Boost e-wallet merupakan sebuah aplikasi dompet mudah alih yang kian mendapat tempat di hati warga Kuala Lumpur. Lebih-lebih lagi trend masyarakat kini ke arah masyarakat tanpa tunai (cashless society) yang mahukan segala urusan dijalan dengan pantas dan selamat.
Buktinya, perangkaan Bank Negara Malaysia telah melaporkan jumlah pengeluaran wang tunai daripada mesin juruwang automatik (mesin ATM) pada tahun 2018 telah menunjukkan pengurangan berbanding tahun 2017 dan 2016. Daripada rekod tersebut, pengeluaran 718.3 juta dilaporkan pada tahun 2018, 763.9 juta pada tahun 2017 dan 761.2 juta untuk tahun 2016.
Dimaklumkan antara faktor yang mempengaruhi jumlah pengeluaran tunai adalah berikut tabiat pengguna yang kini banyak melakukan urusan dalam talian terutama membabitkan aktiviti e-dagang yang tidak memerlukan mereka untuk mengeluarkan tunai. Pengurangan ini akan terus berlaku berikutan trend perkembangan teknologi penggunaan e-wallet yang sedang berkembang.
Memandangkan isu ini berkaitan dengan e-wallet, maka elok kiranya saya memperkenalkan salah satu e-wallet yang menjadi penyuntik kepada trend semasa masyarakat tanpa tunai ini iaitu Boost, sebuah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh syarikat tempatan.
Mengenai Boost e-wallet
Boost e-wallet merupakan sebuah produk Axiata Digital Ecode Sdn Bhd, salah sebuah syarikat subsidiari dibawah pengurusan Axiata, syarikat sama yang menguruskan penyedia perkhidmatan telekomunikasi Celcom.
Axiata menerusi Boost mahu merevolusikan kaedah pembayaran di Malaysia dengan memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengguna. Mereka mahu jadikan telefon bimbit anda sebagai alat untuk berurus niaga tanpa perlu membawa dompet.
Baca review tentang KiplePay pula: Klik sini
Namun apa yang istimewanya Boost ini sehingga ianya menjadi pilihan warga Kuala Lumpur? Saya pasti ada diantara anda yang masih tidak mendaftar lagi bukan? Jadi ini saya sediakan 7 sebab mengapa aplikasi e-wallet ini perlu ada dalam telefon bimbit anda.
1. Tawaran cashback kepada pengguna
Rakyat Malaysia sangat sukakan cashback dan Boost sangat terkenal dikalangan pengguna diatas sifat murah hati mereka memberikan cashback. Apa itu cashback? Cashback ini adalah insentif dalam bentuk tunai yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan kepada pengguna selepas membuat transaksi pembayaran atau menggunakan perkhidmatan mereka.
Sepanjang pengalaman saya menggunakan aplikasi ini, tawaran cashback antara tawaran yang sering diberikan kepada saya selaku pengguna. Pantang buat pembelian sedikit, pasti saya akan menerima cashback daripada mereka.
2. Limit wang sehingga Rm1500
Terdapat beberapa e-wallet di pasaran meletakkan limitasi yang sangat rendah untuk jumlah simpanan dalam akaun. Antaranya sekitar RM200. Berbeza dengan Boost, jika anda melakukan sedikit pengesahan maklumat peribadi, anda boleh menyimpan sebanyak RM1500 dalam akaun premium anda dan anda boleh berbelanja sehingga RM4500 sebulan dengan menggunakan Boost. Fungsi ini sangat bersesuaian dengan mereka yang berkeluarga dimana anda pasti akan berbelanja dengan lebih besar.
Jadi anda tidak perlulah menambah nilai dalam akaun setiap RM200 untuk setiap penggunaan.
3. Nak bayar cuma perlu scan sahaja
Boost menggunakan kaedah scan QR code yang memudahkan anda melakukan pembelian. Sejujurnya e-wallet ini bukanlah antara e-wallet yang menyediakan rangkaian yang terpantas yang saya pernah cuba, tapi sekurangnya ianya tidak lembab. Terdapat 2 fungsi yang disediakan untuk kemudahan anda. Anda boleh minta untuk discan atau kena scan oleh peniaga.
Baru beberapa hari yang lepas saya menonton John Wick Chapter 3 di TGV The Mines dan menggunakan Boost E-wallet sebagai kaedah pembayaran tiket wayang.
4. Boost ada promosi tanpa henti
Boost sentiasa mengadakan kempen yang luar biasa kepada pelanggan mereka menerusi tawaran hadiah yang menarik jika anda anda menggunakan aplikasi tersebut dalam satu tempoh tertentu. Anda bayangkan ketika artikel ini ditulis, Boost menawarkan peluang pulangan 100% cashback kepada mereka yang membuat isian semula telco untuk RM30 ke atas untuk semua jenis penyedia perkhidmatan sehingga 9 Jun 2019.
Walaupun tak semua orang dapat, tetapi peluang itu tetap ada. Ini termasuklah promosi kempen Super Shake yang berlangsung 29 April 2019 sehingga 18 Ogos 2019 dimana pemenang bertuah berpeluang untuk memiliki Proton X70. Itu kalau menang la. Haha.
5. Boost adalah gaya hidup
Selain daripada itu, Boost menyediakan himpunan Baucer baru untuk anda pada setiap hari. Ini sedikit sebanyak menjadi berita gembira buat mereka yang kaki shopping untuk membeli barangan kegemaran ataupun barangan harian anda. Baucer tersebut anda boleh dapatkan atau anda boleh beli dan jumlah diskaun yang anda boleh dapati adalah sehingga 50%. Semuanya terpulang kepada anda. Macam-macam pula ada daripada GrabCar sehingga ke Spotify.
6. Pengaruh Boost di sekitar KL
Sedar atau tidak, sebenarnya Boost sedang merancang sesuatu. Mereka mahu membina sebuah ekosistem mesra e-wallet di Malaysia dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai projek pilot mereka. Kalau saya lihat daripada senarai rakan usaha sama mereka, kebanyakan daripadanya adalah key player dalam niche masing-masing. Nampaknya pihak pengurusan mempunyai visi yang jelas dan strategi yang tersusun. Sungguh bagus.
7. Melebarkan sayap ke luar negara
Buat mereka yang kaki travel, strategi Boost di masa akan datang mungkin memberikan baik kepada anda. Difahamkan Boost ketika ini telah melakukan beberapa usaha kerjasama dengan syarikat luar bagi mengembangkan sayapnya di luar negara.
Antara usaha kerjasama yang ingin dilakukan ialah bersama Singtel’s VIA alliance, iaitu pakatan pembayaran mudah alih merentas sempadan yang turut menjalinkan kerjasama dengan Singtel Dash, AIS GLOBAL PAY, Rabbit Line Pay dan juga Kasikorn Bank. Nampaknya dimasa akan datang rakyat Malaysia mungkin dapat melakukan pembayaran menggunakan aplikasi yang sama di Singapura dan Thailand.
Itu baru cerita pasal kerjasama dengan Singtel’s Via alliance, belum masuk lagi kerjasama mereka dengan UnionPay International Co Ltd dan bagaimana potensi pengabungan Celcom dan Digi yang mungkin juga memberi kesan positif kepada Boost.
Kesimpulan
Sebab itulah saya sangat menyambut baik kewujudan e-wallet untuk membantu saya. Diketika itu Boost datang menawarkan sesuatu yang unik untuk para pelanggan mereka. Saya menggunakannya dan cukup berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Anda pula bila lagi?
Muat turun aplikasi Boost: Klik sini
Daftar sekarang menerusi pautan di atas ini dan gunakan invitation code mohbw7m untuk mendapatkan cashback sebanyak RM5. Caranya mudah, tambah nilai RM10 ke dalam Boost dan gunakan RM10 tersebut untuk tambah nilai telefon bimbit anda (tidak kira Maxis, Celcom atau Digi), anda akan dapat cashback secara automatik. Selamat mencuba.
2 Comments
Pingback: Pengalaman menggunakan kad Bigpay selama sebulan | Azmir Shah
Pingback: Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX | Azmir Shah