• Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook Twitter Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019

    Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

    24/08/2016
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

    28/03/2019

    Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

    17/01/2016

    7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021

    Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

    02/02/2021
Azmir Shah
samsung repair malaysia,tukar skrin samsung s20+,samsung screen replacement malaysia, samsung screen repair malaysia price, tukar lcd, kos skrin samsung s20+,samsung s20+ screen replacement, samsung, samsung s20+, samsung s20 plus,
Review

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

Azmir ShahBy Azmir Shah4 Comments5 Mins ReadUpdated:10/02/2023
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Jika anda seorang pengguna Samsung S20+ yang mempunyai masalah dengan skrin, kini anda tidak perlu murung lagi. Samsung secara tidak rasminya membenarkan pelanggan mereka untuk tukar skrin samsung S20+ secara percuma di Samsung Centre berdekatan. Kenapa?

Alkisah

S20+ antara salah sebuah model Samsung yang mempunyai skrin yang sangat bermasalah. Walaupun anda menjaga telefon bimbit anda itu bagai menatang minyak yang penuh, tidak semena akan wujud garisan hijau di skrin anda.

Itulah hal yang telah terjadi kepada saya. Garisan-garisan baru timbul seperti cendawan selepas hujan sehingga menyebabkan saya sukar untuk menikmati paparan skrin amoled yang memukau. Rasa seperti tertipu membeli telefon bimbit flagship tetapi kualiti kelaut. Itulah Samsung.

Hal ini disuarakan oleh pengguna seluruh dunia dan hangat diperdebatkan di platform atas talian tentang rungutan mereka berkenaan kualiti paparan skrin bagi model tersebut. Cakap banyak pun tak guna, pengguna dari India telah mengasak Samsung supaya bertanggungjawab terhadap kualiti produk mereka ini.

Malahan mereka jugalah antara pengguna terawal yang memberi tekanan kepada Samsung. Habis dihentak daripada segenap pelusuk yang memberi gambaran terhadap penganiayaan kepada pelanggan setia jenama tersebut. Akhirnya Samsung mengalah.

Dipendekkan cerita, berita tentang kemenangan pengguna di India itu tersebar luas di media sosial terutama Twitter. Menjadikan ia sebagai sinar harapan kepada pengguna di negara lain untuk menuntut hak yang sama. Malaysia juga tidak terkecuali.

Setelah sekian lama menanti, akhirnya kita juga menikmati kemenangan yang sama.

Program penukaran skrin Samsung S20+

Buat pengetahuan anda, program ini wujud namun tidak punyai pemberitahuan secara rasmi kepada orang awam. Saya tidak pasti mengapa, tetapi itulah yang berlaku. 

Program penukaran skrin Samsung S20+ ini diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah skrin bergaris hijau yang muncul secara tiba-tiba. Walaupun waranti anda sudah tamat tempoh, anda masih lagi boleh menebus penukaran skrin ini sehingga 31 Mac 2023 (Dilanjutkan daripada tarikh asal 31 Dec 2022).

Ada beberapa syarat yang dikenakan oleh Samsung bagi program penukaran skrin ini:

  1. Program ini hanya tertakluk kepada model S20+ sahaja. 
  2. Pastikan masalah yang dihadapi hanya garisan skrin bergaris sahaja. Skrin putih tidak diterima.
  3. Tiada kesan jatuh, dimasuki air, rosak atau dibuka oleh pihak ketiga.
  4. Set import tidak diterima. Hanya set Malaysia sahaja.

Jika anda memenuhi syarat-syarat yang diberikan, anda boleh menukarkannya di Samsung Service Centre berhampiran anda.

Pengalaman saya tukar skrin di Samsung Service Centre

samsung s20 plus, screen replacement samsung, tukar skrin, program penukaran skrin samsung, samsung malaysia
Perkongsian laporan daripada pengguna India

Saya mendapat berita ini daripada group Samsung S20, S20+ dan S20 Ultra Malaysia dimana pada ketika itu kecoh tentang masalah yang kebanyakan daripada kami hadapi dan bagaimana pengguna daripada India dan Vietnam mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Dipendekkan cerita, seorang daripada kami berjaya menfailkan kes pertama di Malaysia dengan menukarkan skrin di Samsung Service Centre secara percuma di Sunway Carnival Mall di Pulau Pinang. Dari situ kami mencuba diseluruh kawasan dan satu demi satu melaporkan Service Centre yang sanggup menerima kes ini.

Saya ada juga menelefon Service Centre di The Mines dan difahamkan mereka juga menerima kes seperti ini. Tapi saya ambil keputusan untuk menukar skrin saya di Lowyat memandangkan ketika itu saya singgah di sana mencari barangan.

samsung malaysia, samsung garisan hijau, samsung green line, samsung rosak
Keadaan skrin saya dengan garisan hijau (green line)

Jika anda melihat skrin telefon bimbit saya ini, sangat menyayat hati. Satu hapah pun tak nampak. Ada juga terfikir untuk menukar telefon bimbit baru (pada ketika itu mempertimbangkan iphone atau Samsung), tetapi disebabkan saya tidak berpuas hati dengan model terkini kedua-dua jenama, saya tangguhkan dulu dan bersabar.

Nampaknya berkat kesabaran saya membuahkan hasil. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, saya pun dengan segera menukarkan skrin saya di sana.

Bagaimana dengan proses penukaran

Proses penukaran agak mudah. Apa yang saya perlu buat adalah dengan mengisi borang yang diberikan oleh mereka. Kemudian pendaftaran dibuat dan kad sim dipulangkan kepada saya (mereka mengambil telefon sahaja).

Urusan ini dijalankan pada hari ahad jam 7 malam. Saya dimaklumkan yang mereka perlu memeriksa dahulu telefon bimbit saya bagi tujuan pemeriksaan kerosakan. Kemudian mereka perlu mendapat pengesahan HQ untuk membenarkan mereka tukar skrin Samsung s20+ disamping memeriksa stok skrin.

Difahamkan proses ini memakan masa 3 hari waktu bekerja. Jadi berkemungkinan saya mendapatkan balik telefon bimbit saya pada hari rabu. Semasa itu terfikir juga bagaimana hendak hidup tanpa telefon bimbit pendua.

samsung service centre, lowyat, service centre, lowyat samsung
Urusan sangat lancar, tiada ramai orang

Namun sangkaan saya meleset, mereka berkerja dengan sangat pantas dan efisyen. Tepat jam 12 tengah hari Isnin (keesokan harinya), saya sudah mendapat whatsapp dan email yang mengatakan saya boleh mengambil telefon bimbit saya. Suka bukan kepalang.

Kondisi telefon bimbit

samsung malaysia, sebelum dan selepas betulkan skrin, s20+, samsung malaysia user
Gambar sebelum dan selepas skrin dibetulkan

Ini adalah kondisi telefon bimbit saya selepas dihantar di Samsung Service Centre. Diambil pada hari yang sama saya dimaklumkan, hasil kerjanya kerana sangat kemas dan memuaskan hati. Lebih menarik saya bukan sahaja ditukarkan skrin, malahan saya juga diberikan pelindung skrin dan bateri yang baru.

Baca juga: Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

Syukurlah semua itu dapat dilakukan secara percuma. Jika tidak, saya akan dicaj sebanyak RM950 untuk urusan yang sama di Samsung Service Centre.

Kesimpulannya

Itulah serba sedikit pengalaman saya tukar skrin Samsung S20+ yang bermasalah di Samsung Service Centre di Lowyat. Jika anda punyai masalah yang sama, segeralah tukarkannya sebelum tarikh kempen tamat.

bateri s20+ battery s20+ ganti skrin samsung s20+ handphone rosak lowyat s20+ screen repair s20+ screen replacement samsung samsung galaxy s20+ repair screen replacement for samsung skrin s20+ tukar skrin samsung s20+
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous Article5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi
Next Article Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

Ulasan modem wifi guna kad sim dengan internet unlimited

Ini ulasan mesin pembersih cermin mata ultrasonik Xiaomi EraClean

Penyelesaian isu domain .xyz tidak boleh diakses

Samsung Pay membenarkan pembayaran menggunakan jam tangan

4 Comments

  1. Jason on 26/11/2022 8:54 PM

    Hi bro..Says pun ada masalah ini.. saya duk Penang ..Bole saya pergi subway carnival service center buat kan sebab service center di egate tidak ada proMotion tukar free ini

    Reply
    • Azmir Shah on 26/11/2022 9:12 PM

      Hi Jason. Awak maksudkan Sunway Carnival Mall kan? Setahu pengetahuan saya, service center tu dah pindah. Diaorang pindah ke Gravitas depan Mydin Mall seberang Perai. Nanti boleh check di sana.

      Reply
  2. Azam on 25/11/2022 10:50 PM

    Kena call centre dulu ke sebelum dtg? Kalau dia cakap kena bayar macam mana? Screen saya dah ada line hijau. Jaga bagai menatang minyak yang penuh. Boleh bagi tahu cara2 detail tak macam mana?

    Reply
    • Azmir Shah on 25/11/2022 10:57 PM

      Hi Azam,

      Terpulang la untuk call service centre berdekatan untuk confirmkan. Kalau di area KL, setahu pengetahuan saya kebanyakan tempat terima. Kalau dari pengalaman peribadi saya, saya boleh sahkan adalah The Mines dan Lowyat.

      Details saya dah terangkan dalam artikel. Prosesnya mudah. Kalau x confirm boleh tanya sendiri staf di sana.

      Reply

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Sosial Media
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Telegram
Artikel Terbaru
Review

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

By Azmir Shah11/02/2023
Review

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

By Azmir Shah26/10/2022
Tutorial

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

By Azmir Shah17/10/2022
Review

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

By Azmir Shah10/10/2022
Makanan

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

By Azmir Shah01/03/2022
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

11/02/2023

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

26/10/2022

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

17/10/2022

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

10/10/2022
© 2023 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version