Simposium Pengurusan Ringgit - SUPER, khairy jamaluddin, super 2015,

Tips Pengurusan Kewangan Di Simposium Pengurusan Ringgit (SUPER) 2015

Baru-baru ini telah berlangsungnya Simposium Pengurusan Ringgit ( SUPER ) yang berlangsung di Dewan Besar Tun Rahah di Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur. Acara yang dikelola oleh Biro Profesional Muda (BPM), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan program pencetus inspirasi yang memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik asas pengurusan kewangan dengan betul bersama dengan penceramah-penceramah dan tokoh kewangan tersohor seluruh Malaysia.

Antara penceramah yang diundang bagi menurunkan ilmu mereka kepada para peserta adalah YB Dato’ Hamzah Zainudin yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Khairy Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan, YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz Tengku Abdul Aziz selaku CEO CIMB Group, Tuan Azaddin Ngah Tasir yang merupakan CEO AKPK, Puan Nor Akmar Yaakub selaku ketua Jabatan dan Pendidikan Kewangan AKPK, Tuan Zulkifli Shafie yang tidak asing lagi dengan nasihat emas dan Penulis “Zero Hutang: Bukan Mudah tapi tak mustahil”, Tuan Suzardi Maulan selaku Perunding kewangan Islamik yang juga bercerita tentang pelaburan saham serta Tuan Faizul Ridzuan yang merupakan pelabur hartanah dan penulis buku “WTF? 23 Properties by 30”. Selain daripada itu blogger terkenal Ariff Shah juga diundang sebagai salah seorang moderator didalam salah satu segmen sembang santai.

simposium pengurusan ringgit, super 2015
Antara Penceramah Hebat

Antara tujuan mengapa SUPER ini dibuat adalah bagi memberi pelajaran kepada Generasi Y tentang hala tuju pengurusan kewangan kerana kebanyakan daripadanya beranggapan dengan slip gaji yang lumayan disamping tabungan KWSP sudah memadai untuk masa depan. Selain daripada itu, walaupun ada diantara generasi Y digelar sebagai golongan professional, namun mereka masih lagi gagal untuk menguruskan kewangan diri.

Oleh kerana kami di AzmirShah.Com hadir sendiri ke Simposium Pengurusan Ringgit (SUPER) untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu mengenai pengurusan kewangan, maka disini kami akan kongsikan beberapa poin penting sepanjang program ini berlangsung.

  1. Antara perkara yang sering dibangkitkan oleh penceramah adalah mengenai kegagalan generasi untuk mengawal gaya hidup, kegagalan untuk merancang, keadaan dan tamak.
  2. Kegagalan yang dilakukan oleh generasi muda menjadi penyebab mereka jatuh bankrap pada usia muda. Antara punca popular yang menjadi pilihan mereka untuk bankrap adalah pembelian kereta, pinjaman peribadi dan kad kredit.
  3. Oleh itu generasi muda perlu memperbetulkan kesihatan kewangan mereka dengan mula memupuk sifat menabung dengan jumlah simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji.
  4. Antara keperluan simpanan adalah sekiranya terjadi perkara-perkara seperti pembaikan, bencana alam, perubatan, tidak bekerja/kehilangan kerja, kemalangan dan kematian.
  5. Pinjaman adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu ada beberapa perkara yang perlu dibuat sebelum pinjaman dibuat. Diantaranya membuat pinjaman untuk tujuan yang produktif sahaja dan mengikut kemampuan diri.
  6. Jika anda berhutang dan hutang itu diluar kawalan anda, ada beberapa perkara yang boleh anda buat untuk menyelesaikannya. Diantaranya:
  • Akui dengan masalah kewangan yang tidak terurus
  • Kemudian analisis kedudukan kewangan anda satu persatu dan kemudiannya membuat penstrukturan semula.
  • Langkah terakhir anda sendiri boleh ke AKPK untuk menerima nasihat kewangan daripada mereka yang pakar.
  1. Menurut nasihat Tuan Zulkifli Shafie pula, kita perlu meletakkan Azam untuk Bebas hutang.
  2. Meletakkan 2 perkara sebagai keutamaan iaitu mindset dan kemampuan untuk mengurus hutang.
  3. Beliau juga ada menceritakan tentang 10 orang sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang dijanjikan untuk masuk syurga dan mereka adalah orang kaya termasuklah dengan Baginda sendiri.
  4. Beliau juga mengkritik tentang orang kita yang tidak mahu dikenali sebagai si kaya disamping tidak mahu menjadi miskin. Kritikan itu diterjemahkan dengan memetik petikan kata tokoh yang mengatakan “ Kaya segan miskin tak mahu”. Disebabkan itu beliau mengeluarkan topik perbincangan mengenai “ Miskin, kaya atau Zuhud?”
  5. Umat Islam tidak perlu takut untuk jadi kaya dan tidak semestinya kaya itu tidak boleh bersifat zuhud. “ Bila kita rasa tanah dan emas itu adalah sama, itu baru zuhud”.
  6. Antara yang dipetik didalam perbincangan adalah mengenai hakikat hutang. Tanpa kita sedari kita membelanjakan pendapatan masa hadapan pada masa sekarang. Itu adalah perkara yang tidak patut untuk kesan jangka panjang.
  7. Kesan hutang sangat besar. Antaranya ialah kita terpaksa kerja lebih keras untuk bayar hutang, kita longgar jati diri (tidak rasa tanggungjawab untuk bayar hutang). Hidup tertekan dengan bebanan hutang dan keluarga serta mempunyai kekayaan yang bocor iaitu cenderung untuk berbelanja lebih daripada keperluan.
  8. Kita perlu tetapkan matlamat kewangan kita atau dalam erti kata lain ialah mengenalpasti  matlamat yang kita mahukan. Tahap-tahap matlamat boleh diletakkan seperti berikut:
  • Tersangat Kaya ( Ultra Kaya)
  • Bebas kewangan
  • Kewangan selamat
  • Kewangan tidak selamat
  1. Antara perkara yang dikongsikan oleh beliau adalah formula bebas hutang.
  • Mindset.
    Kita perlu sedar tentang tiadanya teknik ajaib untuk selesaikan hutang
  • Langsai hutang dengan Teknik snowball.
    Cuba selesaikan hutang dengan menggunakan teknik snowball. Caranya ialah dengan menyenaraikan hutang yang menjadikan keutamaan dan selesaikan hutang kecil dahulu sebagai pencetus motivasi untuk menyelesaikan hutang yang lebih besar.
  1. Hutang itu hutang juga. Kita juga perlu kenal dengan hutang negatif dan hutang positif. Hutang negatif adalah hutang yang membebankan, manakala hutang positif adalah hutang yang mampu menambah baik kewangan kita.
simposium pengurusan ringgit, sembang santai
Sesi Sembang Santai

Jika anda berminat untuk mengikuti pengisian sembang santai diantara Tuan Suzardi Maulan dan Tuan Faizul Ridzuan yang dimoderator oleh Tuan Ariff Shah, anda boleh mengikuti di pautan berikut. Kami terlalu fokus sangat untuk mengetahui tentang pelaburan hartanah dan saham sampai terlupa nak salin. Haha

Pautan pengisian Sembang Santai: Klik

– – –

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz Tengku Abdul Aziz juga turut menyenaraikan 7 nasihat kewangan kepada golongan belia yang hadir. Antaranya tips pengurusan kewangan yang telah diberikan oleh beliau ialah:

7 Nasihat Kewangan

  1. Nak atau perlu?
    Kita perlu mengenalpasti sama ada setiap perkara yang dimahukan itu adalah keperluan atau kehendak.
  2. Jangan Joli Katak.
    Seeloknya mula membuat simpanan dan jangan berjoli katak.
  3. Gaji bersih bukan gaji kasar.
    Kita perlu membuat kira-kira dengan jumlah gaji bersih selepas ditolak segala keperluan, itulah duit yang kita ada. Jangan dilihat pada gaji kasar. Memang nampak besar.
  4. Masa itu Emas.
    Usia semakin meningkat, bebanan dan tanggungjawab juga bertambah. Jadi rancangan kewangan.
  5. Hutang ok ke tak?
    Ambil hutang jika perlu sahaja.
  6. Saya Sdn Bhd.
    Saya Sdn Bhd merujuk kepada diri individu yang perlu dilihat sebagai syarikat. Kita perlu menguruskan kewangan diri sebagaimana kita menguruskan kewangan syarikat.
  7. Segan bertanya sempit poket.
    Hahhhh..

Itu merupakan ringkasan nota ringkas “Tips pengurusan kewangan” yang dapat dapat diberikan kepada anda. Pengisian yang diberikan sepanjang program ini berlangsung sangat bermanfaat kepada generasi muda. Diharapkan program-program seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang supaya dapat mendidik kewangan dengan ilmu pengurusan kewangan yang SUPER.

Published by

Azmir Shah

Pernah bercita-cita untuk menjadi programmer seperti Bill Gates sebelum menyedari yang diri ini lebih berminat menjadi Kapitalis seperti Bill Gates.

9 thoughts on “Tips Pengurusan Kewangan Di Simposium Pengurusan Ringgit (SUPER) 2015”

  1. Hu..kena ada simpanan..saya sudha lama tidak berkerja jadi sumber hanya blog berniaga online sahaja ini kerna bijak simpan duit kalau tergoda sungguh bahaya…

    apa kerjaya kita ada wang simpanan tetap..berbelanja sahaja jika perlu,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *