Close Menu
  • Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook X (Twitter) Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

    02/05/2023

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Jangan fokus kepada matlamat dan kongsikannya dengan sesiapa

    28/03/2019

    Kenapa perlu terima diri kita seadanya sebelum berubah?

    17/01/2016

    7 Perbezaan M40 dan T20 Yang Anda perlu Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara tukar kad Maybank expired secara online

    21/04/2023

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021
Azmir Shah
kad touch n go, kad touch n go nfc, beli kad touch n go, cara beli kad touch n go, daftar kad touch n go, kedai jual kad touch n go, kad touch n go auto reload, kad touch n go ada tarikh luput, kat mana nak beli kad touch n go nfc, kelebihan kad touch n go nfc
Review

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

Azmir ShahBy Azmir ShahNo Comments4 Mins ReadUpdated:10/05/2023
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Dahulu mungkin sukar, namun kini memiliki kad NFC Touch N Go tidaklah sesukar mana asalkan anda mengikuti perkembangan stok di pasaran. Asyik kehabisan stok je? Jangan risau saya akan bagitau cara beli kad NFC Touch N Go ini tanpa perlu beratur panjang.

Kelebihan kad NFC Touch N GO

Saya pasti ramai diantara anda yang musykil dan turut terikut sama hype yang dibawakan oleh masyarakat tentang keperluan memiliki kad NFC Touch N Go. Kenapa orang berebut-rebut nak memiliki kad ini? Apakah keistimewaannya?

Sebenarnya ada beberapa sebab mengapa orang sanggup beratur dan berebut sakan untuk memiliki kad ini. Antaranya ialah:

  1. Anda tidak perlu lagi untuk ke stesen minyak, mesin topup atau mesin ATM untuk tambah nilai kad Touch N Go anda. Anda boleh tambah nilai terus menggunakan NFC telefon bimbit anda (pastikan telefon bimbit anda punyai NFC).
  2. Kad anda dihubungkan terus dengan ewallet Touch N Go.

Itu sahaja.

Akan tetapi disebabkan 2 kemudahan ini, berpusu-pusu orang menyerbu setiap stesen minyak yang menjualnya. Disebabkan sering kehabisan stok, maka scalper mula mengambil kesempatan untuk menjual harga yang tidak masuk akal. Dari harga asal RM10 menjadi RM60. Gila.

nfc touch n go, nfc tng, tng, touch n go, kad tng, where can i pay with touch n go
Kad yang saya miliki

Situasi semasa pembelian kad

Dahulu Touch N Go mengendalikan sendiri proses pembelian kad daripada penyediaan stok sehingga ke penjualan di aplikasi ewallet mereka yang dikemaskini setiap 2 minggu. Kini tidak lagi.

Pihak Touch N Go mengambil langkah lebih bijak dengan mengalihkan proses penjualan kepada platform yang lebih stabil iaitu Lazada. Di platform ini, penjualan boleh dilakukan secara pre-order dan ia mampu menampung pengguna yang lebih ramai.

Namun begitu, masalah lain pula timbul. Kad sentiasa kehabisan stok. Macam mana tu?

Jangan risau, saya akan bagitau trick dan cara-cara untuk mendapatkannya.

Cara membeli kad NFC Touch N Go

Ini adalah cara-cara untuk anda membeli kad NFC TnG tu.

  1. Sila pastikan anda sudah mendaftar dan memuat turun ewallet Touch N Go.
  2. Sila pastikan anda menambah nilai ewallet anda dan punyai baki sekurangnya RM15.
  3. Sila daftar masuk ke group telegram ini “TNG NFC Card Stock update“.
  4. Peka kemaskini stok kad di telegram. Sila klik pautan dan beli kad sebaik sahaja stok dikemaskini.

Situasi dalam group Telegram

group telegram touch n go, tng
Group Telegram Touch n Go

Saya dapati kad NFC Touch N Go seperti pisang goreng panas, akan habis stok dalam masa beberapa minit sahaja. Jadi sentiasalah mengikuti kemaskini stok kerana ketika saya menulis artikel ini, sudah 100k++ menjadi ahli group ini.

Harapan anda untuk mendapatkan kad ini sangat cerah. Secara puratanya bagi stok kad 500 unit, anda ada masa sekitar 4 minit untuk membelinya. Bagi stok 1000 unit, anda ada masa sekitar 8 minit. Jumlah masa itu bagi pendapat saya cukup untuk anda mendapatkan sekeping kad.

Bagaimana kad dihantar kepada anda

Kad akan dihantar kepada anda menerusi pos. Disebabkan kad ini ialah pre-order, jadi ia mengambil sekurangnya 14 hari untuk di pos.

Saya sebenarnya sudah memiliki kad Touch N Go ini memandangkan pejabat saya pun berdekatan dengan TnG HQ di Bangsar South. Tetapi atas dasar ingin mencuba, saya beli juga lagi sekeping menerusi Lazada untuk mencuba berapa lama masa diambil.

Kad dihantar kepada saya menggunakan perkhidmatan Ninja Van. Masa yang diambil pula agak pantas iaitu kira-kira 4 hari sahaja. Mungkin nasib saya baik rasanya.

Ini pula kondisi kad saya.

nfc touch n go, kad nfc
Kad yang saya beli di Lazada

Kad yang saya beli di HQ TnG dan di Lazada

Kesimpulannya

Jika peringkat awal haritu, saya mengakui yang agak sedikit sukar untuk memiliki sekeping kad NFC Touch N Go ini. Namun kini tidak lagi. Penjualan di Lazada benar-benar memudahkan urusan dan membuka peluang kepada pengguna terutama dari luar Kuala Lumpur untuk memilikinya.

Cuma satu saya nak pesan, anda hanya boleh membeli sekeping sahaja kad ini bagi setiap akaun Lazada. Jadi jangan pelik jika anda berkeinginan untuk beli kad kedua, anda tidak boleh checkout.

Baca juga: Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

Diharapkan juga penulisan ini membantu anda untuk mendapatkan kad terbaru TnG ini. Jangan lupa ajukan sebarang pertanyaan di ruangan komen.

Nota: Hari itu selepas beberapa ketika, tiba-tiba akaun saya boleh beli buat kali kedua. Apa lagi, saya pun beli la kad TnG lagi satu.

Soalan Lazim

Dimanakah saya boleh beli kad TnG NFC?

Cara terbaik dan paling mudah untuk anda dapatkan kad NFC Touch n Go adalah menerusi Lazada. Saya ada ajar trick dalam artikel ini tentang bagaimana cara untuk mendapatkannya.

Berapakah harga jualan kad Touch n Go enhanced ini?

Harga yang ditawarkan adalah RM10 sahaja. Kos termasuk postage adalah RM14.70. Jangka masa penghantaran adalah kurang dua minggu (kebiasaannya 3-4 hari waktu bekerja).

beli kad touch n go fungsi kad touch n go nfc kad mana nak beli kad touch n go nfc kad nfc touch n go kad touch n go beli di mana kad touch n go nfc beli di mana kegunaan kad touch n go nfc kelebihan kad touch n go nfc tng touch n go ewallet touch n go nfc touch n go nfc reload
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleUlasan projektor murah Q3 Pro, alternatif kepada Lumos
Next Article Kad BigPay Expired? Ini pengalaman saya tukar kad baru
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • X (Twitter)
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Semak kereta ditunda DBKL dan proses membuat tuntutan

Kad BigPay Expired? Ini pengalaman saya tukar kad baru

Ulasan projektor murah Q3 Pro, alternatif kepada Lumos

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

Ulasan modem wifi guna kad sim dengan internet unlimited

Ini ulasan mesin pembersih cermin mata ultrasonik Xiaomi EraClean

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Media Sosial
  • Facebook
  • Twitter
Artikel Terbaru
Percutian

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

By Azmir Shah24/09/2023
Teknologi

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

By Azmir Shah02/05/2023
Tutorial

Cara tukar kad Maybank expired secara online

By Azmir Shah21/04/2023
Hiburan

Lagu raya moden yang berpotensi menjadi malar segar

By Azmir Shah19/04/2023
Percutian

Bercuti di Universal Studio Singapore (USS) – Bahagian 3

By Azmir Shah07/04/2023
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

24/09/2023

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

02/05/2023

Lirik Tak ingin usai – Keisya Levronka

01/05/2023

Cara tukar kad Maybank expired secara online

21/04/2023
© 2025 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version