Close Menu
  • Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook X (Twitter) Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

    02/05/2023

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Jangan fokus kepada matlamat dan kongsikannya dengan sesiapa

    28/03/2019

    Kenapa perlu terima diri kita seadanya sebelum berubah?

    17/01/2016

    7 Perbezaan M40 dan T20 Yang Anda perlu Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara tukar kad Maybank expired secara online

    21/04/2023

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021
Azmir Shah
modem sim kad, modem sim card, modem sim card 4g, modem simc ard terbaik,router wifi guna kad sim, router untuk sim card, router guna simkad,
Review

Ulasan modem wifi guna kad sim dengan internet unlimited

Azmir ShahBy Azmir Shah46 Comments6 Mins ReadUpdated:14/04/2023
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Selepas sekian lama menanti, akhirnya kini saya bawakan ulasan berkenaan dengan modem wifi guna kad sim yang bakal membantu untuk memiliki internet di rumah tanpa perlu komitmen bulan yang cukup tinggi. Paling penting, anda juga boleh manipulasi kemudahan kad sim internet unlimited anda kepada penggunaan yang lebih optimum.

Kenapa saya menulis artikel ini?

Kalau hendak diikutkan, artikel ini adalah kesinambungan dari artikel saya yang saya pernah tulis dahulu tentang bagaimana cara untuk bypass tethering hotspot menggunakan pelan mudah alih yang sedia ada di pasaran menggunakan aplikasi mobil.

Disebabkan banyak rungutan yang diterima berkaitan capaian hotspot yang kerap terputus menggunakan pdaNet, jadi saya fikir elok saya berikan alternatif terbaru kepada pembaca saya untuk capaian internet yang menjimatkan serta lebih baik.

Baca artikel saya: Cara bypass tethering hotspot unlimited data untuk YES 4G dan Umobile

Jadi pada kali ini, saya akan membuat ulasan 4G Wireless Router yang sesuai untuk anda yang ingin menonton Netflix di kaca televisyen rumah anda. Selain daripada itu, ia agak bersesuaian dengan penggunaan biasa-biasa seperti PDPR, kerja pejabat, dan sebagainya.

Modem Wifi guna kad sim RS980 + (2021)

Kalau hendak diikutkan saya sebenarnya sudah punyai unifi di rumah saya di KL dan kelajuan yang diterima agak stabil dan memuaskan hati. Namun disebabkan saya terkandas di kampung rumah mak saya akibat PKP dan dimasa yang sama saya bekerja dari rumah, maka saya fikir adalah satu tindakan yang kurang bijak jika saya hanya bergantung kepada mobile hotspot.

Maklumlah hotspot ini sedikit sebanyak merugikan saya dalam tempoh masa panjang. Salah satunya daripadanya ialah kos kuota internet yang tinggi dan jangka hayat bateri peranti saya yang perlu dijaga. Kalau dah asyik caj sahaja disamping suhu telefon bimbit yang panas bimbang menyumbang risiko kepada risiko kerosakan.

Satu lagi masalah saya, emak saya di kampung bukanlah pengguna internet yang tegar dimana beliau memerlukan sambungan internet untuk segala benda. Maklumlah orang tua, baginya cukuplah dengan pelan internet percuma di telefon bimbit yang dimiliki sekadar untuk whatsapp atau facebook.

Yang pisang sudah tentulah saya, kerja-kerja mengaturcara memerlukan internet yang stabil. Jadi mengarutlah kalau saya nak melanggan Unifi memandangkan apabila saya pulang ke Kuala Lumpur tiada siapa yang akan menggunakan internet. Jadi saya belikan satu modem wifi guna kad sim ini untuk saya. Sekurangnya tiada komitmen.

Model yang saya beli ini adalah model RS980 + (2021) yang dibeli di Shopee dengan harga RM174 sahaja. Katanya kelajuan maksimumnya boleh mencecah sehingga 500mbps. Ambil masa seminggu juga untuk sampai dirumah saya. Memandangkan saya agak terdesak untuk pakai di kampung, jadi saya beli la satu sebagai satu percubaan.

Beli modem wifi: Klik sini

Kad sim yang saya gunakan adalah kad sim Yes 4G dengan pelan internet RM30 unlimited per bulan. Sebenarnya boleh sahaja saya pakai kad sim lain seperti Celcom yang menawarkan unlimited internet dengan harga RM30. Tapi memandangkan Celcom menawarkan internet percuma dan panggilan percuma untuk pakej tersebut, membazir pula rasanya kalau saya tidak manfaat dengan sebaiknya. Jadi saya pilih YES.

Tapi korang pun tahu perkhidmatan YES macam mana. Adakalanya stabil dan adakalanya macam tahi. Saya tak terasa sangat kalau buat kerja. Tapi kalau tang main game, memang terasa sangat dengan ping yang tidak stabil. Tapi bukan selalu la. Ada masa-masanya yang saya pun pelik.

Baiklah, berbalik kepada peranti pula.

Kondisi modem wifi

Ini adalah reka bentuk modem yang saya dapat. Orang kata straight forward, jadi anda tidaklah pening kepala untuk membuat tetapan untuk modem ini. Masukkan kad sim, terus hidupkan suiz. Nanti anda boleh terus membuat sambungan internet ke peranti anda.

Dibawah ini pula saya tampilkan kotak dan isi kandungan yang terdapat dalam kotak yang saya beli.

rs980 + 2021, lte cat4, modem sim card, router wifi kad sim, modem sim card slot, modem wifi sim kad, modem wifi guna sim kad,
Paparan kotak hadapan RS980 + (2021)
modem sim kad, router wifi kad sim, modem 4g+, sim card untuk modem, router guna simkad, home modem with sim card
Paparan kotak belakang Modem Wifi
modem wifi modified unlimited, cara pasang simcard pada modem, modem sim kad untuk android tv,
Antara kandungan dalam kotak
yes 4g, wifi router, router using sim card, internet kad sim, kad sim internet
Masukkan kad sim Yes 4G
Modem yang berjaya diaktifkan
Informasi kata laluan wifi disediakan di bahagian belakang peranti

Kelajuan internet yang saya dapat?

Ini adalah isu subjektif yang susah untuk saya jawab. antaranya disebabkan oleh jenis penyedia perkhidmatan itu sendiri disamping tempat tinggal anda. Jika teruk liputan penyedia perkhidmatan di tempat anda, maka teruklah talian yang anda dapat.

Bagi saya pula jika saya boleh menonton Netflix di Samsung TV saya dan hotspot untuk saya membuat kerja-kerja pengaturcaraan saya, itu sudah cukup baik. Jika hotspot untuk laptop saya, di PC pula saya membuat sambungan RJ45. Jadi bolehlah saya bermain Dota 2 dengan selesa tanpa loss dan ping yang tinggi.

Berikut pula kelajuan yang saya dapat dengan kuota ini.

kelajuan internet,

Kad sim apa yang sesuai untuk modem ini?

Berikut merupakan antara pelan yang mungkin bersesuaian dengan anda. Yang lebih penting ianya unlimited. Antaranya ialah:

  • Digi infinite 80,100 & 150
  • Maxis Hotlink unlimited 35 & 45
  • Yes konfom 4G unlimited 30 & 40
  • Umobile 30, 38, 68, 99 & 139
  • Webe/Unifi = Band 5, 38, 40
  • Tune talk
  • Webe
  • ONEXOX

Kesimpulan

Walaupun modem ini ia tidak mencapai kelajuan 100mbps seperti mana langganan Unifi di rumah saya, sekurangnya ini sudah cukup baik untuk saya membuat kerja, bermain game dan menonton Netflix. Lagipun saya tidak perlu lagi mengadap kondisi hotspot yang sentiasa on sehingga memanaskan telefon bimbit saya. Bateri pun cepat habis.

Beli Modem Wifi: Klik Sini

Liputan wifi juga agak luas, ia mampu mencapai sehingga 30 meter dan maksimum 32 peranti yang terhubung. Tapi takdelah saya pakai sampai 32 peranti, setakat 4-5 peranti sahaja pun kondisi capaian internet masih baik. Ini alternatif yang paling sesuai untuk anda yang tidak mahu melanggan Unifi dengan kos bulanan sekitar RM30-RM35 sahaja sebulan.

Baca juga: kad Bigpay dan Pengalaman penggunaannya selama sebulan
Baca juga: 11 tip trade kripto untuk golongan pemula

Jadi itu sahaja ulasan saya tentang model modem wifi guna sim kad yang mungkin dicari oleh anda. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan silu untuk ajukan diruangan komen. Insyaallah jika ada kesempatan saya akan jawab.

Kemaskini terkini: Diketika ini kad sim Celcom sudah tidak boleh digunakan pada modem wifi ini. Kad sim YES 4G telah melakukan sekatan secara berperingkat. Diketika ini saya menggunakan TuneTalk. Kad sim boleh dibeli di Shopee. – 22 Sept 2022

cara guna modem sim card cara modified modem unlimited hotspot cara pasang modem wifi internet unlimited internet unlimited celcom modem wifi modem wifi dengan sim card modem wifi guna kad sim modem wifi sim card 4g modem wifi sim card terbaik router sim card router wifi router wifi celcom router wifi shopee router wifi sim card slot malaysia router wifi sim card terbaik unlimited hotspot wifi sim card yes 4g
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous Article11 tip trade kripto untuk golongan pemula
Next Article Bersalutkan teknologi moden dan pantas, Kami kini berwajah baru
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • X (Twitter)
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Semak kereta ditunda DBKL dan proses membuat tuntutan

Kad BigPay Expired? Ini pengalaman saya tukar kad baru

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

Ulasan projektor murah Q3 Pro, alternatif kepada Lumos

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

Ini ulasan mesin pembersih cermin mata ultrasonik Xiaomi EraClean

46 Comments

  1. Nazhan on 03/09/2023 2:17 PM

    Perlu set password ataupun tidak ye?

    Reply
    • Azmir Shah on 04/09/2023 9:14 AM

      Boleh set password baru atau guna sahaja password default yang sedia ada.

      Reply
  2. Fara on 14/08/2023 12:34 PM

    Assalamualaikum.. Sy nk tnya, sy guna maxis plan 35 masukan dlm modem.. Tp hanya 2 mggu shj dpt guna.. Intrnet kuota habis.. Tp sy beli yg sbulan unlimited.. Mcm mana ye

    Reply
    • Azmir Shah on 15/08/2023 2:10 PM

      Waalaikumsalam. Saya tak pernah lagi guna Maxis. Boleh cuba. Seperti mana yang saya tulis dalam nota, saya prefer tunetalk buat masa skg.

      Reply
  3. Ariff on 03/05/2023 12:21 PM

    Assalamualaikum.

    Maaf newbie nak bertanya.

    Soalan 1 : Adakah modem ini modem modi yg blh bypass unlimited hotspot data? Atau modem biasa yg bila connect dgn device mcm tv/phone hanya dibenarkan hotspot data sahaja dn bkn unlimited data?

    Soalan 2 : For example kalau saya beli sim card Maxis unlimited data atau mana mana simcard telco lain , macam mana untuk renew monthly internet ya since simcard cucuk di modem bkn di fon.

    Terima kasih Tuan.

    Reply
    • Azmir Shah on 03/05/2023 1:41 PM

      Waalaikumsalam Arif,

      Soalan 1.
      Ye betul, device ni memang gunakan data unlimited, bukan quota hotspot tu.. Cuma sekarang ini kita ada 2 isu. Yang pertama kena pilih kad sim yang support sebab Celcom, YES dah block penggunaan modem ni. Kena cari kad sim lain. Buat masa ni saya pakai Tunetalk dan keadaannya ok. Kedua adalah Fair Usage Policy (FUP) which is kebanyakan telco ni kadang2 macam menipu pun ye, kata unlimited tetapi kita tetap dapat had. Jadi kita kalau suscribe selama sebulan, kadang2 25 hari dah habis internet. Tapi bagi saya ni hal kecil je la. Beli je la pelan baru.

      Soalan 2.
      Kebiasaannya saya masukkan kad sim dalam telefon bimbit saya dahulu, kemudian install app syarikat telco terbabit, aktifkan dan beli pelan internet yang anda nak. Kemudian keluarkan kad sim dan masukkan dalam modem dan guna macam biasa. Bulan depan kalau internet habis, top up sahaja guna app terbabit dan beli pelan internet yang anda nak tanpa perlu masukkan kad sim dalam telefon. Guna app sahaja.

      Saya harap penerangan saya jelas.

      Reply
  4. Pauzi on 28/01/2023 8:09 PM

    Boleh tau admin guna tunetalk plan apa?

    Reply
    • Azmir Shah on 10/02/2023 1:58 PM

      Hi Fauzi, bergantung. Sama ada Focus 33 atau focus 40.

      Reply
  5. Nadia Z on 25/01/2023 4:37 PM

    Masih boleh guna lagi ke YES 30 unlimited tu pada router..saya pernah kena blok dan kena bayar RM50 untuk unblock. sebab dalam terms and condition Yes dah maklum Kasi Up unlimited tu untuk kegunaan smart phone sahaja . Ada option lain tak nak bypass Yes unlimited ni guna router?

    Kasi Up Unlimited Data and Voice Add-On Promotion
    Dated this 28 April 2022

    The Promotion. The Kasi Up Unlimited Data and Voice Add-On (“Kasi Up Unlimited Data and Voice”) Promotion (”Promotion“) is a time-limited promotion by YTL Communications Sdn Bhd (Company No. 200701035605 (793634-V)) (“YTLC“).
    Eligibility. This Promotion is open to all YES Prepaid Subscribers (“Eligible Subscribers”) to access and use the Service via smartphones only and not any other devices (including huddles and home wireless modem).

    Reply
    • Azmir Shah on 25/01/2023 4:42 PM

      Dah tak boleh dah. Buat masa ni saya pakai Tune Talk.

      Reply
  6. Qiu on 28/11/2022 12:28 AM

    DiGi Prepaid Unlimited dah macam Celcom dan YES tak? Ke setakat ni hanya Tunetalk sahaja?

    Reply
    • Azmir Shah on 28/11/2022 12:29 AM

      Kalau pengalaman peribadi, digi tak cuba lagi.

      Reply
  7. Nuramin on 22/11/2022 11:47 AM

    Assalamualaikum saudara Azmir,

    UNIFI #Bebas mobile prepaid boleh diguna tak pada moderm tersebut.

    Reply
    • Azmir Shah on 22/11/2022 11:48 AM

      Waalaikumsalam Nuramin, secara personal saya tak cuba lagi. Sekarang saya pakai Tunetalk.

      Reply
  8. Mataieman on 20/10/2022 2:23 PM

    Assalamualaikum bos , saya ingin bertanya sikit .. boleh tak bos jelas berkenaan dengan pocket wifi ini , pocket wifi ini perlukan data hosport ataupun unlimited internet tapi tiada hosport . Sebab saya pakai maxis nak try beli internet yang unlimimet no hosport .. minta bos jelas kan sekejap boleh ?

    Reply
    • Azmir Shah on 21/10/2022 12:12 AM

      Waalaikumsalam. Saya kurang pasti tentang pocket wifi. Tapi setahu pengetahuan saya menggunakan modem wifi ni, kalau beli internet unlimited tapi guna kuota hotspot, maknanya kena cari kad sim lain.

      Reply
  9. Harry on 02/10/2022 11:27 PM

    Saya nak tanya bbrpa soalan,
    1.kalau gune ni dia gune main data kan bukan hospot?
    2. Kalau gune YES 4G tpi kegunaan tuk online class,assignment plus tgk movie cukup ke or akan trlbh kuota? FUP er term die tak pasti..

    Reply
    • Azmir Shah on 12/10/2022 1:39 AM

      1. Ye betul. Guna kuota data mobile, bukan hotspot.
      2. FUP term memang tak pasti. Sekarang ini dah tak macam dulu. Saya hanya anggap modem ni sebagai pemudah cara je untuk guna internet tanpa perlu pasang hotspot.

      Reply
  10. ahamd on 05/08/2022 11:16 AM

    bolehkan saya menggunakan router dengan memasukkan unlimited data sim kad. contoh router dibeli di shopee kemudian beli digi unlimited sim kad di 99 speedmart. kemudian aktifkan dan masukkan dalam router tersebut. gunakan router tersebut dalam rumah macam penggunaan router yang dibeli secara package di kedai telco./?

    Reply
    • Muhd Helmi on 17/10/2022 9:24 AM

      Saya ade pakai router tapi router saya cuma guna hotspot, mcm mna saya nak jadi kn router saya guna data unlimited?

      Reply
      • Azmir Shah on 17/10/2022 10:39 AM

        Itu isu kad sim tu. Kena tukar kad sim provider lain.

        Reply
  11. Ly on 27/04/2022 9:40 AM

    Boleh ke route ni guna conet dgn tel rumah.
    Supaya Wi-Fi dapat calling in out pon dpt

    Reply
  12. reena on 09/03/2022 5:01 PM

    saya try guna celcom unlimited rm35 kt modem huawei b315… okey je, lps seminggu lebih, xleh plak… knp ya?

    Reply
    • Azmir Shah on 10/03/2022 8:19 AM

      Hi Reena,

      Dimaklumkan yang Celcom ini dah mula blok simcard mereka untuk penggunaan modem ini sejak bulan lepas. Saya dah tidak boleh guna lagi, beberapa pengguna saya juga dah tidak boleh guna.

      Reply
      • Halim on 28/03/2022 7:16 PM

        Ya betul,penggunaan simkad Celcom unlimited sypn kena block,so tuan guna simkad ape skrg pd modem.

        Reply
        • Azmir Shah on 28/03/2022 7:23 PM

          Buat masa ni saya guna YES. YES masih ok lagi.

          Reply
          • Ayu on 23/06/2022 8:37 PM

            Saya guna u mobile 68.00 tapi baru pakai sebulan guna modern, jadi rm114.00 maknanya kena cas juga kegunaan hot spot

          • Azwan on 11/11/2022 6:27 PM

            YES pun x blh dah.
            Maybe diorang dh bt separate Data + Hotspot + Call.
            Selalu sy topup data guna Free YES SHOPEE Data utk hotspot.
            Sejak bln Nov 22, x blh hotspot pki modem atau hp.
            Ada solution x?

          • Azmir Shah on 21/11/2022 8:08 PM

            Hi Azwan, ye betul. Saya dah update dah di artikel ini. Buat masa ni saya beralih ke Tunetalk.

      • Erin on 23/09/2022 5:11 PM

        Saya nak tanya, untuk tunetalk punya simcard ambil plan apa ya? Dan kena bypass data juga ke?

        Reply
  13. Puteri on 09/02/2022 5:26 PM

    Boleh ke pakai simkad yes pada router..sbb sy pakai simkad yes masuk ke hp lain xde signal.. sbb setahu sy dan seller yg sy beli router pun bgtau Yes ade FUP pastu Yes akn block..

    Reply
    • Azmir Shah on 09/02/2022 6:06 PM

      Hi Puteri,

      Yap boleh. Saya buat review ini sebab memang saya memang guna secara personal untuk kerja-kerja saya dan tengok Netflix. Buat masa ini tiada masalah asalkan penggunaan moderate. Kenapa saya kata moderate?

      Kat sini yang kena fahamkan tentang Fair Usage Policy (FUP). Apabila syarikat telcom bagi internet unlimited, sebenarnya syarikat telco cuba agihkan penggunaan data secara adil kepada pengguna mereka dengan bandwidth dan speed yang mereka rasakan bersesuaian. Tapi sebenarnya mereka ada letak limit/cap kepada pengguna.

      So tugas kita adalah gunakan data tersebut secara berhemah sebelum kena bandwidth throttling. Simple je. Tak yah guna torrent, download movie kaw-kaw. Disebabkan saya guna untuk surf internet, Youtube dan Netflix, mungkin saya tak kena dan boleh guna sehingga sekarang. Tapi kalau capai cap, pakai telefon pun boleh kena block access.

      Nota: Apa yang saya komen ini adalah berdasarkan penilaian semasa sewaktu komen ditulis, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada penurunan cap lagi daripada pihak YES dimasa akan datang.

      Reply
      • Mass on 05/06/2022 4:16 PM

        Assalamualaikum, bulan lepas sy guna YES Unlimited (RM30/bulan) pada router. Memang terbaik. Tp bulan ni dah tak boleh guna sbb katanya dah guna 100% unthrottle me quota tu. Sblm tu dia suruh add on utk unthrottle me RM30 utk sebulan. Skrg dah guna 100% pastu dah reload utk untimited data (RM30) utk bulan baru pon langsung tak boleh guna. Masuk sim dalam phone pon langsung tak boleh connect intenet.

        Reply
  14. Josh on 17/01/2022 3:57 AM

    Sorry I’m a banana so I’ll try English:

    If I use this modem with YES Prepaid plan (9GB Hotspot Maximum Quota) this can bypass the 9GB and use like 11GB?

    Reply
    • Azmir Shah on 17/01/2022 10:09 PM

      Hi Josh,

      One intriguing feature of this modem is that it does not require a hotspot quota to share the internet with other devices. So you can subscribe to the “Kasi Up Unlimited plan” (RM30 per month) without worrying about running out of hotspot quota. It is, in fact, less expensive than the “Kasi Up Plan” (with a limited hotspot quota).

      It’s merely that this low-cost item has downsides. This plan is ideal for both work (internet browsing) and entertainment (Youtube and Netflix). However, internet services are a little disappointing when it comes to online gaming. The ping was quite unstable. In the end, it all comes down to how you use it.

      Reply
      • Josh on 18/01/2022 2:20 PM

        I see, thanks for the detail!

        Too bad about gaming, I always enjoy a few rounds of Wild Rift & Overwatch.

        Reply
  15. nor aziani binti ismail on 20/12/2021 4:27 PM

    maxis hotlink unlimited?

    Reply
    • Azmir Shah on 21/12/2021 11:21 AM

      Kalau secara personal saya tak cuba lagi. Tapi ikut pakej terbaru hotlink unlimited, memang tak ada masalah guna modem ini.

      Reply
      • Ewer on 28/04/2022 9:39 AM

        Salam boss, mcm mane nk topup prepaid bulanan klu pakai maxis 35 yg dipasang dalam modem bypass ni?

        Reply
        • Azmir Shah on 28/04/2022 9:44 AM

          Wsalam. Seperti mana yang kebiasaan daripada kami buat, setup dulu awal2 mobile app dengan nombor tersebut. Selepas dah setupdi telefon bimbit, barulah masukkan kad sim dalam modem. Nanti bulan2 boleh topup dan beli internet menerusi app sahaja. Tak perlu tanggal kad sim.

          Reply
  16. Roroyyy on 11/12/2021 1:04 PM

    Thank you for this useful suggestion. This work really well kat kampung 🤭

    Reply
    • Azmir Shah on 11/12/2021 9:58 PM

      You are welcome. 🤗

      Reply
  17. Amirul Fahmi on 25/11/2021 6:15 AM

    Macam mana bayar bulanan utk simcard ini? Bukannya ada phone khas utk sim card ni so tak boleh bayar guna Apps contohnya Celcom Life. Cuba abg terangkan cara bayar utk simcard khas buat pakai modem unlimited ni.

    Reply
    • Azmir Shah on 25/11/2021 8:41 AM

      Saya kurang faham komen Amirul tentang phone khas dan tak boleh bayar pakai app, tapi diringkaskan begini.

      Tak ada sim card khas pun untuk modem ni. Tapi apa2 sim card di pasaran yang ada offer unlimited data untuk phone tapi limited hotspot, kita boleh guna di modem ni. Contohnya saya yg guna Yes 4G.

      Sebabnya apabila kita guna modem ni, kita pakai kuota unlimited internet untuk phone, bukan kuota hotspot. Walaupun kita guna hotspot. Jadi kat situ penjimatannya.

      Bayaran bulanan pula ikut pakej sim card masing2, macam saya untuk Yes bayar rm30 dan untuk celcom rm35 sebulan.

      Cara topup pun mudah je. Pengaktifan kali pertama kena masukkan sim card dalam phone dulu. Kemudian install app provider masing2 untuk senang topup dimasa akan datang. Dah beli internet keluarkan sim card dari phone letakkan terus di modem. Done. Terus boleh guna.

      Reply
      • null on 13/07/2022 7:47 PM

        sim card postpaid boleh ke pakai pada router? jika boleh? ada apa2 kesan jangka panjg? seperti di blok ke? tq admin..

        Reply
        • Azmir Shah on 14/07/2022 9:28 PM

          Postpaid saya kurang pasti kerana tiada pengalaman menggunakannya.

          Reply
Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Media Sosial
  • Facebook
  • Twitter
Artikel Terbaru
Percutian

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

By Azmir Shah24/09/2023
Teknologi

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

By Azmir Shah02/05/2023
Tutorial

Cara tukar kad Maybank expired secara online

By Azmir Shah21/04/2023
Hiburan

Lagu raya moden yang berpotensi menjadi malar segar

By Azmir Shah19/04/2023
Percutian

Bercuti di Universal Studio Singapore (USS) – Bahagian 3

By Azmir Shah07/04/2023
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

24/09/2023

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

02/05/2023

Lirik Tak ingin usai – Keisya Levronka

01/05/2023

Cara tukar kad Maybank expired secara online

21/04/2023
© 2025 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version