Close Menu
  • Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook X (Twitter) Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

    02/05/2023

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Jangan fokus kepada matlamat dan kongsikannya dengan sesiapa

    28/03/2019

    Kenapa perlu terima diri kita seadanya sebelum berubah?

    17/01/2016

    7 Perbezaan M40 dan T20 Yang Anda perlu Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara tukar kad Maybank expired secara online

    21/04/2023

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021
Azmir Shah
pancakeswap, cara beli token di pancakeswap, cara beli coin di pancakeswap, how to buy token using pancakeswap, what is pancakeswap, apa itu pancakeswap, cara beli coin di pancakeswap, cara beli token di pancakeswap
Mata Wang Kripto

Cara beli token di Pancakeswap

Azmir ShahBy Azmir ShahNo Comments7 Mins ReadUpdated:19/01/2022
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Binance Smart Chain (BSC) antara rantaian yang sangat popular ketika ini. Lambakan projek di luar sana yang berasaskan BSC benar-benar meningkatkan populariti Binance sebagai peneraju projek token yang pelbagai. Sudah semestinya anda perlu tahu bagaimana cara untuk beli token di Pancakeswap.

Apa itu Pancakeswap?

pancakeswap, cara beli token di pancakeswap, apa itu pancakeswap, cara guna pancakeswap
Adakah anda musykil dengan Pancakeswap?

Pancakeswap adalah Decentralized Exchange (DEX) yang bertindak sebagai automated market maker (AMM) dimana perdagangan pada platform dilakukan secara automatik berdasarkan pada kecairan satu aset dengan aset yang lain yang kemudiannya diimbang selepas transaksi selesai.

Berbeza dengan Binance yang dikenali sebagai Centralized Exchange (CEX), Pancakeswap tidak mempunyai buku pesanan (order books), sistem membida/tanya (bid/ask) dan had/pesanan pasaran (limit/market orders). Jadi ia sentiasa memindahkan kecairan (liquidity) dari satu kumpulan ke kumpulan yang yang lain berdasarkan kepada wajaran aset dan nilai relatifnya.

Turut tergolong dalam kumpulan Decentralized Finance (DeFi), Pancakeswap menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan. Selain daripada pertukaran aset, Pancakeswap juga menyediakan perkhidmatan kolam kecairan aset (liquidity pool), ladang hasil (Yield Farms), kolam sirap (Syrup pools), loteri, NFT dan tawaran ladang permulaan (Initial farm offerings).

Memandangkan artikel ini berkaitan dengan cara untuk membeli token di pancakeswap, maka pemfokusan akan diberikan kepada bahagian pertukaran aset.

Kenapa anda perlu gunakan Pancakeswap?

Pancakeswap adalah salah satu platform pertukaran aset popular untuk projek yang berasaskan BSC. Kebanyakan projek Meme token, NFT, permainan Play to earn (P2E) memilih BSC kerana caj transaksi yang murah dan mesra rakyat.

Keuntungan sebanyak 1000% juga sangat tidak mustahil untuk dinikmati di BSC. Kebanyakan pembangun projek juga meletakkan liquidity token mereka di Pancakeswap menjadikan kemahiran untuk menggunakan Pancakeswap adalah satu kemestian. Sebab itu ramai yang berebut-rebut nak belajar menggunakannya.

Cara beli token di Pancakeswap

tutorial pancakeswap, cara beli coin di pancakeswap, cara beli token di pancakeswap, tutorial beli token di pancakeswap
Kaedah pembelian token di Pancakeswap

Sebelum saya memulakan tutorial cara untuk beli token di Pancakeswap, anda perlu menghubungkan dompet (wallet) anda terlebih dahulu bagi memudahkan pengurusan aset di Pancakeswap.

Ketika artikel ini ditulis, Pancakeswap menyokong empat jenis dompet iaitu Metamask, Trust Wallet, Token Pocket dan SafePal.

Memandangkan Metamask antara wallet yang cukup popular, maka saya kira elok sekiranya tutorial kali ini saya mengajar membuat pembelian menggunakan Metamask di desktop anda. Jangan risau, saya ada kongsikan pautan lain jika anda ingin menggunakan dompet jenis lain.

Baca tutorial dompet lain: Klik sini

Tanpa membuang masa, mari kita meneruskan sesi pembelajaran dengan proses menghubungkan wallet anda dengan Pancakeswap.

1. Pasang extension Metamask

metamask, cara pasang metamask, cara connect metamask dengan pancakeswap, metamask pancakeswap, cara pasang metamask
Metamask antara dompet popular yang sering dihubungkan dengan Pancakeswap

Pertama sekali anda perlu memasang Metamask di desktop anda. Metamask adalah dompet versi extension browser yang menyokong pelbagai jenis rangkaian. Dompet ini sangat popular kerana kestabilannya dalam menyediakan perkhidmatan disamping menyokong pelbagai jenis browser seperti Chrome, Brave , Edge dan Firefox.

Muat turun di sini: Klik sini

install metamask, metamask for chrome, cara install metamask di desktop, metamask
Muat turun extension mengikut browser pilihan anda

Sila pasang extension Metamask di browser pilihan anda. Pemasangan juga tidaklah sesukar mana. Anda hanya perlu muat turun di laman web rasmi dan terus sahaja memasangnya.

Selesai pasang extension ini, seterusnya klik pada ikon Metamask dan klik “Create a Wallet“. Anda akan diminta untuk menyalin “Seed Phrase” yang diberikan ditempat yang selamat bagai langkah berjaga-jaga jika komputer anda perlu diformat atau berlaku kecurian dikemudian hari. Sekurangnya wang anda dalam keadaan selamat.

create wallet metamask, cara guna metamask, cara buat akaun metamask, seed phrase metamask
Klik pada “Create a Wallet”

Selepas itu buat tetapan kata laluan yang akan digunakan untuk mengurus dompet anda. Anda akan diberitahu apabila proses membuat akaun selesai dilakukan.

Seterusnya kita ingin membuat tetapan rangkaian (network) pada Metamask kerana secara lalainya (default) rangkaian yang digunakan adalah rangkaian Ethereum. Memandangkan Binance Smart Chain tiada di Metamask, kita perlu tambahkannya secara manual.

ubah network metamask, cara pasang bsc di metamask, cara pasang binance smart chain di metamask, binance smart chain
Ini antaramuka default

Caranya dengan klik pada bahagian Ethereum Mainnet dan pilih “Add Network“. Kemudian masukkan parameter berikut untuk rangkaian Mainnet BSC:

Network Name: Binance Smart Chain
New RPC URL: https://bsc-dataseed.binance.org/
ChainID: 56
Symbol: BNB
Block Explorer URL: https://bscscan.com

Kemudian tekan Ok. Rangkaian tadi telah disimpan dan lihat rangkaian semasa Metamask. Jika masih Ethereum Mainnet, tukarkannya kepada Binance Smart Chain.

2. Connect dengan Pancakeswap

pancakeswap, cara connect wallet, pancakeswap and metamask,
Sambungkan Metamask wallet anda dengan Pancakeswap

Selesai membuat tetapan Metamask, seterusnya anda pergi semula pada laman web Pancakeswap dan klik pada butang “connect wallet“. Pastikan dompet anda dihubungkan dengan rangkaian Binance Smart Chain.

Laman web Pancakeswap: Klik sini

Kini tibalah masa untuk anda swap token yang diinginkan. Apa yang anda perlu buat adalah dengan klik pada menu Trade >> Exchange >> Swap.

Disini dapat dilihat paparan pertukaran diantara 2 token yang diinginkan. Kebiasaannya mereka yang menggunakan BNB sebagai mata wang utama. Apapun bergantung kepada keselesaan anda untuk swap token utama jenis apa.

3. Dapatkan contract address token anda

Jika anda melabur pada token yang berumur kurang 1 bulan, kebiasannya token tersebut sukar untuk dicari menggunakan fungsi “search name”. Jadi apa yang anda perlu buat adalah dengan mendapatkan address token daripada laman web rasmi token atau group telegram rasmi token yang anda inginkan.

etna network, laman web etna, token info, token address
Contohnya laman web Etna Network yang menyediakan address token mereka

Hal ini penting kerana memasuki address token yang salah boleh menyumbang kepada kehilangan dana akibat swap token yang salah atau terjerumus dalam penipuan (fake address). Jadi pastikan anda berhati-hati untuk memasukkan address token yang betul.

exchange pancakeswap, token pancakeswap,
Klik di bahagian dalam gambar dan import token anda

Seperti mana yang dipaparkan gambar diatas, dibahagian exchange anda perlu memasukkan token yang diinginkan dibahagian tersebut. Apa yang anda perlu buat adalah sekadar import token tersebut.

import token, cara import token di pancakeswap
Setiap token yang diimport adalah risiko sendiri

Dah masukkkan address yang betul? Seterusnya check setiap perincian yang tertera di paparan pancakeswap. Anda juga akan mendapat amaran seperti diatas. Jika anda yakin addressnya betul, klik sahaja import.

4. Kenalpasti slippage yang dikenakan

apa itu slippage, slippage pancakeswap, slippage tolerance, maksud slippage, slippage mean
Buat tetapan slippage berdasarkan kehendak token anda

Menerusi tutorial ini, saya mengimport token Elen dan anda dapat lihat seperti mana gambar diatas. Isu seterusnya pula adalah membuat tetapan slippage. Persoalannya, apa itu slippage?

Slippage merujuk kepada perbezaan harga token yang ditawarkan untuk anda beli dengan harga sebenar token yang anda dapat.

Sebagai contohnya anda ditawarkan untuk membeli satu token A dengan harga RM1  seunit dan anda berniat untuk membeli RM100. Namun disebabkan slippage 2%, anda akan dapat token dengan jumlah 98 unit yang bernilai RM98 sahaja.

Ada beberapa faktor mengapa slippage dikenakan. Antaranya ialah cukai (tax) yang dikenakan oleh pembangun token itu sendiri (developer) bagi mengelakkan aktiviti pump and dump. Selain daripada itu, ini adalah trick mereka untuk menambah liquidity.

Contohnya Everlens yang mengenakan cukai 5% untuk sesiapa yang membeli token Elen untuk dimasukkan didalam liquidity pool dan 7% untuk mereka yang ingin menjual token mereka. Disebabkan itu anda perlu sentiasa berinteraksi dengan pasukan pembangun tentang berapa jumlah cukai yang mereka kenakan.

Selain daripada itu, perubahan turun dan naik harga token yang mendadak juga menyumbang kepada peningkatan kadar slippage bagi membeli sesebuah token. Jadi jangan pelik bila pembangun (developer) kata cukai 5%, tapi bila nak beli kena slippage 6%.

5. Swap token anda

Seterusnya tekan sahaja butang “swap” dan sahkan transaksi anda. Tunggu sehingga transaksi tamat. Jika transaksi anda berjaya, maka anda akan dapat lihat di bahagian popup Pancakeswap. Kini anda sudah miliki token yang diinginkan.

Jika anda tidak nampak token yang telah diswap anda di dompet Metamask, sila klik “import token” di Metamask dan masukkan contract anda diruangan “Token contract address”. Nanti jumlah token anda akan dipaparkan secara automatik.

Video tutorial menggunakan Pancakeswap

Bagi memudahkan pemahaman anda, saya ada kempilkan sekali video tutorial untuk memudahkan anda memahami bagaimana cara untuk swap token di Pancakeswap.

Kesimpulan

Diharapkan tutorial ini membantu anda untuk lebih memahami tentang bagaimana Pancakeswap berfungsi dan bagaimana anda boleh mendapatkan projek token kegemaran anda yang berteraskan Binance Smart Chain. Nanti boleh la mencari gem baru.

Baca juga: 11 tip trade kripto untuk golongan pemula
Baca juga: 5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

Sebenarnya bagus jika anda memahami bagaimana cara beli token di Pancakeswap. Menerusi pengalaman anda ini sedikit sebanyak akan membantu anda untuk berdagang di Uniswap, Sushiswap, Quickswap atau Raydium. Walaupun berbeza rangkaian, tapi kaedahnya tetap sama.

Jika ada sebarang sebarang soalan yang anda ingin tanya, jangan lupa ajukan persoalan diruangan komen. Insyaallah jika ada kesempatan saya akan membalasnya.

address token apa itu pancakeswap apa itu slippage binance coin Binance smart chain cake cara beli coin di pancakeswap cara beli token di pancakeswap cara guna pancakeswap cara menjual token di pancakeswap cara pasang metamask cara pasang metamask di chrome connect with pancakeswap contract address fungsi slippage di pancakeswap guna pancakeswap maksud slippage meaning of slippage in pancakeswap metamask pancakeswap pancakeswap bnb pancakeswap fees pancakeswap insufficient output amount pancakeswap slippage pancakeswap tutorial slippage slippage mean slippage pancakeswap slippage tolerance slippage tolerance in pancakeswap swap token what is slippage in pancakeswap
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleTiktok memintas Google sebagai laman web paling popular
Next Article Asal usul Bintang Michelin yang menjadi idaman restoran
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • X (Twitter)
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

11 tip trade kripto untuk golongan pemula

Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

Cara jual Bitcoin di LocalBitcoins, sebuah platform P2P

Ballet Crypto membenarkan anda menyimpan Bitcoin secara offline

Apa Itu Mata Wang Kripto dan Bagaimana Ia Berfungsi

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Media Sosial
  • Facebook
  • Twitter
Artikel Terbaru
Percutian

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

By Azmir Shah24/09/2023
Teknologi

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

By Azmir Shah02/05/2023
Tutorial

Cara tukar kad Maybank expired secara online

By Azmir Shah21/04/2023
Hiburan

Lagu raya moden yang berpotensi menjadi malar segar

By Azmir Shah19/04/2023
Percutian

Bercuti di Universal Studio Singapore (USS) – Bahagian 3

By Azmir Shah07/04/2023
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

24/09/2023

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

02/05/2023

Lirik Tak ingin usai – Keisya Levronka

01/05/2023

Cara tukar kad Maybank expired secara online

21/04/2023
© 2025 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version