat ini. Saya pernah rugi ribuan ringgit dalam masa beberapa JAM sahaja kerana dunia kripto sangat sukar untuk dijangka. Jadi saya tidak mahu kejadian seperti itu berlaku kepada anda.

2. Fahami bagaimana dunia mata wang kripto berfungsi

tip trade kripto, bagaimana mata wang kripto berfungsi, cara kripto berfungsi, cara trade kripto, supply and demand, spekulasi kripto
Lihat sebab faktor yang mempengaruhi harga pasaran

Ini antara perkara utama yang anda perlu tahu sebelum mula berdagang. Antara perkara asasnya ialah apa itu mata wang kripto, bagaimana ia berfungsi, apakah perbezaan diantara mata wang kripto Bitcoin dengan altcoin yang lain. Agaknya kenapa harga mata wang kripto turun dan naik dengan mendadak?

Secara asasnya setiap mata wang kripto itu bernilai sifar sehinggalah kita meletakkan nilai kepadanya. Nilai sesuatu coin itu akan meningkat menerusi milikan coin/token yang membentuk liquidity dan market capitalization kepada coin tersebut. Secara logiknya,

Ada permintaan (demand) + Ada bekalan (supply) = Harga meningkat

Selain daripada itu, anda perlu tahu dimana tempat sesuatu coin itu dipasarkan juga mempengaruhi permintaan ia dalam pasaran. Kena ingat, spekulasi adalah permainan yang sangat utama dalam dunia kripto. “buy the rumor, sell the news” adalah kata keramat yang anda perlu pegang. Jangan sesekali terlibat dengan emosi.

3. Jadikan coinmarketcap dan coingecko sebagai kawan rapat

tip trade kripto, cara trade kripto, coingecko, coinmarketcap, harga pasaran kripto, harga semasa kripto, rujukan coin baru, senarai coin, senarai kripto
Tempat rujukan coin baru dan lama

CoinMarketCap dan CoinGecko adalah 2 platform popular yang sering digunakan untuk melihat senarai coin di pasaran. Menerusi senarai ini, anda dapat melihat jenis mata wang kripto yang berada di pasaran berdasarkan ranking yang dinilai menerusi permintaan.

Bagi seorang pemula, coin yang berada di kedudukan top 100 kebiasaannya menjadi pilihan kerana market cap yang besar dan pasukan pengurusan yang kukuh. Selain itu, kebanyakan daripada senarai coin tersebut sudah pun disenaraikan di crypto Exchange popular. Apapun segala jenis perdagangan terpulang kepada anda.

Menerusi dua platform ini, anda dapat melihat beberapa maklumat penting tentang sesuatu coin itu.  Antaranya laman web rasmi, sosial media, whitepaper, sumber kod (source code), dan jumlah holders (jika berkaitan dan kebiasannya token).

Selain daripada itu, anda juga dapat melihat circulating supply, market cap, jumlah 24 jam didagangkan, carta, sejarah dagangan dan banyak lagi. Sedikit sebanyak maklumat ini membantu anda untuk membuat keputusan dalam pemilihan portfolio.

4. Belajar baca whitepaper

baca whitepaper, whitepaper bitcoin, teknologi kripto, p2p,
Perincian teknologi ada disertakan sekali di whitepaper

Whitepaper adalah dokumen penting bagi sesebuah projek mata wang kripto yang memberi penerangan secara terperinci daripada segi teknikal, konsep, roadmap dan juga bagaimana cara bagi pasukan pembangun untuk merealisasikan idea mereka untuk memastikan projek berjaya.

Ini dikatakan sebagai fundamental analysis. Apa yang anda buat adalah anda baca whitepaper sesuatu projek dan anda sendiri nilai sama ada sesuatu projek itu undervalue atau overvalue berdasarkan beberapa kaedah seperti menilai siapa di belakang tabir sesuatu projek, use case, matlamat yang realistik, tokenomics (kualiti aset), roadmap dan banyak lagi.

Hype juga sangat penting dalam menilai sesuatu projek. Pastikan juga anda mengambil kira kerana ini termasuk dalam penilaian pasukan pemasaran pandai buat kerja atau tidak.

5. Belajar baca carta (chart)

cara trading aset kripto, tip trade kripto, cara baca graf, cara baca carta, cara baca chart, chart kripto, cryptocurrency, cara trading crypto, cara trade kripto,
Belajar baca carta

Di dunia kripto anda boleh buat duit dengan mudah dengan hanya menjadi seorang holder sahaja. Apa yang anda perlu buat adalah belajar tentang fundamental analysis, beli sesuatu coin pada fasa awal atau harga terendah, maka simpan la dalam tempoh 2-3 tahun. Insyaallah ada hasilnya.

Namun apabila anda ingin mendapat lebih, maka berdagang adalah jalan terbaik untuk menghasilkan keuntungan. Maka anda perlu skill tambahan iaitu technical analysis. Jika anda seorang beginner, tidak perlu terlampau advance sampai kena betul-betul pro untuk mula berdagang.

Cukuplah sekadar tahu apa harga beli (entry price), apa itu harga sokongan (support), bila nak buat wajib jual (stop lose), apa itu harga rintangan (resistance) dan harga sasaran untung (target price). Kemudian tonton la youtube sikit tutorial baca carta. Tak semestinya carta kripto, kalau tutorial itu ajar carta forex je atau saham korang belajar sahaja. Tekniknya lebih kurang sama.

6. Kenal halal haram dalam kripto

halal dan haram kripto, halalkah mata wang kripto, pelaburan halal, neraca
Halal dan haram dalam pelaburan

Ini isu yang sangat hangat dalam mata wang kripto iaitu halal dan haram. Dr. Zaharuddin dah memberi penerangan secara terperinci tentang hukum harus untuk Bitcoin dan Ethereum dan dimasa yang beliau memberikan sebab mengapa hukumnya harus.

Namun anda perlu ingat terdapat ribuan mata wang kripto yang berada diluar sana yang mempunyai konsep dan identiti yang berbeza dan anda sebagai seorang Islam (jika anda islam) perlu membezakan mana yang haram dan mana yang tidak. Anda kena bijak menilai.

Pegang konsep begitu, kalau jelas haram tinggalkan. Jangan jadi seperti pelaburan forex, ulama dah keluarkan fatwa haram pun diaorang masih lagi cuba menegakkan benang yang basah. Jadi anda perlu tetapkan pendirian.

Memandangkan artikel ini secara umum sahaja, jadi saya tidak akan menerangkan secara terperinci. Namun antara jenis mata wang kripto dan kaedah yang anda haram untuk melabur adalah:

  1. Mata wang melibatkan judi (contohnya WIN, CBC, FUN)
  2. Melibatkan pinjaman dengan faedah (Contohnya AAVE, CEL)
  3. Future trade

7. Belajar tentang P2P

platform p2p, platform binance, platform huobi, platform kucoin
Platform P2P pilihan anda

Seterusnya anda perlu belajar untuk menggunakan platform Peer to Peer (P2P) yang menawarkan pertukaran mata wang fiat Ringgit Malaysia (MYR) kepada mata wang kripto. Terdapat pelbagai platform yang menawarkan pertukaran P2P antaranya Kucoin, Huobi, Binance (tricky sedikit selepas diharamkan di Malaysia) dan Localbitcoin. Terpulanglah pada anda nak mencuba yang mana satu.

Baca juga: 5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

Yang ini anda perlu mahir. Sekurangnya tak ada la gelabah bila nak pakai duit tapi tak ada tempat tukar. Sudahnya tukar dengan 3rd party dan kena tipu. Saya tidak mahulah anda jadi seperti itu.

8. Fokus pada satu platform dahulu

Pilih platform yang anda selesa

Selepas 7 poin yang saya utarakan sebelum anda mula trade, maka kini anda bolehlah trade dengan tenang. Terdapat pelbagai lambakan platform CEX yang berada di luar sana, anda pilihlah mana yang berkenan di hati. Selepas Binance diharamkan di Malaysia, nampaknya Huobi mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Terpulanglah kepada anda.

Laman web Huobi: Daftar di sini

Memandangkan anda newbie, saya sangat galakkan anda menggunakan satu platform sehabis baik sehinggalah anda betul-betul mahir. Sebagai contohnya Huobi tadi. Berdaganglah dahulu coin-coin yang disenaraikan di platform tersebut sebelum beralih ke platform lain. Belajar sampai mahir.

Belajar la tengok order book, macam mana nak beli, macam mana nak jual, macam mana nak tukarkan kepada Ringgit Malaysia, macam mana nak transfer coin dan lain-lain lagi. Jangan pengetahuan tidak seberapa, tiba-tiba nak belajar pancakeswap pula. Ketuk kepala nanti.

9. Buat trading plan

pelan berdagang, trading plan, trade plan, tujuan berdagang, strategi berdagang, analisis perdagangan
Kenalpasti apa yang anda mahukan

Jika fundamental analysis membantu anda untuk mengenalpasti coin apa yang anda nak beli, technical analysis pula membantu anda untuk mengenalpasti bila masa nak beli, trading plan pula membantu anda untuk menetapkan hala tuju pelaburan anda. Anda nak apa sebenarnya?

Kenalpasti sasaran dan risiko yang anda ingin ambil. Ingat apa yang saya cakapkan tentang entry price, resistance, target price masa poin ke lima itu tadi. Tetapkan pendirian juga anda nak jadi scalper, day trader, swing trader atau position trader. kenapa trading plan ini penting?

Semuanya disebabkan emosi. Semasa anda trade, anda akan dibelenggu dengan permainan emosi dan salah satu petanda yang tidak bagus apabila anda tak ada trading plan, maka anda akan mudah terjerumus ke arah buat silap.

10. Buat catatan pengurusan porfolio

pengurusan portfolio, portfolio perdagangan mata wang kripto, urus portfolio dengan excel
Rekodkan segala portfolio anda

Memang apabila kita trade, kita akan mempunyai sejarah di CEX yang menyatakan harga, masa dan tarikh bila kita membeli dan menjual. Namun saya sangat galakkan newbie untuk membuat catatan lain untuk menguruskan portfolio. Saya pun masih lagi menggunakan excel untuk menguruskan portfolio.

Excel tersebut adalah berdasarkan keperluan apa yang anda ingin tahu. Saya pula lebih kepada harga beli, unit, pair, platform dan harga jual dan kesemua pengiraan dilakukan secara automatik. Jadi mudah saya untuk mengenalpasti kadar keuntungan saya untuk bulan tersebut. Jangan lupa pilih pair yang bersesuaian.

Saya sejujurnya sangat selesa menggunakan pair Tether (USDT) untuk semua jenis pelaburan saya. Memandangkan ia diikat dengan Dollar Amerika, jadi senang untuk saya mengira dan menguruskan portfolio saya. Walaupun saya banyak menggunakan Binance Coin (BNB) dalam urusan dagangan, USDT tetap menjadi pair utama.

11. Kepelbagaian portfolio

kepelbagaian porfolio, asingkan portfolio pelaburan
Jangan perjudikan nasib kepada satu pelaburan

Ini juga antara perkara penting yang perlu dititik beratkan oleh anda. “don’t put all your eggs in one basket”. Pelbagaikan portfolio anda kepada beberapa jenis coin pelaburan. Jangan tamak, nampak satu coin mempunyai prestasi baik, habis dilaburkan pada coin tersebut.

Anda perlu ingat, risiko melabur di mata wang kripto tersangatlah besar. Hari ini anda melabur sebanyak Rm1,000, boleh jadi esok menjadi RM500. Kerugian boleh mencecah 50% hanya dalam 12 jam adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Jadi jangan buat kesilapan tersebut. Pelbagaikan portfolio supaya kehidupan anda lebih tenang dalam menguruskan pelaburan anda. Kalau nak rasa tak tenang cubalah buat. Nak tengok juga terciduk ke tidak.

Kesimpulan

Saya rasa cukuplah sampai 11 tip ini dahulu. Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada diri anda dari tentang bagaimana cara melabur dalam kripto. Ada banyak cara untuk belajar dan salah satunya adalah menerusi pengalaman.

Jadi carilah pengalaman seberapa banyak yang boleh dan ambil pengajaran daripadanya. Perbanyakkan aktiviti pembacaan terutama kepada projek pilihan anda yang punyai potensi untuk meroket. Siasat latar belakang pembangunnya dan buat keputusan dengan bijak.

Baca juga: Ballet Crypto membenarkan anda menyimpan Bitcoin secara offline

Paling penting, jangan sesekali terpengaruh dengan aktiviti yang digelar shilling. Shilling ini bermaksud aktiviti mempromosi sesuatu projek dengan harapan anda membuat pelaburan padanya. Shiller ini tidak mengenal siapa, mungkin media, mungkin orang perseorangan, dan mungkin juga rakan baik anda sendiri.

Jadi itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jika anda punyai sebarang pendapat dan pertanyaan, boleh ajukan diruangan komen dibawah.

belajar p2p cara beli crypto cara berdagang crypto cara trade bitcoin cara trade crypto cara trade cryptocurrency cara trade kripto cara trading crypto cara trading crypto bagi pemula cara trading crypto di mt4 cara trading crypto pemula cara trading crypto yang benar cara trading crypto yang menguntungkan coingecko coinmarketcap melabur dalam kripto nasihat kripto pelaburan baru pelaburan mata wang kripto tip pemula main cryptocurrency tip trade kripto tips trading crypto top traded crypto trade crypto trade republic crypto stop loss
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleUlasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton
Next Article Ulasan modem wifi guna kad sim dengan internet unlimited
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • X (Twitter)
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Cara beli token di Pancakeswap

Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

Cara jual Bitcoin di LocalBitcoins, sebuah platform P2P

Ballet Crypto membenarkan anda menyimpan Bitcoin secara offline

Apa Itu Mata Wang Kripto dan Bagaimana Ia Berfungsi

12 Comments

  1. Sazali bin Mat Wahi on 20/02/2024 6:43 PM

    Assallammualaikom In Azmir , bagaimana dapat di pastikan seseuatu syarikat pelaburan online di Malaysia ini benar benar wujud serta sah , dan mematuhi syariah dan juga tidak berprofile scamer .. ?

    Terima kasih tuan .

    Reply
    • Azmir Shah on 05/03/2024 10:34 AM

      Waalaikumsalam.

      Research tuan. Itu sahaja jawapannya.

      Reply
  2. SarahAli on 23/05/2023 10:16 PM

    Assalamualaikum encik Azmir terimakasih atas penerangan anda saya Sarah lepasan SPM . Saya berminat untuk mencuba. Saya ingin bertanya pendapat adakah untuk saya jadi mahir dalam crypto ini saya perlu untuk menyambung pelajaran dalam course tertentu atau terus fokus pada pembelajaran berkonsepkan umum (bukan ipt).

    Sebagai seseorang yang ahli dalam dunia digital apakah encik Azmir mempunyai pendapat untuk mengesyorkan saya untuk belajar atau bekerja dalam bidang yang mempunyai masa depan yang cerah untuk mendapatkan income yang baik di masa sekarang?

    Terima kasih andai sudi menjawab.

    Reply
    • Azmir Shah on 24/05/2023 9:16 AM

      Waalaikumsalam Sarah.

      Bagi pendapat saya, menerusi pembacaan atau tontonan video Sarah boleh mahir tentang selok belok dunia kripto ini tanpa perlu ambil apa-apa kos. Kalau perlu pun, ramai juga Youtuber di Malaysia buat kelas secara percuma sahaja untuk beginner. Cuma kena pandai cari. (Boleh rujuk Bicara Kripto atau Coin Bureau untuk tau serba sedikit tentang pasaran).

      Kalau awak nak belajar tentang web3 atau kod smart contract seperti Solidity pula, terdapat banyak online platform yang menawarkan pembelajaran jangka pendek. Susah-susah Udemy pun ada. Cuma kena bayar sikit la.

      Soalan berkenaan belajar pula, saya sentiasa percaya pendidikan adalah kunci kepada segalanya. Cuma saya cakap awal-awal, kalau awak ambil kursus yang mempunyai masa depan paling cerah sekalipun, masa depan tetap kelam jika awak tidak menggunakan peluang itu sebaiknya.

      Dunia sekarang berbeza dengan dunia zaman atuk nenek kita dahulu. Dahulu sijil sahaja cukup untuk dapatkan gaji yang tinggi. Zaman sekarang ini skill adalah segalanya. Jadi kita awak sambung belajar, anggap sahaja sambil awak sambung belajar, awak sebenarnya sedang buy time untuk membina skill yang anda inginkan. Dimasa yang sama, anda bina network dikalangan rakan-rakan baru anda.

      Jawapan saya adalah yes. Jika anda berminat untuk menyambung pelajaran yang mempunyai market value dan Sarah minat dengan kos itu, saya sangat galakkan.

      Harap saya menjawab soalan.

      Reply
  3. Shamni on 08/11/2022 12:05 PM

    Assalamualaikum Azmir. Terima kasih pada penerangan anda. Saya x pernah beli bitcoins dan berminat untuk mencuba. Boleh kah saya mula dgn jumlah kecil dulu. Berapa agaknya jumlah minima untuk pemula.

    Reply
    • Azmir Shah on 08/11/2022 12:08 PM

      Hi Shamni, boleh. Untuk permulaan, saya cadangkan Shamni beli di platform yang mesra beginner, antaranya adalah Luno. Luno boleh beli dalam jumlah yang sedikit serendah RM10.

      Reply
  4. Ahmad Basar on 17/05/2022 9:24 PM

    Salam Tuan,saya Ahmad. Boleh bantu saya untuk withdraw usdt ke local bank saya. Ada Luno dan blockchain sahaja tp tak tau nak withdraw usdt tu. Harap bolehlah bantu saya. Saya akan bayar,Tuan sebagai upah membantu saya.Terima kasih.

    Reply
    • Azmir Shah on 17/05/2022 11:39 PM

      Wsalam. Tuan PM personal nombor tuan do facebook saya. Nanti saya hubungi tuan

      Reply
  5. Utan on 13/04/2022 12:55 AM

    Biasalah tu azmir, sekarang org2 memang nk crik mistake walau sebesar debu pon.

    Reply
    • Azmir Shah on 21/04/2022 7:08 AM

      Itulah pasal. Benda yang saya tulis tu jelas dan nyata. Lagipun itu untuk kebaikan bersama.

      Reply
  6. Dahlan on 03/04/2022 6:53 AM

    Sembang forex haram tapi ada iklan xm. Hipokrit!!!

    Reply
    • Azmir Shah on 03/04/2022 8:28 AM

      Itu Google Ads bang, automatik. Kadang-kadang kita dah blok sesetengah kategori iklan, tapi dia keluar juga dan kena ban secara manual. Saya dah blok semua iklan berkenaan XM.

      Dan saya juga harap harap mesej penulisan saya sampai. Pendirian saya tetap sama.

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Media Sosial
  • Facebook
  • Twitter
Artikel Terbaru
Percutian

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

By Azmir Shah24/09/2023
Teknologi

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

By Azmir Shah02/05/2023
Tutorial

Cara tukar kad Maybank expired secara online

By Azmir Shah21/04/2023
Hiburan

Lagu raya moden yang berpotensi menjadi malar segar

By Azmir Shah19/04/2023
Percutian

Bercuti di Universal Studio Singapore (USS) – Bahagian 3

By Azmir Shah07/04/2023
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

24/09/2023

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

02/05/2023

Lirik Tak ingin usai – Keisya Levronka

01/05/2023

Cara tukar kad Maybank expired secara online

21/04/2023
© 2025 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version