Jika anda kerap menghabiskan masa menonton drama Korea, filem-filem barat, dan mahukan platform yang menghimpunkan lambakan filem luar negara, maka apa yang saya bakal kongsikan ini bakal membuatkan anda untuk duduk dibilik sepanjang hari. Ianya berkenaan aplikasi yang membantu anda untuk tonton movie online secara percuma tanpa Netflix. Nak tau apa dia?

Penafian: Kami sangat mengalakkan anda untuk membayar perkhidmatan atau membeli kandungan yang berkaitan dengan Akta Hak Cipta bagi membantu menaikkan industri kreatif.

Aplikasi ini dibenarkan daripada segi undang-undang. Namun beberapa plugin yang ada mungkin melanggar undang-undang. Ini adalah ulasan secara umum aplikasi yang berada dipasaran dan sebarang penyalahgunaan adalah berada diluar tanggungan azmirshah.com.

Stremio: Aplikasi tonton movie online

Pengalaman menggunakan Stremio

Aplikasi yang saya ingin perkenalkan ini adalah Stremio, sebuah aplikasi media berpusat yang menghimpunkan rancangan kegemaran anda daripada pelbagai penyedia perkhidmatan seperti Netflix, Disney+ Hotstar, Amazon, Twitch dan banyak lagi. Jika anda peminat Popcorn Time, XXI Indo dan Kodi, aplikasi Stremio  ini 10 kali lebih baik berbanding aplikasi tersebut.

Apa yang saya paling suka mengenai aplikasi ini ialah ia direka dengan fungsi yang mesra pengguna. Jadi saya tidak merasai kesusahan ketika mencuba aplikasi ini walaupun untuk penggunaan kali pertama. Susun atur aplikasi disusun dengan baik dengan cara memberi kebebasan kepada pengguna untuk memilih saluran hiburan yang mereka inginkan.

Seperti mana namanya, Stremio tidak menyimpan sebarang filem atau rancangan TV di server mereka. Sebaliknya segala drama dan filem yang ada di Stremio ini  dihostkan oleh pihak ketiga dan aplikasi ini hanya menghubungkan anda kepada platform yang berkaitan.

Selain itu, Stremio juga menyediakan plugin untuk memudahkan anda menonton dan mengawal sumber data filem daripada pihak ketiga. Segala plugin yang dipasang tidak akan dimuat turun ke dalam komputer anda dan kesemuanya dipasang pada server mereka.

Ini sekaligus mengurangkan risiko anda untuk dijangkiti serangan malware daripada pembangun yang tidak bertanggungjawab. Jadi anda akan lebih selesa tengok movie online.

Kelebihan Stremio

Ada beberapa kelebihan Stremio yang mungkin menarik minat anda untuk menggunakannnya. Antaranya:

  • Stremio menerima kandungan baru hampir setiap minggu daripada pelbagai sumber.
  • Stremio boleh diakses menerusi laptop mahupun peranti mudah alih.
  • Stremio menyokong penggunaan Google Chrome Cast.
  • Stremio memiliki iklan yang tidak mengganggu pengalaman penggunaan anda.
  • Stremio menawarkan pelbagai kualiti video mengikut kemahuan anda.
  • Stremio menawarkan himpunan sarikata (subtitle) daripada pelbagai bahasa.

Bagaimana menggunakan Stremio?

Cara menggunakan Stremio cukup mudah. Apa yang anda perlu buat adalah dengan muat turun aplikasi ini di Windows atau Mac anda. Bagi pengguna telefon bimbit pula, Stremio boleh dimuat turun tanpa sebarang masalah di Android.

Cumanya di iOS saya menerima pelbagai rungutan berkaitan dengan permasalahan memainkan kandungan yang ada didalamnya. Kebanyakan berkaitan dengan masalah kesuaian plugin. Apapun aplikasi boleh dimuat turun di laman web rasmi Stremio.

Laman web rasmi Stremio: Klik sini

Fail yang dimuat turun hanyalah sekitar 80.7mb sahaja. Pasangkan (install) aplikasi ini di komputer anda untuk mula menggunakan Stremio. Jika anda selesai memasang aplikasi ini, anda akan dibawa ke laman log masuk aplikasi.

Paparan log masuk aplikasi Stremio

Anda boleh pilih untuk log masuk sebagai tetamu (guest login) atau mula mendaftar akaun di Stremio. Kelebihan mendaftar tidak lain hanya sekadar menyegerakkan( synchronize) aplikasi ini jika anda log masuk menerusi pelbagai platform.

Muka hadapan aplikasi

Ini adalah muka depan aplikasi Stremio. Anda tidak boleh lagi untuk menonton filem yang diinginkan. Ini kerana anda perlu memasang beberapa plugin dahulu sebelum boleh menggunakannya. Plugin yang perlu dipasang boleh diakses pada  butang “puzzle” di sebelah atas kanan. Klik butang tersebut.

Pemasangan plugin berkaitan “Movies”

Seterusnya cari pautan “Movie” di sebelah kiri aplikasi anda. Kemudian akan terpapar senarai plugin di sebelah kanan aplikasi. Pasangkan (install) aplikasi yang perlu. Anda boleh baca satu persatu berdasarkan deskripsi yang telah diberikan.

Jika selesai, makalah terpasangkan plugin yang anda perlukan untuk menonton drama dan filem. Maka apa yang anda perlu buat adalah pergi semula ke muka hadapan (Home page) dan pilihlah filem mengikut kesukaan anda.

Paparan sebelum menonton filem

Bagi tutorial kali ini, saya memilih filem WW88. Selepas klik filem tersebut, anda akan dipaparkan dengan antara muka seperti diatas. Apa yang anda perlu buat adalah dengan memilih sumber tontonan di sebelah kanan aplikasi seperti mana yang saya tunjukkan pada gambar diatas.

Senarai tersebut adalah sumber filem berdasarkan kualiti tayangan yang anda mahukan. Jika anda mahukan paparan filem yang cantik tetapi laju, saya sangat cadangan anda memilih kualiti fail sekitar 1.5gb-3gb sahaja.

Baca juga: 7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman
Baca juga: Mesej disebalik lagu 7 Nasihat

Selepas filem dimainkan, anda boleh menetapkan sarikata(subtitle) mengikut bahasa yang anda inginkan. Anda juga boleh memantau maklumat pindahan data (data trasfer) dan kawalan kualiti video. 

Soalan Lazim

Betul ke dengan Stremio boleh tengok movie online percuma?

Betul. Malahan korang boleh tengok siri dan filem popular siap dengan sarikata (subtitle) dalam pelbagai bahasa lagi secara percuma.

Boleh download movie tak?

Tidak. Buat masa ini Stremio tidak menyediakan fungsi download yang membolehkah korang tengok secara offline.

Kesimpulan

Jadi ini adalah alternatif untuk anda menonton movie percuma tanpa Netflix atau platform penstriman yang lain. Aplikasi ini memberi kemudahan yang cukup baik daripada kualiti kandungan yang pelbagai, sari kata (subtitle) dalam pelbagai bahasa dan sokongan desktop serta telefon bimbit.

Buat anda yang baru berjinak-jinak dengan aplikasi Stremio, selamat menonton.

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Leave A Reply

Exit mobile version