Sebagai seorang blogger dan programmer, saya sangat memahami jika ada diantara anda yang mahukan web hosting murah, khidmat pelanggan yang baik serta laju. Tidak kira untuk blog wordpress atau projek personal, itulah tuntutan utamanya.
Namun dizaman lambakan syarikat hosting yang wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan, wujud pula masalah lain. Benarkah ia benar-benar murah? Adakah syarikat mereka berkreadibiliti? Bagaimana pula dengan perkhidmatan yang disediakan. Adakah ia berkualiti?
Saya percaya itu antara persoalan yang timbul jika anda baru ingin mencuba perkhidmatan syarikat hosting yang kurang dikenali. Beli di syarikat terkenal terpaksa menampung kos yang mahal pula. SSL Let’s Ecrypt pun kedekut nak bagi.
Saya faham sangat sebab saya pernah jadi seperti anda. Geram je tengok hosting kaya kedekut ni. Masa saya masih lagi seorang pelajar, saya pun pening kepala nak cari hosting untuk side project. Nak beli hosting mahal, client bajet ciput pula. Terpaksa pakai hosting yang ummm…
Tapi itu cerita dulu la. Sekarang saya tidak pening kepala lagi. Selepas bertahun-tahun saya mencari hosting terbaik, saya rasa Jimat Hosting antara produk yang menepati ciri-ciri yang saya nak. Dalam erti kata lain, ini adalah hosting yang saya sangat galakkan (recommend) untuk anda mula melanggan.
Kenapa Jimat Hosting?
Saya berblog sejak dari tahun 2008 lagi sebelum saya berhenti sebentar pada tahun 2012 dek kerana komitmen menyambung pengajian. Kemudian saya berblog semula sekitar tahun 2015 selepas mendapat kurang komitmen dan berterusan sehingga sekarang.
Sepanjang tempoh tersebut, saya pernah menjadi pelanggan kepada 3-4 syarikat hosting murah diluar sana. Masing-masing mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Kelebihan utama antara mereka adalah harga yang berpatutan. Bayangkan anda boleh mendapatkan hosting yang berpatutan dengan keperluan blogger picisan seperti saya dengan harga serendah RM70 termasuk domain.
Tapi seperti biasalah, antara sebab saya berpindah kerana kekurangan mereka juga. After service adalah satu hal. Saya dah beli hosting dan domain dengan mereka, bila hadapi masalah dan hantar tiket, jenuh nak tunggu mereka membalasnya. Itu satu. Paling menyakitkan adalah upjitime yang mengecewakan. Bayangkan anda tulis artikel yang hot tapi blog tidak boleh buka. Bukan sebab limited akses, tapi sebab bodoh penyedia perkhidmatan anda. Apa yang anda rasa?
Itulah juga apa yang saya rasa. Tidak kisahlah blog saya down diketika saya tidur. Tapi bila kerap sangat, bukan 99.9% dah, tapi 70% gitu. Kepala bana dialah. Ingat bila kita tidur, kita tak tau yang blog kita down. Itu menyebabkan saya angin. Sampailah saya diperkenalkan dengan Jimat Hosting ni.
Apa yang saya suka tentang Jimat Hosting?
Ada beberapa perkara yang menyebabkan saya suka dengan Jimat Hosting ini. Tapi saya short list kan 3 sahaja kerana ini 3 perkara yang saya selalu monitor sepanjang saya menggunakan perkhidmatan mereka. Antaranya adalah:
1. Tempoh downtime yang terkawal
Saya rasa 3-4 tahun saya guna perkhidmatan mereka ini, masalah uptime antara masalah paling minor yang saya pernah hadap. Mereka konsisten dalam memastikan server dalam keadaan terbaik dan kekal online. Downtime tetap juga ada. Tetapi tidaklah ketara dan lama. Sekurangnya tidak menyusahkan dan tidak keterlaluan.
Saya pun selesa dan mudah untuk berblog bila berkeadaan begini. Bila kita buka Google analytic dan Google Adsense, sejuk je rasa. Hasil pun dapat untuk rolling balik modal membayar hosting jika hosting tidak bermasalah dan murah.
2. Khidmat pelanggan yang terbaik
Saya ni asal ada masalah, saya memang suka tulis tiket. Lebih-lebih lagi bila masalah berkaitan dengan kesilapan saya yang tidak dapat diperbetulkan. Contohnya sejak dua menjak ni IP saya asyik kena ban sahaja sebab saya masuk password salah banyak kali. Hahaha
Mujurkan team support sentiasa membantu walaupun masalah bodoh. Nak buat macam mana. Customer kan? Kena la juga layan. Tapi saya perasan satu benda dengan Jimat Hosting ni.
Kalau tulis tiket, tulislah dengan ringkas, padat dan jelas. Janganlah tulis tiket dengan ayat pertanyaan atau ayat yang boleh buat orang tertanya-tanya dan buang masa. Nescaya mereka akan tutup tiket anda tanpa belas kasihan. hahaha.
Apapun Jimat Hosting menyediakan 3 jenis support. Pertama adalah sistem tiket. Keduanya adalah whatsapp dan ketiga adalah livechat. Ikutlah mana yang kita selesa.
3. Harga yang murah dan berpatutan
Saya suka dengan Jimat Hosting antaranya kerana ia laju. Pakej serendah RM30 setahun pun anda boleh dapat pakej yang menggunakan SSD dengan free SSL sekali. Sekurangnya blog lebih selamat terutama jika anda mengguna CMS seperti WordPress, Joomla atau Drupal.
Bagi saya dengan kualiti perkhidmatan dibandingkan dengan harga yang ditawarkan, ianya agak murah dan berbaloi. Saya pun dah 3-4 tahun menggunakan perkhidmatan mereka tanpa perasan tidak puas hati. saya rasa jika anda ingin mencari hosting murah di Malaysia, Jimat Hosting adalah jawapannya.
Kelebihan lain?
Ada lagi beberapa kelebihan lain yang ada tapi saya jarang pakai atau berurusan. Contohnya adalah daily backup. Laman web saya pernah digodam sekitar tahun 2017, habis semua tetapan saya bertukar dalam bahasa jepun. Pening juga nak cari kod yang ditanam dalam laman web saya. Kebetulan pula saya tak buat personal backup.
Tapi mujurlah Jimat Hosting ada. Apa yang saya buat adalah, saya hubungi mereka dan berikan tarikh laman web saya digodam. Mereka ada sahaja backup dan mereka bantu saya untuk dapatkan backup tu. Maknanya daily backup memang dibuat dan bukan propa marketing semata.
Nak tengok pakej Jimat Hosting?
Jika untuk blog kecik-kecik macam saya ini, kebiasaannya kita pakai shared hosting. Terdapat 2 jenis admin panel yang anda boleh gunakan untuk menguruskan blog anda. Yang pertama adalah Plesk dan yang kedua adalah cPanel. Ikutlah yang mana selesa.
Pakej hosting yang menggunakan Plesk paling murah anda boleh dapatkan adalah serendah RM30 setahun. Tiada limit bandwidth dan boleh ada sehingga 5 subdomain dan 10 MySQL database. Nak guna sebagai email hosting pun tak ada masalah. Itu kalau guna Plesk.
Kalau guna cPanel pula, anda boleh dapat ultra fast SSD yang lagi laju daripada SSD tadi. Saya tak tau la legit atau tidak, tapi macam saya pakai bukan sebab ultra fast sangat, tapi storage tambahan yang saya boleh dapat lebih berbanding pakej yang menggunakan Plesk. Selain daripada tu boleh addon domain berbanding Plesk yang hanya boleh subdomain.
Jadi boleh percaya ke Jimat Hosting?
Kalau nak ikut paling murah, saya rasa banyak je syarikat hosting yang menawarkan harga lagi murah daripada diorang walaupun saya rasa harga mereka dah cukup murah. Cuma daripada segi servis, saya berani komen kerana saya sendiri dah pakai.
Seperti mana saya dah sebut tadi, saya dah pakai 3-4 tahun tak ada masalah buat masa ini. Uptime ok, begitu juga dengan customer service. Kalau anda berminat nak mencuba perkhidmatan mereka, anda boleh ke website mereka untuk tengok pakej yang disediakan.
Website Jimat Hosting: Klik sini
Kesimpulan
Kesimpulannya, semuanya bergantung kepada keperluan anda dalam memilih hosting terbaik untuk kegunaan anda. Adakah ia untuk e-commerce, blog peribadi atau laman web perniagaan. Paling penting pilih pakej yang mampu menampung keperluan data anda dan jumlah pengunjung yang hadir ke laman web anda.
Kalau salah pilih, jawabnya error 509 la atau bandwidth limited exceeded. Maka stress la anda dan pengunjung anda mengunjungi laman web yang tidak boleh buka. Haha.
Terima kasih kerana sudi membaca review jujur tentang Jimat Hosting, salah sebuah web hosting murah terbaik yang saya jumpa. Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh tuliskan diruangan komen.
11 Comments
bang nak tanya, syok host pernah pakai tak?
Hi Fairul,
Buat masa ni tak pernah.
Dah tekan link tapi 404
Boleh double check balik link. Saya check semua dah ok.
Nampak menarik. Sekarang ni pun tengah cari hosting baru sebab dah sampai masa utk renew tapi nak pindahkan blog ke hosting lain sebab traffic yg sangat rendah so macam tak berbaloi bayar mahal utk dpt space yg banyak dan bandwidth besar tapi visitor tak ramai. Mungkin nanti akan consider jimat hosting jika dah ada org review baik.
Ok baik.
Tidak rekeman jika untuk tujuan serius, contoh business dan ecommerce… klau banyak urusan melalui emel, pasti akan ada masalah, contohnya IP blacklisted (sebab shared hosting maka IP pun shared, jika ada user lain buat spamming maka IP akan blacklisted), bila IP blacklisted anda akn susah nk hantar emel pada penerima yg guna gmail, yahoo atau hotmail, anda akn ada masalah langsung xboleh hantar emel atau emel anda akan pergi spam folder mereka… Paling mengecewakan bila tiket tidak dibalas berhari-hari (ini kes berkenaan shared IP blacklisted dan isu email)… WhatsApp support pun sama, bayangkan pengguna sejak 2016 sehingga kali terakhir 2021… sejak itu tak fikir jimat, biar mahal asalkan support teknikal terbaik…
Hi Faiz,
Buat masa ini saya banyak hosting corporate website, blog dan hanya ecommerce dengan trafik yang rendah di Jimat Hosting. Jadi saya tidak merasai pengalaman IP blacklisted seperti mana yang Faiz rasa sebab tang email pun kalau bukan untuk auto-response (e-commerce) tapi untuk kegunaan professional, saya lebih gemar gunakan Zoho Mail sebab lebih user friendly. Pengalaman support saya pun masih ok.
Apapun terima kasih kerana sudi kongsikan pengalaman dari sisi yang berbeza. Sekurangnya ada perkongsian dari pengguna yang lain. Jadi sekarang beralih ke VPS atau masih gunakan share hosting tapi provider yang berbeza?
Domain dorang harga dah termasuk whois privacy ke tuan?
Yap harga termasuk dengan Whois ID Protection. Boleh check whois blog saya ini untuk contoh.
Pingback: Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web? | Azmir Shah