Selepas sekian lama menanti, akhirnya kini saya bawakan ulasan berkenaan dengan modem wifi guna kad sim yang bakal membantu untuk memiliki internet di rumah tanpa perlu komitmen bulan yang cukup tinggi. Paling penting, anda juga boleh manipulasi kemudahan kad sim internet unlimited anda kepada penggunaan yang lebih optimum.

Kenapa saya menulis artikel ini?

Kalau hendak diikutkan, artikel ini adalah kesinambungan dari artikel saya yang saya pernah tulis dahulu tentang bagaimana cara untuk bypass tethering hotspot menggunakan pelan mudah alih yang sedia ada di pasaran menggunakan aplikasi mobil.

Disebabkan banyak rungutan yang diterima berkaitan capaian hotspot yang kerap terputus menggunakan pdaNet, jadi saya fikir elok saya berikan alternatif terbaru kepada pembaca saya untuk capaian internet yang menjimatkan serta lebih baik.

Baca artikel saya: Cara bypass tethering hotspot unlimited data untuk YES 4G dan Umobile

Jadi pada kali ini, saya akan membuat ulasan 4G Wireless Router yang sesuai untuk anda yang ingin menonton Netflix di kaca televisyen rumah anda. Selain daripada itu, ia agak bersesuaian dengan penggunaan biasa-biasa seperti PDPR, kerja pejabat, dan sebagainya.

Modem Wifi guna kad sim RS980 + (2021)

Kalau hendak diikutkan saya sebenarnya sudah punyai unifi di rumah saya di KL dan kelajuan yang diterima agak stabil dan memuaskan hati. Namun disebabkan saya terkandas di kampung rumah mak saya akibat PKP dan dimasa yang sama saya bekerja dari rumah, maka saya fikir adalah satu tindakan yang kurang bijak jika saya hanya bergantung kepada mobile hotspot.

Maklumlah hotspot ini sedikit sebanyak merugikan saya dalam tempoh masa panjang. Salah satunya daripadanya ialah kos kuota internet yang tinggi dan jangka hayat bateri peranti saya yang perlu dijaga. Kalau dah asyik caj sahaja disamping suhu telefon bimbit yang panas bimbang menyumbang risiko kepada risiko kerosakan.

Satu lagi masalah saya, emak saya di kampung bukanlah pengguna internet yang tegar dimana beliau memerlukan sambungan internet untuk segala benda. Maklumlah orang tua, baginya cukuplah dengan pelan internet percuma di telefon bimbit yang dimiliki sekadar untuk whatsapp atau facebook.

Yang pisang sudah tentulah saya, kerja-kerja mengaturcara memerlukan internet yang stabil. Jadi mengarutlah kalau saya nak melanggan Unifi memandangkan apabila saya pulang ke Kuala Lumpur tiada siapa yang akan menggunakan internet. Jadi saya belikan satu modem wifi guna kad sim ini untuk saya. Sekurangnya tiada komitmen.

Model yang saya beli ini adalah model RS980 + (2021) yang dibeli di Shopee dengan harga RM174 sahaja. Katanya kelajuan maksimumnya boleh mencecah sehingga 500mbps. Ambil masa seminggu juga untuk sampai dirumah saya. Memandangkan saya agak terdesak untuk pakai di kampung, jadi saya beli la satu sebagai satu percubaan.

Beli modem wifi: Klik sini

Kad sim yang saya gunakan adalah kad sim Yes 4G dengan pelan internet RM30 unlimited per bulan. Sebenarnya boleh sahaja saya pakai kad sim lain seperti Celcom yang menawarkan unlimited internet dengan harga RM30. Tapi memandangkan Celcom menawarkan internet percuma dan panggilan percuma untuk pakej tersebut, membazir pula rasanya kalau saya tidak manfaat dengan sebaiknya. Jadi saya pilih YES.

Tapi korang pun tahu perkhidmatan YES macam mana. Adakalanya stabil dan adakalanya macam tahi. Saya tak terasa sangat kalau buat kerja. Tapi kalau tang main game, memang terasa sangat dengan ping yang tidak stabil. Tapi bukan selalu la. Ada masa-masanya yang saya pun pelik.

Baiklah, berbalik kepada peranti pula.

Kondisi modem wifi

Ini adalah reka bentuk modem yang saya dapat. Orang kata straight forward, jadi anda tidaklah pening kepala untuk membuat tetapan untuk modem ini. Masukkan kad sim, terus hidupkan suiz. Nanti anda boleh terus membuat sambungan internet ke peranti anda.

Dibawah ini pula saya tampilkan kotak dan isi kandungan yang terdapat dalam kotak yang saya beli.

Paparan kotak hadapan RS980 + (2021)
Paparan kotak belakang Modem Wifi
Antara kandungan dalam kotak
Masukkan kad sim Yes 4G
Modem yang berjaya diaktifkan
Informasi kata laluan wifi disediakan di bahagian belakang peranti

Kelajuan internet yang saya dapat?

Ini adalah isu subjektif yang susah untuk saya jawab. antaranya disebabkan oleh jenis penyedia perkhidmatan itu sendiri disamping tempat tinggal anda. Jika teruk liputan penyedia perkhidmatan di tempat anda, maka teruklah talian yang anda dapat.

Bagi saya pula jika saya boleh menonton Netflix di Samsung TV saya dan hotspot untuk saya membuat kerja-kerja pengaturcaraan saya, itu sudah cukup baik. Jika hotspot untuk laptop saya, di PC pula saya membuat sambungan RJ45. Jadi bolehlah saya bermain Dota 2 dengan selesa tanpa loss dan ping yang tinggi.

Berikut pula kelajuan yang saya dapat dengan kuota ini.

Kad sim apa yang sesuai untuk modem ini?

Berikut merupakan antara pelan yang mungkin bersesuaian dengan anda. Yang lebih penting ianya unlimited. Antaranya ialah:

  • Digi infinite 80,100 & 150
  • Maxis Hotlink unlimited 35 & 45
  • Yes konfom 4G unlimited 30 & 40
  • Umobile 30, 38, 68, 99 & 139
  • Webe/Unifi = Band 5, 38, 40
  • Tune talk
  • Webe
  • ONEXOX

Kesimpulan

Walaupun modem ini ia tidak mencapai kelajuan 100mbps seperti mana langganan Unifi di rumah saya, sekurangnya ini sudah cukup baik untuk saya membuat kerja, bermain game dan menonton Netflix. Lagipun saya tidak perlu lagi mengadap kondisi hotspot yang sentiasa on sehingga memanaskan telefon bimbit saya. Bateri pun cepat habis.

Beli Modem Wifi: Klik Sini

Liputan wifi juga agak luas, ia mampu mencapai sehingga 30 meter dan maksimum 32 peranti yang terhubung. Tapi takdelah saya pakai sampai 32 peranti, setakat 4-5 peranti sahaja pun kondisi capaian internet masih baik. Ini alternatif yang paling sesuai untuk anda yang tidak mahu melanggan Unifi dengan kos bulanan sekitar RM30-RM35 sahaja sebulan.

Baca juga: kad Bigpay dan Pengalaman penggunaannya selama sebulan
Baca juga: 11 tip trade kripto untuk golongan pemula

Jadi itu sahaja ulasan saya tentang model modem wifi guna sim kad yang mungkin dicari oleh anda. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan silu untuk ajukan diruangan komen. Insyaallah jika ada kesempatan saya akan jawab.

Kemaskini terkini: Diketika ini kad sim Celcom sudah tidak boleh digunakan pada modem wifi ini. Kad sim YES 4G telah melakukan sekatan secara berperingkat. Diketika ini saya menggunakan TuneTalk. Kad sim boleh dibeli di Shopee. – 22 Sept 2022

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

46 Comments

  1. Assalamualaikum.. Sy nk tnya, sy guna maxis plan 35 masukan dlm modem.. Tp hanya 2 mggu shj dpt guna.. Intrnet kuota habis.. Tp sy beli yg sbulan unlimited.. Mcm mana ye

  2. Assalamualaikum.

    Maaf newbie nak bertanya.

    Soalan 1 : Adakah modem ini modem modi yg blh bypass unlimited hotspot data? Atau modem biasa yg bila connect dgn device mcm tv/phone hanya dibenarkan hotspot data sahaja dn bkn unlimited data?

    Soalan 2 : For example kalau saya beli sim card Maxis unlimited data atau mana mana simcard telco lain , macam mana untuk renew monthly internet ya since simcard cucuk di modem bkn di fon.

    Terima kasih Tuan.

    • Waalaikumsalam Arif,

      Soalan 1.
      Ye betul, device ni memang gunakan data unlimited, bukan quota hotspot tu.. Cuma sekarang ini kita ada 2 isu. Yang pertama kena pilih kad sim yang support sebab Celcom, YES dah block penggunaan modem ni. Kena cari kad sim lain. Buat masa ni saya pakai Tunetalk dan keadaannya ok. Kedua adalah Fair Usage Policy (FUP) which is kebanyakan telco ni kadang2 macam menipu pun ye, kata unlimited tetapi kita tetap dapat had. Jadi kita kalau suscribe selama sebulan, kadang2 25 hari dah habis internet. Tapi bagi saya ni hal kecil je la. Beli je la pelan baru.

      Soalan 2.
      Kebiasaannya saya masukkan kad sim dalam telefon bimbit saya dahulu, kemudian install app syarikat telco terbabit, aktifkan dan beli pelan internet yang anda nak. Kemudian keluarkan kad sim dan masukkan dalam modem dan guna macam biasa. Bulan depan kalau internet habis, top up sahaja guna app terbabit dan beli pelan internet yang anda nak tanpa perlu masukkan kad sim dalam telefon. Guna app sahaja.

      Saya harap penerangan saya jelas.

  3. Masih boleh guna lagi ke YES 30 unlimited tu pada router..saya pernah kena blok dan kena bayar RM50 untuk unblock. sebab dalam terms and condition Yes dah maklum Kasi Up unlimited tu untuk kegunaan smart phone sahaja . Ada option lain tak nak bypass Yes unlimited ni guna router?

    Kasi Up Unlimited Data and Voice Add-On Promotion
    Dated this 28 April 2022

    The Promotion. The Kasi Up Unlimited Data and Voice Add-On (“Kasi Up Unlimited Data and Voice”) Promotion (”Promotion“) is a time-limited promotion by YTL Communications Sdn Bhd (Company No. 200701035605 (793634-V)) (“YTLC“).
    Eligibility. This Promotion is open to all YES Prepaid Subscribers (“Eligible Subscribers”) to access and use the Service via smartphones only and not any other devices (including huddles and home wireless modem).

  4. Assalamualaikum saudara Azmir,

    UNIFI #Bebas mobile prepaid boleh diguna tak pada moderm tersebut.

  5. Assalamualaikum bos , saya ingin bertanya sikit .. boleh tak bos jelas berkenaan dengan pocket wifi ini , pocket wifi ini perlukan data hosport ataupun unlimited internet tapi tiada hosport . Sebab saya pakai maxis nak try beli internet yang unlimimet no hosport .. minta bos jelas kan sekejap boleh ?

    • Waalaikumsalam. Saya kurang pasti tentang pocket wifi. Tapi setahu pengetahuan saya menggunakan modem wifi ni, kalau beli internet unlimited tapi guna kuota hotspot, maknanya kena cari kad sim lain.

  6. Saya nak tanya bbrpa soalan,
    1.kalau gune ni dia gune main data kan bukan hospot?
    2. Kalau gune YES 4G tpi kegunaan tuk online class,assignment plus tgk movie cukup ke or akan trlbh kuota? FUP er term die tak pasti..

    • 1. Ye betul. Guna kuota data mobile, bukan hotspot.
      2. FUP term memang tak pasti. Sekarang ini dah tak macam dulu. Saya hanya anggap modem ni sebagai pemudah cara je untuk guna internet tanpa perlu pasang hotspot.

  7. bolehkan saya menggunakan router dengan memasukkan unlimited data sim kad. contoh router dibeli di shopee kemudian beli digi unlimited sim kad di 99 speedmart. kemudian aktifkan dan masukkan dalam router tersebut. gunakan router tersebut dalam rumah macam penggunaan router yang dibeli secara package di kedai telco./?

  8. saya try guna celcom unlimited rm35 kt modem huawei b315… okey je, lps seminggu lebih, xleh plak… knp ya?

    • Hi Reena,

      Dimaklumkan yang Celcom ini dah mula blok simcard mereka untuk penggunaan modem ini sejak bulan lepas. Saya dah tidak boleh guna lagi, beberapa pengguna saya juga dah tidak boleh guna.

      • Ya betul,penggunaan simkad Celcom unlimited sypn kena block,so tuan guna simkad ape skrg pd modem.

          • Saya guna u mobile 68.00 tapi baru pakai sebulan guna modern, jadi rm114.00 maknanya kena cas juga kegunaan hot spot

          • YES pun x blh dah.
            Maybe diorang dh bt separate Data + Hotspot + Call.
            Selalu sy topup data guna Free YES SHOPEE Data utk hotspot.
            Sejak bln Nov 22, x blh hotspot pki modem atau hp.
            Ada solution x?

  9. Boleh ke pakai simkad yes pada router..sbb sy pakai simkad yes masuk ke hp lain xde signal.. sbb setahu sy dan seller yg sy beli router pun bgtau Yes ade FUP pastu Yes akn block..

    • Hi Puteri,

      Yap boleh. Saya buat review ini sebab memang saya memang guna secara personal untuk kerja-kerja saya dan tengok Netflix. Buat masa ini tiada masalah asalkan penggunaan moderate. Kenapa saya kata moderate?

      Kat sini yang kena fahamkan tentang Fair Usage Policy (FUP). Apabila syarikat telcom bagi internet unlimited, sebenarnya syarikat telco cuba agihkan penggunaan data secara adil kepada pengguna mereka dengan bandwidth dan speed yang mereka rasakan bersesuaian. Tapi sebenarnya mereka ada letak limit/cap kepada pengguna.

      So tugas kita adalah gunakan data tersebut secara berhemah sebelum kena bandwidth throttling. Simple je. Tak yah guna torrent, download movie kaw-kaw. Disebabkan saya guna untuk surf internet, Youtube dan Netflix, mungkin saya tak kena dan boleh guna sehingga sekarang. Tapi kalau capai cap, pakai telefon pun boleh kena block access.

      Nota: Apa yang saya komen ini adalah berdasarkan penilaian semasa sewaktu komen ditulis, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada penurunan cap lagi daripada pihak YES dimasa akan datang.

      • Assalamualaikum, bulan lepas sy guna YES Unlimited (RM30/bulan) pada router. Memang terbaik. Tp bulan ni dah tak boleh guna sbb katanya dah guna 100% unthrottle me quota tu. Sblm tu dia suruh add on utk unthrottle me RM30 utk sebulan. Skrg dah guna 100% pastu dah reload utk untimited data (RM30) utk bulan baru pon langsung tak boleh guna. Masuk sim dalam phone pon langsung tak boleh connect intenet.

  10. Sorry I’m a banana so I’ll try English:

    If I use this modem with YES Prepaid plan (9GB Hotspot Maximum Quota) this can bypass the 9GB and use like 11GB?

    • Hi Josh,

      One intriguing feature of this modem is that it does not require a hotspot quota to share the internet with other devices. So you can subscribe to the “Kasi Up Unlimited plan” (RM30 per month) without worrying about running out of hotspot quota. It is, in fact, less expensive than the “Kasi Up Plan” (with a limited hotspot quota).

      It’s merely that this low-cost item has downsides. This plan is ideal for both work (internet browsing) and entertainment (Youtube and Netflix). However, internet services are a little disappointing when it comes to online gaming. The ping was quite unstable. In the end, it all comes down to how you use it.

      • I see, thanks for the detail!

        Too bad about gaming, I always enjoy a few rounds of Wild Rift & Overwatch.

      • Salam boss, mcm mane nk topup prepaid bulanan klu pakai maxis 35 yg dipasang dalam modem bypass ni?

        • Wsalam. Seperti mana yang kebiasaan daripada kami buat, setup dulu awal2 mobile app dengan nombor tersebut. Selepas dah setupdi telefon bimbit, barulah masukkan kad sim dalam modem. Nanti bulan2 boleh topup dan beli internet menerusi app sahaja. Tak perlu tanggal kad sim.

  11. Amirul Fahmi on

    Macam mana bayar bulanan utk simcard ini? Bukannya ada phone khas utk sim card ni so tak boleh bayar guna Apps contohnya Celcom Life. Cuba abg terangkan cara bayar utk simcard khas buat pakai modem unlimited ni.

    • Saya kurang faham komen Amirul tentang phone khas dan tak boleh bayar pakai app, tapi diringkaskan begini.

      Tak ada sim card khas pun untuk modem ni. Tapi apa2 sim card di pasaran yang ada offer unlimited data untuk phone tapi limited hotspot, kita boleh guna di modem ni. Contohnya saya yg guna Yes 4G.

      Sebabnya apabila kita guna modem ni, kita pakai kuota unlimited internet untuk phone, bukan kuota hotspot. Walaupun kita guna hotspot. Jadi kat situ penjimatannya.

      Bayaran bulanan pula ikut pakej sim card masing2, macam saya untuk Yes bayar rm30 dan untuk celcom rm35 sebulan.

      Cara topup pun mudah je. Pengaktifan kali pertama kena masukkan sim card dalam phone dulu. Kemudian install app provider masing2 untuk senang topup dimasa akan datang. Dah beli internet keluarkan sim card dari phone letakkan terus di modem. Done. Terus boleh guna.

Leave A Reply

Exit mobile version